34

Romance Completed 109150

Haq memanggil Bunga dari luar sehaya itu dia cuba membuka pintu yang dikunci dari dalam. Jeritan Bunga yang kedengaran dari tadi kini diam. Haq makin risau. Dia semakin tidak tentu arah.
" apa yang kau buat Firashhh" tempik Haq. Pintu bengkel tiba tiba dibuka dari dalam. Firash keluar dari bengkel itu tanpa sebarang bicara.
" apa yang kau buat dekat Bunga hah" digenggam kolar baju pemuda itu kemas. Firash tidak melawan dan hanya membisu. Dia seakan lemah
" aku tanya apa kau buat dekat Bunga" tengkingnya. Firash masih begitu. Ditolak pemuda itu ke tanah dan bergegas mendapatkan gadis itu. Dicari dipelusuk bengkel namun tiada. Dia bergegas ke loteng. Kakinya kaku melihat Bunga terbaring lemah dikatil dan hanya dilitupi selimut. Haq bersandar ke pintu.
" maafkan Haq" ujarnya lalu tangisan sesalnya mengalir ke pipi. Bunga hanya diam dan berbaring lemah.

Air pancuran membasahi tubuh pemuda itu. Dia meraung sepuasnya. Tindakan rakusnya kini memakan diri.
" baru kau tahu siapa aku kau nak perbodohkan" ujarnya setelah di benamkan benihnya kedalam rahim gadis itu. Bunga yang terbaring lemah dipandangnya. Dia tersenyum sinis.
" esok kita nikah ya sayang" ujarnya sinis. Dia cuba mengucup dahi gadis itu namun ditepis gadis itu. Bunga mengesot perlahan lalu dicapai selimut untuk menutup tubuhnya yang terbogel. Mata pemuda itu tertangkap sesuatu dicadar. Tompokan darah yang berada dicadar itu cukup menandakan bahawa gadis itu bercakap benar. Dia tergamam.
" Bunga" panggilnya. Gadis itu hanya berdiam.
" Bunga aku minta maaf.. aku sangka kau tipu aku.. aku minta maaf... Bunga.. aku mengaku aku salah" ujar pemuda itu.
" berambus... " ujar Bunga lemah. Deraian airmatanya masih tidak berhenti.
" aku minta maaf... aku berdosa dengan kau" rayu pemuda itu. Bunga hanya diam tanpa melihat pemuda itu. Firash menyesali perbuatannya.
" aku bertanggungjawab dengan apa yang aku dah buat pada kau.. " rayu pemuda itu
" tak perlu.. aku rasa cukup sampai sini.. aku tak nak tengok muka kau lagi" ujar Bunga kasar. Firash bangun meninggalkan gadis itu sendirian. Airmatanya turun dengan laju bercampur dengan air pancuran. Dia menjerit sepuas hati.

Puan Zainab resah. Firash masih belum tiba di pejabat agama. Kadi dan saksi sedang menanti. Bunga hanya diam dan tenang. Munir menelefon pemuda itu beberapa kali namun tidak berjawab. Eliza dan Adam juga mendail nombor pemuda itu namun hampa kerana masuk ke peti smpanan suara.
" pengantin lelaki tak datang lagi ke.. " soal Kadi.
" maaf ustaz, pengantin dalam perjalanan rasanya sebab saya call tapi tak berjawab" ujar Adam
" Saya ada urusan lain lagi lepas ni.. macam mana sekarang ni" soal Kadi
" kita tunggu lagi sepuluh minit boleh ustaz.. saya cuba call dia lagi" Pinta Adam. Eliza menggenggam jari sahabatnya tatkala melihat airmata gadis itu mula berlinang.
" awak... mana kawan awak ni.. dia dah gila ke buat Bunga macam ni" marah Eliza.
" saya tak tahu.. phone dia off.. " Bisik Adam.
" kita batalkan saja" ujar Bunga. Semua tergamam.
" Bunga.. " Eliza memahami perasaan gadis itu.
" kita teruskan" ujar Haq. Bunga memandang pemuda itu tepat.

"aku nikahkan dikau Nur Haqeem bin Nazri dengan Bunga Dhia binti fuad.. " lafaz kadi itu dijawab Haq bagi memetrai satu perjanjian dua hati. Airmatanya yang dari ditahan dari berlinang kini berderai jatuh.
" Bunga... Jad tak tahu nak cakap apa.. cuma Jad harap Bunga bahagia... apapun jadi kita tetap bersahabat ya" ujar Eliza.
" terima kasih sebab datang" dipeluk gadis itu erat. Eliza rasa bersalah dengan perbuatan Firash manakala Bunga kecewa dengan pemuda itu namun dia bersyukur dia kini bergelar isteri kepada NUR HAQEEM. Zainab menghampiri anak gadisnya.
" ngah.. mak minta maaf.. mak terpaksa buat keputusan macam ni.. mak tak nak apak kacau ngah lagi.. mak nak angah bebas dari apak" ujar Zainab
" mak.. ngah faham kenapa mak buat macam ni.. ngah tak salah kan mak.. "ujar gadis itu.
" Haqeem.. mak amanahkan ngah dekat Haqeem.. mak minta Haqeem jaga dia baik baik" pinta wanita itu.
" mak.. Saya tak boleh janji bulan bintang tapi saya cuba yang terbaik untuk bahagiakan dan lindungi Bunga... mak jangan risau ya.. " ujar pemuda itu. Dia tatap Bunga yang masih memeluk ibunya.

Mereka seakan kekok. Suasana bengkel yang sebelum ini meriah dengan hilai tawa kini sepi. Seakan tiada penghuni. Semuanya berubah sekelip mata.
" aku mandi dulu la.. melekit" ujar Bunga. Haq hanya diam. Bunga naik ke loteng lalu turun semula dengan sepasang baju ditangan. Haq hanya melirik.
" tenang Bunga tenang.. dia takkan apa apakan kau.. dia takkan sentuh kau sebab kau dah kotor" ujarnya didalam hati. Usai mandi disarung baju tidurnya. Agak ralat untuk berpakaian seperti sebelumnya dimana dia lebih selesa berseluar berpendek berbaju t-shirt atau singlet. Di sarungnya pijama dan seluar panjang lalu keluar. Pemuda itu tiada. Dicari pemuda itu disegenap sudut namun tiada. Bunga naik ke loteng namun langkahnya terhenti apabila melihat pemuda itu berada disitu. Bunga tergamam.
" buat apa dekat sini" soalnya gugup.
" saya ada benda nak cakap" ujar Haq. Bunga berdiri kaku di pintu.
" apa dia.. cakap lah cepat.. dah ngantuk ni" ujar Bunga gugup. Dia tidak dapat memandang wajah pemuda itu.
" duduk sini" pemuda itu menepuk tilam dihadapannya. Bunga akur. Dia duduk dihadapan pemuda itu lalu menunduk.
" ok.. Bismilahirahmanirrahim" ujar pemuda itu. Bunga masih kaku.
" first.. memandangkan kita suami isteri yang sah.. saya tak nak awak berkau aku dengan saya.. awak saya or orang dia pun dah ok" ujar pemuda itu. Bunga hanya mendengar.
" ermm ok la" bisik hati kecil gadis itu.
" dengar tak" soal pemuda itu lembut. Bunga yang leka dengan dunianya gugup tiba tiba
" hah.. hah dengar dengar" balasnya kalut
" so nak guna yang mana awak saya or dia orang" soal pemuda itu
" nak kena jawab sekarang ke" soal Bunga
" ye la.. senang nak berbual.. sebab sekarang ni macam kekok pula" pemuda itu tertawa kecil
" ikut la.. " balas Bunga pendek.
" Bunga selesa yang mana" soal pemuda itu lagi
" panggil nama tak boleh" cadang Bunga.
" ermm.. macam tak sweet je" usik pemuda itu.
" hah.. wajib ke" soal Bunga lagi.
" ye lah.. kitakan dah sah suami isteri" usiknya lagi. Gadis itu tampak gelabah. Dipintal hujung tuala yang masih berada di bahunya.
" ok la ok la.. orang dia ya.. " ujar pemuda itu
" tadi tanya tiba dia pula yang buat keputusan. " ujar Bunga. Pemuda itu tertawa besar. Akhirnya dia berjaya membuang gugup dalam diri gadis itu.
" ok la ok la.. Bunga Haq ok" ujar pemuda itu. Bunga terasa dia dipermainkan oleh pemuda itu merenung geram.
" tadi kata ada benda nak cakap apa dia" soal Bunga.
" oh ya.. " pemuda itu berdehem membetul kan ton suaranya yang serak akibat tawa.
" memandangkan kita dah sah jadi suami isteri.. Haq nak berterus terang dengan Bunga tentang Haq yang Bunga tak tahu" ujar pemuda itu. Bunga menelan airliurnya kesat.
" tapi sebelum tu.. aku.. eh Bunga nak tanya kenapa kau.. eh Haq kawin dengan Bunga.. " soal gadis itu. Haq memandang wajah gadis itu dengan sebaris senyuman.
" Haq tahu Bunga akan tanya soalan ni.. tapi sebelum Haq jawab soalan Bunga.. bagi Haq habiskan apa yang Haq nak sampaikan.. nanti Bunga akan faham kenapa kita kawin. " terang pemuda itu. Bunga mula resah. Seribu andaian bermain difikirannya.
" Haq nak terus terang pasal diri Haq pada Bunga sebab Haq tahu Bunga berhak tahu perihal diri Haq. " ujar pemuda itu.
" Haq takkan paksa Bunga untuk cintakan Haq.. dan Haq takkan paksa Bunga untuk tidur sekatil dengan Haq" kata kata pemuda itu membuatkan Bunga tersentak
" kenapa.. kau jijik ke dengan aku.. sebab aku dah hilang dara sebelum kawin dengan kau.. macam tu" nada Bunga tinggi seoktaf
" Bunga.. Haq tak bermaksud macam tu.. Haq tahu perkahwinan kita tergesa gesa.. Bunga pun takde perasaan dekat Haq.. kita takde perasaan antara satu sama lain kan.. jadi Haq taknak paksa Bunga untuk cinta dan sayangkan Haq.. untuk tidur sekatil biar ada kerelaan dari Bunga.. Haq tak terlalu menekan.. Haq nak Bunga selesa dan gembira" ujarnya.
" tapi dalam masa yang sama Bunga kena ingat Bunga dah jadi isteri orang.. apa apa kena jaga batasan. " pesannya
" Tapi kenapa Haq kawin dengan Bunga" soal Bunga
"sebab Haq nak selamatkan maruah Bunga yang telah Firash amik" Bunga tersentak
" walaupun Haq tahu Bunga dah tak suci.." soal Bunga
" itu tak penting... yang penting sekarang Bunga dah jadi isteri Haq dan takde siapa boleh ganggu kepuyaan Haq.. Haq nak lindungi Bunga dari semua yang sakiti Bunga" ujar pemuda itu.
" even one day Bunga takkan cintakan Haq or mungkin Bunga akan minta cerai dengan Haq" uji Bunga. Pemuda itu terdiam sebentar. Dilepaskn keluhan lalu dipandang wajah gadis itu.
" apa pun pengakhirannya hubungan kita Haq redha.. Asalkan Bunga bahagia dan gembira walaupun bukan dengan Haq" ujar pemuda itu. Bunga terdiam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience