Bunga terbaring di katil. Ubat penenang yang diberi doktor mula memberi tindak balas. Melati memerhati adiknya sayu. Tubuh gadis itu terdapat kesan calar akibat dicakar gadis itu sendiri.
" Bunga masih trauma dengan apa yang yang berlaku dan ini menyebabkan emosi dia tidak stabil... " penjelasan doktor itu didengari Melati dan Firash dengan berat hati. Mereka mengalihkan pandangan mereka kepada sekujur tubuh yang terbaring lemah.
" Long... dah buat report polis?" soal Firash.
" dah.. tak sempat polis tanya dia dah mengamuk tadi.. " jelas Melati.
" long nak Firash tolong ke?" pelawanya
" tunggu dia bangun dulu kot.. Firash tahu ke apa yang berlaku" soal Melati pula. Dia tidak dapat berita yang sepenuhnya dari gadis itu kerana gangguan emosi yang teruk.
" Tak tahu sangat tapi waktu Firash pergi bengkel Bunga dah mengigil ketakutan.. dia on call dengan Long kan semalam.. " soal Firash.
" ha ah.. dia cakap apak amik geran rumah dengan ada orang nak rogol dia.. tapi tak tahu siapa.. " cerita Melati.
" apak nak buat apa dengan geran rumah?" soal Firash lagi. Matanya dialihkan kearah tubuh yang terbaring kaku.
" nak settle hutang dia lah apa lagi... jantan tu kalau bab duit jual anak pun sanggup tau tak. " geram Melati terluah. Firash menggelengkan kepalanya perlahan tidak sanggup rasanya dia mendengar luahan gadis itu. Sikap bekas bapa mertuanya itu tidak terjangkau dek akal.
" Arghh" Bunga mengerang kesakitan apabila kepalanya terasa berat dan sakit. Firash dan Melati menghampirinya.
"Long... kepala aku sakit sangat ni" rintih gadis itu.
" kau baru sedar.. rileks.. perlahan lahan.. " Melati membantu adiknya bersandar. Mata Bunga masih tertancap pada Melati sedikit pun tidak dipandang Firash yang berdiri disebelahnya.
" kau lapar tak.. nak makan apa apa tak" soal Melati. Bunga hanya menggeleng. Tangan Melati digenggamnya erat. Bunga seolah ketakutan.
" Kau kenapa ngah" soal Melati apabila melihat perubahan sikap gadis itu.
" tu.. tu" jarinya ditunjuk kearah Firash. Nadanya seolah ketakutan.
" Firash.. kenapa dengan dia" soal Melati.
" Suruh dia balik.. long aku takut long.. dia nak rogol aku long" bisik Bunga. Nadanya terketar ketar.
" ish kau ni ngah.. mengarut betul.. dia yang bawa kau kesini tau tak.. kalau tak dia dah lama ku kojol" marah Melati.
" long... " rayu Bunga. Melati memandang Firash dengan perasaan serba salah.
" awak... saya ni.. Firash... apa yang terjadi semalam.. " Soal Firash lembut. Dipegang jari gadis itu namun sebaliknya diterima teriakan ketakutan dari gadis itu. Firash berganjak kebelakang. Dia tergamam dengan tindakan gadis itu. Mereka saling berpandangan. Kelakuan Bunga yang tiba tiba mengamuk menguris hatinya. Bunga meronta beserta tangisan. Tubuhnya digosok gosok kuat. Ingin saja dipeluk gadis itu namun apakan daya tindakannya akan mengeruhkan lagi keadaan.
" ngah.. aku ada dengan kau.. tenang ngah tenang" pujuk Melati sambil memeluk erat adiknya. Bunga masih dalam tangisan.
" Firash.. better kau balik dulu.. Bunga masih tak stabil" pinta Melati.
" tapi long... " Melati mencemik mukanya tanda pinta dikasihani adiknya. Walaupun berat namun Firash terpaksa akur. Dia beredar meninggalkan dua beradik itu. Bunga masih dalam tangisannya.
"Ya Allah teruknya" ujar Adam terkejut mendengar berita dari sahabatnya itu. Firash hanya mengangguk. Firash yang duduk termangu disofa di pandangnya tepat. Tingkah pemuda itu menunjukkan bahawa dia benar benar sedih dengan apa yang berlaku terhadap Bunga.
" dah report polis" soal Adam
" dah.. Melati yang buat report tapi siasatan tertangguh sebab Bunga tak dapat beri kerjasama. " Ujar Firash kesal.
" celaka betul la ayah dia tu.. sanggup gadai anak semata mata untuk duit.. ayah apa macam tu" leter Adam. Firash hanya tersenyum sinis.
" Ni semua salah aku.. kalau aku tak lari hari tu Bunga dah tentu jadi isteri aku dan dia pun takkan jadi macam ni.. semua salah aku"ujar Firash. Benteng matanya yang menahan tangisnya dari tadi mula pecah. Manik manik jernih mula jatuh dan pecah dipipinya.
" ish kau ni.. apa cakap macam tu. Semua tu urusan Allah.. Allah sedang uji kau.. Bunga dan kita semua.. tak baik la kau cakap macam tu" Nasihat Adam.
" Ya aku tahu.. tapi kalau kau tak bertindak bodoh.. mungkin semua ni takkan jadi.. Bunga pun takkan jadi macam ni.. Allah dah beri balasan atas perbuatan aku Dam.. " Katqk ata itu tamat dengan esakan dari pemuda itu. Adam hanya mampu berdiam diri. Dia tiada kata yang dapat diluahkan. Kesal sahabatnya itu jelas kelihatan.
" Kau jangan nak ganggu Bunga.. Biar Firash uruskan dia.. kau duduk diam diam.. stay away from her" marah Eliza apabila mendengar hasrat abangnya yang mahu menjaga sahabatnya yang kini tinggal dibengkel sendirian. Fateh yang dipangkunya dibelai rambutnya lembut.
" dengan keadaan dia yang macam tu.. aku rasa dia tak boleh tinggal sorang sorang.. kena ada orang jaga dia.. lagipun buatnya Fuad tu datang balik kacau Bunga macam mana" telah Rayqal. Hatinya tidak tenteram selagi tidak berjumpa dengan gadis itu. Mahu saja dia bergegas pergi namun amaran keras adiknya lebih digeruni.
" Firash ada tahu la dia jaga buah hati dia.. kau duduk rumah diam diam.. nah jaga Fateh.. Jad nak buatkan makan dia" Fateh kini didalam pangkuan pemuda itu dan tersenyum manja. Gusar hatinya sedikit reda dengan keletah manja anak kecil itu.
" kalau la kau anak aku" ujar Rayqal perlahan.
" abanggg.. kau jangan nak mengada ok... jaga sikit bahasa tu.. " sampuk Eliza yang mendengar omelan pemuda itu.
Bunga memandang laut lepas. Fikirannya kosong dan melayang entah ke mana. Berus lukisannya digenggam kemas. Tiada ilham untuk melukis. Keluhan berat dilemparkannya perlahan. Saru persatu lukisan yang dilukisnya ditatap. Jiwanya kosong. Dia seakan akan mencari bayang hidupnya yang telah hilang.
" hai awak" Sapa Firash dihadapan pintu bengkel. Bunga mula menggigil lalu bergegas lari ke biliknya. Firash hanya tersenyum. Dia seakan sudah terbiasa dengan kelakuan gadis itu. Sudah seminggu Bunga berkeadaan begitu semenjak dia keluar dari hospital. Makanan yang dibawanya diletakkan ke dalam pinggan lalu dihidangkan ke atas meja. Di tatap tirai bilik yang tertutup itu. Dia tahu Bunga ada disitu namun dibiarkan sahaja. Dia menanti dengan penuh sabar. Dia harus menjernihkan semula khilaf yang telah dia lakukan.
"awak.. saya dah sediakan makan.. awak makan ya.. saya balik dulu.. petang ni saya ada shooting.. " ujarnya lalu bangun dari duduknya.
" kalau awak nak apa apa call saya ya.. oh ya drama saya akan keluar dekat tv malam ni.. pukul sembilan setengah.. jangan lupa tengok tau" selorohnya di muka pintu sebelum beredar meninggalkan bengkel itu. Tidak lama kemudian Bunga keluar dari tempat persembunyiannya lalu menghampiri meja. Ditenung hidangan yang tersedia dan beredar meninggalkan meja. Dia kembali menatap laut luas.
Share this novel