43

Romance Completed 109150

" Awak pergi lah kelas.. biar saya jaga Fateh" pinta Firash.
" tak pe.. saya dah inform kelas cancel minggu ni.. saya ganti hari lain" ujar Bunga.
" tak penat ke nanti" soal Firash
" nak tak nak saya tetap kena buat.. dorang bayar bukan free" ujar Bunga.
" awak takde shoot ke" soal Bunga. Firash menggeleng.
" tak ke pejabat" soal Bunga lagi
" tak.. saya nak jaga Fateh" Dibelai rambut anak kecil yang sedang menyusu itu.
" awak balik la.. nanti apa pula orang kata kalau orang nampak" ujar Bunga
" kenapa.. salah ke" soal Firash
" saya tak nak di kecam lagi.. saya nak tenang.. saya ada anak.. saya ada perasaan yang saya kena jaga" ujar Bunga
" tapi dia juga anak saya Bunga.. " tegas Firash
" Firash Idlan.. kalau awak datang sini nak bertekak pasal ni.. saya rasa baik awak balik.. ini hospital bukan cafe saya or mana mana tempat untuk kita nak bertekak hal ni" marah Bunga.
" saya bukan nak bertekak or bertegang urat dengan awak pasal ni.. saya cakap benda betul kan.. dia anak saya.. darah daging saya.. ya saya tahu saya salah.. tapi tak boleh ke awak bagi saya peluang untuk saya ubah semuanya" ukar Firash
" ubah.. awak nak ubah apa.. takde apa yang dapat diubah lagi Firash Idlan.. semuanya saya dah hadap.. then now.. awak nak tuntut apa yang dah awak turun tinggalkan.. sorry Firash Idlan.. dah terlambat" tegas Bunga. Dipangku anak kecil itu kemas.
" kenapa susah sangat awak nak maafkan saya" soal Firash
" saya dah lama maafkan awak sejak Haq hadir dalam hidup saya.. tapi tak bermakna saya akan serahkan apa yang dah awak tinggalkan sebelum ni macam tu je.. never.. in your dreams Firash.. never even once.. tak de apa yang ditulis sebagai hak awak" kali ini Bunga tidak mahu mengalah. Dadanya berombak menahan marah.
" sampai macam tu sekali awak benci saya Bunga" kesalnya
" saya tak benci awak tapi saya tak dapat lupakan apa yang dah awak buat dekat saya.. saya dah penat tanggung perit.. saya nak tenang dan bahagia dengan anak saya tak boleh ke.. tolong.. bagi saya rasa yang saya masih ada tempat dibumi ni.. tolong.. " rayunya
" Bunga Dhia.. saya tahu sebab kebodohan saya.. saya pernah hilang awak... dan kali ni maaf.. saya takkan lepaskan awak untuk kali ke dua.. saya akan pastikan cinta dan hati awak kembali untuk saya" ujar Firash. Mata mereka bertemu. Amarah tergambar pada sepasang mata yang sebelumnya redup tapi kini tajam. Firash beredar meninggalkan gadis itu. Bunga terdiam. Hatinya tidak aman. Degupan jantungnya laju.

Meja ditepuknya kuat. Dilepaskan amarahnya semua pada meja itu. Adam tersentak. Kelakuan pemuda itu mengejutkannya.
" kau pe hal mengamuk tak tentu pasal" marah Adam
" kau tahu.. Aku cuba macam macam nak ambil hati dia balik tapi dia.. urrgghhhhh" digenggam jarinya kemas.
" siapa" soal Adam tidak faham situasi
" siapa lagi.. Bunga lah.. " ujarnya.
" kau pun dia baru je habis edah.. kau dah seru macam tu.. kau cuba tenang.. follow the flow la.. kalau gelojoh memang tak dapat la.. kau kena ingat kau yang tinggalkan dia.. lagipun dengan apa yang berlaku sebelum sebelum ni.. belum tentu dia nak terima kau dengan mudah.. kau kena ingat tu" ujar Adam.
" tapi sampai bila aku kena tunggu.. " bentak Firash
" sampai bila tu aku tak tahu.. itu terpulang la dekat dia.. kalau kau nak dia semula kau kena lah sabar.. kau kena ingat saat getir dia bukan kau yang ada disisi dia tapi Haq.. " Adam mengingatkan. Firash terdiam.
"sabar.. tenang dude.. " nasihat Adam
" aku tengok Sijil lahir Fateh.. bahagian bapa kosong bro.. dia berbin kan Abdullah.. sedangkan aku.. bapa dia.. hidup lagi.. aku rasa bersalah sangat" pemuda itu tiba tiba sebak. Adam terdiam. Belum pernah dia melihat sahabatnya sebegitu. Dipaut bahu sahabatnya yang teresak esak.
" kau nak dia balik dengan kau atas sebab apa.. sebab kau rasa bersalah dekat dia" uji Adam
" aku sayang dia.. tak pernah hilang sayang aku dekat dia.. dari dulu sampai sekarang bro.. tapi bila melibatkan Fateh.. aku.. aku tak boleh.. aku tiba tiba lemah.. aku tak nak hilang dorang.. aku tak nak hilang anak aku" esakkannya semakin laju.
" kau kena sabar.. kau kena slow slow untuk tambat hati Bunga semula.. kau pernah dengar tak ayat ni.. pengalaman mengubah manusia.. kehidupan mengajar manusia untuk menjadi lebih baik atau lebih buruk.. pilihannya pada hati..tapi hati yang terluka dan tersakiti membuatkan manusia itu kuat dan tabah.. dan itu yang berlaku pada Bunga sekarang.. people change babe.. " nasihat Adam. Firash meraup wajahnya yang dibasahi tangisan.
" aku sayang dia Dam" ujar Firash
" aku tahu.. kau kena sabar dan banyakkan berdoa.. hanya Allah je yang boleh ubah hati dia.. " nasihat pemuda itu lagi. Firash masih didalam tangisan.

Bunga risau. Telefon ibunya tidak berjawab.Berkali kali di dail nombor itu namun hanya operator yang menjawab panggilan. Bunga mengemas barangan anaknya lalu dimasukkan ke dalam beg. Hatinya sudah tidak tenter lagi. Risaunya pada bunda tercinta membuatkan tubuhnya bertindak diluar kawalan.
" eh nak ke mana ni" soal Firash
" Fateh dah discaj.. " balas Bunga tanpa memandang pemuda itu. Firash mendukung anak kecil itu. Di perhati gadis itu seakan kalut.
" awak kenapa kalut sangat ni" Soalnya.
" saya nak cepat.. nak jumpa mak" ujarnya
" kenapa dengan mak" soal pemuda itu lagi.
" saya call dia tak berjawab.. off.. " dia cuba bertenang namun tidak berjaya.
" bateri habis kot.. " Firash cuba menyedapka hatinya.
" mak bukan jenis selalu biarkan bateri dia flat.. baru dua bar habis dia dah cas.. " ujar Bunga.
" dia keluar kot then tertinggal fon" ujar Firash.
" dah seminggu awak.. since Fayeh admit ward sampai hari ni.. saya call tak jawab then hari ni tak dapat terus.. " nadanya mula bergetar. Tubuhnya tanpa mengigil menahan risau yang terlampau.
" saya hantar awak balik rumah mak" pelawa Firash.
" tak pe saya boleh drive sendiri" tolak Bunga.
" no.. awak shaking dear.. awak tak boleh drive dalam keadaan macam ni.. bahaya untuk awak dan Fateh.. saya hantar.. jangan degil" tegas Firash. Beg yang dipegang itu bergoncang kerana tubuh kecil itu menggigil akibat risau. Bunga akur. Diikuti pemuda itu ke parkir. Hatinya berdegup laju. Bibirnya terkumat kamit mendoakan kesejahteraan buat bonda tercinta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience