Bunga bersiap untuk ke majlis. Melati juga.
" aku nak semua mata pandang aku.." ujar Melati. Bunga tersenyum sinis.
" ini majlis orang Long.. kau jangan buat hal" nasihatnya
" apasalahnya.. kot kot lekat paus biru.. untung " seloroh Melati disambung dengan tawa manjanya.
" habis si Saiful kau nak letak mana... mengamuk dia nanti.. habis majlis orang dia kerjakan" soal Bunga.
" saiful apa dia nak herankan.. aku dengan dia bukannya serius pun.. kami hanya standmate.. dia.. boyfriend aku.. lambertt lagi" tawaElati makin kuat. Bunga terkedu lalu mengucap panjang. Tidak dia menyangka kakaknya akan berpelakuan sejauh itu. Dari gadis kampung yang polos hingga menjadi pemuas nafsu lelaki. Hatinya turut bersedih dengan perubahan gadis itu.
Dewan hotel yang dihias cantik tampak mewah. Semua tetapi tampak elegant dan cantik dengan busana pelbagai warna. Bunga terasa terlalu kerdil. Tidak bagi Melati. Baginya inilah masany untuk dia mencari teman baru. Melati seakan senang menyapa tetamu yang hadir.
" thanks for coming" sapa Rais yang menghampirinya. Bunga hanya tersenyum.
" you nampak gorgeous pretty.. makes me miss you so much" usik Rais. Bunga malu.
" you jangan macam macam ya.. nanti wife you jadi singa pula nanti" Pesan Melati.
" dia tak kisah sebab dia pun sama makan luar.." Bunga tersentak. Dia terkejut mendengar berita itu. Rais yang dia kenal sebelum ini tidak pernah membuka apa apa cerita tentang isterinya. Ini kali pertama dia mendengar cerita itu.
" ah lelaki.. dah salah nak selamatkan diri.. burukkan isteri pun sanggupkan" ujar Melati.
" terpulang la you nak fikir apa but itu lah realitinya." ujar Rais.
" kalau dia betul betul baik takkan I berani ajak korang.. lagipun you ada nampak ke dia bersama I sekarang.." ujar Rais. Dua gadis itu terdiam. Ada betulnya kata pemuda itu. Dalam mereka sedang berbual kedengaran suara seseorang diatas pentas seakan mahu memulakan acara. Rais meminta diri lalu berjalan kearah wanita yang berdiri diatas pentas. Dirangkul pinggang wanita yang berdiri di atas pentas yqng sedang menjadi tumpuan para tetamu.
" Terima kasih kerana sudi hadir pada majlis malam ini... " wanita yang tampak elegan itu memulakan tutur bicara. Rais sesekali tertawa kecil apabila diusik wanita itu.
" tu lah wife dia.. Adra.. tapi dari apa yang aku tahu Adra ni pun ligat juga.. " Bunga diam. Matanya masih tertumpu pada susuk yang berdiri diatas pentas itu
" kau dengar tak aku cakap ni" Bunga kembali ke dunianya yang sebentar tadi berada diatas pentas.
" apa.. " Bunga masih lagi memandang ke arah pentas.
" Adra tu pernah juga bawa Zul bercuti kat oversea.. Zul tu dulu anak ikan dia.. " cerita Melati. Bunga melongo. Dia terkejut dengan cerita itu. Dipandang Melati yang berjalan kearah seorang lelaki yang dikenali mereka.
" Aku pergi dulu.. makan besar aku malam ni" lirik Melati. Bunga berpaling dan berjalan kearah buffet bar. Diambil sebiji manisan lali dimasukkan ke dalam mulut.
" Malam ini adalah malam bagi meraika pertunangan anak gadis kami.. Amira Elisya dengan Firash Idlan. " Bunga tergamam. Manisan yang berada dimulutnya ditelan kasar. Terasa terlekat dikerongkongnya. Matanya dialihkan ke atas pentas. Sepasang merpati melangkah gah naik ke pentas. Pemuda itu ditatap Bunga kecewa. Dia seakan mahu rebah namun digagahi untuk tetap berdiri. Bunga berjalan kearah pintu mahu meninggalkan majlis namun hatinya seakan mahu berada disitu. Dia berbelah bagi.
" pergi mana.. " soal Rais lembut. Bunga melakar senyuman kelat. Bunga membaiki kedudukannya.
" I pergi ladies tadi.. you cari I.. " soal Bunga. Matanya mengikuti kelibat Firash yang sedang berjalan.
" Akhirnya.. tempat kau sudah diganti Bunga" Bisik hatinya.
" Hei kenapa ni" Rais yang melihat perubahan reaksi pada diri gadis itu mula tidak selesa. Dia cuba menangkap lirik mata gadis itu.
" Bunga" panggil Rais. Bunga menoleh.
" ada yang tak kena ke" soal Rais.
" takde.. semua ok" tipu Bunga.
" you ada nampak Melati" soal Bunga cuba mengubah bicara.
" oh.. dia dah balik.. dia pesan suruh I hantar you balik" Ujar Rais.
" eh takpe.. I boleh pesan grab.. lagipun majlis belum habis.. I taknak ganggu.." tipu Bunga. Dia mahu lari dari keadaan yang membuatkan dadanya rasa terhimpit.
" Daddy" Bunga makin tidak selesa apabila pasangan yang baru diumumkan pertunangan itu menghampiri mereka. Firash tersentak melihat gadis itu disitu. Matanya tetap pada gadis yng berdiri dihadapannya. Rangkulan manja dilengannya merungkai lamunannya.
" Congrats sweetheart.. dah jadi tunangan orang.. so behave ya" pesan Rais. Mira seakan malu dengan teguran itu. Bagi Bunga suasana yang tenang dari tadi kini bertukar dingin dan hangat. Renungan Firash membuatkan hatinya tidak tenang.
" Bungakan.. thanks sebab sudi datang" Ujar Mira.
" Terima kasih sebab jemput.. tahniah atas pertunangan. " ucap Bunga menahan sebak. Firash masih menatap gadis itu walaupun ucapan dari gadis itu merentap hatinya.
" you I balik dulu.. I ada kerja sikit.. " Bunga cuba lari.
" ok.. apa apa call I.. betul taknak I hantarkan ni.. " soal Rais lagi.
" betul.. majliskan belum habis lagi.. " ujar Bunga manja. Dia cuba mengelak dari pandangan Firash yang dari tadi merenungnya.
Bunga menanti di lobi. Teksi yang dipesannya masih belum tiba. Ditepuk tepuk telefon bimbitnya dengan telapak tangannya perlahan lahan. Dia cuba mengawal airmata yang dirasakan mahu menitis. Tiba tiba tangannya ditarik seseorang. Dia bergelut minta dilepaskan. tetapi tubuhnya digendong pemuda itu.
" lepas la... " tempiknya. Tubuhnya dimasukkan kedaam sebuah kereta. Bunga menjerit sekuatnya. Tangan pemuda itu menutup mulutnya kemas.
" Diam.. kalau tak nahas kau aku kerjakan" Ujar pemuda itu. Mata Bunga terbuntang melihat sosok tubuh itu.
" Firash" Panggil Bunga.
" Aku hantar kau balik" nada pemuda itu kini lebih lembut. Bunga hanya memandang pemuda yang berjalan masuk ke kereta. Dia memandang pemuda itu semahunya. Rasa rindu dan sedih mula menular. Mahu dipeluk tubuh itu namun pemuda itu sudah menjadi milik orang. Firash memakaikan tali pinggang kepadanya. Bunga masih menatap pemuda itu. Dia seakan terkedu dan tergamam dengan pemuda itu. Bebola mata berona hazel itu membuatkan hatinya meronta mahu dipeluk. Namun cincin dijari pemuda itu menyedarkan dari terus terbuai.
" I missed you sayang" ujar Firash. Mata mereka bertemu.
" Aku bukanlah orang yang patut kau rindui" ujar Bunga gugup.
" Kenapa.. sebab aku tunangan orang" soal Firash. Matanya menatap wajah polos gadis itu. Dikemaskan rambut yang menutup wajah gadis itu.
" Ya.. aku tak nak menjadi perampas dan perosak hubungan orang" Ujar Bunga tegas.
" are you kidding me.. habis si Rais tu.. apa.. dia suami dan bapak orang.. bukan perosak ke namanya" Sinis Firash.
" Itu aras urusan kerja.. bukan seperti yang kau fikirkan" Bunga membela dirinya.
" kerja.. escort girl.. call girl.. or slut" Firadh makin membara apa bila gadis itu cuba menolak dirinya. Pipinya terasa perit akibat tamparan yang hinggap dipipinya.
" begitu hina aku dimata kau Firash Idlan" nada Bunga sebak.
" kau rasa jantan mana yang boleh jadi waras bila tengok orang yang dia sayang bersama dengan jantan lain.. berpeluk bermesra dengan lelaki lain selain diri dia.. bertukar tukar lelaki pula tu.. kau nak aku fikir macam mana lagi Bunga.. kau hilang tanpa jejak tiba kau muncul dengan keadaan yang... urghhhhh... kenapa semua ni jadi macam ni Ya Allah" tempik Firash. Stereng kereta di tepuknya berkali kali.. Kuat. Bunga tersentak. Dia tidak pernah melihat pemuda itu dalam keadaan sebegitu.
" Kau tahu tak aku separuh mati rindukan kau.. aku tak boleh fokus dengan hidup aku hanya fikir tentang kau.. tiba bila aku jumpa kau.. kau bukan Bunga yang aku kenal dulu" Ujar pemuda itu. Ada linangan airmata dari mata pemuda itu yang mula pecah bentengnya. Bunga hanya diam.
" Apa yang berlaku sebenarnya.. kemana kau pergi selama ni.. kenapa kau jadi macam ni" soal Firash bertalu talu. Bunga hanya diam membisu. Airmatanya menitis satu persatu membasahi beg tangannya.
" aku tanya ni jawab lah... kau kemana.. kau buat apa selama kau menghilang" tengking Firash. Tubuh genit itu sedikit bergoncang kerana terkejut dengan tengkingan pemuda itu.
" Awak.. hantar saya balik.. " pinta Bunga gugup.
" kau jawab soalana aku dulu" tegas Firash.
" awak.. please.. hantar saya balik.. " rayu Bunga. Firash menahan dirinya dari bertindak lebih kasar. Kereta itu dipandu laju.
Share this novel