Bunga melakukan tugasnya seperti biasa. Disapu lantai dan di mop.
" Bunga" dia berpaling.
" Eqal.." dia terkejut. Rayqal menarik tangannya dan dibawakan gadis itu ke satu sudut
" mana Eqal tahu Bunga kerja sini.. Shila bagitahu ke?" soalnya
" Dah banyak kali dah Eqal tengok Bunga balik dari kerja.. Bunga sihat" soal pemuda itu.
" ok... sihat... " balasnya pendek. Rayqal mengangguk.
" Bunga sambung kerja dulu.. kejap lagi orang nak shooting." ujarnya. Rayqal yang seakan kematian kata melepaskan gadis itu pergi.
Bunga menghampiri set penggambaran. Dia berdiri dicelah celahan pokok. Dicari wajah suaminya. Dia harus menerangkan perkara sebenar. Kerana sudah lama mereka tidak bertemu sejak daripada krisisnya bersama ibunya.
" uitt tengok Firash ke.." ujar rakan sekerjanya.
" tak lah.. tengok macam mana penggambaran berlaku." dalihnya. Disangkakan tiada siapa yang menyedari kehadirannya disitu namun sangkaannya meleset. Adam perasan akan kehadirannya.
" Bunga" bisik Adam apabila pemuda itu menghampiri khemah.
" mana.." soal Firash
" tu dekat pokok tu" ujar Adam. Mata pemuda itu melilau mencari kelibat yang disebut. Jumpa. Gadis itu berjalan masuk ke dalam bangunan tersebut.
" kejap.. aku ke tandas" dalihnya.
" ye lah" sahut Adam. Firash berjalan laju. Gadis itu masuk ke dalam lif. Firash berlari lalu menghalang pintu lif itu dari tertutup. Dua gadis didalamnya tersentak.
" saya nak ke tandas.. tingkat berapa ya.." alasannya.
" semua floor ada tandas" ujar seorang gadis. Bunga diam dan kaku. Firash berdiri disebelahnya. Firash menatap wajah itu. Rindu.
" kerja sini ke.. sama uniform " soalnya
" ha ah kami cleaner" ujar gadis itu. Firash kecewa kerana Bunga bertindak untuk kunci mulut.
" Bunga aku keluar dulu.. floor aku dah sampai" ujar gadis itu. Bunga hanya mengangguk.
" yes.." girang hatinya dapat berdua dengan gadis itu.
" kau sihat" soal Firash.
" ermm" balas Bunga
" kenapa dah lama tak live" soal Firash
" kerja.." balas Bunga. Firash mengangguk.
" kau kerja sini.. dah lama ke" soal Firash lagi
" baru lagi" Bunga keluar dari lif apabila pintu lif itu terbuka. Firash mengejar gadis itu.
" Bunga.. Bunga.." panggilnya namun tidak diendahkan gadis itu.Ditarik tangan gadis itu agar gadis itu berpaling.
" lepas la.. kau nak apa.. cctv banyak dekat sini " balas Bunga. Firash membawa gadis itu masuk ke tandas lelaki. Bunga cuak.
" ni toilet lelaki" ujar Bunga.
" aku tahu.." didorong gadis itu ke dalam salah sebuah tandas lalu dikunci pintu.
" kau nak apa" marah Bunga
" kau buat apa dekat sini" soal Firash
" kan aku dah kata aku kerja dekat sini" Ujar gadis itu
" kau tahu tempat apa ni" soal Firash
" Panca Distribution.. pengeluar bahan binaan utama terbesar.." jelas Bunga
" kau tahu ni syarikat siapa" soal Firash.
" Dato Khalil..ayah kau" ujar Bunga
" habis tu.. kau kerja sini buat apa.. kalau kau terjumpa Shila macam mana" soal Firash
" dah jumpa dah pun.." jawab Bunga tenang. Firash semakin geram dengan sikap gadis itu seakan baik baik saja sedangkan dia tahu bahawa gadis itu dalam masalah.
" habis tu kau nak kerja sini juga" soal pemuda itu
" kerja lah.. kalau tak kerja apa aku nak makan" Ujar gadis itu. Firash menutup mulut gadis itu apabila mendengar suara pekerja sedang menggunakan tandas. Bunga kaku. Ditatap pemuda itu. Dipegang dadanya yang terasa debaran.
" kenapa kau tak minta dengan aku" soal Firash semula apabila pekerja itu sudah beredar.
" apasal pula aku nak minta dengan kau.. aku boleh usaha sendiri.." balas Bunga.
" kau..isshhhhh" Firash menggoncang pintu tandas itu untuk melepaskan geram.
" balik kau tunggu aku dekat set.. aku hantar kau balik" suruh Firash. Bunga hanya diam.
"mana kau hilang..kau nak kerja buat cara nak kerja.. kalau tak berhenti je.." tengking Shila
" maaf cik Shila tadi saya sakit perut " dalihnya.
" ni semua sebab kau.. setan" marahnya.
" apa... kau panggil aku setan" marah Shila
" eh tak.. saya marah kat perut saya" dalihnya. Shila berlalu pergi. Bunga melakukan rutinnya. Dikemas satu persatu pejabat ditingkat itu.
" Bunga Cik Shila panggil" ujar seorang pekerja. Bunga akur.
" ada apa Cik Shila cari saya" soalnya. Tidak semena mena Shila mencurahkan kopi ke mukanya. Yuna yang berada disitu tersenyum sinis.
" ini habuan untuk orang macam kau" ujar Shila
" apa salah saya" soal Bunga.
" apa salah kau.. kau tanya.." ditunjuk rakaman cctv dimana dia dan Firash sedang berjalan berdua berpegangan tangan.
" kau dah la suami aku kau nak rembat.. sekarang abang aku pula kau nak kacau.. kau memang perempuan tak tahu malu.." tuduh Shila.
" bila masa saya nak kacau dia.. dia yang kacau saya" Bunga mempertahankan dirinya.
" kau ingat kami ni bodoh.. gelandangan macam kau ni memang gold digger.. kau tahu Firash Managing Director Panca kan sebab tu kau nak sangat dia.. kau ingat kau cinderella." sinis Shila.
" cik shila.. berat sangat tuduhan cik Shila tu.. saya kalau nak kikis buat apa saya kikis dia baik say kikis ayah cik Shila dah tentu tentu ni kepunyaan dia.. you should know that.. bukan Firash cik Shila kena risau kan tapi Cik Khalil.. Firash tu sesuai dengan.. tu.. ulat beluncas tu" dituju kata kata itu kepada Yuna yang berdiri disitu.
" Kurang ajar kau" Di keronyok rambut gadis itu lalu ditampar pipinya berkali kali. Bunga tidak mahu melawan kerana dia memikirkan dia perlukan pekerjaan itu.
" ini habuan untuk orang macam kau" marah Shila. Dituang kopi yang berbaki kepada gadis itu.Keadaan Bunga sudah kusut masai dan kotor.
" Shila.. apa yang shila buat ni" marah Khalil. Khalil mengangkat gadis itu yang terduduk dilantai
" Papa tak suka hal peribadi dibawa ke sini" marah Khalil
" tapi pa.. dia yang mula dulu.." tipu gadis itu
" shila jangan ingat papa tak tahu ya.. apa pun masalah Shila dengan dia uruskan diluar.. bukan dipejabat.. jaga air muka papa sama" tengking Khalil. Bunga mengenggam jarinya kemas. Ditahan amarahnya.
" Kamu ikut saya" suruh Khalil.
Firash yang mendengar berita itu bergegas naik ke pejabat ayahnya. Dilihat isterinya kusut masai dan sudah tidak berupa.
" papa.. kenapa ni" soal Firash
" tanya Shila.." Khalil menoleh kearah anak gadisnya.
" kenapa dik.. apa masalahnya lagi sekarang ni" soal Firash. Dipandang gadis itu memohon jawapan.
" abang buat apa dengan dia tadi" soal Firash
" buat apa.. bila" Firash cuak. Shila menunjukkan rakaman cctv tersebut.
" oh ni tadi abang nak ke tandas.. lepas tu abang terlanggar dia.. mata dia terkena chemical.. so abang tolong dia cucikan" dalih Firash
" see.. Shila tak rasa tindakan Shila tu dah melampau.." ujar Khalil. Shila terdiam.
" Bunga kamu boleh pulang awal hari ni.. saya minta maaf bagi pihak anak saya" ujar Khalil.
" takpe Cik Khalil saya dah biasa dah terima semua ni.. biasalah gelandangan macam saya ni jijik dimata orang.. saya keluar dulu.. saya masih ada kerja nak kena buat" pinta Bunga lalu beredar.
Bunga yang pulang dari kerja terus ke rumah ibunya apabila menerima panggilan bahawa ayahnya sedang mengamuk dirumah.
" apak... " tengkingnya.
" anak tak guna ni balik buat apa.. siapa suruh kau masuk.. berambus" marah Fuad
" selagi mak dengan Long ada dalam rumah ni.. selagi tu dorang jadi tanggungjawab Bunga.. dan Bunga takkan biarkan apak sakitkan dorang lagi." tengkingnya
" kurang ajar" Fuad menendang Bunga berkali kali. Gadis itu terbaring di lantai menahan kesakitan.
" nab bagi aku geran rumah.. aku tahu kau dah tebus rumah ni.. " pinta Fuad.
" abang nak buat apa lagi" soal Zainab
" kau bagi jelah dekat aku.. tak pun bagi aku duit.. jangan kata kau takde duit.. kau boleh tebus rumah ni ada duit pula" ujar Fuad
" tu duit angah.. mak dengan Long takde duit.. semua angah bagi" ujar Melati.
" kalau macam tu... Nab kau pilih geran atau Melati" dicengkam tangan gadis itu kuat. Melati meronta meminta dilepaskan. Bunga bangun dari duduknya lalu menerpa ke arah lelaki itu. Mereka bergelut.
" kau manusia paling tak berguna yang pernah aku jumpa.." Bunga sudah hilang pertimbangan. Lalu ditumbuk lelaki itu bertubi tubi. Fuad berlumuran darah dan tidak sedarkan diri.
" angah.." tempik Zainab.
" abang.. bangun bang.. angah ku nak bunuh apak ke.." tengking Zainab. Bunga hanya memandang tubuh yang terbaring kaku itu.
Bunga direman bagi membantu siasatan atas kes pergaduhan. Zainab membuat laporan keatasnya.
" sampai hati mak.. " rintih hatinya. Dalam keadaan lokap yang sunyi itu membuatkan sedih dihatinya bercambah. Eliza yang menyaksikan berita ditelevisyen terkejut mendengar berita akan sahabatnya.
" abang.." panggilnya
" apa dia" Rayqal menghampiri adiknya.
" Bunga.. Bunga kena tahan polis" ujar Eliza. Rayqal terkejut.
" abang ikut Jad pergi balai.. Jad tahu Bunga tak salah" ujar Eliza. Rayqal menemani adiknya ke balai.
Sudah tiga hari dia ditahan masih belum ada tanda tanda keluarganya mahu menjaminnya apatah lagi lelaki yang bergelar suami juga tidak kelihatan.
" tenang Bunga.. tenang.. Kau kuat.. kau kuat.. " dia memujuk hatinya.
" Bunga kamu dibebaskn dengan ikat jamin" ujar seorang anggota polis wanita. Bunga bangun dari duduknya lalu mengikuti polis tersebut.
" Bunga" Eliza memeluk sahabatnya
" Jad.." tangisnya berderai tiba tiba. Dia amat merindukan pelukan sahabatnya.
" Jad.. Bunga tak salah" ujarnya
" ya Jad tahu.. jom Jad hantar Bunga balik" ujar Eliza. Rayqal yang berada disitu tidak diendahkan gadis itu.
" apak tu dah gila ke apa" marah gadis itu
" Bunga tak salahkan apak sepenuhnya.. Bunga cuma kesal kenapa mak masih lagi nak bertahan.. kenapa mak tak nak failkan penceraian" luah gadis itu.
" habis apak ada dekat mana sekarang" soal Eliza
" hospital lagi kot" balas gadis itu
" Bunga.. maaf kan Jad sebab biar Bunga lalui semua ni sendiri.." pinta gadis itu.
" Bunga tak pernah salahkan Jad.. Bunga bersyukur Jad ada dengan Bunga sekarang" ujarnya. Rayqal hanya memerhati dua gadis itu meluahkan segala yang terpendam
Share this novel