30

Romance Completed 109150

Firash memandang bengkel dari jauh. Kelihatan pintu dan tingkap tertutup rapi dan tiada tanda tanda gadis itu berada di situ. Dia mula resah. Diperhatikan jam ditanganinya.
" tak kerja hari ni.. dah pukul sepuluh takkan tak bangun lagi.. marah pun takkan lagi sampai macam ni sekali.. Uuiihhh dahsyat merajuk dia" Firash mengomel sendirian. Dia masih menanti namun hampa kerana bayang gadis itu tidak kelihatan. Firash memberanikan diri ke rumah bakal mertuanya, berkemungkinan gadis itu disitu.
" dia tak bagitahu ke yang dia hantar Munir ke Kelantan hari ni.. Munir dapat masuk belajar pondok disana" ujar Zainab
" dia tak bagitahu pun.. bila Munir dapat keputusan." soal pemuda itu ingin tahu.
" minggu lepas... angah ni kenapa tak bagitahu Firash pula.. " Zainab berfikiran. Firash hanya mampu terdiam.

" kau belajar betul betul tau.. jangan memain pula.. " pesan Bunga
" ya.. kau tu jaga diri.. sorry ngah nikah kau aku tak ada" ujar Huzair
" alah nikah je pun.. bukannya kenduri.. pasal aku kau jangan risau.. kau tu.. jaga diri.. apa apa bagitahu aku.. duit ke.. ada keperluan kau nak guna ke kau beritahu aku tau.. " gadis itu mula sebak.
" ya.. nanti kau kat Australia tu.. jaga diri kau.. jangan lupa nak balik pula" usik pemuda itu menghilangkan sebak didadanya yang mula bersarang. Mereka berpelukan sebelum gadis itu meninggalkannya bersama teman sepengajian. Bunga termangu di terminal menanti waktu untuk basnya tiba. Diperiksa telefonnya. Panggilan dari Firash dibiarkan tanpa balasan.
" Betul ke keputusan aku" soalnya sendiri. Dia mula tidak yakin dengan keputusannya untuk bernikah dengan pemuda itu kerana perjalanan keluarganya masih bercelaru. Dia melepaskan keluhan berat. Diketuk telefonnya perlahan lahan ke dahinya. Telefonnya berdetak. Mesej dari Irfan dibacanya

KAU KEMANA. KENAPA TAK JAWAB CALL AKU

Dibiarkan mesej itu sepi tanpa balasan. Panggilan dari pemuda itu juga dibiarkan saja. Fikiran kusut memikirkan apa yang terjadi antara pemuda itu dengan Yuna dan juga Melati.
" Angah dekat terminal, lagi sejam bas sampai" ujar Bunga menjawab pertanyaan ibunya yang menelefonnya.
" Dah.. dia dah masuk asrama.. asrama dia selesa angah tengok... kawasan dia pun tenang je" ceritanya.
" kau kenapa tak bagitahu Firash kau nak pergi" soal Zainab
" dia ada shooting" alasannya
" dia ada shoiting pun.. bagilah tahu.. ni kau pergi senyap senyap.. risau dia tahu tak" marah Zainab.
" ye.. salah angah" rajuknya lalu dimatikan talian. Dibuka akhbar online untuk membaca isu semasa.
" gempa bumi.. masyaAllah teruknya.. bertuahnya rakyat Malaysia.. jenuh la nak bina balik rumah.. kesiannya" dia berkata kata sendiri.
" maaf.. cik tumpang tanya ni terminal empat ke" soal seorang pemuda. Bunga mendongak.
" ha ah.. " balasnya.
" terima kasih" ujar pemuda itu lalu duduk di bangku disebelahnya. Bunga masih dengan telefonnya. Temubual diantara Firash dan Yuna bagi mempromosikan filem terbaru mereka ditontonnya. Dilihat keserasiaan antara mereka yang ketara. Bunga merasakab di seakan tiada harapan untuk bersama pemuda itu.
" cik.. cik naik bas Utama Ekspress kan" soal pemuda itu yang melihat tiket ditangannya
" ha ah" balas Bunga
" bas dah sampai" ujar pemuda itu. Bunga menoleh kebelakangnya lalu bangun dan berjalan menuju ke bas. Dicari tempat duduknya lalu dilabuhkan punggungnya. Dipasang earphone ke telinganya lalu dipejamkan matanya kepenatan berjaga seharian. Terasa bahunya dicuit. Bunga terjaga.
" kita dah sampai rnr.. awak nak turun?? tak pun nak saya tolong belikan apa apa tak" ujar pemuda itu.
" kau bukan..." dia sedang mengecam pemuda itu
" dekat terminal tadi" ujar pemuda itu. Bunga mengangguk kerana sudah mengingati pemuda itu.
" awak nak apa apa tak.. saya boleh tolong belikan" soal pemuda itu.
" no thanks" ujar Bunga lalu menyambung lenanya. Pemuda itu turun lalu membeli beberapa jenis keropok dan dua botol minuman kemudian masuk semula ke dalan perut bas. Dicuit bahu gadis itu lagi. Bunga geram tidurnya diganggu.
" ya ada apa" soalnya acuh tak acuh. Disua minuman yang dibelinya kepada gadis itu
" terima kasih" diambil minuman itu lalu diletakkan disisinya.
" awak memang asal kelantan ke" soal pemuda itu
" tak.. aku datang hantar adik aku masuk pondok tahfiz" balas Bunga.
" oo.. " balas pemuda itu lalu membuka laptopnya . Mata Bunga tertangkap skrin laptop pemuda itu. Beberapa lukisan dibelek pemuda itu
" lukisan kau" soal Bunga
" ha ah.. saya lukis.. ok tak" soal pemuda itu
" cantik.. kau jual ke" soal Bunga seakn tertarik.
" yang ni untuk pameran sabtu ni" ujar pemuda itu
" lusa... pameran dekat mana" soal Bunga
" Lembayung Geleria" ujar pemuda itu.
" eh sama lah.. aku pun join pameran dekat situ... " Bunga semakin tertarik untuk bersembang dengan pemuda itu.
" Saya Haq.. awak" pemuda itu memperkenalka diri.
" Bunga" Bunga melempar senyuman kepada pemuda itu. Perbualan mereka semakin rancak hingga tidak sedar akan masa berlalu.

Bas berhenti dihentian terakhir dimana mereka akan turun disitu.
" kau stay kat mana dekat sini" soal Bunga.
" saya tak dapat cari lagi.. awak ada suggestion" soal pemuda itu.
" ermmm.. aku stay dekat bengkel.. tapi takde bilik.. if kau tak kisah boleh stay dekat situ tapi kita kena sharing bilik air semua la.. itu pun kalau kau tak keberatan lah" ujar Bunga
" eh tak berani saya.. " pemuda itu cuak.
" aku tidur dekat loteng dekat tingkat atas.. kalau kau ok.. aku nak pindahkan barang aku naik atas" ujar Bunga. Pemuda itu masih diam.
" macam ni.. kita pergi bengkel aku dulu then kau decide.. aku tak paksa aku cuma nak save kan kau.. tak payah dah bayar duit hotel.. dua minggu kot.. makan modal.. tapi kalau kau nak stay hotel juga aku no hal.. tapi memandangkan kau pun belum dapat hotel lagi jom pegi bengkel aku kita search kat mana ada hotel budget yang available" cadangnya. Pemuda itu bersetuju. Di tahan sebuah teksi lalu menuju ke bengkelnya.

Pemuda itu terpana melihat lokasi bengkel gadis itu. Bunga membuka pintu bengkelnya lalu menjemput pemuda itu masuk. Pemuda itu tergamam melihat dalam bengkel itu.
" Bengkel ni Bunga punya ke" soal Haqq.
" ye.. kenapa" soal Bunga kembali
" wah... tak sangka Bunga pandai seni ukiran kayu.. " puji pemuda itu. Dilihat hasil seni gadis itu membuatkan dia kagum terhadap gadis itu.
" ni tempat tidur yang aku guna sebelum sebelum ni.. tapi kalau kau nak tumpang sini aku naik atas" dibawa pemuda itu ke loteng.
" wahhhh.... " pemuda itu terpegun melihat pemandangan dari loteng itu.
" so... macam mana" soal Bunga.
" ok saya onz... awak nak caj berapa" soal pemuda itu.
" apa pula.. aku yang ajak kau kan.. kau stay je sini.. kita boleh pergi galeri sama sama" ujar Bunga. Pemuda itu hanya tersenyum. Bunga mengemas loteng untuk dia bermalam. Baju serta barangan peribadinya dipindahkan. Dilipat dan digantung pakaiannya namun tangannya mencapai sehelai baju. Diamati baju tersebut. Hatinya tidak tenang. Rindu mula menjengah.
" Hati.. apa yang kau mahukan sebenarnya.. " rintihnya. Dicium baju itu lalu dipeluk erat. Rindu yang menjengah mengganggu kerjanya. Dicapai telefonnya lalu di telefon pemilik baju itu. Hatinya bertukar kecewa kerana telefon pemuda itu dimatikan.
" Rindunya aku dekat kau Mr Poyo" bisik hatinya. Lamunannya terhenti apabila pintu biliknya diketuk.
" Bunga... sorry ganggu" ujar pemuda itu.
" eh tak pe tak pe.. ada apa" soal Bunga.
" aku nak oergi beli makan.. aku nak pinjam motor kau boleh" pinta pemuda itu.
" oh.. kejap.. aku nak pergi beli groceries.. jom kita pergu sekali.. kita masak.. jimat sikit" cadangnya. Pemuda itu bersetuju. Baju yang dipegangnya diletakkan diatas tilam lalu dibiarkan baju itu disitu. Dia turun dan pergi ke pasaraya seperti yang dikatakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience