Bunga mengetap kukunya yang pendek. Kulit jarinya juga digigit hingga luka. Dia masih mengingati akan peristiwa tengahari tadi. Firash melayannya bak puteri. Dia merasa bahagia untuk sesaat sehingga seorang gadis datang menyapa mereka. Pelakon wanita yang baru meningkat naik dan sedang menjadi bualan hangat kerana drama bersiri lakonan mereka mendapat tempat dihati peminat. Apatah lagi dengan keakraban mereka diluar set penggambaran menjadi igauan setiap peminat mereka.
" Alisya.. come join us" pelawa Firash. Gadis itu tanpa segan silu duduk disebelah Firash. Bunga hanya memerhati. Perhatian Firash buatnya sebentar tadi kini beralih ke arah gadis itu. Bunga kecewa dan sedih. Dia bukan lagi bunga dambaan sang kumbang.
" Cik Bunga... saya balik dulu ya" pinta pekerjanya yang setia bersamanya. Bunga mengangguk dan melemparkan sebaris senyuman pada gadis itu.
" tapi kak... " gadis itu menghampirinya. Bunga mengerutkan dahinya. Dia kehairanan melihat perilaku gadis itu.
" Tu... saya dah suruh dia balik.. tapi dia nak tunggu akak.. akak ok ke" soal gadis itu. Bunga mencari cari kelibat yang dikatakan gadis itu. Matanya tertampan pada seorang lelaki yang sedang membelek naskah buku ditangannya. Jantungnya berdegup kencang.
" hensemnya" bisik hatinya gatal.
"akak" panggil gadis itu. Bunga terhenti dari lamunannya.
" hah.. urmmm tak pe biarkan dia.. dia datang dengan saya.. awak boleh tutup lampu biarkan hanya dua tiga biji je menyala... then letakkan sign tutup dekat pintu ya" suruhnya. Gadis genit itu terangguk angguk mendengar setiap arahan dari majikannya.
" tapi sebelum tu awak buatkan saya creamy latte.. double shot ya.. " pintanya. Gadis genit itu mengangguk lagi.
" untuk cik abang tu" usik gadis itu. Bunga memandang gadis itu tajam. Gadis itu tersenyum gembira kerana berjaya mengusik majikannya.
"dia.. biarkan dia.. nanti pandai pandai lah dia cari minum sendiri" ujarnya.
" ok faham faham.. ok saya siapkan latte akak dulu ya" gadis itu beredar meninggalkan Bunga sendiri. Bunga meneliti aliran keluar masuk kewangan cafe. Tiba tiba hidungnya menangkap bau kopi yang semerbak. Terukir sebaris senyuman dibibirnya. Aroma kopi yang berada didepannya membuatkan dia berasa satu ketenangan. Dihirup kopi itu perlahan lahan.
" arghhh.. amazing.. awesome " ujarnya perlahan.
" makkk" Bunga menjerit kecil. Dia terkejut melihat Firash bertinggung disebelahnya. Ditatap wajah gadis itu semahunya.
" kus semangat.. terkejut aku" marah Bunga. Firash tertawa kecil. Bunga tergamam apabila jari pemuda itu mengoles bibirnya yang melekat buih susu.
" minum kopi pun macam minum susu.. comel" Firash mengomel sambil tertawa kecil. Bunga kaku. Dadanya tidak aman. Jantungnya semakin laju berdegup. Reaksi spontan pemuda itu membuatkan dia tidak keruan.
" apa kau ni" ditepis tangan pemuda itu. Dijarakkan duduk mereka.
" saya lap buih susu dekat mulut awak.. kenapa.. tak boleh" soal Firash
" aku boleh buat sendiri" Bunga mengesat bibirnya kasar.
" Hei hei.. nanti luka bibir tu.. bibir kesayangan Firash" Lagi sekali jari itu mengoles bibir mungil gadis itu. Bunga menelan airliurnya kasar. Terasa tersekat dikerongkong. Bunga tersedak.
" sayang.." Firash menepuk belakang badan gadis itu lembut. Bunga makin hilang arah. Dia bangun dari duduknya lalu berdiri menjauhi pemuda itu.
" kau boleh balik.. aku ada banyak kerja nak buat" dalih Bunga. Dia semakin berasa tidak tenang dan aman. Jantungnya berdegup kencang. Hatinya mula memberontak mahu berdampingan.
" Saya tunggu" ujar Firash lalu bangun dari tinggungnya.
" tak perlu... kau pergi balik.. aku banyak lagi kerja nak buat" bantah Bunga. Firash tidak mengendahkan kata kata gadis itu. Dia berjalan menuju kearah gadis itu. Bunga cuak. Dia cuba melarikan diri dari berhadapan dengan pemuda itu. Semakin dia menjauh semakin dekat pemuda itu dengannya.
" stay.. saya takkan apa apakan awak" ujar Firash. Bunga makin gelabah. Dia memandang kiri dan kanan. Langkahnya mati kerana dihalang meja kerjanya.
" kau jangan macam macam.. aku rodok perut kau dengan gunting ni" ugut Bunga. Firash makin menghampiri.
" saya tak kisah kalau sudah tertulis saya akan mati ditangan awak.. saya sanggup.. kalau darah dan nyawa saya pengganti hati awak untuk saya..saya terima" Firash meletakakkan gunting yang dipegang gadis itu ke perutnya. Bunga makin cuak.
"kau jangan buat kerja gila" ujar Bunga mula risau tatkala genggaman tangannya digenggam erat pemuda itu. Gunting itu semakin ditekan ke dalam. Bunga mula mengelabah melihat reaksi pemuda yang berdiri dihadapannya.
" kenapa" soal Firash apabila Bunga melepaskan gunting yang dipegangnya.
" kau dah gila ke apa" Bunga mula menyinga.
" ya saya gila.. saya gila sebab awak.. awak nak saya buat apa lagi untuk awak terima cinta saya.. macam saya kata kan tadi.. andai nyawa saya jadi taruhan saya sanggup.. asalkan cinta awak hati awak untuk saya dan Fateh." Firash mula merayu.
" kau buat drama apa ni... baik kau balik sebelum setan dalam badan aku ni bangun" tengking gadis itu. Dia mula menyinga. Ditutup perasaan dan keinginan hatinya dari terus terbuai dengan kata kata manis pemuda itu.
" awak bagitahu saya.. apa salah saya.. apa yang saya dah buat pada awak sampai awak benci saya dan buang Fateh dari hidup awak". Firash maju beberapa tapak hingga jarak mereka hanya beberapa inci. Bunga menelan airliurnya kesat. Terasa seram sejuk. Wajahnya mula dibasahi manik manik halus. Peluh mula menyeringai diwajahnya. Bunga mengalihkan pandangannya kearah lain. Tidak mampu ditatap wajah yang penuh harapan itu.
" saya impikan kebahagiaan bersama awak dan Fateh.. saya mahu kita sama sama besarkan anak kita..saya tahu saya bukan manusia sempurna tapi dengan awak saya yakin saya akan jadi manusia yang dapat melengkapkan hidup awak agar jadi sempurna. Awak buatkan saya rasa cukup sempurna untuk hadap dunia." ujar Firash. Bunga tidak memandang pemuda itu walau sekilas. Dia membatu. Jarinya digenggam kemas.
" please.. bagi saya satu lagi peluang untuk bahagia bersama awak dan Fateh" rayu Firash. Dipegang jari gadis yang digenggam erat itu lalu dikucup lembut berkali kali. Wajahnya diterkup ke bahu gadis itu. Tiba tiba bahu gadis itu terasa hangat dan basah. Kedengaran esakan tangis pemuda itu samar samar. Bunga serba salah. Dia memandang tubuh yang berhinjut dek kerana esakan.
" Saya dah tak sanggup hidup macam ni.. saya dah tak sanggup tengok Fateh macam tu.. tiap kali saya tengok dia.. saya akan rasa bersalah pada dia dan awak.. saya rasa seolah terjerut..sukar untuk saya bernafas... saya rasa lemas.. saya perlukan awak untuk selamatkan saya dari tenggelam" ujar pemuda itu. Esakannya semakn nyata.
" saya terlalu sayangkan awak Bunga.. saya tak boleh hidup tanpa awak dan Fateh.. Saya sayang awak sangat sangat" pinggang gadis itu dipeluk erat.
"Awakk" bisik hati gadis itu. Hatinya mula goyah dan turut menangisi keperitan pemuda itu.
" saya perlukan awak.. saya rindu awak.. semua tentang awak saya rindu.. maafkan saya sebba tindakan bodoh saya.. saya nak awak tahu saya sayangkan awak sangat sangat..sebahagian dari hidup saya ada pada awak.. macam mana saya nak hidup kalau separuh hidup saya awal bawa pergi" luah pemuda itu. Bunga memandang pemuda itu sayu.
"maafkan aku... andainya kau tahu betapa aku mahu bersama dengan kau setiap saat.. andainya kau tahu hati aku sedang meronta untuk terus mendambakan kau.. tapi maaf bukan sekarang.. aku yakin harinya akan tiba.. tunggu aku untuk satu tempoh yang aku sendiri tak pasti.. " Bisik hati gadis itu. Matanya yang mula bergenang ditahan agar tidak mengalir. Ditolak tubuh pemuda itu ke tepi.
"kau dah habis cakap.. selarang kau boleh keluar.. aku tak suka" Bunga mula bersikap dingin walupun didalam hatinya merintih perit.
" maafkan saya.. " Firash menyeka airmatanya. Ditatap wajah kesayangannya lalu dikucup ubun ubun gadis iti lembut. Sekali lagi Bunga kaku. Terasa hangat. Mahu saja didakap tubuh sasa itu namun dihalang oleh fikirannya.
" keluar !!! " tempik Bunga. Firash tersentak lalu beredar meninggalkan gadis itu. Bunga memerhati kereta yang dipandu pemuda itu meluncur laju meninggalkan cafe miliknya. Bunga merebahkan tubuhnya ke kerusi kerjanya. Kakinya terasa longlai. Dia menangis semahunya.
" Firash Idlan.. sungguh aku rindu.. rindu semua tentang kau.. rindu semua kenangan kita" ujarnya sendirian didalam sepi dunianya.
Share this novel
update pleaseee..