64

Romance Completed 109150

Kereta yang dipandu Firash memasuki ke kawasan sebuah balai polis.
" kita nak buat apa dekat sini" soal Bunga.
" kita buat laporan tentang Long dengan apak.. sampai bila awak nak jadi tahanan dorang" ujar Firash.
" tapi Long tu kakak saya.. apak tu ayah saya.. saya tak nak dan tak sanggup " tolak Bunga. Dia tidak sanggup menjadi punca kakak dan ayahnya meringkuk kedalam penjara. Walaupun dia tahu tindakan mereka sudah diluar batas normal namun hanya mereka saja ahli keluarganya yang tinggal.
" kau tak nak bersama Fateh.. kau tak rindu dia.. " Firash cuba memujuk. Bunga diam.
" kau tak perlu korban diri kau dan tak perlu kau rumitkan keadaan.. kalau dorang anggap kau keluarga dorang.. takkan dorang buat kau macam ni" Pujuk Firash. Setelah lama mereka berdiskusi akhirnya Bunga akur. Dia harus menamatkan semuanya.

Bunga lega. Segala urusan laporan berjalan lancar. Firash memandu Bunga pulang ke bengkel seperti yang dipersetujui. Bunga berjalan longlai memasuki bengkel. Firash mengikutinya dari belakang. Bunga terus naik ke biliknya. Direbahkan dirinya dikatil. Pandangannya dilepaskan ke jendela yang terbuka luas. Airmatanya mengalir deras. Firash menghampirinya.
" kau rehat la.. aku balik dulu" Ujarnya. Diselimut tubuh gadis yang berbaring itu. Tangannya dicapai Bunga. Firash menoleh.
" Kenapa ni" soal Firash lembut.
" teman saya.. " pinta Bunga. Matanya mula dibanjiri airmata. Firash merapati gadis itu. Bunga meletakkan kepalanya diribaan pemuda itu. Firash mengusap lembut rambut gadis itu.
" aku tahu kau sedih tapi ini untuk kebaikan kau.. kau tak perlu lagi bekerja untuk dorang.. aku nak kau hidup dengan cara kau bukan dengan paksaan sesiapa" ujar Firash. Bunga masih dalam tangisannya.

Mira mula berang. Firash yang menghilang sebelum majlis pertunangan mereka tamat pemuda itu sudah tidak dapat dikesan.
" mana dia pergi ni" rengusnya.
" abang tak kan ke mana.. ada lah kerja dia tu... mungkin diluar kawasan barangkali" pujuk Shila
" Dia mana ada shooting apa apa sekarang.. kami rehat sampai jujung minggu ni.. next week baru ada shoot drama baru" jelas Mira. Diketap bibirnya menahan geram. Shila juga mendail nombor abangnya. Dia mula tidak sedap hati. Fikirannya mula bergolak.
" entah entah.. " Kepalanya mula teringat akan Bunga. Gadis yang sentiasa berada didala benak abangnya.
" siapa.. " soal Mira. Shila memandang Fateh yang sedang asyik dalam mimpinya.
" ibu fateh.." ujar Shila.

Firash terjaga dari tidurnya. Dadanya terasa berat. Dia menunduk. Kelihatan Bunga sedang lena didadanya. Firash kembali berbaring. Dilindung wajah manis itu dari terik mentari dengan tangannya. Sudah lama dia merasakan saat itu. Kali terakhir mereka seperti itu sebelum pernikahan mereka dibatalkan kerana diisytihar tidak sah.
" missed you Honey" ubun ubun gadis itu dikucup lembut. Bunga sedikit bergerak. Firash kaku. Dipeluk gadis itu erat. Firash kembali dalam lenanya.

Tidur mereka terganggu dengan bunyi bising diruang bengkel. Bunga terjaga dari tidurnya mengejutkan Firash yang masih ketiduran.
" awak bangun.. ada orang cari awak" ujar Bunga.
" ermmm biarlah.. sini.. nak peluk" rengek Firash.
" awak... bangun" bisik Bunga. Digoyangkan badan pemuda itu lembut.
" biarlah bukan dorang dapat naik atas ni pun kan.. nak pelukkkk" rengek Firash lagi. Bunga bangun lalu disanggul rambutnya yang kusut masai. Dia ke bilik air bagi mencuci wajahnya dan menuruni anak tangga.
" Shila.." Bunga terkejut melihat kehadiran dua gadis itu.
" kau... " Mira juga tersentak dengan pertemuan itu.
" ni lah ibu kandung Fateh.. " Shila membuka cerita. Mira terkedu. Seakan tamparan hebat buat dirinya.
" Honey.. apa yang bising bising ni" Firash yang tidak berbaju turun dari bilik denga mulutnya menguap luas. Bunga menerkup mulut pemuda itu.
" tak senonoh" ujar Bunga. Firash tersenyum manja. Dirangkul pinggang gadis itu lalu dikucup pipi dan leher Bunga asyik
" Hurrmmm.. missed you honey. " Bunga menepuk lengan Firash lembut memberi isyarat aksi mereka sedang diperhatikan.
" ye... nak lepas rindu.. rindu sangat sangat" bisik Firash.
" you.. " panggil Mira. Ciuman dileher Bunga terhenti. Firash mendongak sedikit wajahnya. Dilihat Shila dan Mira berdiri dihadapan mereka. Dieratkan lagi pelukannya. Ditembap wajahnya ke leher gadis itu. Badan Bunga bergoyang kerana digerakkan oleh Firash yang memeluknya erat.
" abang... apa abang buat ni" tengking Shila.
" abang tengah melepaskan rindu.. " balas Firash lalu ditongkat dagunya keubun ubun gadis itu. Mira makin meruap berangnya.
" abang tunang orang" tengking Shila.
" yeah.. I know" balas Firash tenang. Bunga cuba lari tapi tubuhnya di dakap erat. Diangkat Bunga lalu diletakkan diatas meja kayu. Dia yang berdiri dihadapan Bunga menunduk menatap mata gadis itu.
" Lapar la.. nak makan" rengeknya
" kejap saya siapkan" Bunga mahu turun dari duduknya tapi dihalang. Bibir yang merah merekah itu dioles lembut. Mereka bercumbu. kedengaran hentakan kaki tanda geram dengan tindakan mereka bercumbu tanpa segan..
" Awak.. kita ada tetamu" bisik Bunga.
" biarlah.. bukan kita jemput pun kan" balas Firash. Bunga memberi isyarat supaya suaranya diperlahankan.
" betul kan.. korang datang sendirikan.. kami tak jemput pun kan.. so sorry kalau kami tak sempat nak layan.. kami busy.. sorry" ujar Firash lalu pandangannya difokuskan pada gadis dihadapannya.
" Saya nak mandi then nak siapkan breakfast" pinta Bunga. Dia mahu lari dari situasi tegang tersebut. Tidak semena rambutnya direntap kuat. Bunga mengerang kesakitan.
" perempuan tak tahu malu.. kau sedar sikit taraf kau.. pelacur murahan" herdik Mira.
" Mira.. jaga sikit mulut kau.. " marah Firash.
" betul apa.. Daddy bayar dia untuk setiap service dia.. you rasa daddy i je ke pelanggan dia... " tengking Mira.
" you tak tahu apa apa better you diam Mira... even dia macam tu tapi hati dia lebih mulia dari you.. dan bahagia i ada dengan dia.. " tengking Firash.
" what.. are you insane.. dia mulia.. apa yang mulianya pelacur ni" marah Mira. Matanya meluahkan segala amarah.
" Hati dia tak seburuk you yang gunakan daddy you untuk dapatkan I.. dia.. dia ibu kepada anak I.. dan dia tak perlukan sokongan sesiapa untuk tambat hati I" herdik Firash.
" pelacur murahan ni.. patut la nanti anak pula ikut jejak maknya.. gampang" pipi Mira ditampar Bunga.
" kau tak puas hati dengan aku jangan libatkan anak aku.. aku pantang itu.. " marah Bunga.
" kau tampar aku.. sial punya perempuan" rengus Mira. Kali ini Shila pula yang naik tangan. Bunga di keronyoknya semahunya. Bunga semakin terhimpit diantara dua gadis itu dengan Firash yang cuba meleraikan.
" stopppppppp" tempik Bunga. Semua berhenti..
" korang berambus sebelum aku lumatkan badan korang dengan tukul ni.. " tukut besi ditangannya di angkat dan dihayun beberapa kali. Shila dan Mira mula cuak.
" cunnn " Firash seakan gembira melihat dua gadis itu seakan ketakutan.
" awak pun sama.. pergi balik.. jangan datang sini lagi.. awak dah jadi tunang orang. " ujar Bunga.
" tapi.. " Kata katanya terhenti apabila Bunga menunjukkan tukul kepadanya. Firash mencapai kemejanya yang disangkut di kerusi lalu beredar dengan rasa kecewa.
" nah ni dua ribu atas sevis kau malam tadi" wang bernot seratus itu mula bertaburan ke lantai setelah dicampakkan ke mukanya. Firash yang menyaksikan perilaku kejam Mira terhadap gadisnya membara. Bunga mengangkat tukul itu bagi menghalang dari pemuda itu berpatah balik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience