Melati mundar mandir. Hatinya tak tenang. Baginya senyuman yang terukir dibibir Bunga seakan satu ancaman buatnya. Langkahnya terhenti apabila telefonnya berdering. Melati melihat nama pemanggil. Tubuhnya tiba tiba menggigil. Melati seakan ketakutan. Deringan telefonnya dibiarkan tanpa balasan. Digaru rambutnya yang tidak gatal. Dia melepaskan geramnya pada dinding yang ditumbuk berkali kali. Dia menjerit kuat. Suasana sunyi mendengarkan jelas teriakannya.
" sial kau Bunga.. aku takkan biarkan kau hidup dengan tenang.. sebab kau hidup aku berantakan.. mak.. mak tengok apa yang long akan buat pada anak kesayangan mak... semuanya punca dari mak.. sekarang.. mak tengok la akibat dari ego dan rakus mak.. long nak dia rasa perit yang long tanggung selama mak" ujarnya. Dihempas potret keluarganya ke lantai. Kedengaran suaranya mengilai kecil. Bunga yang berada diluar rumah gadis itu tersentak. Dia tidak menyangka bahawa kakaknya akan bertindak sejauh itu. Bunga elangkah perlahan lahan ketakutan lalu keluar dari perkarangan rumah Melati.
Bunga cuak. Perilaku Melati yang dilihatnya sebentar tadi amat mengejutkannya. Digigit kuku jarinya hingga menampakkan isi. Otaknya mula memikirkan kebarangkalian bahana ang akan menimpa. Bunga menatap fotonya bersama anaknya. Airmatanya mula menitis.
" Sayang.. ibu rindu.. " rintihnya. Airmatanya mengalir deras seakan air terjun yang menghempas ke batu.
" Bunga" panggil seseorang. Bunga menoleh. Dia berlari lalu memeluk pemuda itu.
" Yad.. aku tak kuat Yad.. aku tak kuat" rintihnya. Ziyad memeluk erat gadis itu. Ditenangkan gadis itu.
" aku rasa kau patut berterus terang pasal kau dan Long dekat Firash.. aku rasa dia boleh tolong kau" ujar pemuda itu. Diusap rambut gadis itu lembut.
" aku tak nak libatkan dia dalam hal ni.. lagipun aku takut diapa apakan Firash dan Fateh.. Melati dah bukan seperti Melati kakak aku yang aku kenal dari kecil.. dia seakan manusia yang lain.. aku dah tak kenal dia Yad.. aku takut tindakan aku akan bahayakan dorang" ujar Bunga dalam esakan.
"habis takkan kau nak biarkan dia terus macam tu.. takkan kau nak gadaikan bahagia kau hanya nak penuhi matlamat Melati yang dah mula menggila" nasihat pemuda itu.
" apa pilihan yang aku ada.. aku tak sanggup cagarkan kehidupan orang yang aku sayang.. tapi dalam masa yang sama aku tak nak hilang dorang.. aku rindu dorang" ujar Bunga.
" kau cerita semua dekat polis.. semua yang kau tahu" nasihat Ziyad lagi.
" aku tak sampai hati.. dia kakak aku Yad.. satu satunya darah daging aku.. lagipun aku tahu semua ni berpunca dari Apak.. kalau tak Long takkan bertindak sampai macam tu.. lagipun aku tak cukup bukti untuk dakwa dia" Diseka airmatanya. Ziyad menatap wajah sahabatnya yang tampak semakin susut badannya.
" Jangan bahayakan diri kau.. biar polis buat kerja dorang" bantah Ziyad.
" aku perlu tahu perkara sebenar.. aku harus pastikan sendiri yang apa yang aku ramalkan selama ni salah.. aku tak sanggup andainya apa yang aku ramalkan sebelum ini benar.. " Mata gadis itu masih bersisa air mata lalu dihapus lembut pemuda itu.
" apa apa kau bagitahu aku.. aku sentiasa ada dengan kau" ujar Ziyad.
" Thanks Yad" dipeluk pemuda itu erat.
Fuad terbaring lemah berlumuran darah. Matanya kabur akibat darah yang menitis menutupi pandangannya.
" kau..kalau pokai.. jangan datang sini" bentao seorang lelaki.
" aku janji aku bayar.." ujar Fuad.
" bayar.. wei.. hutang kau dah bertambah bunga dia tahu tak" leher Fuad dicekak lelaki itu. Kedengaran suara keras nafas Fuad kerana lehernya digenggam kemas lelaki itu. Fuad bergelut mahu melepaskan genggaman itu kerana dia semakin lemas
" aku janji aku akan dapatkan bayaran balik.. bagi aku tempoh dua hari.. aku janji aku akan bawa balik bayaran kau" ujar Fuad.
" dua hari... ok dua hari.. kalau takde.. nahas kau" ujar lelaki itu lalu melepaskan genggamannya kuat. Fuad tersandar ke dinding. Disedut udara kalut kalut kerana terlalu lama tersekat dikerongkongnya. Kumpulan lelaki itu pergi meninggalkan Fuad yang sedang mencari cari pernafasannya.
" Sial kau Bunga.. aku dapat kau.. tahu lah aku kerjakan kau" bengis hatinya.
Eliza menyiapkan bekalan untuk Fateh. Dia mahu membawa Fateh bertemu dengan ibu kandungnya. Dirasakan sudah terlalu lama gadis itu tidak bertemu dengan anaknya. Anak kecil itu seakan sudah tidak megenali ibunya. Disiapkan anak kecil itu serapi rapinya lalu di pimpin tangan kecil itu dan diletakkan didalam kereta. Eliza berharap agar dengan kehadiran anak kecil itu Bunga akan berubah dan dapat semula dirinya yamg telah lama hilang. Fateh teruja melihat pergerakan setiap objek dihadapannya sambil menghabiskan sebotol susu yang diberi Eliza.
" Ok kita dah sampai.. jom kita jumpa ibu ya" ujar Eliza. Fateh memandangnya terkulat kulat tidak mengerti akan kata kata gadis itu. Eliza memimpin tangan anak kecil itu lalu beriringan menuju ke bengkel yang terletak dipersisir pantai. Eliza memerhati sekitar bengkel. Sunyi. Tiada tanda tanda bahawa gadis itu disitu.
" Pergi mana pula la perempuan ni.. pintu tingkap terbuka.. dia hilang" rungut Eliza. Kepalanya seperti Zirafah mencari pohon untuk dimakan terjengul jengul dihadapan pintu.
" Bunga... Bunga..." panggilnya lalu masuk ke dalam. Beg berisi bekal Fateh di letakkan diatas meja. Tangan anak kecil itu digenggam kemas. Eliza merasakan kurang selesa dengan situasi itu. Tidak lama kemudian kedengaran bunyi bising dan kecoh diloteng atas. Eliza tersentak. Dia meletakkan Fateh disofa.
" Fateh duduk diam diam tau.." ujarnya perlahan. Dia uang baru sahaja mahu menaiki anak tangga tersentak melihat Bunga yang laju menuruni anak tangga dalam keadaan kusut masai.
" bawa Fateh lari cepat Jad" Rayu Bunga.
" Bunga.... kenapa ni.." Eliza keliru dengan apa yang berlaku
"dengar cakap aku.. bawa fateh pergi sekarang..." tengking Bunga. Sejurus itu dua pemuda menuruni anak tangga dalam keadan kalut kalut.
" pergi" tengking Bunga. Eliza merangkul kemas Fateh lalu berlari keluar dari bengkel itu. Bunga hanya memerhati sayu anaknya yang dibawa pergi.
" Maafkan ibu sayang.. belum sampai masanya untuk kita bersua" rintih hatinya.
" sial kau.." marah seorang pemuda lalu menampar pipi Bunga kuat lalu dia terjatuh ke lantai. Bunga memandang meraka dengan amarah. Dadanya berombak.
" aku kata aku tak nak aku tak nak lah..yang berhutang dengan kau orang tua tu..bukan aku" tengking Bunga.
"ya tapi kau anak dia..dia dah cagarkan kau dekqt aku" ujar pemuda itu.
" apa kau dapat dari aku... kau yang bodoh percayakan fuad tu.. aku bukan ada apa apa" balas Bunga.
" tapi kau ada apa yang kami nakkan" ujar pemuda itu diikuti dengan tawa. Bunga cuak. Dia bergerak kebelakang perlahan lahan lalu dicapai pahat yang berada dibawah meja.
" kau nak lari mana hah" pemuda itu menghampirinya.
" kau jangan dekat...aku bunuh kau nanti" ugut Bunga. Diacukan pahat kearah lelaki itu. Mereka tergamam.
" atau aku harus tamatkan riwayat hidup aku" pahat itu ditekan pada lehernya hingga mengalirkan darah merah. Pemuda itu terdiam. Bunga lari meninggalkan bengkel.
" Kenapa kau lepaskan dia" marah salah seorang dari mereka
" takpe kejap lagi kita akan dapar juga dia..aku tahu nak amik dia dekat mana" ujar seorang lagi pemuda sambil tersenyum sinis.
Share this novel
Degil la bunga ni..patutnya bt la report polis..