Lega rasanya dapat pulang ke bengkelnya. Susun atur bengkel itu tersusun kemas dan rapi. Bunga tersenyum sendiri.
" kau pehal senyum senyum" soal Firash. Diletakkan beg gadis itu dikatil.
" pandai Ziyad mengemas.. bersih" ujar gadis itu
" siapa kemas..." soal Firash
" Ziyad.." Firash hanya mengangguk. Di belek telefonnya disofa.
" Yad" tempik Bunga
" Wei.. kau dah balik... luka kau dah ok" soal Ziyad. Dirangkul leher pemuda itu lalu dikerocok rambut pemuda itu. Firash cemburu. Ditenung mereka tajam
" thanks tau kemaskan bengkel" ucap gadis itu.
" bukan aku kemas.." ujar Ziyad. Bunga kehairanan.
" Tu... jibauk tu yang kemas.. aku bukakan pintu je" ujar Ziyad. Firash kembali berbaring disofa lalu membelek telefonnya. Bunga susah hati. Dia tahu dia tersilap memuji orang.
" aku pergi dulu.. ada orang nak main jet ski" ujar Ziyad lalu beredar. Bunga menghampiri pemuda itu perlahan lahan.
" ehemmm" Bunga berdehem namun tiada sebarang reaksi.
" aku minta maaf" ujar Bunga gugup. Masih membisu
" cantik kau kemas.. semua tersusun elok.. perfect.. " pujinya
" mak lahai" Bunga terkejut apabila Firash bangun secara tiba tiba dan merapatinya. Dia terhimpit diantara pemuda itu dan meja.
" sedap kau puji orang lain" ujar Firash. Bunga gugup. Ditelan airliurnya kesat.
" sorry sorry.. aku tak tahu yang kau kemas semua ni.. aku ingatkan dia..." kata kata mati apabila bibirnya dikucup pemuda itu. Bunga menerkup bibirnya.
" woi.. apa kau buat ni" ujarnya dengan kedua tangannya masih dimulutnya.
" apa aku tak faham.. " ujar Firash. Bunga mendorong pemuda itu ke belakang. Firash terduduk disofa.
" apa kau ni.. puihhh.. puihh" Firash tertawa.
" kau puih kan kiss aku.. nanti dah kawin kau tahu lah nasib kau" ugut Firash
" Bila aku kata aku nak kawin dengan kau." ujar Bunga
" apa..." tempik Firash lalu menerpa kearah gadis itu.
" hah ok ok.. kita kawin" jawab Bunga kalut kalut. Firash tertawa kecil. Hatinya seakan disemai bunga yang kini mekar indah.
Bunga mendapatkan kakaknya. Dia ingin berkongsi berita gembira bersama gadis itu.
" long.. aku nak kawin" ujar Bunga
" hah.. dengan siapa.. bila" soal Melati
" sebelum aku ke Australia bulan depan.." ujar Bunga
" dengan siapa... helok tak.. bila kau nak kenalkan dengan aku" ujar Melati
" dengan Firash" ujar gadis itu. Melati tercengang. Benarkah apa yang didengarinya. Dipeluk gadis itu erat.
" betul ke ni ngah.. kau tak tipu kan" soal Melati ingin kepastian
" iye.. kami nikah dulu.. lepas balik dari Australia baru kami nak umum pada semua.. aku harap aku lebih kuat dari sebelumnya" ujar Bunga
" maksud kau" Melati mengusap lembut bahu gadis itu.
" yelah sebelum ni orang tahu aku kawin dengan dia macam macam orang kata kat aku.. ni aku nikah balik.. nak pula orang dah tahu status aku..kehidupan aku sebelum ni.. aku dapat rasakan yang aku akan di kecam hebat." ujar Bunga.
" kau jangan risau.. aku kan ada.. aku takkan biarkan orang sakiti adik aku sorang ni.. eh mak tahu ke" soal Melati
" tahu.. mak yang letak syarat supaya aku nikah dulu sebelum pergi sana.." ujar Bunga. Melati hanya mengangguk.
" Huzair macam mana" soal Melati.
" dia ok.. seronok dapat pergi sekolah... kau tu bila nal balik kampung.. mak rindu kau" ujar Bunga.
" Nanti aku balik.. aku nak kumpul duit nak bagi mak.. nak beli barang Huzair.." ujar Melati.
" kau ikut aku balik.. jumaatkan kau half day.. ahad aku hantar lah kau balik sini semula" cadang Bunga
" bukan sekarang ngah.. kau fahamkan maksud aku" ujar Melati. Bunga hanya diam. Dia akui gadis itu masih kecewa malah berat rasa dihatinya dengan apa yang terjadi. Kegembiraannya direntap sekaligus merubah seluruh kehidupannya.
Bunga menolak trolinya ke lif. Dia perlu ke bilik mesyuarat untuk membersihkan bilik itu memandangkan baru sahaja selesai perbincangan kertas kerja disitu. Pintu bilik itu ditutup agar bunyi vakum tidak kedengaran dan menganggu pekerja lain.
" Bunga.." panggil salah seorang pekerja
" ye.." Dimatikan vakumnya.
" Cik Khalil panggil" ujar pekerja itu.
" saya... untuk apa" soal Bunga ingin kepastian
" entah saya tak tahu" ujar gadis itu. Bunga membetulkan pakaiannya lalu bergerak menuju ke bilik lelaki itu. Ditarik nafas dalam dalam lalu diketuk pintu itu.
" masuk" kedengaran suara dari dalam bilik itu. Bunga masuk, dilihat bahawa Shila dan Rayqal juga disitu.
" Maaf Encik Khalil panggil saya" soalnya gugup.
" ya.. duduk Bunga" pinta lelaki itu. Bunga menolak dia lebih selesa berdiri. Takut akan pakaiannya akan mengotori sofa mewah itu.
" Shila.." panggil lelaki itu.
" Aku nak minta maaf sebab aku yang upah orang untul bakar booth engkau" ujar gadis itu tergagap gagap. Bunga hanya mendengar.
" lagi.." ujar Khalil.
" aku juga nak minta maaf sebab aku kau cedera.. " ujar gadis itu.
" Bunga.. saya bagi pihak anak saya minta maaf atas segala perbuatannya.. dan saya mohon maaf atas khilaf saya mendidik Shila sampai dia boleh bertindak seperti ini." ujar Khalil. Bunga masih diam. Mudah melafazkan maaf tapi yang menanggungnya terasa berat.
" pasal you dengan mummy.." ujar Rayqal
" itu mummy yang ajak" ujar Shila
" tapi you yang mengadu yang bukan bukan dekat mummy kan" nada Rayqal tinggi seoktaf.
" ok ok..tenang.. cik Khalil.. maaf saya katakan sukar untuk saya maafkan apa yang telah cik Shila lakukan.. selama ni saya bersabar banyak.. tapi cik Shila makin menjadi.. jadi kali ni perbuatan Cik Shila terlalu berat.. maaf saya katakan yang saya tak dapat maafkan atas apa yang terjadi pada saya sekarang ni.. cuma saya minta Cik Shila berhenti ganggu hidup saya.. mungkin saya akan lupakan dan memaafkan Cik Shila " ujarnya. Digenggam tangannya yang menggigil menahan geram. Mudah untuk meminta maaf tapi tiada keinsafan, perkara itu mungkin berulang.
" papa.." rengek Shila
" saya faham.. dan saya tak boleh paksa awak untuk maafkan dia.. terpulang lah pada awak.. Tapi andai kata lepas ni Shila masih mengganggu awak.. awak beritahu saya.. saya akan ambil tindakan" ujar Khalil.
"baik Cik Khalil.. kalau takde apa apa saya pergi dulu.." pintanya lalu keluar dari bilik itu. Dia berlari ke laluan kecemasan. Ditarik nafas dalam dalam membuang resah.
" padan muka kau.. tak senang lah duduk kau.. buat salah minta maaf buat salah minta maaf.. chaaiiitt.." selorohnya sendiri lalu tertawa kecil.
" alamak troli" dia bergegas ke bilik mesyuarat untuk menyambung kerjanya yang terbengkalai.
" pergi mana.. kenapa tinggal troli macam ni" soal Firash yang berada didalam bilik itu.
" kau tak kerja kan hari ni.. buat apa dekat sini" soal Bunga.
" kau pergi mana" soal Firash
" eh eh... aku tanya dia dia tanya aku balik.. aku jumpa Dato.." ujar Bunga lalu dibuka vakumnya.
" buat apa" tempik Firash. Namun tidak diendahkan gadis itu kerana bunyi bingit memenuhi ruang bilik itu. Ditutup vakum itu oleh pemuda itu. Bunga menoleh.
" apa.. aku banyak kerja lah" rungut gadis itu.
" kau buat apa dekat situ" soal Firash
" dato nak jumpa la" balas Bunga acuh tak acuh
" aku tahu la.. tapi kenapa" soal Firash lagi.
" Shila nak minta maaf.." ujarnya.
"sebab.." soal pemuda itu lagi
" sebab dia bakar booth aku" dikuis kuis kakinya ke lantai.
" jom makan" pelawa pemuda itu.
" aku dah janji dengan Long.. aku nak makan dengan dia" ujar Bunga.
" aku join" pintanya
" kami nak beli bungkus nak makan dekat stor.. kau nak join ke" ujarnya. Firash berfikiran.
" aku ikut.." ujar pemuda itu.
" aoucchhhh... Long.. hensemnya dia eeeeiii" tempik dua orang gadis itu tatkala drama korea yang ditonton mereka memaparkan raut wajah pelakon kacak. Firash hanya bersandar didinding. Dia bagaikan terasing dari dunia gadis itu.
" ngah... ooowhhh noo.. bangang la.. pasai dia pegi kiss kawan tu.. suwey betoi" Melati seakan emosi.
" jahat la pompuan ni" leter Bunga. Firash hanya tertawa.
" kau gelak gelak apahal" soal Bunga
" emosi sangatkan korang ni.. cerita je pun" ujar Firash
" cerita pun.. geram tau " ujar Bunga. Firash menarik gadis itu agar bersandar didadanya.
" ish kau ni.. lepas la" rungut gadis itu.
" tadi dorang sweet sweet dalam drama kau ala sweetnyaaa.. ni aku nak sweet sweet tak nak pula" ujar pemuda itu
" dengan kau buat apa.. lain la kalau dengan Ahn Yeo Seop.. alahai.." Bunga mengeletis.
" aduh" disapu dahinya yang dijentik pemuda itu.
" sakit tau tak" marahnya.
" ish bising la korang ni" Tegur Melati.
" ni sekor ni.. sakit kepala aku dia jentik.. kuat pula tu" digosok dahinya.
" mana.. ala sayang busuk Firash Idlan ni.." tangannya diletakkan di dahi gadis itu lalu digosok lembut.
" Hurrmmm hensemnya" pujinya lagi.
" hoi cik kak.. kita dah nak kawin tau.. jangan nak menggatal ok" Firash mengingatkan.
" korang kalau nak bergaduh keluar.. kacau la" Rungut Melati.
" sorry long" pinta pemuda itu. Bunga hanya menjeling. Firash menarik semula gadis itu lalu disandarkan didadanya dan dirangkul erat pinggang gadis itu.
" diam..jangan bergerak.. aku nak tidur" ujar pemuda itu. Bunga hanya mengikut. Rambut gadis itu dicium lembut. Tenang terasa.
Share this novel