31

Romance Completed 109150

Bau masakan mereka menyebar seluruh bengkel. Perut mereka berkeroncong sakan.
" jom makan.. arghhhh... laparrr" rungut Bunga. Pemuda itu hanya tertawa dengan leletah gadis itu.
" sedap sedap" seloroh pemuda itu. Mereka tertawa. Makan malam mereka penuh dengan gelak tawa. Bunga menyelesaikan sinki yang dipenuhi pinggan. Haq duduk dibalkoni menatap laut luas. Deruan ombak menyegarkan mindanya. Selesai mencuci Bunga keluar lalu diduduk dikerusi sebelah pemuda itu.
" Bunga sorang je dekat sini.. Bunga tak tak takut ke" soal Haq.
" tak.. dah biasa.. lagipun siapa yang berani datang dekat sini malam malam.." balas Bunga bersahaja.
" berani juga awak.." puji pemuda itu.
" nak hidup bro.. kalau asyik takut tak kemana la.. " seloroh Bunga. Pemuda itu memandangnya lalu tersenyum.
" kau buat sketch.. memalam ni.. kau lukis apa" soal Bunga apabila melihat pemuda itu asyik melorek kertas putih itu.
" dah siap.. nah.. hadiah untuk awak.. terima kasih sebab bagi saya tumpang dekat sini" kertas yang telas siap dilukis itu dihulur kepada gadis itu. Bunga tergamam melihat dirinya diterjemahkan ke dalam potret.
" thank you thank you" ujarnya teruja
" first time aku dapat lukisan dari orang selalu aku je yang melukis" selorohnya. Mereka tertawa.

Firash membuka telefonnya apabila tiba dihotel. Mesej dari sistem rangkaian dibacanya.
" Bunga" nama itu disebutnya lalu jarinya ligat mendail nombor gadis itu.
" hello" suara itu seakan serak serak
" dah tidur ke" soalnya
" ermm.. dah pukul dua pagi kot... Ada apa call" soal Bunga mamai.
" aku baru on phone then nampak ada missed call dari kau.. aku dekat Texas ada shooting." jelas pemuda itu.
" ermmm.. " balas Bunga lemah.
" kau call aku tadi kenapa" soal Firash
" takde apa.. aku saja call.. sebab ku call aku tak angkat" balas gadis itu mamai.
" kau ke mana.. kenapa tak bagitahu aku kau nak ke mana.. kenapa kau tak call aku.. kenapa kau hilang macam tu.. kau tahu tak aku risaukan kau" luah pemuda itu. Bunga diam tanpa bicara
" kau dengar tak apa aku cakap ni" soal Firash tidak puas hati. Kedengaran dengkuran halus dihujung talian
" boleh dia tidur... " lalu dimatikan talian. Dia tersenyum sendiri.

Shila memandu keretanya laju. Pertelingkahan dia dan suaminya semalam masih bermain difikirannya.
" you memang tak boleh lupakan dia ke apa hah" tengkingnya apabila melihat suaminya menjengah laman sesawang BUNGA LARANGAN.
" salah ke I tengok hasil kerja dia.. you dah tak bagi I jumpa dia.. ok I ikut cakap you.. takkan sampai dalam medsoc pun I tak boleh tengok. " balas Rayqal geram.
" I kalau dah tak suka.. bayang dia pun I taknak tengok you tahu tak" tengking gadis itu lagi
" Itu you.. bukan I.. " sinis Rayqal. Shila yang berang menghempas telefon pemuda itu ke lantai.
" you kalau nak gila... gila la you sorang sorang jangan nak libatkan orang lain" tengking Rayqal
" you kata I gila.. " Shila terkejut
" habis tu you rasa you normal ke.. Shila you tahu tak I dah penat dengan perangai you yang entah apa apa ni.. so I minta dengan you.. kita separate untuk sementara waktu.. kita cari solution untuk our marriage.. " cadang Rayqal.
" you... you.. please don't.. I minta maaf.. I'm sorry.." Shila mula merayu
" so Shila.. I perlukan ruang untuk I bernafas.. otak I dah letih dengan kerenah you.. I rasa ini yang terbaik" ujar Rayqal lalu memasukkan beberapa helai pakaiannya ke dalam beg sandangnya
" no.. dear.. I minta maaf.. ok I admit salah I.. dear.. jangan tinggalkan I please.. I'm begging you" rayu gadis itu.
" sorry.. you duduk diam diam then think about it" ujar Rayqal
" you cari alasan nak bersama dengan dia kan.
so you nak tutup salah you.. you buat I nampak buruk.. " gadis itu mula menyinga.
" see.. this is what I'm talking about... you tak pernah nak mengaku silap you.. If you pernah sekalipun you tak pernah ikhlas dan belajar dari kesilapan Shila.. so untuk sementara waktu ni.. kita hidup asing.. hidup dengan cara kita sendiri.. but if our marriage hanya sampai sini.. I minta maaf" ujar Rayqal sebelum beredar meninggalkan gadis itu termangu dikatil.
"sial kau Bungaaaa!!!!!! " diketul ketuk stereng keretanya bagi melepaskan amarahnya.
" kau memang menempah maut Bunga" Ujarnya geram.

"long.. mak tahu mak salah.. tapi mak tak nak long jadi macam ni" rayu Zainab pada gadis yang berdiri dihadapannya.
"mak... long selesa dengan hidup long sekarang.. long bebas.. tak macam dulu.. terperuk je.. lagipun long berhak tentu hidup long.. selama ni mak yang atur semua sampau kita bermadu diranjang" ujar gadis itu
" long.. mak minta maaf long... mak sayang kau nak.. mak tak nak tengok kau terpesong jauh" rayu Zainab.
" sayang mak kata.. lepas apa yang jadi mak kata mak sayang.. mak.. mak tahu tak mak tak adil pad long.. mak gadai long kerana maruah mak.. tapi mak selamatkan Bunga dan kak tatang dia.. mak.. mak tahu tak apa perasaan long lepas dapat tahu semua ni.. long rasa terhina sangat.. macam ni mak kata sayang" tengking gadis itu.
" kau jangan biadap dengan mak long.. apa pun yang terjadi kau tetap ada dengan aku.. aku tetap jaga kau.. " nada Zainab tinggi seoktaf
" jaga.. semua orang boleh mak.. tapi tanggungjawab mak sepatutnya melindungi anak bukan gadai anak" tengking Melati lagi.
"kenapa kau jadi macam ni long.. aku nak kau berhenti kerja tu kau balik kerja dekat sini.. Huzair tu terlalu rindukan kau" ujar Zainab tegas. Dipandang anak kecil yang sedang lena dia sofa.
"long.. balik duduk sini.. maaf mak long tak nak.. balik duduk sini untuk apa.. untuk layan nafsu buaya apak tu.. dari layan dia baik long layan jantan dekat luar sana dapat juga duit" Zainab tersentak mendengar kata kata anaknya. Airmatanya bercucuran. Dia sepertinya sedang dipertontonkan kesan dan akibat dari kesalahannya yang sebelumnya.

Bunga meneliti setiap potret yang di pamerkan di galeri. Terasa tenang. Ruang galeri yang luas diterokanya satu persatu.
" Bunga" gadis itu menoleh tatkala namanya dipanggil
"Jad.. " dipeluk erat tubuh itu. Rindu akan sahabatnya diluahkan
" tahniah.. sekarang dah maju setapak ke depan ya.. satu level dengan pelukis handal" puji adis itu.
" takdelah.. Boleh Bunga tetap biasa saja.. ni pun berdebar takut tak dapat sambutan" ujarnya.
" apa cakap macam tu.. kena yakin.. oh ya.. korang nak nikah minggu ni kan.. " Eliza ingin kepastian
" ha ah" Bunga mengalihkan pandangannya kearah lukisan yang tergantung.
" kenapa ni.. nak nikah dah pun.. orang patutnya gembira tapi Bunga.. ada benda yang tak kena ke" soal Eliza
" Entah la Jad.. Bunga rasa macam keputusan yang Bunga buat ni salah.. betul ke Bunga nak kawin ni.. betul ke dia akan jadi suami Bunga. Boleh ke kami bahagia" soalan yang bermain difikirannya selama ini diluahkan.
" kenapa cakao macam tu.. Firash tu betul betul sayang Bunga.. cuma dia tak ada ekspresi dan tak romantik tapi Jad tahu dia sayang Bunga" Eliza cuba menenangkan sahabatnya.
" Kenapa Bunga.. kenapa bukan Yuna" soalnya
" soal hati ni kita tak boleh paksa Bunga.. lagipun kalau betul dia nakkan si Yuna tu dah lama dia lamar minah tu.. tapi itu kisah lama dia.. Bunga cerita baru.. " pujuk gadis itu. Bunga hanya diam.
" Bunga" Haq menghampiri mereka.
" Jad.. ni kawan Bunga.. Haqeem panggil Haq" diperkenalkan pemuda itu.
" Haq ni bff Bunga.. Eliza panggil Jad" Eliza tersenyum.
" Hai.. " sapa pemuda itu.
" Bunga.. Anchor nak jumpa" ujar pemuda itu
" Anchor.. " Eliza tertanya tanya
" owh.. organizer galeri.. Jad tengok lah.. kejap lagi Bunga datang ya" ujar gadis itu lalu bergandingan dengan pemuda itu. Eliza menjelajah setiap pelusuk galeri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience