Rumah Zainab kecoh apabila beberapa lelaki datang menagih hutangnya. Bunga yang baru tiba mendapatkan ibu dan kakaknya.
" mak... long.. korang ok" soalnya
" kami ok" Ujar Melati yang ketakutan.
" yang berhutang Fuad.. korang datang cari kami kenapa.." marahnya
" sebab si keparat tu dah cagarkan rumah ni untuk lunas hutang dia." ujar lelaki itu
" apa.. bila.. mak.. mak bagi geran tu dekat apak ke" soal Bunga
" mak terpaksa ngah.. mak takde duit nak bayar.. " ujar Zainab
" mak... mak tahu tak akibat dia.. mana mak duduk kalau rumah dorang amik.. kenapa mak nak susahkan diri bayar hutang si keparat tu.. mak sampai bila mak.. sampai bila.. mak nak tunggu sampai salah sorang dari kami ni di gadai dia.." marah Bunga
" Dia suami mak.. apa pilihan yang mak ada selain dari langsaikan hutang hutang dia" ujar Zainab.
" mak punya pilihan tapi mak pilih untuk seksa diri mak.. mak kami letih tau.. angah letih mak.. angah cari nafkah untuk keluarga dengan harapan hidup kita akan lebih baik tapi mak rosakkan semua.. " luah Bunga.
" angah kalau kau nak berkira sangat dengan mak baik kau berambus.. jangan jejak kaki kau lagi dekat sini.." marah Zainab
" Ya Allah mak.. angah tak pernah berkira dengan mak atau pun sesiapa tapi angah tak suka mak habiskan duit tu untuk apak.. mak tengok apa yang dia buat dekat mak.. dekat long.. mak tak nampak lagi ke " tengking Bunga.
" korang kalau nak berdrama kejap lagi .. sekarang korang kemas barang barang ni dan berambus.." disepahkan segala perkakasan rumah.
" kejap kejap aku ambilkan duit.. Munir ikut aku pergi atm" ajaknya. Bunga membuat keluar duit simpanannya. Dia termenung sejenak. Simpanannya kini berbaki kosong. Dia pulang semula ke rumahnya
" nah ni duitnya.. mana geran rumah.. aku nak balik.. " pintanya
" kau ingat hutang ayah kau banyak ni saja ke.. ini baru bunga dia... hutang dia masih belum lunas.." ujar pemuda itu
" takkan sepuluh ribu ni masih belum langsai.. " soal Bunga
" Sepuluh ribu.. ini bunga.. total hutang dia lima puluh ribu.. lagi empat ribu baru settle" ujar pemuda itu. Bunga menoleh memandang ibunya
" mak minta maaf" ujar Zainab
" maaf..." Bunga berpaling. Dikesat airmatanya kasar.
" lagi empat puluh ribu aku langsaikan hujung bulan ni.. kau dah dapat duit tu kan.. apa lagi berambus lah" ujarnya
" ok.. hujung bulan ni.. kalau tak ada.. rumah ni kami ambil" ujar pemuda itu sebelum mereka beredar.
" mak.. fikir lah mak.. jangan fikir tentang angah.. jangan risaukan angah.. mak fikir kan tentang long.. munir dengan Huzair.. tolong la mak.. angah merayu.. cukup lah angah sorang hidup dijalanan takkan mak nak heret long sekali.. Huzair.. takkan mak nak heret dia" marahnya
" minta la tolong Firash.. dia mesti boleh bantu" ujar Zainab
" mak.. kenapa nak libatkan dia dalam hal keluarga kita.. " Marah Bunga
" minta tolong dia.. diakan suami kamu.. takkan dia nak tengok mertua dan ipar dia tidur tepi jalan.." ujar Zainab.
" angah cuba minta tolong dia.. mana tahu kot kot dia nak bantu" ujar Melati
" tak angah tak setuju.. mak yang minta semua ni jadi.. jangan nak libatkan orang lain.. angah takkan minta tolong Firash" ujar Bunga
" kau baru nikah dah berlagak... kau sanggup tengok kai ni tidur dijalanan ke angah.. " tengking Zainab
" bukan macam tu... dia baru masuk dalam keluarga kita lagipun kami tak pernah berkongsi apa apa cerita.. " jelas Bunga
" tak kongsi sebab malu ada keluarga macam ni.. sekarang kau dah jadi isteri selebriti.. lagi la kau malu nak berdamping kami" sinis Zainab
" angah.. betul ke" Melati seakan berkecil hati.
" tak long.. mak apa mak cakap ni.. bila masa angah buat semua tu... mak rasa angah nak ke kawin dengan Firash tu.. Mak ingat senang ke kawin dengan orang macam dia.. dengan tak pernah kenal.. tak ada rasa cinta atau sayang.. mak ingat mudah.. kami kawin tengah nama dia terpalit dengan gosip.. entah esok lusa nama dia dah pulih angah dicerainya.. mak ingat seronok ke kawin dengan selebriti." jelas Bunga. Airmatanya laju mengalir.
" jadi kau malu kawin dengan aku" Bunga tersentak. Dia menoleh. Firash berdiri di pintu. Bunga tidak tahu untuk menjelaskan apa.
Bunga melangkah lemah menuju ke bengkel. Luluh hatinya apabila keluarganya sendiri sudah tidak mengendahkannya. Direbahkan tubuhnya ke sofa. Diterkup mukanya dengan kusyen lalu dijerit sekuat hati.
" tenang Bunga tenang... buat sale buat sale.. kau boleh.." ujarnya. Dirapikan dirinya lalu dia beraksi disiaran langsungnya. Diukir kayu sehingga menjadi sebuah kotak kecil yang comel.
" kerja.. kerja.. jom kita cari" dia bersiap lalu dibonceng motornya mencari kerja sambilan.
" mak sabar.. angah akan ambil balik geran rumah kita." Bisik hatinya
Sudah sebulan dia bekerja sebagai pencuci pinggan disebuah restoran dimalam harinya manakala siangnya dia bekerja sebagai tikang cuci disebuah syarikat. Dalam masa yang sama Firash langsung tidak menghubunginya apatah lagi melawatnya. Hubungannya dengan keluarga juga renggang apatah lagi Zainab seakan memulaukannya. Diwaktu lapangnya dibuat siarang langsung untuk menjual hasil seninya.
" gaji.. upah cuci pinggan.. lukisan.. kraf.. tak cukup lagi ni.. mana nak cari lagi empat puluh ribu.." dia termangu sendirian. Diperhati helmetnya. Dia bangun lalu menuju ke motornya.
" baby... aku minta maaf sebab terpaksa jual kau... nanti aku amik kau balik kalau kita berjodoh lagi ya" Sebak dadanya diluahkan dengan tangisan.
Sebak jiwanya melihat motor itu kini dipamerkan dikedai. Motor yang selalu ditunggangmya ke mana saja kini kaku di premis itu. Dibelinya ex5 second hand agar memudahkan urusannya.
" mak ni duit untuk mak lunaskan hutang apak... lebihnya mak simpan.. jangan lupa amik geran" ujarnya
" mana kau dapat duit banyak ni secepat ni.. kau minta dengan Firash?" soal Zainab
" tak.. Firash sibuk shooting.." dalihnya
" habis tu.. mana datang duit ni.. kau jual tubuh" soal Zainab lagi
" mak.. sampai hati mak cakap macam tu" ujar Bunga
" ngah kau balik ngah.. kau datang sini dapat sakit buat apa" ujar Munir.
" betul tu.. angah pergi lah balik... kami dekat sini semua ok" ujar Melati.
" mak angah balik dulu.." ujarnya lalu meninggalkan rumah yang dahulu syurga baginya kini bertukar duka.
Ditolak troli pembersihannya ke tempat yang ditugaskan.
" Bunga make sure tempat ni bersih tau sebab hari ni ada shooting dekat sini" ujar penyelianya. Bangunan setinggi enam belas tingkat itu di hijrahnya. Dimop lantai sehingga bersih. Dijengah setiap bilik didalam pejabat lalu dibersihkan. Bunyi riuh mula kedengaran apabila pihak produksi yang akan memulakan sesi penggambaran disitu mula masuk dan menyusun peralatan.
" Firash tak sampai lagi la" ujar beberapa gadis yang berada disitu. Bunga mula cuak.
" mana aku nak lari.. " Bisik hatinya. Dia menekan butang lif lalu turun ke stor penyimpanan. Memandangkan ianya waktu rehat dia merehatkan diri disitu. Sunyi dan aman.
" Bunga.. Bunga dekat mana" suara penyelia bergema di walkie talkie.
" stor kak.. ada apa" soalnya
" rehat ke" soal penyelia
" ha ah tapi dah nak masuk lagi lima minit" ujarnya
" ok.. lepas tu terus datang ke pejabat admin ya.. pejabat ni belum dicuci" ujar penyelia.
"ok" dia bangun lalu menolak trolinya ke tempat yang disuruh. Dia megeluarkan peralatan untuk membersih.
" ku buat apa dekat sini" soal Shila
" kerja lah.." balasnya pendek
" apa.. bila.. siapa hired kau" soal Shila.
" aku dah sebulan kerja kenapa ada masalah" soal nya lagi
" memang lah.. ini company papa aku.. kau sajakan minta kerja dekat sini.. nak dekat dengan Rayqal" tuduh gadis itu
" hah ni syarikat bapa kau.. mak aih.. " Bunga terkejut
" kau ingat aku nak sangat kerja sini" bisik hatinya
" kau bagitahu aku apa niat kau kerja sini" soal Shila lagi
" aku nak kerja lah cari duit nak hidup haishhh" keluhnya
" habis mana jantan yang selalu speedo kau" sinis Shila
" dah kau kawin dengan dia.. mana dia nak speedo aku dah" ujar gadis itu lalu berlalu pergi meninggalkan Shila yang dalam amarah.
Selesai menyalin pakaiannya, Bunga bergerak mahu pulang. Dia melalui kawasan penggambaran. Diperhati Firash dari kejauhan.
" sihat ke.. urmmm ok la" bisik hatinya dan turun ke basement bagi mengambil motornya. Sedang dia bersiap untuk beredar tanpa disedari dia sedang diperhatikan.
Share this novel