12

Romance Completed 109150

"mana kau tahu tu dia" soal Firash setelah gadis itu menamatkan siaran langsungnya kerana dia mula dibanjiri persoalan akan pemilik akaun yang membuatkannya berduka dan mereka tertanya tanya akan tentang lelaki yang memeluknya secara tiba tiba.
" aku selalu ikut live dia..lagipun ig, tweeter dengan fb dia guna nama yang sama.. nama yang aku create untuk dia" ujar Bunga. Firash mengangguk
" yang kau peluk aku kenapa.. kan dah jadi masalah.. kalau orang tahu tu kau macam mana" soal Bunga.
" dorang takkan tahu punya.. sebab dorang hanya nampak buntut aku.. takkan dorang boleh cam buntut aku" ujar Firash.
" apa aku nak jelaskan nanti." gusar gadis itu.
" kau nak explain buat apa.. dorang bukannya kisah pun" ujar Firash
" tak kisah kau kata.. netizen ni berbisa kau tahu tak..dorang boleh naikkan seseorang dan dorang pun boleh jatuh kan seseorang.. aku taknak dorang buat spekulasi yang terjerumus ke dalam fitnah" ujar Bunga
" macam Eliza cerita" ujar pemuda itu perlahan
" apa dia.. aku tak dengar" soal Bunga
" tak.. kau mengaku jelah kau dah kawin.." cadangnya
" nak bagitahu aku dah kawin dengan kau... pelakon terkenal Malaysia... mampos aku dorang kerjakan.. dah lah kawin koboi.. kau ingat orang nak percaya ke.." soal Bunga.
" jangan la cakap kau kawin dengan aku.. kau cakap je kau dah kawin.. dorang mesti percaya" ujar Firash.
" nah amik ni..kad kawin sementara.. kau tutup la nama dengan gambar aku..no ic aku jangan lupa pula" kertas putih itu diambil Bunga.
" kau tunjuk dalam live kau.." cadang Firash.
" kalau aku bagitahu yang aku isteri kau yang sah macam mana.." soal Bunga
" kau gila.. nanti aku pula kena soal" tegah Firash. Bunga diam. Diletakkan kertas itu dimeja. Dicapat peralatan lukisannya lalu dilekatkan sehelai kertas dan dia mula melukis. Firash perasan perubahan gadis itu lalu dihampiri gadis itu. Dia berdiri di belakang gadis itu.
" kenapa kau diam.. aku ada salah cakap ke" soal Firash
" takde.. kau pergi lah balik.. nanti orang nampak masalah pula" ujar Bunga.
" masalah apa.. kita dah kawin apa nak ditakutkan" ujar Firash
" aku takut orang ambil gambar kita then sebar dalam media sosial.. nama kau juga yang buruk" ujar Bunga.
" siapa nak amik gambar kita.." soal Firash
" kau dungu atau buat buat dungu.. kau dengan aku macam gagak dengan merak.. kalau orang nampak kau dekat sini.. apa orang kata.. akan jadi berita sensasi.. apa kau nak jawab.. kau nak reveal perkahwinan kita.. kau berani" tengking Bunga. Berus warna ditangannya digenggam kemas.
" Bunga.. aku suami kau tau.." ujar Firash
" ya aku tahu kau suami aku.. sebab tu aku berlembut dengan kau.. tapi kalau kau pun tak yakin dengan perkahwinan ni.. aku minta cara baik tolong balik.. aku tak nak ada berita tak elok melibatkan kita.. kau tahu betapa sayangnya aku pada bengkel ni.. betapa aku habiskan seluruh jiwa aku pada lukisan lukisan ni... kau tak tahu.. jadi sebelum apa apa yang buruk berlaku yang boleh merosakkan karier kita baik kau balik" Diseka airmatanya.
" Bunga... bukan tu maksud aku.. aku memang ikhlas memperisterikan kau.. cuma sekarang belum sampai masanya untuk kita jelaskan pada semua.. aku akan bagitahu semua siapa kau pada aku tapi bukan sekarang" jelas Firash
" berambus... berambus" tengking Bunga.
" Bunga... Bunga.. dengar sini" dia memegang tangan gadis itu tetapi gadis itu meronta minta dilepaskan. Firash memeluk gadis itu erat.
" ok aku minta maaf.. aku tahu aku silap.. tapi jujur aku kata aku sayang kau" ujar pemuda itu. Bunga terdiam. Rontaannya berhenti. Hanya kedengaran tangisannya.
" aku benar benar sayangkan kau.. aku nak bersama dengan kau.. aku tahu perkahwinan kita tak seperti orang lain..tapi aku janji lepas settle semuanya aku akan bagitahu semua yang kau isteri aku dan aku akan buat majlis untuk kita... aku janji" ujar pemuda itu
" aku tak nak semua tu.. aku cuma nak hidup dengan orang yang boleh terima aku seadanya aku nak orang tu sayang aku.. dan aku takut diperlakukan seperti apak buat dekat mak" ujarnya didalam tangisan
" aku janji kau akan jaga kau.. akan ada dengan kau walauapa pun jadi.. aku tahu tentang kau..aku tak kisah sebab aku sayang kau" ujar Firash. Pelukannya dieratkan. Dikucup ubun ubun gadis itu lembut. Bunga terasa tenang walaupun hatinya masih ragu. Perkawinan ibunya menjadi igauan ngerinya.

Firash membawa motor gadis itu pulang. Dia rasa bersalah untuk meninggalkan gadis itu namun disebabkan jadualnya sudah mula padat dia terpaksa akur.
" aik ni motor Bunga kan." soal Adam.
" ha ah.. Dam aku ada benda nak bagitahu kau" ujarnya. Adam cuak. Takut ada kesilapan telah dia lakukan.
" lain macam je kau ni.. apadia" soal Adam. Firash menunjukkan kad perakuan perkahwinan sementaranya. Adam tergamam.
" kau biar betul.." soal Adam masih tidak percaya
" ye.. adik dia jadi wali.. mak dengan kakak dia pun ada sekali" jelas Firash
" kita betting dating je.. kau kawin terus.. dasyat kau bro.. pape pun tahniah bro.. jadi lah suami yang baik.. jaga rumahtangga kau.. aku yakin dia pilihan terbaik untuk kau" ujar Adam.
" thanks bro.. tapi kau rahsiakan dulu lepas semua ni settle.. reda semua cerita buruk ni.. aku akan umumkan pada semua" pinta pemuda itu
" ye aku tahu.. aku macam tak percaya dho.. kau dah kawin.." Adam memeluk sahabatnya erat.
" so apa perasaan anda bila betul betul jadi suami orang.. malam pertama amacam" soal Adam
" jadi suami orang ni buat sementara ni ok je sebab kami tak tinggal sekali lagi.. tapi seronoknya nak peluk pun tak pe sebab dah halalkan.. malam pertama belum lagi.. aku dengan dia tak ready lagi.. semuanya terlalu drastik" jelasnya
" ye ke.." usik Adam
" yela ngok.. kau nak suruh aku paksa dia ke.. aku bukan perogol or bapak ayam.. aku kawin dengan dia sebab aku sayang dia.. aku taknak hilang dia.." ujar Firash
" berapa kilo gula kau telan ni tetiba sweet pula malam malam ni" usik Adam.
" bengong" Firash membaling kusyen kearah muka pemuda itu lalu masuk ke biliknya.

Rayqal terkejut apabila melihat gadis kesayangannya mengumumkan bahawa dirinya telah bernikah. Eliza yang turut terkejut dengan perkhabaran itu mendapatkan abangnya yang berada di meja makan
" abang tahu tak dengan siapa dia kawin" soal Eliza
" abang tak tahu..sepanjang kami keluar tak pernah dia sebut nama mana mana lelaki pun" ujar Rayqal
" memang la tak sebut sebab dengan you... sekarang you tengok.. tiba tiba kawin.. laki siapa lah dia kebas.. entah entah kena tangkap basah lepas jual diri" sinis Shila
" kau jangan tuduh dia bukan bukan.. kau tak kenal dia baik kau diam.. dia bukan macam tu" Eliza mempertahankan sahabatnya
" tak betul apa aku cakap.. dia yang menggatal dengan abang kau.. dia juga nak rampas boyfriend kau kan.." ujar Shila
" pasal dia dengan abang aku tu kau yang cemburu lebih.. dia dah mengaku dia takde apa apa dengan abang... aku percayakan dia.. jalau kata abang aku punca aku tak salah kan dia sebab kau tak pernah berfikiran matang.. pasal aku itu semua fitnah.. orang nak rosakkan persahabatan kami" ujar Eliza
" kau berpihak pada dia... maksudnya kau bukanlah sahabat yang baik sebab kau pun pernah malukan dia depan orang kan" sinis Shila. Eliza terdiam. Dia kembali mengingati peristiwa dimana sahabatnya dimalukan di khalayak ramai.

Yuna tersenyum mendengar berita itu dari Shila. Baginya dia masih punya peluang untuk mendekati pemuda itu. Dia bersiap untuk bertemu dengan pemuda itu memandangkan mereka punya bual bicara bersama di stesen radio.
" korang kerap berganding dalam drama kan.. ura ura korang cinta lokasi betul ke" soal Dj tersebut
" rumors memang mudah orang nak sebar tapi realitinya tak tak betul pun" ujar Firash. Yuna memandang Firash geram dengan kata kata pemuda itu
" Kalau kata kami dipadankan hingga keluar drama maksudnya lakonan kmi menjadi" Ujar Yuna
" macam korang in realiti dah berpunya ke belum" soal Dj
" saya masih single.. tunggu Firash terima lamaran saya" ujar Yuna tanpa rasa segan
" saya dah berpunya.. hai sayang... saya tahu awak dengar.. just nak cakap saya rindu awak" ujar Firash. Yuna terkejut
" serius la Firash dah berpunya.." soal Dj lagi.
" ehem.. saya taknak sorok hal peribadi saya sebab saya taknak nanti timbul fitnah pula.. bahaya" ujarnya. Yuna bersandar pada kerusinya. Digenggam kemas jari jarinya. Firash segera meninggalkan konti. Tidak sabar rasanya mahu bertemu cinta hatinya.
" Firash... wait" panggil Yuna
" aku nak cepat.. aku ada hal " ujar pemuda itu
" apa yang penting sangat dari I " marah gadis itu
" kau dengar kan tadi.. aku dah berpunya.. so aku nak jumpa buah hati aku lah.." ujar Firash lagi. Disarung helmet itik kepunyaan gadis itu. Yuna semakin geram.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience