Firash menenangkan Bunga yang sedang teresak esak. Mereka menanti polis tiba bagi membawa mayat Zainab yang terbaring kaku sudah berbau. Eliza yang baru tiba mendukung Fateh yang sudah ketiduran.
" sabar ya.. Mak takde cakap pape ke masa dia call awak" soal Firash lembut.
" takde.. dia cuma suruh saya jaga diri.. jaga Fateh.. dia pesan suruh saya tengok tengokkan Amir. " ujar Bunga.
" apak ada balik jumpa mak" soal Firash lagi.
" saya tak tahu" balas Bunga.
" nak saya call long bagitahu" ujar Firash.
" saya dah call tapi dia tak jawab.. saya dah tinggalkan mesej nanti dia baca lah tu.. awak tolong call Amir.. saya tak tahu macam mana nak bagitahu dia" pinta Bunga.
" ok" Firash mendail nombor pemuda itu. Dijauhkan dirinya dari kerumunan manusia manusia disitu. Bicaranya tenang apabila kedengaran tangisan dihujung talian. Firash simpati pada pemuda itu. Jauh meninggalkan keluarga hanya demi sebuah impian namun berita duka diterima disaat impiannya hampir tercapai.
" dah call Amir.. dia macam mana.. apa dia kata" soal Bunga.
" dia bertolak balik malam ni sebab sekarang dia ada exam" ujarnya. Bunga hanya mengangguk. Matanya bengkak dek airmata.
" mak... mak... " raung Melati setibanya di bilik jenazah. Bunga memeluk erat gadis itu.
" ngah.. kenapa dengan mak.. kenapa dengan mak" soal Melati.
" aku tak tahu long tapi doktor dan polis dah sahkan mak minum racun.. aku tak tahu apa punca" ujar Bunga.
" ni mesti si tua keparat tu.. " marah Melati
" tak tahu long... polis dah tangkap apak sekarang dalam siasatan.. kita kebumi mak dulu settle urus jenazah baru kita pergi balai" cadang Bunga.
" mak... long balik mak.. mak... " teriak gadis itu. Bunga hanya mampu mengesat airmata. Dia harus menerima kenyataan bahawa bonda tercintanya sudah tiada dan apa juga hasil siasatan dia harus menerimanya.
Suasana suram menyelubungi rumah itu. Amir yang baru tiba sempat hadir ketika pengebumian jenazah bonda mereka. Tangis pemuda itu berderai. Tubuhnya lemah tidak dapat berpijak dibumi. Bunga menenangkan pemuda itu. Kini hanya tinggal mereka bertiga. Bunga harus kuat. Dia harus menjalankan amanah bondanya.
" long.. kau berhenti lah kerja.. aku upah kau mengasuh Fateh... sayang kalau rumah ni dibiarkan kosong" cadang Bunga.
" kau la balik duduk sini.. tinggal dekat bengkel buat apa.. " tolak Melati.
" aku ada kerja nak kena buat.. malas aku nak berulang banyak tempat.. lagipun aku dah selesa dekat situ.. kau tu menyewa kan dah kena bayar sewa.. kalau kau duduk sini dah tak payah nak bayar sewa.. lagipun aku malas nak berulang.. rumah bengkel galeri.. tiga tempat dalam satu masa.. penat ooo" ujar Bunga.
" Ah malas la aku.. aku dah selesa kerja.. kau cari je lah pengasuh.." cadang Melati.
" aku nak mudahkan kau.. lagipun kau mak sedara dia aku tak risau sangat.. sekarang ni pengasuh macam macam cerita dah keluar.. risau aku" ujar Bunga
" kau tu takut sangat.. overthinking sangat.. takde pape lah.. " getus Melati.
" takde apa takde apalah.. anak aku bukan anak kau... kau memang lah tak risau.. aku ni mak dia.. mau tak risau.. dah lah anak sorang tu je.. " ujar Bunga
" kalau jadi pape poliskan ada.. alah kalau ditakdirkan si Fateh tu mati.. kau buatlah anak lagi.. macam tak biasa pula" sinis Melati
" long.. kau kenapa biadap sangat.. kau taknak tak pe tak perlu kutuk aku sampai macam tu.. kau ingat aku nak ke jadi macam ni" marah Bunga
" kenapa kau malu ada anak luar nikah macam tu.. hei sekurang kurangnya kau ada Haq yang nak jadi pak sanggup.. aku.. aku.. dua dua anak aku aku sendiri.. sorang jadi adik sorang aku bela tanpa suami.. kau rasa aku tak malu.. sekarang ni kau rasa lah apa yang aku rasa" ujar Melati. Bunga tersentak. Apatah lagi Amir dan Firash yang berada disitu.
" long... aku tak tahu apa kau fikir.. tapi aku dan mak tak pernah buang kau long.. aku tak pernah terlintas nak hina kau.. kenapa kau jadi macam ni" soal Bunga. Airmatanya kembali mengalir.
" aku nak kau rasa apa yang aku rasa.. aku nak mak menyesal dengan perbuatan dia.. " tempik Melati.
" kau tahu tak long.. mak sepanjang hidup dia.. tak pernah sesaat dia tak menyesal dengan tindakan dia terhadap kau.. tapi dia tak tunjuk sebab dia nak kau kuat... kau tahu tak dia malu dengan diri dia sendiri bila berdepan dengan kau.. Amir dan Huzair.. kau tahu tak" tengking Bunga.
" menyesal kau kata.. hah.. mak.. nak menyesal.. kau tahu tak sebelum dia mati dia bawa balik jantan dalam rumah.. dia buat kerja lorong dia balik.. kau tahu tak" tengking Melati. Bunga dan yang lain tergamam.
" kau jangan nak fitnah mak.. long" Amir yang dari tadi diam kini bersuara.
" mak.. mana mak kau.. aku ni mak kau.. kau diam anak pungut.. " ujar Melati tanpa rasa simpati. Amir tersandar ke dinding apabila mendengar bicara dari wanita itu.
" long.. kau dah tak waras ke" marah Bunga
" aku tak waras atau mak tu yang tak waras.. kau pergi Australia apa kau tahu.. mak selalu call aku minta duit.. nak beli barang la apa lah.. katanya apak selalu minta dia duit.. tapi apak tiap kali jumpa aku minta duit.. kalau tak dia nak sebarkan cerita tentang aku dan gambar aku pada orang.. nak tak nak aku kena bagi.. tapi mak.. kenapa dia tipu aku.." luah gadis itu. Bunga hanya mendengar.
" aku balik nak jumpa mak.. tapi bila aku balik aku nampak mak dengan jantan.. mak pakai cantik cantik.. tengah layan jantan dalam rumah.. kau rasa.. sakit hati aku bila mak buat macam tu.. aku ingatkan dia dah berubah tapi.. saka jantan tak habis habis. " marah Melati.
" kau jangan nak buruk buruk kan mak long" marah Bunga
" aku nak buruk burukkan mak buat apa.. apa aku dapat.. kau seronok dekat Australia aku yang dekat sini mengadap mak.. aku tak nak cerita sebab aku percaya mak akan berubah.. puas aku nasihat tapi mak tetap macam tu.. bertukar jantan" nada Melati bergetar. Airmatanya mengalir. Sebak didadanya dilepaskan. Bunga termangu. Dia terkejut dengan berita itu.
" mak takkan buat macam tu dan mak bukan macam tu" Bunga cuba untuk menolak kqtq katq gadis itu.
" kau lupa ke siapa mak kita tu.. dia bekas perempuan lorong.. mana jantan dia tak sebat.. kau cakap dekat aku.. depan kita bukan main baik alim lagi belakang kita.. belakang kau.. nauzubillah.. " ujar Melati. Bunga terdiam. Airmatanya bagaikan tiada penyudah.
Share this novel