29

Romance Completed 109150

" nak buat apa dekat hotel ni" soal Bunga. Dia terpukau dengan hiasan lobi hotel mewah itu. Itu kali pertama dia menjejakkan kakimya ke situ.
" kau kat mana aku dah sampai" soal Firash ditalian.
" I dekat lounge.." ujar gadis itu lalu ditamatkan talian. Firash menuju ke arah tempat yang dikhabarkan. Bunga hanya berdiri terkaku melihat pemuda itu seakan tidak senang hati. Firash mencari kelibat gadis itu. Disatu sudut kelihatan seorang gadis separa sedar sedang bersandar.
" jom.. aku hantar kau balik" ujarnya. Di tarik lengan gadis itu lalu dipapah keluar. Firash perasan ada berpasang mata memandang dan aksi mereka juga sedang dirakam namun tidak diendahkannya. Matanya melilau mencari Bunga namun gadis itu tiada. Firash membawa Yuna yang masih lagi merapu percakapannya ke keretanya yang diparkir dihadapan hotel.
" Baby.. jangan la tolak I" rengek Yuna ketika tubuhnya didorong masuk ke dalam kereta.
" kau duduk diam diam boleh tak.. ish rimas aku" marahnya. Dilepaskan rangkulan gadis itu lalu menanti Bunga di luar kereta.
" Baby I nak muntah" ujar Yuna. Perutnya bergelodak mahu mengeluarkan isi.
" oiii kejap kejap... " Firash membuka pintu dan memaut bahu gadis itu yang mahu rebah ke bumi lalu gadis itu mengeluarkan segalanya di longkang. Yuna sudah habis tenaga lalu dipangku pemuda itu dan masuk semula ke dalam kereta.
" mana lah minah ni pergi" soalnya. Ditelefon gadis itu namun tidak berjawab.

Bunga mengekori gadis yang dihadapannya. Gadis itu memasuki ke ruangan pub yang agak bingit. Dia mendekati gadis itu dengan berani.
" long..." ditepuk bahu gadis itu. Bunga tersentak. Melati yang berada dihadapannya kini sudah berubah rupa dan gaya. Melati juga tersentak.
" kau buat ni long" marahnya.
" ish kau ni.. kau buat apa dekat sini" Melati menarik tangan gadis itu lalu dibawa keluar.
" long... kenapa kau jadi macam ni " Bunga melirik gadis itu dari hujung rambut hingga hujung kaki. Pakaian Melati berubah sepenuhnya dari berbaju longgar dan sopan kini ketat dan singkat.
" mana kau dapat baju seksi ni" soal Bunga
" kau buat apa dekat sini" soal Melati cuak
" kau jawab soalan aku long.. apa kena dengan kau ni.. kau kena sampuk ke.. jom ikut aku balik.. kau kerja kan esok" ingatnya
" aku tahu la.. dah kau pergi pergi..." dihalau gadis itu pergi.
" long.. kenapa kau jadi macam ni.. ni ke sebab kau tak nak balik kampung" rintih Bunga sebak.
" hal aku.. urusan aku.. kau tak payah sibuk" ujar Melati tegas. Bunga tersentak dengan kata kata gadis itu. Tiba datang seorang pemuda lalu meranngkul pinggang gadis itu dan dikucup leher gadis itu. Bunga melihat aksi tu geram.
" long.. siapa ni" soal Bunga. Geramnya bertukar menjadi amarah.
" boyfriend aku" ujar Melati bangga.
" Siapa ni" soal pemuda itu.
" adik Melati" Melati memperkenalkan dirinya kepada pemuda itu.
" long kau ikut aku balik" Bunga menarik lengan gadis itu kemas namun direntap gadis itu kasar.
" kau tak payah nak sibuk hal aku" tengking Melati
" long.. kenapa kau jadi macam ni.. baru berapa bulan kau datang sini kau dah berubah... aishh kalau mak tengok ni nahas kau kena ganyang" marahnya
" mak nak kisah pasal aku.. takde maknanya.. " sinis Melati.
" apasal kau cakap macam tu" soal Bunga
" Mak... sayangkan aku... dia tak pernah kisah pasal aku.. yang dia tahu hany kau... dicanang semua benda baik pasal kau.. aku.. macam tak wujud" luah gadis itu
" mak sayang kau long... dalam adik beradik kita... mak selalu puji kau.. mak lebihkan kau dari aku dengan Munir" jelas Bunga.
" kalau mak betul betul sayangkan aku takkan mak tergamak jadikan aku tempat apak puaskan nafsu.. adik beradik.. kita hanya berdua.. Munir.. aku pun tak tahu nak panggil apa.. Huzair.. lagi lah... kau fikir senang ke untuk aku hadap semua ni... sekarang aku dah ada kehidupan aku sendiri... kau tak perlu campur" marah Melati.
" aku perlu masuk campur sebab kau kak aku.. kau lebih beruntung dari aku yang hidup merempat dijalanan tau.. walaupun mak dah buat salah tapi dia tetap sayang kau.. dia tetap bela nasib kau.. kau rasa mak tak menyesal dengan perbuatan dia" tengking Bunga
" aku tak nak buka aib sesiapa sekarang kau ikut aku" tegas Bunga lalu dia tarik semua gadis itu sebelum pipinya ditampar Melati. Bunga tergamam. Diusap pipinya yang perit.
" kalau aku nak jadi pelacur sekali pun kau tak payah kisah.. selama ni pun hidup aku tak ubah seperti perempuan lorong" ujar Melati lalu masuk mengikut pemuda itu. Sedih hatinyaelihat perubahan gadis itu. Rasa bersalah mula tersebar didalam dirinya apabila mengingatkan tindakannya menyokong gadis itu hidup sendiri selepas mendapat tawaran kerja dari Panca. Bunga melangkah menuju ke kereta. Dia kaku dihadapan kereta itu apabila melihat Yuna cuba mencium Firash. Pemuda itu dipeluk kemas.
" hoi..korang pun tak boleh nak sabar ke.. tunggu lah balik bilik rumah dulu.. dalam kereta pun jadi kerja" tegurnya
" kenapa kau ada dekat sini" soal Yuna
" aku ajak dia datang" di dorong tubuh itu ke dalam perut kereta lalu ditutup pintu kemas.
" kau ke mana" marah Firash
" ada je" balas Bunga selamba
" ada je... kau buat aku susah hati tau tak" marah Firash lagi
" susah hati takut kantoi korang romen dalam kereta... aku tak kisah la.. korang nak buat apa korang buat aku tak masuk campur" ujar gadis itu. Fikiran dan hatinya masih cuba memahami situasi Melati. Jiwanya kacau disebabkan gadis itu.
" kau kan... ishh geram pula aku.. kau cakap kau pergi mana.. kau jumpa jantan" marah Firash
" Murah sangat aku dimata kau kan.. " Pandangan matanya dialih kearah pemuda itu.
" aku tak kata kau murah.. dah kau hilang.. kau jumpa siapa.. itu laluan ke Pub.. kau buat apa dekat situ" soal Firash
" ahh serabut la kau ni.. jom balik.. letih la kecoh kecoh.. argghhhh" dihempas pintu kereta kuat. Firash memandang gadis itu dengan sisa amarah yang masih berbaki.
" aku tanya kau.. kau kemana" soal Firash lagi.
" kau drive je boleh tak.. kalau kau tak tenang aku dekat sini kau berhenti tepi jalan aku balik naik cab" ujar Bunga. Firash diam. Yuna yang duduk dibelakang bengang dia seakan tidak dipedulikan.
" kau yang suka sibuk hal Firash kenapa.. " Yuna bersuara
" kau diam boleh tak.. kau ingat aku nak ikut jantan ni.. kalau aku tahu dia nak amik kau tak nak aku ikut" ujar Bunga.Yuna yang geram dengan tiba tiba menghentak kepala gadis itu ke dashboard. Firash memberhentikan keretanya dengan segera
" kau dah buang tebiat ke" tengking Firash. Di lihat dahi gadis itu.
" kau hantar dia balik.. aku balik naik cab.." Bunga meluru keluar dari kereta itu lalu berjalan beberapa langkah ke belakang.
" Bunga.. jom aku hantar kau balik.." rayu pemuda itu. Bunga tidak mengendahkan rayuan itu. Firash menarik tangan gadis itu namun direntapnya kasar.
" kau.. kereta kau.. dan si gila tu berambus... aku nak sendirian.. blah la.. tunggu apa lagi" tengking Bunga. Terbit rasa kecewa dihati pemuda itu diperlakukan sebegitu. Firash beredar tanpa menoleh kearah gadis itu. Bunga duduk dibahu jalan lalu menangis sepuas puasnya.

Firash menjerit sepuas puasnya tatkala air pancuran mengenai tubuhnya.
" apa yang tak kena lagi Bunga" marahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience