10

Romance Completed 109150

Firash memandang telefonnya. Tidak berdering dan tiada tanda mesej diterimanya.
" ok ke dia.." soal hatinya
" ah lantak la.." dia kembali berbaring.
" haishh la.. apasal kau selalu buat aku tak senang duduk" rungutnya.Di kerocok rambutnya lalu digigit bantalnya untuk melepaskan geram. Dia melihat jam di dinding.
" dah pukul sepuluh..dah tidur kot" dia membuat rumusan sendiri. Dicapai telefonnya lalu di jengan akaun Instagram gadis itu. Satu persatu foto di lihatnya. Dia tersenyum sendiri. Gambarnya yang sedang tidur diambil dari belakang di tatapnya
" bila dia amik gambar aku ni.. " dia tersenyum lagi apabila membaca tulisan dibawah gambarnya.

HARI NI ADA PENEMAN.. PENEMAN TAK BERNILAI

" Tak bernilai dia kata..dia tak tahu ke sekali aku shoot lima biji ducati dia aku boleh beli.." rungutnya. Matanya terpampang pada foto sebatang kayu yang berada diatas meja.
" mak aih besarnya.. Projek esok??? " soalnya sendiri
" dia ni nak kena ni..tangan tu tak baik lagi dah nak menukang.." dia menelefon gadis itu berkali kali namun tidak berjawab. Dia mula risau. Dicapai bajunya lalu disarung.
" hoi kau nak ke mana malam malam ni" soal Adam
" aku ada hal sikit" lalu dicapai kunci keretanya
" Bunga la tu.. baru kau tahu penangan cinta" ujar Adam sendiri. Firash memandu keretanya laju. Perjalanannya terasa pendek kerana dia kerap berulang alik ke bengkel itu hanya kerana sekuntum Bunga.

Lampu bangsal masih menyala. Dia berjalan ke bengkel. Pintu bengkel masih terbuka tetapi gadis itu tiada. Dia memanggil gadis itu namun tiada sahutan.Telefon ditinggalkan diatas meja
" mana pergi minah ni.." hatinya tidak keruan. Dia berdiri dihadapan pintu. Digigit kuku jarinya bagi mengawal risau dihati.
" eh kau buat apa dekat sini.. bila kau sampai" Bunga yang baru pulang bertanya. Bungkusan ditangan gadis itu dilihat Firash
" kau dari mana..kenapa kau call kau tak jawab" soal Firash geram. Bunga mengangkat bungkusan ditangannya.
" aku pergi gerai depan tu" ujar gadis itu tenang.
" aku call kau banyak kali.. kenapa tak jawab" saja disambung amarahnya mahu raih perhatian gadis itu
" oh aku lupa bawa fon.." tempik gadis itu dipantry. Firash duduk disofa. Matanya tidak berhenti melihat gadis itu. Satu rasa aneh menjengah. Bunga menghampiri pemuda itu dengan sepinggan nasi goreng yang dibeli tadi.
" kau dah makan" soal Bunga
" belum" Dalihnya. Sedangkan perutnya sudah di isi sebelum dia datang kesini.
" nak.. kita bahagi dua.. kejap aku amikkan pinggan" ujar Bunga
" tak payah..kita kongsi" dicapai sudu dari tangan gadis itu lalu disuap nasi ke mulutnya. Bunga tergamam. Dia tidak pernah berkongsi makan dengan sesiapa selaian Eliza
" makan la.. sedap" ujar Firash
" hah.. ok " Bunga menyuap nasi ke dalam mulutnya.
" tu balak tu kau nak buat apa" soal Firash
" tu bukan balak itu chengal" ujar Bunga
" ah tak kira la.. kau nak buat apa.. tangan kau kan tak ok lagi.. degil la kau ni" marah Firash
" aku nak buat meja kopi.. tangan aku dah ok dah" ujarnya
" mana ku dapat kayu ni jangan bagitahu aku kau masuk hutan" soal Firash
" takde lah..kau ingat hutan tepi ni ada ke kayu mahal macam ni.. tadi ada orang masuk bukit sana ambil madu.. perhilitan tebang pokok ni sebab dah tua takut reput tumbang nanti sekat jalan.. so dia ambil bawa balik aku minta satu" ceritanya
" kau angkat la" soal Firash lagi
" kau gila besar ni aku nak angkat.. budak beach boy tolong " nasi yang di kongsi habis dijamah mereka. Firash berpuas hati dengan jawapan gadis itu
" kau datang sini buat apa" soal Bunga
" dah kau tak jawab call aku..tiba post balak besar ni atas meja..aku ingatkan kau dah keras.. tu yang aku datang" ujarnya
" mulut kau macam sialkan.. " balas Bunga lalu bangun menuju ke pantry.
" betul apa aku cakap..kau tak jawab call dengan keadaan kau macam ni..risau tau" ujar Firash keras
" nak risau kan aku buat apa.. kau kena risaukan adik kau tu..nak kawin tak lama lagi..tu awek kau tu.. kau patut risaukan dia." seloroh gadis itu. Dia kembali ke sofa dimana Firash duduk dengan dua cawan teh panas. Disua secawan untuk pemuda itu
" siapa awek aku..Yuna.. tu cerita lama.. aku takde apa apa dengan dia" terangnya
" ah lantak la.. tapi tak perlu kau risaukan aku.. ada lagi orang yang perlu kau risaukan.." ujar Bunga
" tapi kelakuan kau buat aku risau" ujar Firash
" apa.. apa yang aku buat.. tak perlu nak risau lah aku dah besar dan aku dah biasa macam ni" ujar Bunga
" tapi hati kau tak tenang bila tak jumpa kau" tidak semena mena air yang diminum Bunga terhambur keluar.
" uiii panas.. aku lupa letak air sejuk Bunga tertawa sendiri.
" apa aku melalut ni" bisik hati pemuda itu. Dirasakan keterlanjuran kata katanya.
" keras kayu ni" Firash bangun lalu menghampiri kayu yang berada diatas meja. Dia sengaja mengubah topik.
" memang la.. plywood tu pun keras tapi dah dipotong nipis rapuh la jadinya" balas Bunga
" ni ke meja yang kau nak buat" soal Firash. Lakaran meja itu dilihatnya.
" ha ah" Bunga menghampiri pemuda itu lalu diterangkan konsep meja yang mahu dibuatnya. Firash mendengar dengan teliti.
" Assalamualaikum" suara seseorang memberi salam. Mereka tergamam melihat sekumpulan khariah masjid berdiri didepan pintu bengkelnya.

" Aku terima nikahnya Bunga Dhia binti Fuad dengan mas kawinnya tujuh puluh dua ringgit tunai" Firash melafazkan akad dihadapan kadi yang diwalikan Munir dan disaksikan oleh Zainab dan Melati, Ziyad dan beberapa lagi orang kampung. Bunga yang duduk di sofa menangis teresak esak.
" kenapa mak setuju.. mak dah tak sayang Bunga ke" soal Bunga
" mak sayang Bunga.. mak tak nak nanti timbul fitnah.. Firash sapa tak kenal dia.. mana nak letak muka kalau semua ni kecoh" ujar Zainab
" lantak la apa orang nak cakap mak..Bunga tak buat apa apa salah pun" luah gadis itu
" mak percaya Bunga.. tapi orang kampung.. tengok sekarang pun dah kecoh pasal korang.. " ujar Zainab.
" Sabar ngah.. long rasa ini yang terbaik.. kita nak elak dari perkara tak elok berlaku" ujar Melati. Firash memandang gadis itu sayu. Khariah masjid menerima laporan bahawa mereka berdua duan. Firash yang tidak tahu bagaimana harus menyelamatkan namanya dari tercemar akur dengan cadangan imam masjid lalu mereka bernikah. Dia tahu gadis itu tidak bersetuju namun ini jalan penyelesaian yang diterima semua.
" Firash.. mak amanahkan Bunga pada Firash. Jaga dia baik baik.. Dia sudah lama berduka dan terluka... " pesan Zainab.
" Firash janji makcik" ujarnya
" mak lah apa pula makcik" tegur Munir
" hah mak" Balas Firash malu.
" ngah sekarang ni dia suami kamu yang sah.. angah kena taat dengan dia.. sebab dia kunci syurga angah.. bukan lagi ibu bukan lagi apak" pesan Zainab. Bunga diam. Tangisnya masih berbaki
" mak balik dulu ya" Zainab bangun dan beredar. Suasana sunyi kembali. Hanya mereka berdua.
" kau balik la..dah lewat ni" suruh Bunga
" hah ok.. " mereka canggung. Firash bangun lalu bergerak ke pintu.
" kejap.." Firash berpaling. Bunga mengambil hadiah yang dibuatnya untuk Rayqal dan Shila dan sebuah botol kayu berukir cantik.
" ni tolong wakil kan aku.. bagi dekat shila sempena wedding dia.. dan ni untuk kau" ujarnya. Firash mengambil barang tersebut dan beredar. Dia terasa ralat untuk lama disitu.

Dia menatap botol kayu yang diberi gadis itu.
" cantik..kemas" lalu dibukanya. Segulung kertas berada didalamnya. Dibuka kertas itu. Dia tergamam melihat lakaran dirinya diterjemahkan didalam lukisan. Lukisan yang menggambarkan dirinya sedang duduk disofa menlihat laut lepas ditatapnya. Dia tersenyum sendiri. Hatinya gembira tidak terkata.
" Hello..dah tidur ke" soalnya ditalian
" dah..kau nak apa call aku ni" suara gadis itu serak serak menandakan dia sudah tidur.
" terima kasih lukisan ni..cantik" ujarnya
" hurmmm ok" lalu gadis itu mematikan taliannya. Kecewa menjengah namun terubat dengan lukisan itu. Dia bingkas bangun lalu masuk ke bilik Adam
" Dam.. Dam.. bangun..tengok ni" kejutnya
" apa... esok la..." pemuda itu mamai
" tengok la..." suruhnya. Adam membuka matanya.
" ermm cantik.. dah aku nak tidur" ujar Adam lalu kembali berbaring
" kan.." bangganya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience