" kau jangan nak tipu la dik.. kalau bukan kau siapa lagi... kau je yang sakit hati dengan Bunga" tengking Firash
" abang... sampai hati abang tuduh Shila macam tu.. abang ingat Shila jahat sangat ke.. abang ingat Shila takde kerja nak cakap pasal betina tu" tengking Shila.
"nama dia Bunga.. memang abang terfikir Shila sebab abang tahu Shila mampu buat apa saja diluar fikiran orang lain" marah Firash.
" shila.. shila cakap betul betul.. Shila ke yang sebarkan berita ni" soal Khalil.
" papa.. papa pun sama macam abang ke.. fikir Shila buat semua ni.. " ujar Shila geram
" habis kalau bukan kau siapa lagi.. apa yang kau tak puas hati sangat dengan Bunga hah Shila" wajah Firash ditatap gadis itu cuak.
" kenapa semua orang nak risaukan betina tu hah.. kenapa takde sorang pun nak percaya Shila" tengking Shila
" Shila" tempik Rayqal yang melangkah masuk ke ruang tamu dengan langkah yang panjang. Telefonnya ditunjukkan kepada gadis itu. Shila membaca petikan yang tertera.
" again... you pun nak tuduh I juga.. " ujar Shila geram
" I know you very well Shila.. apa masalah you dengan dia hah.. you manusia yang memang tak patut berada dimuka bumi tau tak" tengking Rayqal. Semua mata tertumpu pada gadis itu.
" why.. you terasa sakit juga ke.. terjejas? " sinis Shila.
" sampai bila you nak berkelakuan macam ni Shila.. bila you nak matang hah" marah Rayqal. Amarahnya membara membakar dirinya yang sudah hilang kesabaran.
" I yang tak matang or you yang buta hati.. you tak pernah nampak kebaikan I kan..apa saja yang berkaitan dengan betina tu cakap I langsung you tak nak dengar.. even I tell you the truth you tetap tak percayakan.. jahat sangat I dimata you kan Rayqal" Shila mula sebak. Hatinya mula bergetar menahan tangis namun benteng matanya tidak dapat bertahan. Airmatanya bercucuran satu persatu membasahi pipinya.
" sebab you tak pernah berubah Shila.. you still dengan sikap you yang keras kepala dan ego.. you tak pernah nak dengar orang lain.. bagi you cakap you je yang betul.. you terlalu annoying and childish shila" luah Rayqal. Shila tergamam. Rambutnya yang rapi dikerocok kerocok hingga masai.
" I childish.. annoying.. kalau macam tu.. ceraikan I.. I tahu you pun dah tak sabar nak bersama dengan betina tu kan.. " tengking Shila.
" Shila.. shila sedar tak apa yang shila cakap ni" Khalil mengingatkan anak gadisnya agar tidak melampaui batasan.
"pa.. memang ini yang Rayqal nak papa.. buat apa hidup dengan orang yang hanya jasad dengan Shila tapi hati dan fikiran pada perempuan lain" ujar Shila
" you jangan putar cerita.. jangan nak fitnah I " ujar Rayqal
" apa tak betul ke apa yang I cakap.. you tak pernah sayang I.. dalam hati you hanya ada betina tu" tengking Shila.
" tengok.. you.. ish... " Rayqal menggenggam jarinya kemas. Andai diikutkan hatinya mahu saja ditampar gadis itu namun ditahan api kemarahannya.
"ceraikan I Rayqal.. hiduplah you dengan bayang bayang Bunga" Ujar Shila. Semua terdiam. Firash semakin sugul. Dia tidak tahu apakah gadis itu sedang menyelamatkan diri atau berkata benar.
"Shila Anaizah.. aku ceraikan kau dengan talak satu" semua tegamam apabila kata kata itu terhambur dari bibir Rayqal. Shila yang berdiri tegap tiba tiba melemah. Rayqal yang melangkah keluar diperhatinya. Bahunya terhinjut hinjut dek kerana esakan.
Rayqal termangu di laman. Eliza menghampiri abangnya dengan dua gelas kola ditangan.
" so sekarang macam mana.. abang dah talakkan Shila tau" ujat Eliza lembut.
" ya abang tahu.. dan abang rasa itu yang terbaik.. abang dah tak tahan dengan perangai dia yang buat abang ni macam orang bodoh" ujar Rayqal. Pandangannya dialihkan kepada gadis yang duduk disebelahnya
" Jad bukan apa.. Jad takut abang menyesal nanti.. lagipun kalau Bunga tahu mesti dia marah" kola ditangannya dihirupnya perlahan. Kedengaran keluhan pemuda itu dilepaskan berat.
" abang lagi menyesal kalau stay dengan dia.. takde rasa hormat dekat abang.. malukan abang tak kira masa dan tempat.. apatah lagi dengan cemburu buta...abang dah penat Jad.. abang nak tamatkan semuanya.." ujar Rayqal. Nadanya sebak. Kelihatan manik manik jernih jatuh satu persatu pecah ditelapak tangannya.
" abang tak sayang Shila?" soal Eliza
" bohong kalau abang kata abang tak sayang Jad.. kami dah bersama hampir lapan tahun.. termasuk dengan perkahwinan kami yang baru dua tahun.. kami kenal bukan baru sebulan dua..enam tahun kami bercinta sampai kami sepakat untuk kawin.. apa perangai dia yang abang tak layan.. karenah dia.. semua abang hadap.. tapi dia makin melampau.. " Eliza hanya mendengar luahan pemuda itu. Kedengaran esakan dari pemuda itu.
" mungkin salah abang sebab terlalu manjakan dia..sampai dia hilang rasa hormat dekat abang.. itu yang membuatkan ego dia makin tinggi" Airmatanya dihapus lembut. Bahunya terhinjut hinjut kerana tangisan.
" abang dah cuba macam macam untuk selamatkan rumahtangga kami tapi semuanya sia sia.. jadi ini yang terbaik.. mungkin ada orang yang lebih layak dan sempurna untuk jadi pendamping dia" ujar Rayqal. Eliza memeluk pinggang abangnya dari belakang. Dipeluknya erat. Dan berkongsi sebak pemuda itu bersama.
" bukan salah abang tapi shila yang tu bukan yang terbaik buat abang sebenarnya... abang dah terlalu sempurna untuk bersama dengan dia.. tapi dia tetap memilih tuba.. " ujar Eliza lembut.
" biarlah dia dengan dunia dia.. Jad tetap sayang abang.. Jad akan sentiasa ada untuk abang" ujar Eliza lagi. Rayqal menoleh memandang gadis yang bersandar dibahunya. Senyuman manis terukir dibibir gadis itu. Dukanya seakan ditarik.
" Thanks Jad.. " ucap Rayqal lalu memeluk adiknya erat.
Shila melangkah garang masuk ke kafe milik Bunga. Wajahnya tampak amarah yang sedang membara.
" Bunga... Bunga... " tempiknya. Suaranya yang nyaring menarik perhatian beberapa orang pelanggan yang berada disitu.
" maaf cik.. ada apa yang boleh saya bantu" soal Azah cuba membantu
" bos kau yang jalang tu mana.. betina garik tu mana" tempiknya. Azah terkedu.
" Azah.. kenapa... " Bunga yang mendengar bising di kafenya keluar dari kelasnya lalu berjalan ke kafe. Langkahnya terhenti apabila melihat Shila disitu.
" Azah.. awak boleh sambung kerja biar akak settle kan" ujarnya. Dia menghampri Shila yang berdiri dikaunter. Tidak semena mena pipinya ditampar kuat. Bunga terkejut.
" betina jalang.. " ujar Shila. Sehaya itu dikeronyok gadis yang berada dihadapannya. Bunga cuba melawan namun tidak dapat mengatasi amarah gadis itu yang sedang membuak buak.
" kau memang tak boleh hidup kalau takde jantan ke" tengking Shila. Bunga tergamam. Dia tidak dapat menangkap maksud gadis itu
" dulu abang aku.. kau goda dia sampai dia gilakan kau.. tapi kau kawin dengan jantan lain dan sekarang ni suami aku pula kau nak kebas" ujar Shila. Bunga bangun dari duduknya. Dipandang tepat gadis yang berdiri dihadapannya.
" aku yang tak boleh hidup dengan jantan atau kau yang tak boleh melihat orang lain bahagia sebab hasad dalam diri kau" ujar Bunga
" wah cantik bahasa kau.. aku dengki dengan kau.. takde sebab untuk aku berdengki dengan kau.. kau yang kena sedar.. keturunan perempuan lorong macam kau takde tempat elok untuk kau sembunyi.. melainkan lorong.. kalau dah bangkai tetap bangkai" ujar Shila. Bunga menggenggam jarinya kemas. Darahnya mula meninggi.
" kau goda abang aku sampai kau mengandungkan anak dia.. lepastu kau perangkap suami kau untuk kawin dengan kau sebab apa.. sebab abang aku tak datang hari pernikahan korang.. sebab apa dia tak datang.. sebab dia sedar kau tu perempuan yang hanya layak duduk di lorong macam mak kau.. then sekarang laki aku ceraikan aku sebab kau.. puas hati kau" dahi Bunga ditunjal tunjal. Bunga tergamam. Dia tidak tahu bahawa gadis itu telah diceraikan.
" kau dengan anak kau memang sial.. kau gunakan anak kau untuk rampas suami aku yang kau idamkan dari dulu lagikan.. sekarang puas hati kau" ujar Shila.
" oh yeah... memang patut pun kau diceraikan kalau perangai kau tak semenggah mana.. lagi pun kau pun tak mampu bagi Rayqal zuriatkan.. so jangan salahkan aku kalau dia datang cari aku.. aku mampu beri apa yang kau tak mampu Shila" sinis Bunga waima dia tidak bermaksudkan begitu namun tidak mahu aib anaknya diinjak injak. Sekali lagi pipinya ditampar.
" kau jangan ingat kau dah menang perempuan.. apa yang sepatutnya jadi hak aku akan tetap hak aku.. aku takkan lepaskan apatah lagi untuk kau" ujar Shila
" well kita tengok.. apakah hak kau akan selamanya akan jadi hak kau" balas Bunga apabila melihat kelibat Rayqal berjalan kalut menuju ke kafenya. Pintu kafe gadis itu ditarik kasar. Shila tersentak apabila lengannya ditarik dan digenggam kuat.
"you buat apa dekat sini" marah Rayqal. Shila meronta mahu dilepaskan
" sakit la" rungutnya.
" you cakap dulu apa you buat dekat sini" tengking Rayqal
"Eqal.. " panggil Bunga. Ditunjuk kepada pemuda itu akan mata mata yang memandang mereka.
Share this novel