Melati memandang Bunga sekilas. Dia mahu mengawasi setiap pergerakan adiknya. Segalanya disekat. Bunga tidak dapat berkomunikasi dengan sesiapa melainkan dirinya. Sesekali dia membenarkan gadis itu menghubungi adik lelakinya agar tidak menimbulkan syak yang boleh merosakkan rencananya.
" Kau malam ni ada kerja.." ujar Melati
"Long sampai bila kau nak buat kerja macam ni.. apa yang kau benci sangat dekat aku long.. aki adik kau tau" ujar Bunga
" ya kau adik aku tapi kehidupan kau lebih baik berbanding aku... Mak sayangkan kau lebih dari aku.. mak seboleh bolehnya nak lindungi kau tapi dia sanggup korban kan aku semata mata takut diceraikan.. adil ke bagi aku" bentak Melati.
" tapi long... kita boleh mulakan hidup baru kan.. kau menyerah diri dekat polis... kau cerita perkara sebenar sebab apa kau racun mak... Aku yakin kau tak bersalah dalam hal ni Long" Bunga cuba meyakinkan.
" aku memang dah lama dendam dengan mak.. bagi aku.. satu kepuasan bila tengok mak menderita macam tu" kata kata Melati diikuti gelak tawa.
" kau memang psiko long.." marah Bunga
" psiko... aku peduli apa.. malam ni kau kena teman dato.. dia ada majlis dekat club" Melati mengingatkan.
" aku bukan peacur " bentak Bunga.
" kau belum sampai tahap untuk kau melacur dear... kau hanya escort girl saja.. sampai masanya.. setiapa inci tubuh kau akan jadi berharga" Ujar Melati sambil melurut lembut lengan adiknya. Bunga gugup. Dia yang dijadikan gadis peneman para si hidung belang kesal dengan kakaknya. Mahu sahaja dia menangis namun apakan daya dirinya menjadi taruhan.
" kau termenung apa lagi..kejap lagi apak datang amik.. si tua tu bab duit takkan sabar" marah Melati. Bunga bangun dari duduknya lalu masuk ke biliknya. Blaus hitam pendek yang menampakkan sebahagian pahanya itu ditatap lama.
" Ya Allah..bantu aku Ya Allah..." Bunga merintih. Dia tersentak apa bila pintu biliknya diketuk kuat.
" woi kau tak siap lagi ke.." tempik Melati.
" kejap la" Dia mencapai tuala lalu masuk ke bilik mandi.
Kedengaran suara tawa Melati diruang tamu. Bunga melewati ruang tamu namun matanya tidak memandang Melati yang sedang berasmara bersama teman lelakinya disofa.
" kau dah siap.. kejap aku call apak" ujar Melati. Bunga merasa jijik tinggal disitu. Rumah itu dirasakan seakan rumah maksiat kerana setiap waktu rumah itu menjadi sarang pelepas nafsu buas si hidung belang. Bukan saja Melati tetapi kadang kala rakan rakan gadis itu turut menggunakan rumah itu sebagai tempat untuk bermadu kasih. Apatah lagi aksi tidak senonoh yang dilakukan tanpa segan silu. Bunga terasa seakan disekat mulutnya dari berbicara menyebabkan dia tidak membantah. kedengaran erangan asyik gadis itu bersulam dengan arahan untuk ayahnya datang mengambilnya.
" Kau tunggu.. kejap lagi apak sampai.." Bunga beredar. Tidak sanggup dia melihat aksi ranjang kakaknya. Dia menunggu di parkir. Tidak semena mena airmatanya menitis laju.
" mak.. tolong Bunga mak" rayunya.
Bunga tidak selesa. Jalannya terkencot kencot. Stiletto yang disarungnya menyukarkan pergerakannya apatah lagi bajunya umpama sarung nangka. Beberapa pasang mata memerhatinya dengan pandangan bernafsu. Bunga makin ralat.
" Bunga kenal kan Dato Azmir.. pengarah urusan Erabina." Bunga menyambut jabat tangan lelaki berumur lanjut itu. Bunga tersenyum kelat. Dia mengekori lelaki yang dikenalinya sebagai Rais itu kemana saja lelaki itu pergi. Bunga tersentak apabila lengannya di paut seseorang.
" Kau buat apa dekat sini" Bunga terkedu melihat pemuda yang berada dihadapannya itu.
" Aku tanya kau buat apa dekat sini" soal pemuda itu lagi.
" daddy..." sapa seorang gadis lalu memeluk Rais lembut.
" princess.. buat apa dekat sini.. daddy kenalkan Bunga.. kawan daddy" Rais memperkenalkan gadis itu kepadanya. Bunga menyahut salam gadis itu.
" daddy..kalau kantoi dengan Mummy Mira tak campur ya" seloroh gadis itu. Bunga menelan airliurnya kesat.
" Bunga..saya kenalkan ini anak gadis saya satu satunya anak tunggal saya.. Amira.. dan ini bakal tunang anak saya Firash Idlan.." Bunga kaget. Senyumnya terasa berat untuk diukir. Firash memandang tepat kearahnya dan pandangan itu membuatkan dia berasa tidak selesa.
" You nampak muda..berapa umur you.. you kerja apa ya" soal Mira
" dua puluh lapan.. Saya ada buka cafe galeri seni.." jawab Bunga agak gementar.
" oh ya.. so macam mana you boleh kenal daddy I" soal Mira lagi.
" she's got talent in wood carving.. lukisan dia pun cantik cantik" puji Rais.
" eh tak de lah.. biasa biasa saja" Bunga merendahkan diri.
" dari body you.. you dah ada anak" Bunga tersentak dengan soalan yang diajukan Firash. Mata mereka bertemu.
"you... she just escort girl.. tak perlu tahu kot" bisik Mira namun didengari Bunga.
" ha ah.. saya ada anak.. sorang.. lelaki.. tapi stay dengan ayah dia" jelas Bunga. Jawapan Bunga membuatkan Firash bertambah membara.
" Sorry.. Mira daddy nak jumpa pelabur so excuse us" Bunga lega apabila dia dan Rais beredar dari situ.
" sial kau Bunga" marah hatinya. Mira merangkul lengan pemuda itu manja.
" you..jom" ajak Mira. Firash hanya mengikut. Benaknya hanya memikirkan Bunga.
"woiii.. apa kau ni balik dari dinner mengamuk tak tentu pasal" marah Adam.
" kau tahu tak aku jumpa siapa" marahnya
" siapa.." soal Adam kembali.
" Bunga" digenggam sofa dihadapannya kemas. Geramnya masih berbaki
" hah.. habis tu kau takde cakap pape ke dengan dia" soal Adam
" nak bercakap dengan dia pun aku jijik..kau tahu dia jadi escort girl" soal Firash. Adam dipandangnya lama. Kelihatan pemuda itu kehairanan.
" kau jangan tuduh tuduh" nasihat Adam
" tuduh apanya.. aku tengok sendiri dia pegang lengan si tua kutuk tu.. daddy Mira.. dah takde jantan lain lagi ke yang dia nak dapatkan..kenapa si tua ganyut yang nak mampos tu yang dia kejar kejarkan.. tua kutuk ..tak sedar kubur dah panggil.. buaya si tua tu" bebel Firash
" habis tu takkan kau biarkan je.. kau tak sembang apa apa ke dengan dia" soal Adam lagi.
" nak sembang apa.. asyik berkepit dengan buaya tua tu... sial betul la" marahnya. Adam hanya menghambur tawa.
" kau ketawa apasal" marahnya masih bersisa.
" kau kalau aku kata kau masih sayangkan dia kau marah.. tapi itu hakikatnya.." tawa Adam masih berderai.
" susah lah cakap dengan kau ni" bentak Forash lalu masuk ke dalam biliknya.
Dia berbaring dikatilnya. Dibuang tali leher yang menlingkar lehernya. Terasa sesak nafasnya kini lega.
" kau hilang selama ni.. ini sebabnya" soal Firash. Pandangannya tajam kearah Bunga yang berdiri dihadapannya. Gadis itu tampak cantik Membuatkan jantungnya berdegup kencang. Mata redup yang bergetar itu menarik perhatiannya. Sungguh dia rindu pada susuk itu.
" kau pekak ke.." bentak Firash lagi. Bunga tidak keruan. Panahan mata pemuda itu menggerunkannya.
" awak sihat..Fateh... Fateh sihat" soal Bunga.
" kau tak jawab soalan aku Bunga" tegas Firash.
" awak.. saya tak macam mana yang awak fikirkan.. saya terpaksa buat semua ni" Bunga cuba menjelaskan.
" tapi aku tak nampak macam kau terpaksa.. malah kau bertambah suka" sinis Firash.
" Firash Idlan.. saya tak sangka perangai awak masih sama.. pandangan mata tak semestinya betul Firash.." Bunga cuba membela diri.
" oh ya.. ni.. ni.. baju ni.. suka nak tayang body.." marahnya
" saya tak tahu setan apa yang dah rasuk awak.. tapi cukup saya katakan yang saya terpaksa buat semua ni.." jelas Bunga. Firadh tersenyum sinis.
" alasan kau cliche sangat.. terpaksa sebab apa.. kemana kau menghilang.. tanpa berita.. Fateh.. ada kau fikir pasal dia.." marah Firash
" awak saya minta maaf.. saya tahu saya salah.. tolong jagakan Fateh ya" rayu Bunga. Firash diam. Mereka hanya berpandangan.
" kenapa kau buat aku macam ni.. kenapa kau tipu aku dengan sakit kau.. kenapa kau jauhkan diri kau dari aku..kenapa hilang tanpa berita.. kenapa kau buat aku tak tentu arah Bunga.. kenapa" airmatanya mula mengalir. Bunga sebak melihat perilaku pemuda itu.
" kau tahu betapa susahnya aku hidup tanpa kau.. aku cuba lupakan kan kau dan sekarang aku dah boleh hidup tanpa bayang bayang kau tapi kau muncul semula depan aku untuk apa.. untuk kau tunjuk kau sebenarnya wujud dan kau sedang bergembira dengan kemewahan..macam tu" tempelak pemuda itu.
" tak awak.. bukan macam tu.." Bunga cuba mencari kata kata yang mudah untuk pemuda itu fahami
" apa kurangnya aku.. aku juga ada harta kalau kemewahan yang kau cari" balas Firash
" saya bukan mencari kemewahan.. tapi cukup lah saya katakan saya terpaksa.. terpaksa buat semua ni demi awak dan Fateh.. saya tak nak dorang apa apa kan awak dan Fateh" ujar Bunga. Airmatanya mengalir membasahi pipinya.
" siapa.. apa maksud kau dengan kau terpaksa demia aku dan Fateh" soal Firash. Sehaya itu telefon Bunga berdering.
" ya dato.. ok saya on the way masuk dewan" talian dimatikan.
" awak jaga diri.. tolong jaga Fateh untuk saya.. bila semuanya selesai saya akan datang jumpa awak dan saya akan jelaskan semuanya" Bunga mahu beredar tetapi langkahnya terhenti apabila dia dipeluk dari belakang. Bahunya basah dek airmata pemuda itu.
" aku rindu kau.. aku rindu kau Bunga" Hatinya seakan dirobek tatkala mendengar luahan pemuda itu. Bunga berpaling. Ditatap wajah yang dirinduinya dalam dalam.
" saya pun rindu awak.. tapi saya minta maaf saya tak dapat bersama awak dan Fateh sekarang.. saya harap awak faham" rayunya
" kenapa.. jelaskan sekaran..kenapa aku perlu tunggu" rayu Firash.
" maaf.. saya tak boleh... cukup kalau saya katakan saya sayang awak dan Fateh.. saya rindu awak dan Fateh" dipeluk pemuda itu erat. Mereka berpelukan sejenak sebelum pelukan itu terlerai. Sebelum beredar Bunga kembali semula kearah Firash yang masih menanti jawapan. Dikucup bibir pemuda itu lembut. Firash kaget. Belum sempat dia membalas kucupan itu Bunga sudah pun pergi meninggalkannya.
" permainan apa yang sedang kau mainkan Bunga" ujarnya sendirian mengadap kipas syiling yang sedang berputar.
Share this novel