Yuna melepaskan geram pada bantal bantalnya. Berita akan perkahwinan Firash dengan satu satunya musuhnya sudah diketahui semua. Hubungan mereka kini bukan lagi menjadi rahsia apabila Firash sudah berani tampil didalam siaran langsung gadis itu dan ada kalanya gadis itu muncul didalam siaran langsung pemuda itu. Kemesraan yang ditonjol oleh mereka benar benar merobek hatinya. Foto pemuda itu yang berada didalam bingkai yang diletakkan didalam biliknya ditatap.
" Kenapa dia.. kenapa kau tak bagi aku peluang kedua.. kenapa Firash.. kenapa.." tempik gadis itu. Airmatanya mengalir laju.
" Minggu depan Bunga akan berada di bilik pameran Galeri Seni.. lukisan Bunga akan dipamerkan disitu.. korang yang free boleh la pergi cuci mata" ulas gadis itu mengenai pameran pertamanya yang melibatkan galeri dan pameran besar.
" live ke" soal Firash yang baru tiba dibengkel itu.
" ha ah.. takde shooting ke hari ni" soal Bunga
" baru habis.. hai semua.." sapa Firash di siaran langsung itu. Bunga membaca setiap komen yang tertera. Ada yang positif dan ada juga yang negatif namun dibiarkan ianya berlalu.
" jangan dilayan komen negatif.. " pesan Firash. Bunga hanya tersenyum. Yuna yang menyaksikan siaran langsung itu tidak dapat menahan amarahnya. Diambil ubat penenang agar dapat dikawal emosinya agar tidak mengganggu sesi fotografinya.
" tutup live tu" marahnya. Krew yang berada berhampiran dengannya hanya diam.
" kau jangan fikir kau dah menang Bunga.
" bisik hatinya.
Bunga melorek lorek kanvas itu dengan warna yang pelbagai. Dia harus menyiapkan beberapa lembaran lukisan bagi pameran itu kerana lukisannya yang sebelum ini sudah hangus terbakar.
" kau betul ke nak berhenti kerja ni" soal Firash
" ye.. aku nak tumpu pada pameran.." ujar Bunga
" kau cuti dulu tanpa gaji then balik dari Aussie kau masuk balik keje" cadang pemuda itu
" suka hati kau je... " tegas Bunga.
" kau lupa ke siapa aku dalam Panca" ujar Firash bangga. Bunga membaling berus lukisan kearah pemuda itu
" jangan bongkak sangat" tegurnya. Firash tertawa.
" bila aku dekat Aussie nanti kau tolong tengokkan mak.." pinta Bunga
" ok boss.." balas Firash
" aku nak hantar Munir pergi sekolah berasrama lah.. aku risau dengan pelajaran dia makin merosot" luah gadis itu.
" kau dah dapat ke sekolah.. mak tahu" soal Firash.
" belum lagi.. kau rasa betul ke tindakan aku" soal Bunga.
" kau bincang dulu dengan mak dengan Munir.. kalau dia nak ok lah.. jangan nanti kau yang buat keputusan dia buat sebab terpaksa" ujarnya. Bunga hanya diam Dilepaskan keluhan berat sebelum menyambung semula lukisannya. Firash menghampiri gadis itu lalu memeluknya dari belakang erat.
" aku nak kau fokus pada pameran bila kau dekat sana" ujar pemuda itu. Bunga hanya membisu.
" Munir... aku nak hantar kau masuk sekolah berasrama.. kau nak tak" soal Bunga.
" aku nak ngah... aku memang lama dah nak minta pendapat kau tapi aku takut kau tak setuju" ujad Munir
" mak macam mana.." soal Bunga
" aku ikut je.. mana korang rasa terbaik aku tak kisah" ujar wanita itu.
" mak nanti tinggal sorang sorang takpe ke" soal Bunga ingin kepastian.
" aku tahu la jaga diri aku... kau tak perlu risau. kau biar je lah kerja kau.. lagi pun Long ada... dia boleh tengok tengokkan aku." ujar Zainab.
" takat aku dengan Huzair apalah sangat makan.. duit aku cukup untuk tampung hidup kami." ujar Zainab lagi
" bab belanja mak jangan risau... Firash akan bagi.. apa apa mak call Firash ya" ujar pemuda itu yang turut menemani Bunga. Bimbang kalau kalau Fuad kembali.
" long apa cerita ngah.. lama dah tak dengar berita dia... " Zainab ingin mengetahui perkembangan anak sulungnya
" Long ok je mak... baru ni bukan long ada balik ke.." soal Bunga
" ada.. tapi malam tu dia balik sana.. tak tidur sini pun" ujar Zainab kecewa
" kenapa dia tak tidur" soal Bunga
" dia takut apak balik" ujar Zainab. Bunga kehairanan. Setahunya hubungan Melati dan ayahnya baik sejak bila mereka tidak seteru Bunga ingin tahu.
" Mak jangan lupa minggu depan.. Firash datang amik mak ya" Firash mengingatkan.
" ya mak ingat.. anak nak nikah takkan mak lupa" ujar Zainab. Bunga hanya tersenyum.
" Ngah.. nanti kau dah nikah jangan lupa aku tau" Munir sebak.
" apa kau cakap macam tu.. aku takkan lupakan kau la.. kau kan adik aku.. aku sayang kau" ujar Bunga lalu memeluk gadis itu. Tangis mereka berderai.
"minggu depan kau dah nak jadi isteri aku.. " ujar Firash. Bunga yang sedang mencari kunci bengkelnya menoleh
" so.. ada masalah ke... ke kau tak nak kawin dengan aku.." soal Bunga
" gila tak nak.." seloroh Firash
" dah tu... kau jangan nak menggedik sangat" pesannya. Firash bersandar di dinding memerhati gadis itu membuka kunci.
" seminggu lepas kita nikah kau dah nak pergi Aussie.. kalau aku rindu kau macam mana.." rengek pemuda itu.
" kau nak makan penumbuk ke nak makan terajang aku" ujar gadis itu. Firash tertawa.
" kau cakap macam tu dekat bakal suami kau" rungutnya.
" ah kau jangan nak mengada.. pergi balik dah senja ni.." suruh gadis itu.
" aku nak lepak kejap je.." pinta pemuda itu.
" ish kau ni la.. aku nak ke restoran... ganti orang malam ni" ujar Bunga.
" ok... aku hantar.. balik kau call aku.. aku ambil kau balik" ujar pemuda itu.
" tak payah susah susah.. aku boleh minta tolong Ziyad" tolak gadis itu.
" ah tak payah.. aku hantar" dilabuhkan punggungnya ke sofa. Wajahnya mencuka. Bunga tidak mengendahkan pemuda itu lalu masuk ke bilik air dan bersiap untuk bekerja. Bunga hanya diam membisu.Tiada apa yang mahu dibicarakannya. Dia seakan mati kata.
Firash berbaring di katil gadis itu. Dicium bantal yang selalu digunakan gadis itu.
" alahai.. nanti tuan kau takde aku peluk kau ye." ujarnya. Dipeluk bantal itu kemas. Angan angannya terhenti apabila telefonnya berdering.
" kau nak apa" soal Firash ditalian apabila berkali kali panggilan Yuna tidak diendahkannya.
"Firash tolong I.." rayu gadis itu. Firash mengeluh berat
" kau nak aku tolong apa" soal Firash
" I attend vip I tak tahu dorang nak mabukkan I.. Please Firash.. I tak boleh drive" pinta gadis itu
" PA kau mana" soal pemuda itu lagi.
" Dia ada hal.. so I sorang je.. please Firash.. habis I malam ni kena sedekah" rayu gadis itu lagi.
" share location aku pick up kau." ujar Firash. Dia bangun dari baringnya lalu memandu keretanya.
Bunga yang sedang mencuci pinggan hairan melihat pemuda itu menghampirinya dalam keadaan marah
" jom ikut aku" Bunga kehairanan mencabut apronnya lalu meminta izin kepada majikannya untuk pulang.
" kau kenapa.. kalut macam kera putus ekor" soal Bunga
" teman aku" ujar Firash yang fokus pada pemanduannya
" teman kau.. pergi mana" soal Bunga lagi
" adalah.. nanti kau tahu" ujar pemuda itu. Bunga hanya diam.
Share this novel