Bunga dimasukkan ke hospital kerana mengalami pendarahan. Haq risau kerana Bunga awal dua minggu dari jangkaan. Zainab menenangkan menantunya yang dat tadi mundar mandir.
" Haq.. Bunga macam mana" soal Eliza yang baru tiba.
" tak tahu.. dari tadi dekat dalam" risaunya.
" InsyaAllah dia takde pape.. Kau sabar ya" Pujuk Eliza.
" Dam.. aku nak jumpa Firash" pinta Haq
" hah.. kau nak buat apa jumpa dia" soal Adam
" Dia perlu tahu tentang anak ni" ujar Haq.
" no aku tak benarkan.. Bunga pun tak benarkan.. dia tak perlu tahu pasal anak ni" Bantah Eliza
" tapi dia harus tahu" Haq cuba meyakinkan.
" Ya.. tapi bukan sekarang" bantah Eliza.
" Jad.. aku dah tak punya masa yang panjang Jad.. Aku nak clear kan semua" ujar Haq
" kau nak ke mana.. kau jangan buat leceh dengan kawan aku" pesan gadis itu
" aku hidap leukemia.. Dan aku takkan sembuh.. aku dah tak kuat.. aku dah tak mampu nak jaga dia dan baby.. aku nak pulangkan dia pada Firash" ujar Haq. Eliza terkedu.
" ubat ubat aku pun dah tak boleh nak tampung penyakit aku lagi.. antibodi aku pun dah tak kuat.. maaf kalau aku katakan aku terpaksa ceraikan Bunga untuk dia mudah lupakan aku.. aku taknak dia susah susah untuk aku yang akan tinggalkan dia. " jelas Haq.
" kau.. kau tak rasa ke dalam keadaan dia macam ni.. kalau kau ceraikan dia akan burukkan keadaan" soal Eliza
" sebab tu aku nak jumpa Firash.. aku nak dia ada dengan Bunga saat duka dia.. aku tak nak Bunga berseorangan" jelas Haq. Eliza terdiam.
" Suami kepada Puan Bunga Dhia.. " panggil seorang doktor. Mereka menghampiri doktor itu
" Tahniah Encik dapat baby boy" Bayi yang sudah siap dimandi dan dibedung itu diazankan pemuda itu. Tangisan kesyukuran mengalir dipipinya.
" Assalamualaikum anak Abi.. Fateh selamat datang.. Fateh membesar dengan sempurna ya sayang.. Jadi anak soleh ya sayang.. Abi sayang Fateh" kucupannya buat kali terakhir untuk bayi itu sebelum dia tiba tiba rebah ke bumi. Haq dimasukkan ke hospital. Keadaannya semakin teruk.
" Jad.. Haq mana.. dah seminggu Bunga tak nampak dia.." soal Bunga apabila kelibat suaminya tidak kelihatan.
" dia ada urusan dekat luar.. Bunga jangan risau la" Bohong gadis itu. Dia menunaikan permintaan Haq yang ketika itu terbaring lemah dihospital.
" Call Bunga pun tak" rajuknya
" Ish la Bunga ni.. jangan la macam ni.. Bunga dalam pantang.. jangan nak ikut emosi sangat " pesan Eliza.
" ye lah.. Eh Jad.. mummy tak tahu ke Bunga ada dekat sini.. " soal gadis itu cuak. Takut akan ketahuan berpantang dirumah gadis itu.
" ni rumah Jad.. mummy nak kisah apa.. dia pun tak heran" seloroh gadis itu.
Firash tersentak. Kata kata pemuda yang terbaring dilantai hadapannya tidak dijangkanya. Firash meraup wajahnya kesal.
" kenapa kau tak bagitahu aku awal awal" soalnya
" kalau aku bagitahu kau awal awal.. aku takkan dapat hidup dengan dia.. dan sekarang aku pulangkan dia pada kau.. aku yakin kau boleh bahagiakan dia" pinta Haq. Sesekali kelihatan dadanya berombak. Menarik nafas panjang.
" Aku minta maaf.. sebab aku dah susahkan kau" ujar Firash
" takde apa lah.. aku memang sayang dia.. tapi aku tak dapat hidup lama dengan dia.. dan aku tahu kau masih sayangkan dia.. kalau tak kau dah kawin dah dengan Yuna tu" ujarnya
" mana kau tahu dia anak ikan Dato" soal Firash.
" sebab Bunga.. aku tak sanggup tengok Bunga disakiti lagi.. Jadi aku siasat semua orang yang sakitkan hati dia termasuk kau.. " ujar Haq. Tuturnya tersekat sekat.
" aku masih sayang dia tapi aku tak tahu dia macam mana.. " ujar Firash
" itu kau punya bahagian.. aku dah selesaikan bahagian aku.. kau dah kenal dia lama.. kau hanya sembilan bulan bro.. kau lebih tahu kehendak dia dari aku" ujar Haq lagi. kedengaran nafasnya merengus kuat. Firash memandang pemuda itu sayu.
Bunga termenung keluar jendela. Dia semakin hampir menamatkan pantangnya. Suaminya masih tidak kelihatan. Dirasakan ada sesuatu yang tidak kena.
" Jad.. mungkin kah Haq jijik dengan Bunga. Haq langsung tak datang jumpa Bunga... sibuk sangat ke dia sampai takde masa nak jenguk Bunga" luah gadis itu.
" jangan la fikir bukan bukan.. Haq sayang Bunga.. " pujuk Eliza.
" tapi dia langsung tak datang jenguk kami.. macam mana Bunga tak fikir bukan bukan.. " Airmata gadis itu mengalir.
" Jad nak cakap pun tak tahu nak mula dari mana.. " Eliza resah.
" apa maksud Jad" Soal Bunga
" Haq minta Jad dengan Adam rahsiakan dari Bunga" ujarnya. Bunga mendekati gadis itu. Mata gadis itu ditatap dengan penuh pengharapan.
" Ok.. Jad cakap tapi Bunga kena sabar ya" ujar gadis itu. Bunga mengangguk.
" Haq dekat hospital sekarang" ujar Eliza
" Hospital.. kenapa" soalnya kalut.
" Haq hidap leukemia.. sekarang dia ditahap akhir.. kritikal" ujar Eliza
" kenapa baru sekarang Jad nak bagitahu Bunga.. Kenapa Bunga tak tahu" Airmata gadis itu mula mengalir laju.
" Haq minta kami rahsiakan dari Bunga.. Dia taknak Bunga risaukan dia.. " Eliza sebak.
" Jad bawa Bunga jumpa dia" Rayu gadis itu.
" Bunga tak habis pantang lagi" Eliza mengingatkan.
" Suami Bunga lagi penting dari diri Bunga Jad.. tolong.. Bunga nak jumpa dia" rayu Bunga.
" ok ok.. bagi Jad call Adam.. tanya keadaan Haq.. Adam ada dengan dia" ujar Eliza. Di dail nombor buah hatinya.
" Bunga... Haq nak cakap dengan Bunga" Telefon itu bertukar tangan.
" Haq.. Haq.. Bunga nak jumpa Haq.. Bunga rindu.. Fateh pun nak jumpa Abi" ujar gadis itu.
" Sayang.. dengar sini.. jangan nangis.. ingat pesan Haq.. jaga diri dan Fateh" ujar pemuda itu. Suaranya kedengaran lemah.
" Haq.. Bunga nak Haq" rayu gadis itu.
" Sayang.. dengar apa yang Haq nak cakap.. Sayang isteri Haq yang paling Haq sayang.. tapi Haq nak minta maaf sebab Haq tak dapat tunaikan janji kita" ujar lagi.
" Tak.. Haq akan sihat.. kita akan handle class sama sama.. Haq tunggu Bunga pergi dekat Haq ya" ujar pemuda itu.
" jangan.. Haq taknak Bunga tengok Haq dalam keadaan macam ni.. " pinta pemuda itu.
" Haq" tangisnya disapu kesat.
" Bunga Dhia binti Fuad.. aku ceraikan kau dengan talak satu" lafaz itu melemahkan semangat gadis itu. Telefon ditangannya jatuh ke lantai. Bunga terkedu.
" Hello.. hello" tempik Eliza. Dipeluk sahabatnya erat
" Bunga.. Jad tak tahu nak jadi macam ni.. maafkan Jad.. " tangis mereka bersatu. Bunga meraung sekuatnya
" sabar Bunga.. sabar" pujuk Eliza
" Haq... kenapa Haq.. apa salah Bunga Haq.. " tempiknya. Telefon gadis itu berdering lagi.
" Hello.. Awak mana si biol tu" soal Eliza geram.
" Allahuakbar.. Bunga" panggil Eliza.
" Bunga Haq.. Haq dah takde" ujar Eliza. Bunga meraung semahunya. Dia seakan hilang pertimbangan.
Share this novel