54

Romance Completed 109150

Firash memerhati anak kecil yang sedang bermain dihadapannya. Keletah anak kecil itu menghiburkan hatinya. Dia mendongak apabila bahunya ditepuk. Shila melabuhkan punggungnya di sofa bersebelahan pemuda itu.
" Bunga macam mana.. dia masih trauma? " soal Shila. Walaupun hatinya masih membenci gadis itu namun kehadiran anak kecil itu membuatkannya berasa simpati terhadap musuhnya yang satu itu.
" ermm... abang nak cakap pun.. haaa" dihela nafasnya berat. Firash sendiri keliru dengan perilaku gadis itu. Adakalanya di terasa seakan dirinya diperlukan gadis itu dan dalam masa yang sama dia merasakan dirinya dibuang jauh dari hati yang mahu dimilikinya.
" Kesian Fateh... kau tak cuba berubat cara kampung.. mana tahu kot kot ada jembalang tanah melekat dekat dia.. zaman sekarang even moden sekali pun otak manusia masih di zaman purba" cadangnya.
" ish shila ni.. tak mungkin lah.. siapa pula yang nak sihirkan Bunga.. " dalih Firash walaupun di mengiyakan kata kata gadis itu didalam hati.
" habis tu.. takkan kau nak biar je Bunga tu macam tu.. walaupun Shila tak suka dia dan benci dia.. tapi shila tak sanggup tengok Fateh macam ni.. merengek rindukan ibu dia.. " mata mereka tertumpu pada anak kecil yang mula keletihan. Fateh yang baru belajar berjalan, melangkah perlahan lahan menuju kearah lelaki yang sepatutnya di berbinkan dengan namanya. Firash memaut tubuh kerdil yang hampir jatuh itu lalu di letakkan diribaannya. Di suap botol susu ke mulut anak kecil itu yang sudah mengosok matanya.
" abang nak shila tolong ke.. biar shila jumpa dia" pelawa gadis itu.
" takpa biar abang uruskan sendiri." tolaknya. Fateh semakin lama semakin ralut didalam lenanya.

"ngah.. kenapa sampai macam tu sekali.. kesian kan Fateh.. dia tak bersalah dalam hal ni" nasihat Munir dihujung talian. Kedengaran esakan tangis Bunga dihujung talian.
" abang Firash tetap ayah Fateh.. dan ngah tetap ibu dia.. korang tak boleh ke berdamai.. jangan jadikan Fateh sebagai mangsa" Bunga hanya diam.
"Long kata apa" soal Munir.
" Long... kalau boleh tak nak aku jumpa dia dan Fateh.. " ujar Bunga dalam sendu yang berbaki.
" habis ngah.. hati ngah.. hati ngah kata apa" Soal Munir lagi. Dia mahukan kata putus dari gadis itu. Dia tidak mahu gadis itu terus hanyut dalam dukanya.
" aku rindu dia.. aku rindu anak aku..aku rindu Firash.. tapi aku tak boleh pertaruhkan nyawa dorang hanya kerana aku" luah Bunga. Tangisnya makin menderu.
" Ngah.. kau yang nak bahagia dan kau juga yang akan terluka ngah.. kenapa kau nak kena ikut cakap Long.. " nasihat Munir lagi.
" ada apa apa perkara yang aku tak tahu ke ngah.. kau ada rahsia apa apa dari aku ke.. " soal Munir. Dia mula menyimpan syak wasangka apabila dia merasakan bahawa gadis itu merahsiakan sesuatu darinya. Bunga seakan akur dengan permintaan Melati kerana Bunga yang dahulunya lantang bersuara kini seakan tikus yang takutkan kucing.
" sampai masanya kau akan tahu apa yang berlaku sebenarnya. Aku cuma minta kau jangan cerita atau bertanya hal ni dekat Long.. kalau tak nyawa Fateh dalam bahaya... dan kau mungkin tak akan dapat jumpa aku lagi" pesan Bunga
" ngah... " Munir mula risau.
" long datang nanti aku call kau lagi.. ok bye" Bunga segera mematikan taliannya. Disapu airmatanya lalu dicapai berus dan dicelupkan warna pada berus itu sebelum di conteng kanvas putih yang berada dihadapannya. Bunga cuba berwajah tenang.
" kau dah makan ngah" soal Melati.
" aku tunggu kau.. " seloroh Bunga.
" dah tu pergilah bersiap.. takkan kau nak pergi macam ni" soal Melati. Bunga hanya tertawa kecil lalu bangun dan berjalan ke biliknya. Melati menanti gadis itu bersiap. Diperhati lakaran yang bersusun. Melati meraba tas tangannya apabila kedengaran telefonnya berdering.
" aku dengan Bunga.. kau sabar boleh tak" ujar Melati namun kata kata gadis itu didengari Bunga yang mahu keluar dari biliknya.
" Nanti aku bagi la..kau sabar la sikit.. " ujar Melati lalu dimatikan taliannya apabila melihat kelibat Bunga yang baru keluar dari biliknya.
" dah siap.. jom" mereka beredar meninggalkan bengkel.

Mereka berjalan disekitar ibu kota. Kerana hari itu adalah hari cuti umum, bandaraya sesak dengan kerumunan manusia. Mereka berjalan ke Mall bagi mendapatkan barangan untuk kegunaan mereka. Mata mereka tertumpu pada sekumpulan manusia yang memenuhi ruang legar mall tersebut.
"weh orang syuting la" Bunga menoleh ke arah kerumunan itu. Mereka mendekati.
" Dia berlakon drama baru dia ke" soal Melati. Bunga hanya berdiam diri. Aksi berpegangan tangan yang agak romantis dilihatnya menimbulkan rasa kurang selesa dihatinya.
"eh Bunga.. " sapa Adam yang melihat kelibat gadis itu lalu menghampirinya.
" buat apa dekat sini.. " soal Adam.
" cari barang sikit.. " Bunga tersenyum kelat.
"syuting drama baru ke" soalnya dan matanya masih tertumpu pada pasangan itu.
" ha ah..ni last scene.. kejap lagi wrap kot..eh duduk lah dulu" pelawa Adam. Hatinya seakan meronta apabila melihat pasangan itu yang cukup romantis. Mahu saja di cepuk lelaki itu namun dia akur dengan batasannya.
" ngah.. kita tengok dulu.. aku tak pernah tengok orang syuting" ajak Melati.
"long.. jom la cepat.. aku nak siapkan lukisan orang.. aku nak ke cafe pula.. lama sangat dah rasanya aku biarkan cafe tu" Bunga cuba memberi alasan.
"ah kau.. kejap la.. dah nak habis dah tu" ujar Melati. Bunga makin tidak keruan apabila Melati makin ke depan.
" Bunga..duduk sini" pelawa Adam akan bangku di sebelahnya yang kosong. Bunga akur. Dilabuhkan punggungnya. Dia memeriksa telefonnya umtuk menutup gundah dihati.
" Bunga... kenapa Bunga buat Firash macam tu" Jarinya yang sedang menaip mesej untuk Munir tiba tiba terhenti. Dia kaku. Seakan malu untuk dia memandang wajah pemuda itu.
" Maaf Bunga.. Adam kesiankan Firash.. dia betul betul terkesan dengan apa yang jadi.. apatah lagi sekarang Fateh ada dengan dia.. tak boleh ke Bunga bagi dia peluang untuk tebus semula salah dia" Adam berbicara sehabis baik agar tidak menguris perasaan gadis itu.
"maaf Bunga tak faham apa maksud Adam" Bunga bangun dari duduknya namun sempat dihalang pemuda itu.
" kenapa perlu Bunga tolak semua kisah lama.. kenapa perlu menidakkan kewujudan Firash dalam hati Bunga.. kenapa perlu buang Fateh dari hidup Bunga.. " kata kata pemuda itu seakan tertampar pada dirinya. Bunga makin tidak keruan.
" Adam tahu.. Bunga sebenarnya sihat dan takde apa apa masalah.. Bunga bukannya dementia or hilang ingatan tapi Bunga cuba lari dan buang semua kisah dalam hidup Bunga.. kenapa... Kenapa harus didera perasaan sendiri" Bunga mula menggigil. Dia tidak keruan.
" Adam tahu Bunga sayangkan Firash dan masih ambil tahu pasal dia dan Fateh" Bunga menoleh.
" Ini Bungakan" Dia memberikan telefonnya kepada gadis itu. Bunga tersentak. Wajahnya tertangkap oleh lensa kamera telefon pemuda itu.
" kalau Bunga tak mahu ingat dorang kenapa perlu ikut setiap gerak geri dorang.. kenapa masih nak ambil tahu.. kalau betul masih sayang kenapa harus berpura pura. " Bunga gugup. Apa alasan yang harus dia berikan.
" Adam tak paksa dan perkara ni hanya Adam yang tahu.. Firash dan Jad... Adam rahsiakan dari dorang. " ujat Adam.
" thanks Dam.. Bunga akan explain why... tapi bukan sekarang.. sampai masanya nanti Bunga sendiri akan explain.. cuma Bunga minta tolong jaga Firash dan Fateh ya.. please" Bunga merayu. Matanya bergenang. Terasa berat dihatinya. Adam serba salah. Airmata gadis itu membuatkan dia tidak senang duduk.
" Bunga" Firash yang baru selesai penggambaran menghampiri mereka. Bunga menghapuskan airmatanya lalu beredar namun tangannya sempat dicapai pemuda itu.
" nak ke mana.. tunggu sekejap.. Firash baru habis syuting.. kita makan.. lapar la" Rayu Firash. Bunga merentap tangannya kuat. Firash tersentak.
" Aku ada urusan" dalih Bunga. Mahu saja dia memeluk tubuh itu.. rindunya pada pemuda itu tidak tertanggung namun terpaksa dibataskan.
" Long... jom makan.. Firash belanja" cuba dipujuk Melati yang berdiri disebelah Bunga.
" long ok je.. ngah kau macam mana" soal Melati
" aku nak le cafe.. dah lama tak pergi" Dalihnya
" kita makan dulu lepas tu kita pergi sama sama ya" pujuk Firash.
" Aishh.. jom la.. aku dah lapar ni.. long jom" Sampuk Adam lalu beriringan dengan Melati. Bunga terpaksa akur. Jalannya tidak menentu. Terasa seakan beriringan dengan perdana menteri. Firash hanya tersenyum. Adam dan Melati sudah hilang ke dalam perut sebuah kafe.
" sayang... " panggil Firash. Langkah Bunga terhenti. Dia melemparkan pandangannya ke arah lain. Tidak sanggup ditatap wajah itu. Terasa duka dihati. Firash merapati gadis itu.
" sayang.. thanks sebab teman Firash makan" ujarnya. Bunga masih kaku.
" Hari ni Firash nak spend time dengan sayang dan Fateh boleh" Bunga tersentak. Dipandang pemuda itu tajam.
" aku ada urusan... kau tak perlu ikut campur" nadanya dingin. Firash tergamam dengan perubahan mendadak gadis itu.
" sayang.. kenapa ni.. kenapa tiba tiba... " Firash cuba mendapatkan jawapan.
" woi cepatlah.. aku dah lapar ni" tempik Adam. Mereka berjalan mendapatkan pemuda yang sudah merungut kelaparan.

Share this novel

Rohani Hussin
2023-06-09 16:29:33 

Apa rancangan melati tu..nk balas dendam agknya sbb dia jd mangsa ayah sndri..nk blas kt Bunga pulak


NovelPlus Premium

The best ads free experience