20

Romance Completed 109150

Makanan dihadapannya dikuis kuis. Seleranya mati. Dia teringat akan peristiwa di pejabat siang tadi. Apakah sudah tertutup hati gadis itu terhadapnya. Apakah dia sudah punya pengganti. Seribu satu persoalan bermain dimindanya.
" Firash.. kau ok ke" Soal Adam kehairanan melihat sahabatnya dari tadi hanya membisu. Eliza memandang pemuda yang duduk dihadapannya.
" Jad.. Bunga dah ada balak baru ke" soal Firash. Dahi Eliza berkerut. Dia agak tergamam mendengar soalan itu.
" tak de.. kenapa.. " soal Eliza kembali.
" dia macam dingin dengan aku.. siang tadi aku tegur dia.. boleh dia tak endah dekat aku.." Jelas Firash
" kau ada buat apa apa ke dekat dia" soal Eliza lagi. Kali ini giliran Firash pula kehairanan
" dia ada call aku maki maki..tapi aku tak tahu apa yang dia leterkan cuma aku dengar dia sebut sebut nama kau.. dia kalau dia angin leter senafas je tau" Ujar Eliza. Firash terdiam
" kau memang takde usik atau kacau dia ke.. cuba kau ingat balik" soal Adam. Dua pasang mata itu tertumpu hanya padanya menanti jawapan
" tadi Yuna datang office..aku tak tahu apa yang dorang sembang tapi bila aku masuk office dorang bergaduh. Dia tumbuk Yuna.. aku marah lah sebab dia berkasar.. lepas tu dia ignore aku " cerita pemuda. Eliza dan Adam menarik muka kecewa
" Sayang jom balik.. tiba rasa mengantok" ujar Eliza. Adam bangun dari duduknya selepas gadis itu bangun.
" wei korang... benda tak settle lagi" rayu Firash
" kau kalau aku kata kau bangang kau marah.. kalau aku kata kau mangkok kau marah.. tapi memang itu yang sesuai" ujar Adam
" eh apahal aku pula dipersalahkan ni" ujar Firash
" kau marah dia buat apa sepatutnya kau marah si gedik tu.. " ujar Adam
" betul.. aku yakin bukan Bunga yang mulakan pergaduhan.. sebab Bunga yang aku kenal dia bukan jenis suka suka nak tumbuk orang.. melainkan dia dah bengang" ujar Eliza.
" kira sekarang ni salah aku la" soal Firash
" ye" jawab pasangan itu serentak. Firash bersandar pada kerusinya memandang pasangan yang berdiri dihadapannya geram.

Bunga mencuci pinggan yang dihantar kepadanya dengan cermat. Diteliti setiap sisi agar benar benar bersih.
" kau nak aku tolong" Ziyad yang melalui jalan belakang restoran dimana gadis itu bekerja menyapanya.
" tak payah..aku boleh buat sendiri" ujar Bunga lalu disuruh pemuda itu duduk dibangku berhampirannya. Pemuda itu melabuhkan pinggulnya ke bangku tersebut.
" kau tak letih ke Bunga.. Siang malam kerja.. bila kau rehat" soal pemuda itu.
" kejap lagi aku balik aku rehat la" seloroh gadis itu.
" kau balik la duduk dengan mak kau.. kesian aku tengok kau.. sekurang kurangnya kurang sikit beban kau" nasihat pemuda itu
" sama je Yad.. balik rumah mak aku tetap aku kena kerja.. sekurang kurangnya aku sekarang tak sakit kepala dengan drama apak" ujar gadis itu.
" ex husband kau.. macam mana.. kau takde rasa nak balik semula dengan dia" soal Ziyad
" aku serah semua tu pada takdir.. buat masa sekarang aku selesa macam ni.. lagi pun dengan apa yang jadi aku tak yakin akan sebuah hubungan.. apatah lagi dia.. ibarat berlian bagi peminat dia.." ujar Bunga dalam sebak rasa.
" itu kan kisah mak dengan apak kau.. kenapa kau pula nak malu" soal Ziyad lagi
" ye memamg hal dorang tapi aku sebagai anak mesti terpalit.. apatah lagi aku ni bekas gelandangan.. lagipun dia dah ada Yuna.. orang yang berhak dia dampingi.." ujar Bunga. Ziyad diam hanya menatap sayu gadis itu.

" long kau nak pergi mana malam malam ni" Soal Zainab.
" nak pergi dekat ngah.. dah lama tak jumpa dia" ujar Melati.
" dia kerja lagi time time ni" ujar Zainab
"tahu.. ngah nak pergi sana lah.." ujar gadis itu.
" ermmm.. kau jangan balik lewat pula..nanti jumpa dek apak kau naya" pesan Zainab
" mak tak perlu risau.. long tahu la jaga diri.. lagipun apa yang mak risaukan tentang long.. long ni dah takde apa yang nak long pertahankan.. ada anak tapi anak bapa sendiri..ada adik tapi adik tu anak kandung sendiri.. " dilirik matanya kearah Munir yang sedang makan dimeja. Jamahan pemuda itu terhenti. Dia tidak tahu mahu membahasakan dirinya kepada pemuda itu sebagai apa. Semenjak identiti pemuda itu terbongkar dia dan pemuda itu seakan orang asing. Hanya Bunga tempat mereka berkongsi rasa.
" long.." tengking Zainab. Melati keluar lalu dibonceng motornya meredah malam.

Firash menjengah bengkel yang berada di hujung pantai. Sunyi. Tiada tanda tanda gadis itu berada disitu.
" mana dia ni pergi.." gusar hatinya.
" Firash" pemuda itu tersentak apabila bahunya ditepuk dari belakang
" eh long.. terkejut ingat siapa tadi" ujar Firash
" cari angah ke" soal Melati
" ha ah.. long tahu dia pergi mana" soal pemuda itu
" dia ada dekat restoran..kerja.. pukul dua belas baru balik" jelas Melati.
" restoran mana" soal pemuda itu ingin tahu
" jom Long bawakan" pelawa gadis itu sebelum mereka beriringan masuk ke dalam kereta pemuda itu. Firash memandu kereta mengikut arahan daripada Melati.
" Firash masih sayangkan angah?" soal Melati
" Firash masih sayangkan dia.. Firash nak pujuk dia supaya kami bersatu semula.." ujar Firash. Melati dapat melihat kejujuran pada wajah pemuda itu. Beruntungnya gadis itu kerana memiliki pemuda yang sentiasa mendambakannya.
" kenapa Firash tak kawin je dengan Yuna.. bukan korang pernah bercinta" soal Melati lagi
" dia tu cerita lama Long.. lagipun bagi Firash kisah kami dulu satu pengajaran.. Buat apa nak bersatu kalau hati dah tak mahu.. kalau hati dah ada pengganti.." ujar Firash
" apa yang istimewa Bunga dimata Firash berbanding gadis lain.. Firash ada semuanya.. Bunga... datang dari keluarga hina" uji Melati
" Dia adalah diri dia.. Dia yang buat diri dia istimewa.. Firash tak tahu nak cakap dekat mana istimewa dia tapi apa yang Firash boleh katakan dia buatkan hati Firash tak tenang kalau sehari tak jumpa" ujar pemuda itu
" masa bahagia semua indah lah kan.. dah jemu nanti.. semuanya buruk" ujat Melati. Firash melirik kearah gadis yang duduk disebelahnya.
" InsyaAllah.. Firash akan jaga dia dengan baik.. Firash akan bahagiakan dia" ujar Firash
" tapi masalah sikit la Long.." rungut pemuda itu
" masalah apa pula" seloroh gadis itu
" Bunga macam tak masuk jarum.." ujar Firash. Melati tertawa kecil
" pandai pandai la pujuk..long tak masuk campur ya" ujar Melati. Kecewa hati pemuda itu apabila tiada sesiapa mahu berpihak kepadanya.

" Tu lah restoran dia" Mereka memerhati gadis itu sedang bekerja. Terbit sayu dihati pemuda itu melihat gadis yang dicintainya berkerja. Sesekali kelihatan gadis itu melepaskan lelah.
" angah jenis senang bergaul tapi sukar untuk didekati apatah lagi nak didampingi... Sepanjang Long hidup dengan dia Firash je ya lelaki yang berjaya hidup dengan dia walaupun singkat... Tapi.." sebak mula menerjah dalam diri gadis itu.
" Long.. semua tu ada sebab terjadi.. kalau tak sebab apak kami mungkin takkan kenal isi hati kami..dan sebab apak juga buat Firash lagi sayang Bunga.. Firash nak halalkan dia " ujar Firash. Melati tersenyum mendengar kata kata pemuda itu.Dia yakin adiknya akan bahagia jika bersama pemuda itu.
" tapi itu satu masalah" ujar Melati apabila melihat kelibat Rayqal sedang masuk ke restoran itu.
" ish dia ni buat apa dekat sini" soal firash
" Firash kenal dia" soal Melati
" dia adik ipar Firash.. maksud Firash adik sepupu.. paksu Firash amik Firash tinggal dengan dia lepas mama dan papa Firash meninggal akibat kemalangan jalan raya..jadi sepupu Firash dah macam adik Firash" ceritanya. Melati hanya mengangguk.
" Rayqal selalu datang sini ke" soal Firash
" ha ah.. Bunga layan dia pun sebab kenang budi keluarga dia yang besar Bunga.. kalau ikutkan Bunga meluat gila dengan dia.. cemburu kuat" jelas Melati. Stereng kereta yang dipegang pemuda itu digenggam kemas. Mereka hanya memerhati dari dalam kereta kelakuan Bunga dan Rayqal. Api cemburu mula menyebar. Firash keluar dari keretanya lalu meluru mendapatkan Bunga yang mahu masuk ke dalam kereta pemuda itu. Digenggam lengan gadis itu kemas.
" sakit la.. lepas lah" marah Bunga
" Jom aku hantar kau balik" ujar Firash.
" aku balik dengan Rayqal" ujar Bunga tegas.
" Kau jangan nak mengada.. Nanti Shila tahu nahas kau dia kerjakan" amarannya
" kau peduli apa.. yang nak kena aku.. yang sakit aku... takde kena mengena dengan kau" tengking Bunga.
" kau suka lah orang tuduh kau perampas.." marah Firash
" ya.. memang aku perampas.. memang aku penyondol.. puas hati" tengking Bunga. Rayqal mendapatkan Bunga yang masih cuba melepaskan genggaman tangannya.
" kau jangan nak biadap dengan aku" marah Firash
" kenapa tak boleh pula.. antara kau dan aku dah takde apa apa hubungan.. so tak perlu sibuk hal aku.. apa aku nak buat.. tak perlu kau masuk campur.." marah Bunga. Matanya dijengkil menunjukkan amarahnya membuak buak.
" even aku jadi pelacur sekali pun tak perlu kau amik tahu... kau tumpu pada kekasih kau yang macam sial tu " berang gadis itu lagi. Firash yang bengang tiba tiba menampar pipi gadis itu. Bunga tersenyum sinis.
" kau tampar aku sebab aku sakitkan buah hati kau ke.. kau nak balas bagi pihak dia.. ok.. aku terima.. tapi aku nak kau pastikan dia jangan datang ganggu aku kalau tak nahas dia aku kerjakan" ujar Bunga. Firash tergamam dengan tindakannya
" kau dah lebih Firash" marah Rayqal.
" kau tak perlu campur urusan aku dengan dia.. " amarannya buat Rayqal.
" kenapa kau buat semua ni.. kenapa.. " marah Firash lalu ditenung gadis itu tepat.
" apa.. apa aku buat.. oh pasal siang tadi.. kau percaya dengan apa yang kau lihat.. itu hak kau aku tak paksa.. tapi cukup untuk aku faham..orang macam aku cakap lah apa pun takkan ada orang percaya.. buat la apa pun tetap takkan ada ruang untuk aku mencelah dengan bahagia..." Luah Bunga. Melati keluar dari kereta pemuda itu lalu mendapatkan adiknya.
" Firash.. apa Firash buat ni" marah Melati. Diusap pipi gadis itu lembut
" kenapa perlu kau rosakkan semuanya.. kenapa kau nak rosakkan orang disekeliling kau.. kenapa kau nak rosakkan rumahtangga Shila" ujar Firash perlahan.dia seakan sedar akan keterlanjuran tindakannya
" aku... rosakkan orang disekeliling aku.. itu yang kau rasa.. itu yang kau fikir.. terpulang la Firash Idlan.. tapi bagi aku.. kau punca jiwa aku rosak.. so please sebelum aku rosakkan kau..tolong jauhi aku" Ujar Bunga lalu berjalan kearah kereta Rayqal dan masuk ke dalam perut kereta itu. Firash hanya memerhati dengan rasa yang bercampur baur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience