7

Romance Completed 109150

" Fir.. tolong ambil air tu..I dahaga" ujar Yuna. Firash mencapai sebotol air mineral lalu dihulur kepada gadis itu
" abang... dah habis shoot" sapa Shila
" brake.. kejap lagi ada satu scene lagi lepas tu balik" ujar Firash.
" Eh kak Yuna.. akak saya peminat akak.. bertuahnya saya jumpa akak" Shila teruja.
" Adik you ke Fir.. hai.. tak tahu pula you ada adik..waktu dekat UK you tak pernah cerita pun.. " ujar Yuna
" akak dengan abang study sekali ke" soal Shila
" kami pernah couple dulu waktu duduk sana" cerita Yuna membuatkan Shila melongo.
" abang... abang tak pernah cerita pun.. banyak rahsia lah abang ni tau.. " marah Shila
" cerita lama" balas Firash pendek.
" cerita lama pun... kak Yuna ni femes tau.. so semua berkaitan dia satu memori indah" ujar Shila
" ye cerita lama.. kami brake sebab... "
" sudah lah... buat apa ungkit lagi" ujar Firash. Dua gadis itu terdiam.
" Firash... aku dah dapat location dia" bisik Adam.
" hah dekat mana.. " soal Firash. Adam menunjukkan telefonnya. Shila dan Yuna berpandangan seolah tertanya tanya apa isi perbualan dua pemuda itu.

Firash memandu keretanya mengikut arah dari google maps. Pemanduannya dimalam hari tidak menganggunya untuk meneruskan perjalanan. Lama memandu akhirnya dia tiba di persisir pantai. Dicari pondok dimana gadis itu berada.
" ni ke... rumah orang pun takde.. dekat dengan hutan pula tu.. berani gila perempuan ni" dia berjalan dengan hati hati takut tersilap terpa. Namun langkahnya terhenti apabila melihat kelibat gadis itu sedang duduk di kerusi menghadap laut luas. Dia memerhati gadis itu dari jauh.
" kau punya pasal aku sampai sini cari kau" bisik hatinya. Gadis itu bangun dan masuk ke dalam bengkel itu. Firash berlari anak lalu mengintai di celahan daun pintu melihat kelakuan gadis itu
" kau nak bunuh diri ke " sergahnya. Gadis itu terkejut. Gunting ditangannya terjatuh ke lantai.
" kau buat apa dekat sini.. mana kau tahu tempat ni" soal gadis itu gementar.
" kau tu nak buat apa.. nak bunuh diri" soal Firash.
" aku nak buka simen ni.. tangan aku dah ok.. " ujarnya
" mana kau tahu ok ke tak.. kau pergi terapi ke" soal Firash. Gadis itu menggeleng
" ohh.. kau memandai je lah" ujar Firash. Gadis itu terdiam. Dicapai gunting dilantai mahu dipotong balutan tangannya.
" kau jangan nak memandai ya.. " Firash lebih cepat menyambar gunting tersebut.
" kau datang sini nak apa.. untuk apa" soal Bunga
" datang nak tengok kau la.. hidup lagi ke tak.. berani juga kau ye.. duduk sini sorang sorang.. " ujar Firash
" nak takut apa.. hantu.. manusia lagi menakutkan dari hantu tahu tak" balas Bunga
" kenapa kau pindah" Firash cuba memancing
" aku tak nak diganggu.. " balas Bunga pendek
" tak nak diganggu atau senang kau nak jumpa Rayqal" sinisnya
" kau kalau datang nak tuduh tuduh aku baik kau blah.. mana kau tahu tempat ni.. kau tak jawab lagi kan" soal Bunga kembali
" sekarang ni zaman moden...semua info dihujung jari.. " Firash menunjukkan gambar didalam akaun instagram gadis itu.
" search pakai google map apa susah" ujar Firash. Gambar yang bertanda nama bengkel itu diperhati Bunga. Dia mengetap bibirnya tanda geram. Dia mengakui kecuaiannya.
" kau dah makan" soal Firash
" dah" balas Bunga
" kau makan apa.." diperhati pantry yang tersedia.
" maggi... kau makan maggi je" Firash terkejut melihat lambakan pembungkus mi segera itu didalam bakul sampah
" kenapa hina ke makan maggi.. salah" balas Bunga
" tak de lah salah.. tapi kau kan dalam proses recovery.. kena makan makanan berkhasiat.
" aku macam ni..kau nak suruh aku pergi kedai beli makan.. gila ke apa" seloroh Bunga
" habis maggi tu siapa beli..grab.. foodpanda" soal pemuda itu. Geramnya pada gadis itu kerana terlalu menjawab.
" aku pesan dekat beach boy..dorang tolong belikan" balas Bunga acuh tak acuh.
" senang kau ye dengan lelaki.. " sinis Firash
" maksud kau.. " Bunga cuba memahami
" yelah.. hidup dikelilingi lelaki.. " sinisnya lagi
" of course.. kau ingat aku tak laku ke.. Rayqal kan adik kau punya so.. aku malas la nak gaduh macam budak budak.. ramai lagi lelaki yang boleh bela aku.. apa susah.. " balas Bunga geram. Firash memandang gadis itu tajam. Bunga yang duduk dikerusi memandang kearah lain. Malas dia bertentang mata dengan pemuda itu.

" Ngah... tolong ngah.. " panggil Munir termengah mengah. Bunga dan Firash melihat Munir yang cuba mencari nafas.
" kau dah kenapa setan.. terkejut aku" marah Bunga
" apak.. apak mengamuk.. apak pukul mak..apak nak jual Long" jelas Munir.
" apa.. dah gila agaknya orang tua tu.. nak mampos barang kali" Dicapai tongkatnya lalu berjalan laju mengikut adiknya. Sakit dikakinya seakan sembuh dek kerana amarah.
" kau nak pergi mana.. " soal Firash
" aku nak balik rumah.. ada hal.. kau blah dulu ya.. " ujar Bunga
" aku hantar" pelawa Firash
" tak payah.. aku boleh naik motor dengan munir" balas Bunga.
" kau jangan degil boleh tak.. kaki kau tu belum sembuh lagi kan.. Munir naik kereta abang.. " suruh Firash. Bunga yang melihat adiknya masuk kedalam kereta pemuda itu mengikut dari belakang.
" kau boleh tolong cepat sikit tak.. " pintanya
" ya.. sabar.. " Firash memecut keretanya laju.
" kenapa apak pukul mak" soal Bunga
" lintah darat cari dia la apa lagi.. " balas Munir
" dia berjudi orang lain jadi mangsa.. memang anjing.. sial" marah Bunga. Firash cuba memahami situasi.

" apak.. apak dah gila ke.. " tempik Bunga tatkala tiba dirumah itu.
" kau jangan masuk campur urusan keluarga aku.. ini urusan aku dengan mak kau" marah Fuad. Lelaki itu mahu menampar isterinya namun dihalang Bunga.
" apak tampar mak atau long.. Bunga tak teragak agak untuk bunuh apak.. apak sentuh mak sentuh long.. apak tahu la nasib apak" ugutnya
" kau nak ugut aku.. kau nak bunuh aku.. tikam la kalau kau berani" provok lelaki itu
" apak jangan lupa Bunga pernah tikam orang dan jangan sampai apak jadi orang kedua.. Bunga tak kisah kalau masuk penjara sekali pun asalkan apak mati.. ditangan Bunga. " Tengking gadis itu
" kau makin biadap ya.. nahas kau aku kerjakan nanti" marah Fuad
" buat la kalau apak yakin apak masih bernyawa untuk esok" ujar Bunga.
" Sial kau" marah Fuad.
" apak tu yang sial.. jantan tak guna.. hidup pun takde guna baik mampos je" tiba tiba pipinya ditampar Zainab.
" mak" Fuad tersenyum sinis
" baik buruk dia apak kamu ngah.. jangan biadap.. mak tak pernah ajar" marah Zainab. Firash yang berdiri dimuka pintu kaget dengan situasi itu.
" baik takde ayah dari hidup macam ni.. ada ayah tapi macam sial" tempik Bunga. Sekali lagi pipinya ditampar kali ini dia seakan hilang pertimbangan lalu terjelepok ke lantai.
" ini urusan mak dan apak.. kamu jangan masuk campur.. abang Nab takde duit banyak tu sekarang.. nanti Nab ada Nab bagi.. " rayu Zainab
" mak.. kenapa mak nak kena bayar pula..setan ni yang berhutang biarlah Ah long nak buat apa pun dengan dia..janji hidup kita aman. " ujar Bunga. Dia gagah untuk bangun
" jangan biadap ngah" Marah Zainab
" mak.. sampai bila mak nak hidup macam ni.. sampai bila mak nak tahan hidup macam ni.. mak tak malu dekat jiran jiran.. mak tak kesian dekat long dengan Munir.. tu Huzair.. mak tak kesian ke dekat dia.. hari hari tengok ibu dengan nenek dia kena pukul.. mak tak kesian.. sudah sudah la mak.. Bunga nak kita hidup aman bahagia macam orang lain mak.. " tangisnya berderai. Semua terdiam mendengar luahan gadis itu.
" kau jangan nak mengajar mak kamu" tangannya berbalut dipijak pijak Fuad kakinya ditendang berkali kali.. Bunga mengerang kesakitan. Zainab dan Melati tidak berani membantu takut akan dibantai sekali.
" pakcik berapa hutang pakcik saya bayarkan.." ujar Firash
" kau jangan masuk campur urusan keluarga aku.. " tengking Bunga
" lima ribu" ujar Fuad.
" pakcik bagi nombor akaun pakcik saya masukkan" ujar Firash. Bunga menggagahkan dirinya untuk bangun lalu merampas telefon ayahnya dan dicampak ke jalan lalu berderai.
" setan kau Bunga" kali ini teruk dia dihentam. Firash meleraikan mereka dipeluk gadis itu erat
" kau memang bangang... bapa ayam kau dah nak bayarkan hutang aku.. mak dengan kakak kau juga yang selamat...atau kau memang nak aku cagar kan kakak kau" ujar Fuad.
" setan... kau manusia paling jahat yang aku kenal.. siall" tempik Bunga.
" Nab...aku bagi kau seminggu.. aku nak lima ribu.. kalau tak.. melati akan ikut aku" ugut Fuad lalu beredar meninggalkan mereka dengan amarah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience