9

Romance Completed 109150

Bunga yang baru sahaja selesai melukis bangun dari duduknya.Dia memandang pemuda yang terlena disofa. Dibiarkan saja. Sesekali kelihatan pemuda itu mengerutkan dahinya akibat silau. Bunga keluar lalu diturunkan tirai buluh yang dibuatnya kemudian dia ke pantai menyapa beach boy yang sedang bekerja.
" ramai orang hari ni" dia memulakan bicara
" boleh la.. semalam kurang..sekolah dah nak cuti kot" ujar pemuda itu
" Bunga siapa mamat tu" soal pemuda itu
" oh..kawan..datang tengok aku" balasnya
" kenapa kau tak sihat ke" soal pemuda itu. Bunga mengangkat tangannya.
" eh..tangan kau dah ok ke.." soal pemuda itu.
" belum sepenuhnya..tapi aku buka..payah la nak buat kerja..rimas... lagipun kalau aku tak siapka. tempahan orang aku nak makan apa." seloroh gadis itu.
" semalam..aku minta maaf tak dapat tolong kau..aku balik Munir kata kau dah balik.." ujar pemuda itu
" tak pe lah Yat aku dah biasa..dah lali..cuma aku terkilan la mak aku boleh pilih apak aku dari anak dia" ujarnya
" wei jangan la sedih sedih..aku kan ada.. aku sentiasa ada dengan kau.." ujar pemuda itu.
" Yat kau tahu tak..selain keluarga aku..hanya kau je yang percaya aku..dan hanya kau je yang ada dengan aku time susah senang aku" ujarnya
" ini Ziyad la.. kau yang ubah hidup aku dari gelandangan sampai aku hidup dengan apa yang aku ada sekarang..aku patut bersyukur sebab Allah temukan aku dengan kau.." ujar pemuda itu
" sahabat selamanya" ujar pemuda itu lalu dirangkul bahu gadis itu erat.
" ehemmmm" Firash yang berdiri dibelakang mereka berdehem.
" hah dah bangun pun kau..aku ingat tak nak bangun dah tadi" ujar gadis itu.
" kau nak aku mati ke" soal Firash
" aku tak cakap tapi kalau kau nak mati jangan dekat bengkel..mati dekat tempat lain" balas Bunga.
" ni bukannn" Ziyad mengenali pemuda itu.
" Firash Idlan..pelakon terkenal lah sangat" sinis Bunga. Firash memandang gadis itu. Bunga tersenyum kambing.
" hebat kau sekarang..kawan dengan artis.." ujar pemuda itu.
" takde hebatnya.. dia pun manusia juga.. mati pun kain kapan yang sama juga..masuk dalam tanah juga" ujar gadis itu.
" mulut dia ni..aku ganyang kejap lagi baru tahu" bisik hati Firash.
" aku lapar..teman aku makan..aku tak tahu kat mana sedap" ujar pemuda itu.
" tu depan tu..sedap pergi lah" balas Bunga acuh tak acuh.
" kau pergi lah..kesian dia..datang sini jauh jauh..sesat nanti naya" ujar Ziyad
" ermm ye lah ye lah.. jom aku bawakan.." gadis itu berjalan menuju ke bengkel. Di tutup pintu bengkel lalu menuju ke kereta pemuda itu.
" Yad..aku tak kunci bengkel..kalau ada apa apa masuk la dalam ok..first aid aku dah penuhkan.." tempiknya
" hah ok ok" balas pemuda itu lalu berjalan menuju ke pantai.
" boyfriend kau ke.." soal Firash
" kawan aku..kami pernah hidup dalam dunia gelandangan sekali.." ujar gadis itu. Firash diam. Dia terus memandu.
" hah sini sini..." ujar Bunga. Kereta itu berhenti di sebuah gerai. Bunga turun dari keretanya lalu menyapa warga tua yang duduk bersembang. Keramahan gadis itu membuatkan dia tertarik. Sembangnya penuh sopan. Firash menghampiri gadis itu.
" Bunga bawa kawan..dia nak kenal kampung" ujarnya.
" kawan ke boipren ke" usik lelaki tua itu.
" takde lah kawan.. Siapa lah nak kat Bunga ni.. manusia tak berjenis" tawanya
" Bunga yang jual mahal..eh apak kau lama tak nampak" soal lelaki itu
" kerja la tu... " dalihnya.
" Bunga order dulu ya..lapar ni.. " ujar Bunga lalu duduk di kerusi di hujung gerai.
" kau asal sini ke" soal Firash.
" ha ah..kenapa" soal gadis itu lagi
" patut lah ramah semacam.." balas Firash
" hidup ni jangan sombong jangan bongkak sebab setiap putaran hidup kita ni kita perlukan orang lain.." ujar Bunga
" aku tak rasa macam tu.."bantah Firash
" habis..kehidupan kau kau urus sendiri tak perlukan bantuan orang lainn..hidup ke" soal Bunga
" ni aku depan kau ni..apa mayat" balas Firash
" makan kau..pakai kau..kau nak makan ni..kau masak sendiri..kau tanam sayur sendiri.." ujar Bunga. Firash terdiam
" apa pun kita buat kita saling berkait.. vice versa" ujar Bunga
" kalau aku kata tak" ujar Firash bongkak
" kau mati..kau boleh ke kapankan badan kau sendiri ke..kau boleh mandikan diri kau sendir.." soal Bunga.
" lupa pula aku..perempuan tak pernah salah" jawab pemuda itu apa bila tahu akan keterlanjuran kata katanya.
" cliche" balas Bunga.
" nasi gorengggggg" Bunga tersenyum lebar melihat menu yang dipesannya tiba. Firash kaku melihat keletah gadis itu.senyuman dibibir gadis itu membuatkan jantungnya berdegup laju.
" hoi makan" sergah gadis itu. Firash mengambil sudu dan garfu lalu mengaul mi goreng yang dipesannya.

" Adam..Firash mana" soal Yuna
" entah.. mana aku tahu" balas Adam
" kau kan PA dia takkan kau tak tahu" soal gadis itu lagi.
" memang aku PA dia tapi tak semestinya aku ikut ke mana dia pergi bila cuti.. dia pun nakkan privacy" balas Adam bengang.
" kau call dia..dia ada dekat mana" pinta Yuna
" ah..takde pasal aku..yang kau sibuk sibuk cari dia kenapa..korang bukan ada kerja berdua pun" ujar Adam
" ye..tapi I nak ajak dia teman I pergi event.. " ujar gadis itu
" yang dijemput kau..apahal lak dia nak pergi" soal Adam
" kami kan pasangan tengah hot..so untuk naikkan rating drama.. nak naikkan nama kena la tunjuk mesra" terang gadis itu
" sorry dia tak senang.. dia adahal" balas Adam lagi.
" Hal apa.. dengan siapa" soal gadis itu
" dengan aku" Eliza menyampuk. Adam tidak tenang apabila haris berhadapan dengan tiga gadis material sekaligus.
" Akak.. akak buat apa dekat sini" sapa Shila
" cari Firash" ujar Yuna
" kami pun cari abang juga.. Adam dia takde.. dia pergi mana" soal Shila
" aku tak tahu tak tahu" ujar Adam geram. Eliza dan Yuna saling berbalas jelingan.
" Adam tengok ni.." Lan menghampiri pemuda itu. Ditunjuk siaran langsung dari laman tiktok.
" Lan..lan.." bisik Adam risau akan rahsia terbongkar tetapi sayang pemuda itu tidak dapat menangkap isyaratnya.
" what... dia buat apa dekat sana" tempik tiga gadis itu.
" wait...itu.. Bunga.." ujar Eliza
" mana...sial la perempuan ni.." marah shila
" Bunga siapa tu" Soal Yuna
" dia ni la betina gedik yang nak caras tunang Shila... gelandangan tak sedar diri.. sekarang ni dia menempel dekat abang pula.. sial la betina ni." rungut gadis itu.
" bala" Ujar Adam perlahan lalu bangun dan meninggalkan tiga gadis itu.

" kau tak cover langsung... kau masuk dalam live orang tadi..habis.. kantoi.. kau balik sekarang kalau tak mesti Bunga kena serang lagi" nasihat Adam
" macam mana aku nak balik Rayqal ada dekat sini" ujarnya
" dia buat apa pula dekat situ" soal Adam
" apa lagi nak ajak Bunga balik" ujarnya.
" Bunga selesa dekat sini..lagipun banyak tempahan nak kena buat" Ujar gadis itu.
" kita balik dulu refer doktor dulu.. Eqal tengok tangan tu masih tak baik..jalan pun menjinjat lagi..pandai pandai buka tu kenapa" marah pemuda itu.
" leceh la ada simen simen tu.. macam ni selesa..lagipun dah nak baik dah ni..selesa" jawabnya
" Rayqal aku rasa kau patut balik.. kalau Shila tahu kecoh nanti" pesan Firash
" habis kau kat sini tak takut rosak nama.. kau tahu tak sekarang tempat ni dah famous sebab kau.. nama Bunga pun buruk sebab dorang komen pasal video tular tu." marah Rayqal. Bunga membuka akaun tiktoknya. Dia terduduk membaca komen komen itu.Video berdurasi 15 saat itu menunjukkan dia dan Firash sedang bertukang memasang bumbung anjung. Dia diam. Matanya bergenang. Pelbagai fitnah dihambur netizen. Sungguh tinggi pandangan mereka pelakon itu sehinggakan tidak takut menabur fitnah. Kini dia digelar perampas kepada pelakon terkenal, Yuna.
" kau jangan nak kisah tentang aku kau pergi balik..majlis kau lusa..kau jangan nak keruh kan keadaan" marah Firash.
" korang dua dua balik.." tengking Bunga.
" berani kau tengking tunang aku" Shila yang tiba tiba muncul menggenggam rambut gadis itu lalu ditolak jatuh ke lantai.
" Shila" tengking Firash dan Rayqal.
" what..." Shila seakan dirasuk syaitan.
" elok kau datang..kau.. kau dan hah kau Yuna kan bawak balik balak korang ni..aku tak nak dorang ada dekat sini" marahnya. Jarinya ditunjuk kearah Shila, Yuna dan Eliza.
" Eqal akan balik kalau Bunga ikut" ujar Rayqal
" you.. Kita dah nak nikah lusa.. you masih tak habis habis dengan betina ni" marah Shila
" I nak bawa dia balik untuk dia dapatkan treatment.." jelas Rayqal
" apa yang you peduli sangat dekat dia.. lantak la dia nak mampos ke apa ke" marah Shila.
" you jangan celupar.. dia ada nama" marah Rayqal
" oh marah.. you dah kenapa nak bela dia.. you sayang dia atau I " soal Shila
" sorry Shila kalau ni lah perangai you ..cemburu tak habis habis..maaf I tak boleh teruskan majlis kita.. ya I admit I sayang dia" Semua tergamam. Bunga menampar pipi Rayqal yang menyebablan semua terkejut
" Bunga tak suka Eqal cakap macam tu" marah Bunga
" berani kau tampar dia" Shila mahu menampar gadis itu tapi dihalang Firash
" balik..Shila dengar cakap abang.. kau bawa balik adik aku.. kalau tak nahas kau aku kerjakan" marah Firash. Bunga yang berdiri dibelakang pemuda itu membuatkan hati dua lagi gadis tidak senang.
" abang kenapa abang nak sebelahkan dia.." rengek Shila
" biar abang selesaikan hal ni dengan dia.. Shila balik ya" pujuk Firash.
" babe.. I ikut you.. I stay dengan you" Yuna merangkul lengan pemuda itu manja.
" kau pun balik.. kau takde urusan dekat sini" dilepaskan rangkulan gadis itu.Bunga pergi ke pantry lalu minum segelas air. Malas dia menyaksikan adengan cinta tiga segi.
" Firash.. Eliza teman ya" ujar Eliza
" kau pun balik.. urusan aku dengan dia belum selesai" ujar Firash.
" you.." rengek Yuna.
" korang semua termasuk kau berambus..sebelum chainsaw ni aku keratkan badan korang" mesin gergaji itu dihidupkan lalu di angkat. Yang lain beredar kecuali Firash yang berdiri dihadapannya
" kau balik... aku tak nak tengok muka kau lagi dekat sini" ujarnya. Firash masih disitu. Bunga menghampiri pemuda itu dengan mesin gergaji yang masih hidup.
" kerat la..aku tahu kau takkan.. kalau ya pun aku tak kisah mati ditangan kau" ujar Firash. Bunga terdiam. Dimatikan mesin tersebut.
" kau nak apa lagi.. aku dah penat la.. aku nak rehat..nak tenang.. sebab kau tempat ni bukan rahsia lagi" ujarnya. Diseka airmatanya.
" aku minta maaf.. aku tahu aku salah.. ok aku akan balik tapi dengan syarat" ujar pemuda itu
" apa dia" soal Bunga
" bak telefon kau" ujar pemuda itu
" nak buat apa" Firash menghampiri gadis itu lalu mengambil telefon dari poket belakang seluar gadis itu. Bunga tergamam dengan tindakan pemuda itu.
" ni nombor aku.. apa apa call aku.. kalau aku call kau tolong jawab..kalau tak aku datang sini" pesannya. Bunga diam dan Firash beredar meninggalkan gadis itu sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience