49

Romance Completed 109150

Bunga terkejut melihat Firash sedang berdiri di keretanya. Dia berjalan ke keretanya tanpa memandang pemuda itu. Firash tersenyum lalu mengikut gadis itu dan merampas kunci kereta dari tangan gadis itu.
" nak apa lagi" marah Bunga
" Firash drive ya" ujar pemuda itu lembut.
" tak perlu saya boleh drive sendiri" balas Bunga marah. Firash masih tersenyum.
" bagi balik kunci boleh tak.. saya nak balik.. penat.. nak ambil Fateh lagi" ujar Bunga
" bukan suruh Jad jagakan untuk malam ni" Bunga menelan airliurnya kesat. Terasa dirinya dikhianati sahabatnya
" jangan marahkan Jad.. Saya dengar waktu dia call Adam tadi.. saya risau kan awak.. " Firash cuba memujuk.
" tak perlu risaukan saya.. saya tahu atur kehidupan saya" balas Bunga tegas
" saya risau awak stay sorang sorang.. saya takut awak buat kerja bodoh nanti" ujar Firash cuba memancing.
" saya ni tak bangang lagi nak bertindak bodoh.. saya masih waras.. masih boleh berfikir" ujar Bunga
" Alhamdulillah.. good.. but saya masih nak drive awak balik" ujar Firash.
" tak payah" tolak Bunga.
" kita dekat tepi jalan.. banyak mata memerhati" Firash cuba mengugut.
" so.. " Bunga tidak terkesan.
" awak tak risau ke kalau kita di gossipkan" uji Firash
" encik Firash Idlan.. saya bukan manusia yang takut dengan manusia.. lagipun kalau ada apa apa rumors about us.. awak orang yang paling terkesan.. saya tak rugi apa apa" Bunga mengingatkan. Kata kata gadis itu menjentik hatinya. Ada benarnya namun dia tidak mahu mengalah. Dia tidak mahu melepaskan peluang untuk bersama gadis itu kali ini.
" then saya pun tak kisah.. " seloroh Firash lalu masuk ke dalam kereta gadis itu dan menghidupkan enjin kereta. Bunga geram.
" nak balik ke tak nak" soal Firash. Bunga berjalan dengan langkah kasar masuk ke dalam perut kereta. Firash hanya ketawa.

" balik rumah mak atau bengkel" soal Firash cuba memecahkan kesunyian
" bengkel.. dah lama tak balik sana.. lagipun apak ada dekat rumah. " jelas Bunga
" apak buat apa dekat rumah mak" soal Firash
"apa salahnya dia balik rumah dia juga" Bunga memberi alasan. Tidak mahu dia menceritakan hal yang sebenar akan kenapa lelaki itu berada disitu. Dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
" ye memang tak salah.. tapi macam ada sesuatu.. apak tu.. " belum sempat kata katanya dihabiskan Bunga terlebih dahulu mencelah
" kalau dah awak tahu keluarga saya bukan orang baik baik.. just go... tak payah ganggu saya" ujar Bunga.
" saya tak maksud macam tu.. " Firash cuba mengawal situasi.
" habis tu.. sudah la Firash.. saya sedar saya memang tak ada tempat disisi manusia hebat... macam Shila cakap.. bangkai tetap bangkai dan selamanya bangkai" dia mengulangi kata kata gadis yang menghinanya. Firash memberhentikan kereta dibahu jalan. Dipalingkan badannya kearah gadis yang sedang merenung plastik ubat yang dibelinya tadi. Dicapai tangan gadis itu lalu dioles lembut.
" sayang.. saya tahu semua ni berpunca dari saya.. saya yang bersalah.. dan saya patut dipersalahkan.. saya minta satu je lagi peluang untuk saya perbetulkan semula kesilapan saya.. saya mahu bertanggungjawab atas apa yang dah saya buat pada awak.. saya mahu hubungan kita kembali macam dulu.. saya nak kecap bahagia bersama awak dan Fateh.. saya nak kita jadi satu keluarga yang bahagia.. saya nak jaga dan lindungi awak dan Fateh.. " Luahnya. Bunga masih diam.
" saya tahu kesalahan saya terlalu sukar untuk saya tebus.. tapi saya tetap takkan berhenti mengharap yang kehidupan kita kembali seperti dulu.. " ujar Firash.
" sekarang bukan masa yang sesuai untuk kita bincangkan perkara ni.. dan saya rasa tak perlu kita pertahankan tapi ingat apa yang terjadi sebelumnya... Bagi saya semua tu mimpi indah yang hakikatnya susah untuk saya gapai" Manik manik jernih gugur satu persatu lalu pecah diribaannya.
" kehidupan kita terlalu berbeza Firash.. bagai langit dengan bumi.. lagipun saya tak nak sebab saya ada orang akan merana.. saya tak nak jadi punca akan penderitaan seseorang sebab saya tahu macam mana rasanya sakit di khianati, di asingkan dan dihina Firash.. sakit yang berbekas luka namun tak berdarah.. saya dah penat.. aku saya cuma nak bahagia dan gembira dengan cara saya.. dimana hanya saya dan Fateh." ujarnya
" sayang.. " Firash sebak. Dia dapat merasakan beban yang ditanggung gadis itu terlalu berat.
" saya nak balik" pinta Bunga. Firash menyambung pemanduannya. Sesekali di menoleh kearah gadis itu yang masih dalam tangisan.

Firash mengekori gadis itu dari belakang. Pintu bengkel dibuka. Debu mula berterbangan. Sudah lama bengkel itu tidak dijengahnya. Firash membuka tingkap agar aliran udara bertukar. Bunga memerhati setiap peralatannya yang tersusun rapi. Kain putih yang melitupi mesin pertukangan dan beberapa lukisannya ditarik satu persatu. Sebak dadanya. Dia rindukan kehidupannya yang dahulu sebelum dia dikenali seperti sekarang. Tangisnya yang tadi berhenti kini kembali berderai. Firash memeluk gadis itu erat.
" sayang.. " panggilnya.
" saya rindu kehidupan saya yang dulu..saya rindu untuk senyum dan ketawa semula.. saya rindu untuk bercanda.. saya rindu semuanya.. saya rindu saya yang dulu" luahnya. Pelukan Firash dibiarkan tanpa balasan
" saya minta maaf.. saya janji saya akan selesaikan semuanya.. settle semua ni saya nak awak jadi pemilik rusuk kiri saya yang sah" ujar Firash. Bunga mendongak dia memandang pemuda itu. Mata pemuda itu berkata benar. Bunga melangkah beberapa tapak kebelakang.
" maaf saya tak layak untuk berdamping dengan awak.. tak perlu awak tunggu saya" ujar Bunga.
" saya sayangkan awak Bunga.. saya tak nak kehilangan awak lagi.. saya tak nak hilang separuh hidup saya yang awak pegang..." ujar Firash.
" maaf saya tak boleh.. saya masih sayangkan Haq.. hati saya milik dia" ujar Bunga. Firash tersentak. Kata kata itu seakan tamparan buatnya.

Rayqal menelefon Bunga berkali kali namun gagal kerana telefon gadis itu ditutup. Dia mulai resah.
" abang.. abang.. " Rayqal berpaling tatkala kederangan suara adiknya memanggil.
" sini" sahutnya yang masih duduk di anjung.
" abang.. kau kenapa ya.. kau tahu tak tindakan kau tu dah keruhkan lagi keadaan." Marah Eliza. Wajah tegang itu di tatap Rayqal gerun.
" Bunga dah cukup terbeban dengan masalah dia.. ni kau pula tambah.. kau tak kesian ke dekat dia" Marah Eliza berlanjutan. Rayqal yang duduk di bangku membaiki duduknya. Cuak. Marah Eliza tidak dapat dijangka tindakannya.
" Aku tak berniat pun nak sakitkan dia.. aku cuma geram dengan tindakan dia.. " terang Rayqal.
" hotak kau.. lagipun Shila memang takde kena mengena dalam hal ni.. tapi sebab kau.. benda ni jadi makin complicated tau tak" tengking Eliza
" kau tahu mana ni bukan kerja dia" soal Rqyqal.
" kau ni kan bengap betul la.. tak ke bodoh namanya kalau dah dia tahu kau dengan Bunga rapat macam mana.. then dia pun cemburu ship korang.. tiba dia nak buka story yang boleh rapatkan hubungan korang.. bengong kan.. " ujar Eliza.
" apa tindakan dia yang nampak cerdik.. selalu tak pernah cerdik pun" Sinis Rayqal.
" aku kenal Shila bang.. biol biol dia.. dia takkan rosakkan reputasi dia.. dia takkan nampak dia kalah.. lagipun bagi dia kau hak mutlak dia..takde maknanya senang senang nak bagi orang " jelas Eliza
" kalau bukan dia siapa lagi.. dia je yang spesis takde pasal cari pasal" Rayqal masih dengan pendapatnya
" kau.. cuba tengok dia dengan hati dan akal kau.. Shila tak sekejam itu dan dia takde la bangang sangat.. kalau kata dia berdendam dengan Bunga sampai tahap benci.. takkan dia boleh support Firash untuk tackle Bunga balik.. takkan dia tolong promote kafe Bunga hanya semata mata Fateh.. anak saudara dia yang orang hina sangat tu" Rayqal tergamam. Dia tidak menyangka bekas isterinya semurni itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience