Eliza bengang apabila mendengar berita tentang hubungan cinta Firash dan Mira. Ditumbuk bantal kecil diribanya berkali kali.
" kau pergi mana Bunga... Firash dah kena kebas kau tahu tak" marahnya.
" Biarlah.. ada la peluang abang" Rayqal berseloroh.
" Bunga takkan jadi kakak ipar aku la bang... kau bukan taste dia.." Eliza cuba menafikan.
" mana kau tahu.." Rayqal cuba mengusik
" aku tahu la.. diakan bff aku.. lagipun Shila mana kau nak letak.. kau jangan jadi perang dingin pula nanti" Eliza mengingatkan. Rayqal yang dalam proses berbaik semula dengan bekas isterinya mendapat sokongan dari keluarga ke dua dua belah pihak. Sayangnya ada gadis itu masih utuh apatah lagi Shila sudah menunjukkan sisi kematangannya menampakkan perubahan yang ketara.
" Shila is Shila.. Bunga... Bungalah" usik Rayqal
" kau jangan nak mengada ngada ek.. kau jangan nak sakitkan kawan aku tu bang" amaran keras dari Eliza disambut dengan hilai tawa dari Rayqal.
" ada dengar berita dari Bunga" soal Rayqal. Eliza menggeleng.
" yang itu pun satu.. mana dia pergi" rungut Eliza.
" dua hari lepas abang pergi dekat bengel Bunga.. abang ada urusan dekat situ so abang singgahlah.. Abang nampak Firash.. Dia duduk dekat dalam bengkel." cerita Rayqal.
" dia sorang ke" soal Eliza
" ha ah.. tapi abang tak tahu la kalau dia jumpa Bunga.. tapi nampak macam tak sebab nampak dia sugul sangat.. kesian dia abang tengok" cerita Rayqal
" dah sayang lagi dekat Bunga yang pergi bercinta dengan si gedik tu kenapa" marah Eliza.
" dah jodoh.." seloroh Rayqal lalu bergegas melarikan diri kerana dia tahu adiknya akan mengamuk sebentar lagi
" kau kan abang... memang setannnnnnn" tempik Eliza. Kedengaran suara tawa Rayqal masih berbaki.
Eliza singgah ke cafe sahabatnya. Kafe itu masih beroperasi namun pemiliknya tiada disitu.
" Timah.. boss awak ada datang tak" soal Eliza.
" ada..baru tiga hari lepas dia datang.. dia kirimkan sampul ni dekat abang pelakon tu tapi abang pelakon tu tak datang pun..." jelas pekerja itu.
" dia datang dengan siapa.. dia macam mana.. ok ke.. ada cedera tak kat mana mana" soal Eliza cuak.
" dia ok cuma nampak sangat kurus.. dia datang dengan kakak dia lepas tu ada dua lelaki tunggu kat luar.. dia nampak macam takut takut.. oh ya sebelum tu dia ada mesej saya satu location tapi saya tak tahu dekat mana.." jelas gadis itu lagi.
" bila dia mesej" soal Eliza. Dirasakan ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku.
" Tiga minggu lepas kalau tak silap. ni hah.. " ditunjukkan mesej itu kepada Eliza.
" awak hantar dekat akak boleh" pintanya. Gadis itu mengangguk lalu menghantar mesej Bunga kepada Eliza.
" apa yang berlaku.. kesian saya tengok kak Bunga.. " ujar Timah.
" kalau Bunga tak datang siapa datang tengokkan kafe" soal Eliza lagi.
" kakak dia..akak melati.. Ish Ya Allah kak..meluat saya dengan akak tu..kekwat.. berlagak sangat" cerita Timah. Eliza semakin hairan. Seusai mendapatkan maklumat dia bergegas mendapatkan Adam dan Firash yang sedang berada dilokasi fotografi. Kelihatan kelibat Mira disitu. Eliza memperlahankan langkahnya lalu duduk disebelah teman lelakinya.
" what... dah agak dah mesti ada benda yang tak kena dengan Melati" ujar Adam sejurus mendengar berita tentang Bunga.
" tapi macam mana nak cerita.. tuuuu..asyik dok berkepit je" Dijuihkan bibirnya kearah Mira yang duduk tidak jauh dari mereka.
" takpe biar saya yang cakap dengan Firash" Adam cuba meyakinkan Eliza. Sampul surat kiriman Bunga dipegang kemas. Firash yang selesai sesi fotografi berjalan menghampiri buah hatinya. Adam memintas langkah pemuda itu.
" aku ada berita tentang Bunga." Bisik Adam.
" maaf aku tak berminat" balas Firash senada lalu mendapatkan Mira yang sedang menantinya. Adam kecewa.
"kan saya dah kata.. " rengus Eliza. Adam hanya terdiam.
" jom balik..kita bincang dekat rumah.." Adam masih mahu mencuba. Eliza hanya mengikut.
"Firash.. aku rasa kau patut dengar apa yang terjadi dekat Bunga" Adam cuba menghalang pemuda itu dari terus bersikap pura pura.
" tak de apa yang aku nak dengar pasal dia.. dia dah ada dunia dia.. so biarkan je lah.. aku dah ada kehidupan aku sendiri..dan aku bahagia" Egonya mula mengatasi akalnya.
" Bahagia.. kau betul betul boleh lupakan Bunga ke" soal Eliza yang mula menyinga
" ya.. untuk apa aku terus hidup dalam bayang bayang dia lagi" ujar Firash
" oh really.. habis kau buat apa dekat bengkel Bunga.. kerap sangat kau pergi.. untuk apa... untuk kau hadap segala khilaf kau dari ego kau sendiri.. atau pun kau nak ingat semula macam mana kau rogol dia malam tu" tengking Eliza
" kau jangan kurang ajar " marah Firash. Keadaan menjadi tegang.
" habis tu.. untuk apa kau kesitu.. ke bengkel yang bukan milik kau..untuk apa" marah Eliza mula meluap.
" sebab aku nak ingatkan diri aku yang aku diperbodohkan oleh pemilik bengkel tu.. aku ditipu hidup hidup oleh pemilik bengkel tu.. disebabkan pemilik bengkel tu lah hidup aku tak tentu arah... anak aku sekarang pun dah tak ingat siapa ibu dia.. pemilik bengkel tu dah terkubur untuk aku dan fateh" nada Firash sedikit bergetar kenahan sebak.
" ye ke.. atau kau sebenarnya melepaskan kerinduan pada tempat tu.. kau rindukan pemiliknya tapi sebab ego kau hapuskan semuanya.." ujar Eliza.
" wei sudah lah.. kalau bertekak macam ni sampai bila nak habis.. kau nak dengar tak " soa Adam.
" aku nak keluar dengan Mira" Firash memberi alasan.
" ermm.. ikut kau lah.. jangan kata nanti kami membelakangkan kau pula.. oh ya ni surat dari Bunga untuk kau" sampul itu diletakkan ditelapak tangan pemuda itu. Firash berjalanenuju ke biliknya. Diletakkan surat itu diatas lacinya. Ditatap surat itu lama. Telefonnya berdering.
" kejap I turun" ujarnya. Surat itu disimpan didalam laci lalu dia keluar mendapatkan buah hatinya yang sedang menanti dikereta. Eliza merenung pemuda itu tajam. Dia masih belum mahu mengalah.
" awak.. dah la... biarkan dia.. maybe bila dia dah baca surat tu dia akan ok" pujuk Adam. Eliza diam.
Firash lebih banyak membisu dari berkata kata. Kereta yang dipandunya seakan tiada arah tujuan. Manakan tidaknya setiap jalan dan bangunan yang ingin dia singgah menggamit memorinya bersama Bunga. Hatinya dan jiwanya kacau bilau.
" kenapa kau buat aku tak keruan" bisik hatinya
" you.. kita nak ke mana ni" soal Mira mula jemu lama lama didalam kereta.
" hah..you nak pergi mana" soal Firash kembali
" movie.. jom" cadang gadis itu. Firash akur. Dipandu kereta hingga ke mall lalu mereka menuju ke panggung wayang. Mesin vendor yang meletakkan anak patung didalamnya diperhatikan Firash. Dia terbayangkan gelagat lucu Bunga setiap kali terjumpa mesin itu. Ada saja anak patung yang ingin dibelinya dan kemudian dihadiahkan kepada anak anak kecil yang ditemuinya. Pernah sekali gadis itu mengetuk ngetuk kuat mesin itu apabila patung yang dipilihnya hanya sedikit saja jaraknya untuk jatuh kebawah. Diketuk ketuk mesin itu bagi melepaskan amarah. Tanpa disedari dia tersenyum sendiri.
" you dah kenapa tersenyum senyum" tegur Mira.
" takde pape lah.. jom movie dah nak start" ajaknya bagi menghilangkan canggung.
Share this novel