Bunga bekerja seperti biasa. Namun hatinya tidak tenang. Dirasakan setiap ruang dibangunan itu punya kenangan indah dia dan Firash.
" rindunya.. sihat ke dia" dia mengomel sendiri.
" Bunga hari ni Bunga floor master ya.. Office cik Khalil.. office MD... office Exec.. semua ni nak kena kemas kan.. ok.. settle floor master baru tolong floor admin.. oh ya meeting room.. buat yang ni dulu sebab hari ni ada meeting pukul sepuluh." ujar penyelianya. Bunga akur. Ditolak troli ke bilik mesyuarat. Dirapikan semuanya dan disembur dengan semburan berbau lembut.
" settle.." Dia berpuas hati dengan kerjanya.
BUKKK
Dia terlanggar seseorang. Bunga kaku. Wajah yang dirinduinya kini dihadapannya.
" Hai cik Bunga" sapa pemuda itu.
" Selamat pagi Encik Firash.. " ucapnya lalu dia berjalan menuju ke trolinya.
" Bunga... Bunga.." panggil Firash
" saya ada kerja nak kena buat... maaf Cik Firash.. saya pergi dulu" gadis itu kalut keluar dari bilik itu apabila kedengaran suara pekerja sedang menghampiri bilik mesyuarat itu. Terbit rasa kecewa dalam diri pemuda itu.
Bilik kepunyaan Managing Director dijengahnya. Susun atur bilik pemuda itu yang ringkas membuatkannya terpesona. Di sapu habuk habuk dan dikutip sampah lalu dibuang. Ditatap setiap perincian yang ada didalam bilik itu. Matanya menangkap sebuah lukisan yang tergantung disitu. Lukisan yang dilukisnya berdiri gah didalam bingkai kayu. Bunga menghampiri potret itu. Diusap lembut wajah didalam lukisan itu.
" kau tahu betapa aku rindu.." air matanya menitis. Hakikat yang berat untuk diterimanya namun dia terpaksa. Pintu bilik itu di buka dari luar. Bunga menyambung kerjanya.
" kau buat apa dekat sini" soal Yuna
" saya ditugaskan untuk membersihkan bilik ini " balasnya tanpa memandang gadis itu.
" kau ditugaskan atau kau yang minta" gadis itu menghampirinya. Rambutnya dilirik lembut gadis itu. Bunga hanya membatu.
" buat apa saya minta floor ni.. baik saya duduk floor bawah.. kerja santai santai tak payah nak protokol sangat.. lagipun sini bosan takde orang" seloroh Bunga.
" sebab kau tahu Firash akan masuk pejabat hari ni" uji Yuna
" saya.. tak ambil tahu pun jadual semua orang disini.. saya tak berminat yang saya tahu saya datang buat kerja saya dan saya balik" balasnya.
" kau makin berani ye.. jangan disebabkan Tuan Khalil suka dengan cara kerja kau kau rasa kau hebat.. " marah Yuna.
" kenapa kau cemburu.." provok Bunga
" kau kena sedar diri.. kau tu gelandangan.." kepala gadis itu ditunjal tunjal.
" kau jangan melebih.. kenapa gelandangan tka berhak hidup atas muka bumi ni ke.. " marah Bunga.
" berani kau tengking aku" Yuna memulakan kekecohan. Ditarik rambut gadis itu kemas lalu ditampar gadis itu berkali kali. Bunga sudah tidak dapat menahan amarah lalu terjadi pergelutan. Uniformnya terkoyak tidak dihiraunya janji amarahnya terlunas. Ditumbuk muka gadis sekali lalu dicekak leher gadis itu. Sebelum penumbuk kedua dihayun pintu bilik itu sekali lagi dibuka
" Bunga..." tempik Firash. Yuna melepaskan genggaman tangan gadis itu lalu berlari mendapatkan Firash yang berdiri di pintu.
" You.. dia nak bunuh I.. dia tumbuk I.. sakit.. darah.. youu dengar tak ni" rengek Yuna
" kau buat apa ni" Firash memegang pipi gadis itu lalu diperiksa luka diwajah itu.
" kau kenapa berkasar dengan dia.." tengking Firash
" Yang kau nampak sakit dia.. cedera dia.. kau nampak salah aku.. tapi aku.. ni.. ni.." ditunjuk bajunya yang koyak dan rambutnya yang kusut masai
" aku buat sendiri ke" tengking gadis itu.
" dia yang mulakan dulu bukan I" Dalih gadis itu.
" kau.." Bunga mahu menerkam gadis itu tetapi gadis itu berselindung dibelakang pemuda itu.
" kau nak tunjuk samseng pula" marah Firash. Bunga terdiam. Remuk hatinya apabila insan yang berjanji mahu menjadi pelindungnya kini tidak lagi mempercayainya.
" kau buat apa dekat sini" Firash menyoal gadis yang berdiri dibelakangnya
" I datang nak ajak you pergi lunch" jawab gadis itu manja.
" manja lah sangat.. kalau dapat dekat aku.. sedap aku silambam.. aku tenet tenet.. eeeiii geramnya aku" rungutnya didalam hati. Direnung pasangan itu tajam
" lunch.. awal gila.. aku ada appoiment dengan client hari ni.. kau balik dulu nanti aku call.. jangan lupa pergi klinik" pesannya. Yuna mencapai tas tangannya yang berada diatas sofa lalu beredar. Firash menutup pintu lalu dikunci dari dalam. Dia memeluk tubuh memandang gadis yang kusut masai dihadapannya. Dia sepertinya mahu tertawa apabila melihat wajah cemberut itu namun ditahannya. Bunga menyisir rambutnya dengan jari lalu diikat kemas. Dibaiki bajunya yang koyak dan diletakkan beberapa klip kertas pada koyakkan itu.
" alahai comel nya" bisik hati pemuda itu. Firash berdehem.
" kau ada apa apa nak jelaskan dekat aku" soal Firash serius
" tak ada" gadis itu mengesot ngesotkan kakinya perlahan lahan menuju ke trolinya. Firash hanya memandang. Gelihatinya dengan keletah gadis itu.
" tak ada.. kenapa kau pukul dia" Soal Firash tegas.
" dia yang mula dulu.. dia tuduh aku sengaja minta ditugaskan kesini sebab nak goda kau.. di ejek ejek aku gelandangan... mana aku tak angin.. ye aku gelandangan tapi aku bukan pelacur.. hah kan dah mendapat.. tu baru sikit.." jelas gadis itu senafas. Firash menahan tawanya.
" sebab tu je kau tumbuk dia" usik Firash. Saja mahu dilihat kelakuan lucu gadis itu
" habis tu kau ingat aku suka ke di pijak pijak macam tu.. dia yang mula dulu.. di tunjal kepala aku kot.. memang orang have have ni behaviour dia biadap macam tu ke" soal Bunga.
" ni kau tengok apa dia buat.. takkan aku nak duduk diam menyerah je.." marah gadis itu. Diletakkan kain pengelap ke dalam troli lalu di sorong troli itu ke pintu. Firash melirik matanya mengikut pergerakan gadis itu. Dihalang troli itu dari terus maju.
" ke tepi aku ada banyak lagi kerja nak buat" ujar gadis itu. Firash tidak mengendahkan kata kata gadis itu. Dipegang troli itu kemas.
" kau dengar tak.. aku banyak kerja lagi nak buat" marah gadis itu
" kerja apa yang lagi penting dari aku" soal Firash
" kerja aku lagi penting.. kalau aku tak buat kerja aku takde gaji... bila aku takde gaji aku takde duit.. bila aku takde duit aku nak sara keluarga aku macam mana" selorohnya
" aku ada" ujar Firash
" tak payah nak karut... ke tepi aku nak lalu" pinta gadis itu
" kau tak rindu aku" soal Firash. Bunga tergamam. Soalan paling sukar untuknya memberi jawapan. Sebolehnya dia mahu memeluk pemuda itu namun dia tahu batas batasnya.
" kenapa tak jawab.. tadi bukan main laju je mulut" usik Firash.
" maaf Cik Firash... saya rasa soalan tu takde kena mengena dengan kerja saya.. jadi saya tak perlu jawab" didorong troli itu hingga ke pintu. Dirasakan sepasang tangan memeluknya dari belakang. Bunga tergamam. Kaku seakan langkahnya di gam. Jantungnya berdegup kencang.
" aku rindu kau" bisik pemuda itu. Bunga gugup. Sebak didadanya mula menyebar.
" aku rindu nak gaduh dengan kau.. aku rindu masakan kau.. aku rindu nak bergurau dengan kau.. aku rindu semua tentang kau.. " ujar Firash. Diletakkan dagunya dibahu gadis itu. Bunga menyimpan kekuatan. Dia harus bertegas. Dia tidak mahu lagi dihina dan dicop sebagai perampas.
" saya rasa tak perlu kot Cik Firash ungkit kisah lama.. " ujar Bunga.
" Dua bulan.. dua bulan aku tanggung rindu ni.. Hari ni baru aku dapat luahkan.. aku takkan lepaskan kau kali ni" pelukkannya dikemaskan.
" maaf Cik Firash.. saya boleh dakwa Cik Firash atas gangguan seksual.. tolong lepaskan saya." Ujar gadis itu. Firash tersentak. Lalu di lepaskan rangkulannya. Bunga berpaling. Ditatap wajah itu semahunya. Dikumpul kekuatan untuk dia berbicara.
" Kisah kita dah boleh dijadikan sejarah.. terpulang lah pada cik firash nak jadikan ia memori manis atau pahit.. tapi tempoh enam bulan bukan satu tempoh yang singkat.. bagi saya cukup rasanya.. saya dah tak nak di cemuh lagi.. jurang kita besar.. " ujar gadis itu
" Bunga.. aku nak kita balik macam dulu.. please.. aku merayu dengan kau.. aku boleh gila bila kau takde.. aku tak sanggup tanggung rindu.. " rayu pemuda itu. Genggaman tangan pemuda itu dilepaskan.
" maaf cik Firash.. saya rasa cukup sampai sini.. saya hormat Cik Firash sebagai majikan saya dan saya juga harap cik Firash hormati saya sebagai seorang pekerja.. " pinta Bunga.
" tapi.." Firash sebak. Bunga menunjukkan keadaan dirinya yang kusut masai.
" cukup ini dah membuktikan bahawa kita tak boleh bersama.. cik Firash tidak mampu menjadi pelindung saya apatah lagi saat saya perlukan Cik Firash" ujar Bunga lalu membuka pintu dan menyorong trolinya keluar. Firash kaku.Dilihat gadis itu menghilang di balik tirai pintu yang perlahan lahan tertutup. Bunga menekan lif ke ke basement. Dia masuk ke dalam stor pembersihan lalu di luahkan semua tangisnya disitu.
" kau tahu betapa aku mahu bersama kau.. tapi aku tak kuat.. aku tak nak kau disakiti lagi.. aku tak nak kecewa lagi" luahnya.
Share this novel