Firash kembali ke bengkel. Kunci pendua yang ada padanya dibuka kunci pintu bengkel itu. Diselak daun pintu dengan berhati hati agar tidak mengejutkan penghuni didalamnya. Dihampiri meja. Dia kecewa. Makanan yang dihidangkan tengahari tadi tidak berusik. Firash menghela keluhan.Di pandang tirai bilik yang sudah tertutup. Laangkahnya dengan hati hati agar tiada sebarang bunyi. Diselak tirai itu sedikit untuk ditinjau keadaan gadis itu. Firash tergamam kerana gadis itu tiada disitu. Diselak tirai itu seluas luasnya. Dicari gadis itu disetiap sudut bilik itu namun hampa. Firash cuak. Dia mencari gadis itu di luar. Dia berlari ke pantai untuk mencari keneradaan gadis itu. Risaunya makin menjadi jadi. Kelibat gadis itu masih tidak kelihatan. Dia berpaling kearah bengkel.
" Bunga.. " bisiknya lalu tersenyum lega. Gadis itu berada diloteng sedang menatap langit malam yang dipenuhi bintang bintang. Dia bergegas masuk ke dalam dan menuju ke loteng. Dia melangkah perlahan lahan agar jejaknya tidak menganggu lamunan gadis itu. Dia berdiri tepat dibelakang gadis itu. Lalu dicuit bahu gadis itu dari belakang. Bunga yang duduk ditingkap loteng terperanjat dan hampir terjatuh namun sempat dipaut Firash.
" Awak ok" soal Firash risau. Namun dengan tiba tiba tubuhnya didorong gadis itu kuat. Firash tidak berganjak malah dipeluk tubuh yang menggigil itu erat.
" awak saya ada dengan awak.. takkan ada siapa siapa boleh sakiti awak bila awak dengan saya" Ujar Firash. Bunga makin meronta mahu dilepaskan. Terasa gadis itu mengigil ketakutan.
"hei hei.. sayang.. tengok sini" Firash memegang kemas tangan gadis itu lalu melutut dihadapan gadis itu.
" sayang.. tengok sini.. saya ke orang yang nak cederakan awak" soal Firash lembut. Dia harus menyedarkan gadis itu. Dia tidak mahu gadis itu terus hanyut dengan bayangan ngerinya. Mata mereka bertentang. Firash mengukir senyuman. Dia mahu gadis itu selesa dengannya. Namun dengan tidak semena mena pipinya ditampar gadis itu.
" Bunga.. " Firash terkejut. Mata gadis itu bergetar.
" apa salah saya.." soal Firash. Nadanya tinggi seoktaf.
" awak pergi.. saya tak nak tengok muka awak lagi.. jangan ganggu saya" tempik Bunga.
" tapi kenapa.. bagitahu saya..apa salah saya.. saya yang selamatkan awak malam tu tapi kenapa saya yang dilayan seperti saya yang bersalah" soal Firash lagi.
" sebab awak pun sama macam dorang.. awak yang rogol saya tapi sebab nak selamatkan diri awak bawa saya ke hospital.. pandai permainan awakkan" Firash tersentak. Kata kata gadis itu tidak masuk akal.
" apa yang awak merepek ni.. " Firash cuba memancing.
" saya yang merepek atau awak yang menipu" marah Bunga. Tubuh yang menggigil tadi kini sudah membara dengan amarah.
" Look.. saya memang tak faham apa yang awak maksudkan... " Firash semakin bingung.
" awak bayar dekat apak untuk ratah tubuh saya kan" sekali lagi Firash tersentak.
" awak ni dah kenapa.. buat apa saya nak bayar awak dekat apak.. " soal Firash lagi. Semakin sukar untuk dia fahami gadis itu.
" saya tak tahu mana awak dapat cerita.. tapi saya minta maaf sebab saya Fateh lahir tanpa berbinkan ayah.. saya minta maaf untuk itu. " ujar Firash. Pandangan Bunga makin tegang. Wajahnya kelihatan sedikit merah.
" Fateh.. siapa tu.. apa maksud awak dengan tak berbinkan ayah" soal Bunga.
" Fateh.. anak kita.." ujar Firash hairan. Dia makin keliru dengan perilaku gadis itu.
" Saya ada anak.. dengan awak.. " wajah yang tegang tadi kelihatan temanggu. Bunga berjalan perlahan menuju ke rak yang menyusun bingkai gambar kenangan. Diperhati satu persatu. Gambarnya bersama anak kecil ditatapnya. Di sapu foto itu perlahan. Dia seakan tertanya tanya.
" Siapa budak ni" soal Bunga. Firash mula risau. gadis itu menunjukkan fotonya bersama Fateh. Apakah ingatannya sudah hilang.
" sayang.. itu awak dengan Fateh.. anak kita.. " ujar Firash lembut. Dia tidak mahu gadis itu kembali meronta.
" Anak kita? " gadis itu makin gusar.
" ya.. sekarang dia ada dengan Jad. . Jad tolong jagakan untuk sementara ni sampai awak betul betul sihat" terangnya.
" kenapa dia tak berbinkan ayah.. " soal Bunga lagi. Wajahnya tampak kosong. Gadis itu seolah olah cuba mencari jawapan.
" sebab salah saya.. baran saya.. awak lahirkan Fateh.. saya rogol awak sampai awak mengandungkan Fateh" Jelas Firash. Nadanya sebak. Dia mula berasa bersalah pada gadis itu. Bunga cuba memahami tiap patah bicara lelaki itu. Namun akalnya seakan membeku. Dadanya terasa sesak. Realiti kehidupannya terlalu sukar untuk diterimanya. Bunga berjalan mengundur perlahan lahan menjauhi Firash yang berdiri dihadapannya. Langkahnya terasa berat seberat beban yang ditanggungnya.
" awak... saya minta maaf.. saya tahu saya salah.. saya terlalu emosi" rayu Firash. Bunga memekakkan telinganya. Tiap rayuan pemuda itu di sekat dengan tangannya agar tidak menembusi gegendang telinganya.
" saya sayang awak.. saya terlalu ikutkan perasaan saya.. saya tak nak hilang awak lagi.. beri saya peluang untuk saya tebus salah saya pada awak dan Fateh" Firash cuba mencapai tangan gadis itu namun gadis itu mengelak.
" kau keluar sekarang... kau berambus... aku tak nak tengok muka kau lagi.. kau jangan muncul depan muka aku kalau kau tak nak mati ditangan aku" tengking Bunga secara tiba tiba. Firash kaget. Perubahan sikap gadis itu secara mendadak mengejutkannya.
" awak... " Belum sempat Firash menghabiskan kata katanya Bunga terlebih dahulu mengacukan pahat tajam kearahnya. Firash cuak lalu beredar meninggalkan gadis itu. Bunga menangis semahunya. Kehidupannya berkecamuk.
Melati melawat adiknya yang tinggal sendirian dibengkel. Dibawa beberapa juadah kegemaran gadis itu.
"Susah susah je kau long... wehh asam pedas... ermmm.. rindu mak" ujarnya sayu. Dia merindui air tangan ibunya yang jarang dapat dirasanya kerana mereka tinggal berasingan untuk satu tempoh yang lama. Bunga menikmati hidangan itu dengan lahapnya.
" kau macam mana.. dah ok ke? " soal Melati.
" apa punya bangang soalan kau long.. kau nampak aku tak ok ke" balas Bunga sembil memandang kakaknya sekilas. Kuah asam pedas itu dihirup perlahan.
" mana lah tahu.. otak kau biol lagi" seloroh melati. Di alih pandangannya ke lukisan yang yang bersandar didinding bengkel. Ditatap satu persatu namun matanya tertangkap satu lukisan yang menarik minatnya.
" Firash ada datang sini" soalnya. Bunga yang sedang asyik dengan suapan nasinya terhenti. Dia memandang Melati.
" Takde.. kenapa" soal Bunga cuak.
" tu" sekeping nota tertampal pada lukisannya. Nota tulisan tangan pemuda itu dicapainya lalu dikeronyok sebelum dicampakkan ke dalam bakul sampah.
" adalah sebelum ni.. tapi aku dah suruh dia jangan datang cari aku lagi" balas Bunga gugup. Dicuba menelan nasi yang telah masuk ke dalam tekaknya namun terasa perit dan pahit.Terasa sukar.
" kau tak amik Fateh lagi ke" soal Melati apabila melihat bengkel itu sunyi tanpa suara anak kecil itu. Bunga hanya diam. Sudu yang dipegangnya di letak ke pinggan. Dia bangun lalu le sinki. Langkahnya penuh hati hati.
" kau dengan Firash masih berperang ke" soal Melati.
" berperang.. untuk apa.. " soal Bunga kembali. Dia ragu akan pertanyaan Melati.
" ye lah.. kau sebelum ni tolak dia mentah mentah.. mengamuk tak tentu pasal bila jumpa dia.. dengan apa yang dia dah buat pada kau.. aku tak tahu la kalau kau masih boleh terima dia" ujar Melati.
" kau fikir aku senang diguna gunakan... jangan katakan bayang hirup satu udara dengan dia pun aku tak mahu lah long.. aku benci dia sampai mati" luah Bunga. Tangannya digenggam kemas.
" habis Fateh" soal Melati.
" anak dia.. biarlah dia jaga.. tak de kena mengena dengan aku.. aku tak nak terlibat langsung dengan hidup dia" tegas Bunga.
" kau.. cakap ikut sedap mulut je kan.. itu anak kau.. lahir dari rahim kau" tegur Melati.
" tapi bukan kehendak aku.. " tempelak Bunga.
" habis apa kau nak buat sekarang.." soal Melati. Dia mahu kepastian. Buah fikiran gadis itu sukar ditekanya.
" Buat apa apa.. anak dia.. dia jaga lah.. kau nak aku buat apa lagi.. " balas Bunga. Dicapai cawan berisi air lalu dihirup perlahan. Anak matanya bergetar dek kerana gugup.
Share this novel