32

Romance Completed 109150

" Hello.. Sekarang ada dekat galeri Lembayung.. first day Bunga punya pameran.. Dah sampai nak Jad amik dekat airport ke" soal gadis itu.
" ok Jad tunggu dekat sini" lalu ditamatkan talian. Di jelajah lagi galeri yang memaparkan lukisan dari pelukis pelukis terkenal. Lukisan dari pada seorang pelukis diamatinya. Gambaran seorang perempuan sedang menrenung bulan du tingkap menarik minatnya. Dirasakan sesuatu sungguh tenang.
" Itu Bunga" ujar seorang pemuda lalu berdiri ditepinya.
" mana awak tahu itu Bunga" soalnya
" sebab ini lukisan saya" ujar pemuda itu. Eliza melihat diskripsi lukisan ditepinya.
"Haqeem" bacanya perlahan.
" awak pernah jumpa dia ke sebelum ni" soalnya
" ya.. ni gambar saya lukis dari dalam bengkel" Eliza tergamam
" awak pernah pergi bengkel Bunga" soal Eliza lagi.
" ha ah.. saya tinggal situ untuk sementara.. kami stay together" jelas pemuda itu
" oppss.. jangan salah faham.. saya tidur dalam bengkel Bunga tidur tingkat atas.. dekat loteng" jelas pemuda itu
"awak tahu dia dah nak kawin kan" uji Eliza
" saya tahu.. dan saya takde masalah tentang itu.. " ujar pemuda itu tenang.
" Bunga apa yang kau buat ni" risau gadis itu. Bunga berjalan mendapatkan sahabatnya. Eliza hanya memandang gadis itu gusar.
" Jad jom lunch.. " ajak Bunga
" Jad nak amik Adam dekat airport dorang balik hari ni" dalih gadis itu.
" ala... kalau macam tu Haq jom.. " pelawanya.
" ermm ok... jumpa lagi Eliza" ujar pemuda itu sebelum mereka beredar meninggalkan ruang pameran itu.

Eliza mengetap kukunya. Gusar akan tindakan Bunga diketahui Firash. Andai ketahuan malapetaka besar akan berlaku.
" Hei.. kan Adam kata tak payah datang amik.. kami boleh drive sendiri. " ujar Adam lalu memasukkan bagasinya ke dalam bonet.
" saja.. rindu awak" Eliza berbasi.
" Jad.. Bunga tak datang" soal Firash.
" dia kan ada pameran hari ni.. " balas Eliza gugup.
" lupa pula aku.. Dam.. aku nak pergi galeri.. aku guna kereta kau" pinta pemuda itu.
" kita pergi sekali.. kereta Adam biar Lan bawa balik boleh kan Lan" pinta Eliza. Firash seakan bersetuju. Firash menggenggam kotak cincin yang mahu diberikan kepada gadis itu. Dia tersenyum sendiri. Tidak sabar rasanya mahu bertemu dengan gadis itu. Rindu sudah membuku dihati.
" korang.. tak payah la pergi galeri sebab Bunga keluar... Dia kena jumpa penganjur pasal pameran dekat Australia. " ujar Eliza selepas membaca mesej dari sahabatnya. Firash mengeluh kecewa.

Bunga memeriksa peralatan untuk dibawa ke pameran nanti. Peralatan untuk mengukir yang dihadiahkan oleh lelaki yang dianggap ayah dan juga guru yang mengajarnya mengukir dan bertukang dibalut dan disimpan rapi.
" Sayang sungguh Bunga pada perkakas ni" sapa Haq dari belakang.
" of course.. ni hadiah dari ayah cik.. dia yang ajar aku macam mana nak bertukang nak mengukir semua ni.. bengkel ni dia yang punya.. tapi disebabkan dia dia takde keluarga jadi dia berikan pada aku" cerita gadis itu. Pemuda itu hanya mengangguk.
" lusa Bunga dah nak kawin.. Haq kena cari tempat tinggal lain la" ujar pemuda itu.
" la pasal pula.. kau duduk je lah sini... aku mesti kena duduk rumah suami aku.. " ujar Bunga
" tapi suami Bunga mesti tak suka.. lagi pun tak manis" ujar pemuda itu.
" apa pula.. bukannya kita tidur sekali.. lau stay la sengsorang dekat sini" ujarnya.
" Bunga.. Bunga.. balik cepat.. apak kau mengamuk lagi" ujar Ziyad yang termengah mengah.
" setan betul la.. nak mati agaknya orang tua tu" Bunga meluru keluar. Haq yang termangu hanya mengikut dari belakang. Dia tertany tanya apa yang terjadi sebenarnya.

" kau nak simpan buat apa lagi geran rumah ni.. esok lusa kau mati aku gadaikan juga" tengking Fuad. Zainab sudah terperosok di satu sudut dengan leb berbekas di tubuhnya.
" rumah ni milik Melati dengan Bunga" tengking Zainab.
" apa kau kata.. berani kau tukar nama geran rumah ni" mahu ditendang gadis itu tetapi sempat di tolak Bunga yang sudah menyinga.
" kalau balik tak buat kacau tak boleh ke.. apa lagi yang apak nak hah.. tak cukup ke semua benda apak gadaikan ni nak gadaikan rumah pula" Tengkingnya.
" aku nak guna duit.. kau tahu tak ah long dah cari aku" marah Fuad
" itu apak punya hal.. apak yang cari penyakit apak settle sendiri" marah Bunga.
" heeiiiiisshhhhh... kau memng menyusahkan hidup aku.. kalau aku tahu dari kecik lagi aku dah bunuh kau" dicekik gadis itu. Bunga melawan namun kudratnya tidak sekuat mana. Tiba tiba Haq menendang kuat tubuh lelaki itu. Fuad terdorong kebelakang.
" kau siapa nak masuk campur urusan aku hah" marah Fuad.
" kau.. nak tunjuk kuat bukan dengan perempuan.. meh sini lawan kau" ujar Haq dalam amarah. Mereka bergelut. Fuad separuh mati di dibelasah pemuda itu.
" Haq... stop Haq" Bunga memeluk pemuda itu erat bagi meleraikan pergaduhan itu.
" apak berambus sebelum nyawa apak hilang hari ni" suruh Bunga tegas. Fuad bangun dari duduknya lalu melangkah keluar lemah.
" mak... " Bunga mendapatkan ibunya yang masih terjelepok dilantai.
" Ngah.. mak minta maaf " ujar Zainab
" apa mak ni.. dah jadi tanggungjawab angah pertahankan mak" ujar Bunga. Zainab ke dapur lalu mengambil sepucuk sampul surat lalu diberikan kepada gadis itu.
" ngah amik geran ni.. simpan.. mak takut nanti apak jumpa" ujar Zainab.
" mak.. " sebak dihatinya mula menerjah.
" ni siapa" soal Zainab
" oh ni kawan angah.. Haqeem.. dia pun pelukis dekat galeri" jelas gadis itu
" terima kasih Haqeem.. maaf sebab dah libatkan Haqeem" ujar Zainab serba salah melihat wajah pemuda itu terluka.
" tak pa makcik ini saja yang dapat saya tolong.. " ujar pemuda itu.
" Nab.. Bungaaa.. " tempik seorang wanita yang menjengah dipintu dalam keadaan kelam kabut.
" ada apa.. kenapa kau kalut kalut ni.. " soal Zainab.
" Huzair... Huzair.. dia terjatuh dari jejantas.. " ujar wanita itu.
" Ya Allah Huzair" tempik Zainab.
" mak.. kenapa" Bunga yang tidak mendengar dengan jelas cuba bertanya
" Huzair ngah... Huzair jatih dari jejantas" ujar Zainab dalam sedu sedan.
" Ya Allah.. dekat mana" Mereka mengikut wanita itu. Bunga dan Zainab tergamam melihat sekujur tubuh terbaring dijalan berlumuran darah.
" Huzairrrr" raung Zainab sambil memangku tubuh kecil itu.
" Huzair.. ngah datang ni sayang" ujar Bunga. Di lurut tangan kecil yang terkulai itu. Tubuh itu sudah tidak bernyawa.
" Huzair... Huzair kan dah janji nak teman ngah makan aiskrim hari ni.. ngah datang ni.. bangun la.. " tangis gadis itu.
" Huzair... bangunnn.. jom kita pergi makan aiskrim.. Huzair... bangunnnn jangan la main main macam ni" tangisnya menderu. Haq memeluk bahu gadis itu cuba menenangkannya.

" Long... Huzair dah takde long" ujar Bunga
" Ngah.. merepek la kau.. agak agak la kalau nak paksa aku balik sekalipun" ujar Melati ditalian
" aku tak tipu Long.. Huzair anak kau dah takde... dua jatuh dari jejantas.. aku dengan mak dekat rumah mayat tengah tunggu jenazah.. munir on the way balik" jelas Bunga.
" ngah anak aku ngah" terdengar raungan dihujung talian. Bunga tidak dapat menahan perih hati. Eliza yang baru tiba selepas mendapat berita itu bergegas mendapatkan sahabatnya.
" Bunga.. sabar ya" ujar Eliza memeluk gadis itu erat.
" macam mana boleh jadi macam ni" soal Eliza
" dia terjatuh dari jejantas" jelas Haq yang berdiri disitu.
" Allah.. sabar ya.. Melati dah tahu" soal Eliza. Bunga hanya mengangguk.
" Bunga" panggil Firash yang baru tiba. Dipeluk gadis itu erat.
" maaf.. aku lambat sampai.. sabar ya sayang" pujuknya. Haq hanya melihat pasangan itu sekilas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience