" abang.. betina garik tu apa cerita.. " soal Shila. Eliza berpura tenang sedangkan hatinya mahu mendengar kisah sahabatnya
" dia retak tulang selangka dan bahu.. tumit dia terkehel.. doktor dah buat minor surgery.. dia kena terapi takut otot dia kejang.. ambil masa juga nak sembuh" cerita Firash. Eliza tidak senang duduk. Berat baginya mahu membiarkan sahabatnya itu menanggung duka sendirian.
" kau nak pergi lawat dia ke" soal Shila
" aku.. buat apa" puranya.
" good.. kau jangan lupa apa yang dia buat dekat kau dan aku.. " ujar Shila. Firash hanya diam.
"siapa masuk hospital" soal Khalil.
" siapa lagi.. betina garik tu la.. bunga.. dia masuk wad.. kemalangan.. papa tahu tak dia langgar kereta Shila.. " cerita gadis itu
" salah kita.. cctv ada dekat situ dan ada saksi.. kita yang kena bertanggungjawab" jelas Firash
" abang... abang sebelah siapa ni" soal Shila
" siapa yang salah dia harus bertanggungjawab.. papa tak nak cerita yang tak baik macam ni boleh menjejaskan Panca.. " ujar Khalil.
" ye pa" Shila mengalah.
" Firash.. dah habis shooting ke" soal Khalil.
" dah pa.. kenapa" soal Firash
" papa nak firash dengan Yuna bergandingan dalam foto shoot iklan company.. Panca Distributor nak muat naik iklan baru" jelas Khalil
" kalau Yuna tu ganti dengan orang lain tak boleh ke Pa" dia cuba menolak.
" Ok apa Yuna.. Shila suka dia" ujar Shila
" itu Shila tapi abang tak suka.. " ujar Firash
" no.. companya dah decide untuk amik dia.. dia pun dah sain kontrak" ujar Khalil. Firash meraup wajahnya kecewa.
Bunga pulang ke biliknya ditemani Rayqal. Dia yang masih bertongkat sukar baginya untuk bergerak. Dia duduk dibangku dihadapan bilik sewanya.
" Eqal balik la..terima kasih sebab hantar Bunga balik.. " ujar gadis itu
" Bunga nak makan pape tak.. Eqal belikan" soal pemuda itu. Bunga hanya menggelengkan kepala.
" balik ya.. " dia membuka pintu lalu masuk ke dalam dan dikunci pintu dengan segera. Perlahan lahan dia bergerak ke katilnya.
" this is heaven" ujarnya. Dilelapkan matanya mahu melupakan semuanya namun wajah satu satunya sahabatnya menjelma dimindanya. Dadanya terasa sesak. Airmatanya mengalir.
" Jad.. Bunga tak salah... Jad tahu tu.. " ujarnya. Dipeluk bantalnya dan diterkup mukanya. Dia menjerit sekuat kuatnya hingga hilang sesak di dada.
" Dia dah discaj.. bila.. " soal Adam
" tengahari tadi.. " ujar jururawat itu
" dia balik dengan siapa ya" kini giliran Firash pula
" ada lelaki datang ambil dia.. abang dia katanya" balas jururawat itu lagi.
" Rayqal.. tak habis habis nak menyusahkan aku la dia ni" rungut Firash.
" kau kenapa marah sangat.. dia dah discaj kira ok la.. selamat poket kau" seloroh Adam
" masalahnya jantan tu bakal suami Shila" Adam tergamam. Dia terkejut akan berita itu.
" so yang Shila dok meroyan selama ni.. dia lah" soal Adam. Firash mengangguk dan memandang Adam yang termangu sekilas. Firash mendail nombor bakal adik iparnya
" aku nak jumpa kau" ujar Firash tegas. Raut wajahnya ketat.
" Jom... aku nak buat perhitungan" ujar Firash
" hitung.. kau nak hitung apa" soal Adam yang tidak memahami kata kata sahabatnya. Firash memandang Adam dan pemuda itu membuntutinya segera.
" kau serius ke dengan Shila" soal Firash
" :kalau aku tak serius aku tak ajak dia kawin.. kenapa dia mengadu kat kau apa apa ke" soal Rayqal.
" apa hubungan kau dengan minah tu" soal Firash lagi.
" Bunga.. nama dia Bunga.." Rayqal menekan nama gadis itu agar tidak diejek pemuda itu
" ah lantak la nama apa pun.. aku nak tahu apa hubungan kau dengan dia.. " tegas Firash
" kau tahu kan Bunga tu bff Eliza.. so aku rasa tak salah kalau aku rapat dengan dia.. lagipun kami pernah duduk sebumbung" ujar Rayqal.
" Hah sebumbung... " Adam kaget. Firash merenung Adam tajam.
" ok ok.. teruskan teruskan" ujar Adam takut.
" aku tahu tapi itu tak bermakna kau boleh mainkan perasaan adik aku.. korang dah nak nikah dah pun.. " ujar Firash lagi.
" aku dengan Bunga takde apa apa, kami cuma rapat macam abang dengan adik itu je.. tapi Shila yang cemburu tak tentu pasal" luah Rayqal
" dia ada hak untuk cemburu sebab korang dah nak nikah.. lagipun aku tengok cara kau layan dia tak macam adik abang.. " Firash cuba memerangkap.
" kalau kau tahu kisah hidup dia kau akan faham kenapa aku jaga sangat dia" ujar Rayqal. Firash terdiam. Dia cuba mencari makna kata kata pemuda itu.
Bunga kelaparan. Dia masih belum membeli stok makanan. Dia tidak punya pilihan. Dia harus meminta bantuan dari Rayqal. Bunga menanti pemuda itu dibangku dihadapan biliknya.
" kenapa duduk dekat sini.. kan Eqal suruh tunggu dekat dalam..nanti Eqal panggil" marah pemuda itu.
" jangan banyak bebel.. jom pergi makan.. dah lapar ni" ujar gadis itu. Rayqal memandu keretanya hingga sampai ke destinasi. Dia memapah gadis itu keluar dari kereta. Bunga berjinjat jinjat memandangkan dia memakai tongkat.
" duduk sini je lah.. tak jauh jauh" pinta Bunga lalu melabuhkan punggungnya ke kerusi. Dia memesan makanan dan menanti dengan sabar.
" tak serik serik lagi kau kan" Mereka tersentak apabila melihat Shila, Eliza dan Firash berdiri dihadapan mereka. Bunga hanya dia. Dia menatap wajah sahabatnya untuk mendapatkan reaksi namun hanya dibalas dengan jelingan. Bunga menunduk sedih.
" kau dah sakit macam ni masih tak sedar diri lagi.. masih nak menggatal lagi.. " ditunjal kepala gadis itu. Bunga hanya diam. Dalam keadaannya yang begitu dia tidak mampu melawan.
" Shila.. kalau tak suka sekali pun cuba simpati.. Eqal hanya bawa dia makan je.. salah ke.." soal Rayqal.
" memang la salah.. sebab you tunang I.. you datang dengan perempuan sundal ni" berdesing telinganya mendengar kata kata gadis itu. Dia menggenggam seluarnya kemas bagi menahan amarah.
" Tapi Allah tak tidur.. Dia tunjuk dekat I kecurangan you dekat I.. Alasan sakit.. twpi sebenarnya mengeletis..lapar jantan" Firash dan Eliza tersentak mendengar kata kata itu. Bunga hanya mampu menunduk menahan malu. Firash perasan akan reaksi gadis itu.
" Shila asal kau cakap macam tu" bisik Eliza
"habis kalau bukan sundal apa.. penyondol.. pelacur.. atau bohsia" sinis Shila.
" Shila... jangan melampau" marah Rayqal
" melampau.. ini baru melampau" disembam muka gadis itu ke pinggan berisi nasi yang masih hangat. Di kocak semua makanan lalu disumbat ke dalam mulutnya. Bunga hanya mampu menangis.
" Shila... jangan macam ni.. malu orang tengok" ujar Eliza mahu meleraikan.
" Biar dia malu.. akak akak semua tengok muka betina ni elok elok.. takut nanti disondol pula suami atau tunang akak akak semua.. " ujar Shila menarik perhatian ramai.
" kau laparkan.. makan.. makan la..dasar gelandangan tak sedar diri" ujar Shila
" shila.. " tengking Rayqal.
" Kau dah puas.. Eqal please.. bawa tunang Eqal pergi.. Bunga nak makan ni" ujar gadis itu gugup menahan amarah dan sedih.
" Shila balik dengan Eqal dulu" suruh Firash
" kau bawa shila balik" ujar Firash.
" shila tak habis lagi abang.. " rungut gadis itu.
" sudah.. orang tengok Shila.. malu sikit.. kalau papa tahu habis kita semua.. orang semua kenal abang Shila" ujar Firash.
" kau..ingat aku belum habis lagi.. jom Eliza" ajak gadis itu. Eliza serba salah. Mahu menemani sahabatnya yang sedang berduka atau bersama rakannya yang dalam amarah.
" Bunga... " panggil Eliza
" Tak pe Jad.. Bunga ok.. Jad balik lah.. " ujar gadis itu. Disapu airmata beserta nasi yang melekat diwajahnya. Eliza beredar meninggalkan gadis itu sendiri. Firash masih berdiri disitu, memerhati gadis itu menjamah hidangan yang sudah bercampur.
" tak payah lah makan.. kotor la" ujarnya namun tidak diendahkan gadis itu. Dia mula berang. Dicapai tangan gadis itu lalu direnung tajam
" kau dengar tak aku kata jangan makan.. " tengkingnya. Sekali lagi mereka menjadi perhatian ramai.
" kenapa.. kotor.. aku dah biasa makan sisa sisa...setakat dicampur campur macam ni apadehal.. " balas Bunga.
" orang tengok.. kau tak malu ke" tengking Firash
" malu... dalam diari hidup aku takde lagu perkataan malu lepas apa yang adik kau dah buat dekat aku.. ya aku gelandangan.. makanan aku sisa sisa.. salah ke.. gelandangan macam aku ni hina sangat ke.. " soal Bunga. Firash terdiam. Dia tidak mampu menatap wajah itu. Linangan airmata gadis itu membuatkan hatinya gusar.
" Korang yang bernasib baik takde hak untuk hina kami gelandangan.. kau ingat kami nak ke hidup macam ni.. tapi kami tetap bersyukur dengan apa adanya kami..." luah Bunga
" berkali kau bagitahu aku dengan Rayqal takde apa apa hubungan istimewa tapi disebabkn aku datang dari lorong.. datang dari kaki lima.. kau dan adik kau senang senang nak hina aku.. ingat Encik Firash Idlan..bumi berputar seperti roda.. ada masa kita diatas jangan lupa tunduk ke bawah sebab sampai masa kita akan kebawah.. bila jalan selalu mendongak langit sesekali tengok ke tanah takut tersepak batu tersungkur. " ujar Bunga. Dia masih menjamah makanan yang bertaburan diatas meja dengan linangan airmata.
" dah jom.. kita pergi makan dekat tempat lain" ajak Firash lembut.
" ini rezeki Allah bagi kenapa disia siakan" nada gadis itu bergetar. Firash menarik kerusi gadis itu kearahnya. Dia melutut dihadapan gadis itu. Dikutip satu persatu nasi yang melekat diwajah gadis itu. Disapu kotoran pada pakaian gadis itu. Bunga masih dalam tangisan
" aku minta maaf.. kau tunggu sini aku bayar dulu.. lepas tu kita pergi makan dekat tempat lain ya" ujarnya. Bunga hanya terdiam. Firash ke kaunter untuk membuat bayaran kemudian kembali kepada gadis itu. Dipapah gadis itu ke keretanya. Bunga hanya diam.
" kau nak salin baju dulu ke atau nak pergi makan terus" tanya Firash.
" hantar aku balik.. aku nak rehat.. aku letih" ujar Bunga. Dia memandang luar jendela.
" aku tapau kan makanan untuk kau ya" pelawanya
" tak perlu.. aku dah kenyang.. lagi pun tak perlu bazirkan duit untuk gelandangan macam aku" Firash terdiam. Pedih kata kata gadis itu menusuk hatinya. Bunga membuka pintu biliknya. Firash yang berdiri dihadapan pintu sempat melihat keadaan bilik gadis itu.
" aku belikan bubur untuk kau ya" pelawa Firash.
" tak perlu.. terima kasih hantar aku balik" pintu itu ditutup dan dikunci. Tubuh itu melirik kebawah dan duduk ke bumi. Firash masih berdiri dihadapan pintu bilik itu. Kedengaran esakan tangisan gadis itu.
" apa aku dah buat ni" bisik hatinya.
Share this novel