35

Romance Completed 109150

" Haq bekas banduan.. Haq dipenjarakan atas kes rogol... Haq macam Firash rogol tunang sendiri sebab Haq tak dapat terima yang dia nak putuskan pertunangan kami sebab orang ketiga... Dalam penjara Haq dapat tahu yang dia mengandung... dan anak itu anak Haq sebab dia tak jadi kawin dengan lelaki tu.. tapi saya dia tamatkan riwayat hidup dia sebab malu.. semua itu salah Haq.. Haq betul betul menyesal dengan tindakan Haq.. Haq dah jadi perogol dan dalam masa yang sama Haq dah jadi pembunuh..." Pemuda itu menunduk. Airmatanya menitis satu persatu. Kecewa dan sesal jelas kelihatan. Bunga hanya mampu diam. Dia terkejut dengan pengakuan pemuda itu.
" sebab tu Haq kawin dengan Bunga sebab Haq takut perkara yang sama berulang lagi.. Haq tak sanggup.. walaupun pernikahan kita tanpa cinta sekurang kurangnya Haq ada dengan Bunga.." jelas pemuda itu
" kalau kata Bunga mengandungkan anak Firash.. Haq boleh terima" uji Bunga
" Dalam situasi ni Bunga dan anak tu tak salah.. yang salah Firash.. kalau ditakdirkan Bunga hamilkan anak Firash.. Haq terima dan Haq redha.. Haq takkan pisahkan Bunga dengan anak tu.. " jujur pemuda itu. Bunga kematian kata. Suasana sunyi. Mereka hanya berdiam.
" Haq turun dulu ya.. Bunga nak makan.. Haq masakan" soal pemuda itu.
" tak.. Bunga tak lapar" ujarnya.
" ok.. rehat la.. esok buka buku baru ok.. " seloroh pemuda itu lalu menutup pintu dan turun ke bengkel.
" Mak aih.. bekas banduan.. macam menipu je Haq ni.. takkan kot" Bunga berfikir sendiri. Dia seakan tidak percaya pemuda sebaik itu seorang banduan atas pertuduhan rogol. Sepanjang mereka bersama, pemuda itu tiada tanda tanda seperti seorang yang bernafsu buas bahkan dijaga pergaulan mereka. Bunga berteori sendiri.

Haq memandang langit hitam. Dihirup coklat panas yang dibancuhnya tadi perlahan lahan. Bunga memerhati perlaku pemuda itu dari atas.
" Ya Allah benarkah dia jodohku" bisik hati gadis itu. Lamunan pemuda itu terhenti apabila pintu bengkel diketuk seseorang. Haq membuka pintu bengkel.
" Bunga mana.. Bunga.. Bunga" Firash seakan hilang kewarasan. Dirinya kelihatan kusut masai. Bunga meluru ke bawah apabila mendengar kekecohan dibawah.
" kau nak apa cari dia malam malam ni" soal Haq.
" urusan aku dengan dia belum habis" ujar Firash
" apa urusan kau dengan dia yang belum selesai.. " soal pemuda itu lagi.
" kau ke tepi boleh tak aku nak jumpa Bunga" soal Firash.
" urusan dia urusan aku.. aku suami dia berhak tahu" ujar pemuda itu tegas
" suami.. aku yang patut jadi suami dia bukan kau.. " marah Firash.
" Firash.. " tempik Bunga.
" Bunga.. sayang.. maaf Firash tak pergi tadi.. otak Firash serabut.. tapi Firash dah janji yang Firash akan bertanggungjawabkan.. " ujar Firash
" too late Firash Idlan..," nadanya ditekan kerana geram.
" sayang.. Firash minta maaf.. Firash akan bertanggungjawab dengan apa yang firah dah buat pada Bunga.. Firash betul betul menyesal.. Kita kawin ya" rayu Firash. Tangan gadis itu digenggam erat. Bunga memandang kearah suaminya yang datang menghampirinya. Haq melepaskan genggaman itu dan kini genggaman jari gadis itu digenggamnya erat
" dia isteri aku yang sah... kau tolong jaga batas kau" tegur Haq.
" dia sepatutnya kawin dengan aku.. bukan kau" Firash mula menyinga
" tapi mana kau waktu tu.. apa kau buat.. kau lari dari janji kau.. kau nak elak dari dipersalahkan" balas Haq tegas.
" Kau tahu tak dia hampir batal kan pernikahan tu" ujar Haq lagi.
" habis kalau dah dibatalkan kenapa kau yang kawin dengan dia.. biarlah dia batalkan.. atau kau dah memang sukakan dia" marah Firash
" kau tahu tak akibatnya kalau pernikahan tu dibatalkan.. yang akan malu Bunga.. bukan kau. yang akan merana Bunga bukan kau.. dengan perbuatan kau semalam kau tak rasa ke risiko untuk dia mengandung tu tinggi.. habis mana dia nak letak muka dia kalau tiba tiba dia mengandung tanpa bapa.. kau ingat mudah ke bagi seorang perempuan" tengking Haq. Bunga terpana apabila kata kata itu terpacul dari mulut pemuda itu. Ditenung wajah pemuda itu. Dalam tenangnya tampak tegas.
" itu urusan aku dengan dia.. kau tak perlu campur" tengking Firash
" apasal aku tak perlu campur.. urusan dia urusan aku.. aku tak nak tengok orang yang aku sayang merana.. apatah lagi bila kau dah ambil kehormatan dia.. kau ingat aku nak duduk diam" ujar Haq lagi.
" kau balik.. aku rasa urusan kau dan Bunga dah selesai" ujar pemuda itu.
" Bunga kita kawin" rayu Firash
" aku tak nak hilang kau untuk kedua kalinya.. aku merayu dengan kau" ujar Firash
" dia isteri aku" Haq mengingatkan.
" sudah lah Firash.. pergi balik.. dah takde apa yang harus kita bincang or perkatakan lagi.. antara kita dah tiada apa apa urusan.. " ujar Bunga yang dari tadi diam membisu.
" Bunga.. aku tahu kau tak sayang dia.. kau tak cintakan diakan.. kau bagi aku peluang" rayu Firash lagi
" maaf aku tak boleh.. aku dah jadi isteri orang disaat kau sendiri yang mengelak untuk bernikah dengan aku" ujar Bunga
" kau minta dia cerai kan kau.. eh kau cerai kan dia sekarang.. aku nak kawin dengan dia" ujar Firash. Bunga yang tersentak mendengar bicara pemuda itu menampar pipi pemuda itu. Firash tergamam.
" kau jangan melampau Firash Idlan.. kau sendiri yang lari dari pernikahan tu dan sekarang kau yang merayu peluang untuk aku.. maaf aku tak boleh.. sebelum apa apa yang tak elok berlaku baik kau berambus" ujar Bunga.
" aku minta peluang sekali lagi dan aku takkan sia siakan" rayu pemuda itu.
" aku kata berambus...." tengking Bunga. Haq terkejut dengan tindakan isterinya. Dipeluk gadis itu erat.
" aku rasa baik kau pergi sebelum aku report polis" ujar Haq
" Ingat Bunga aku takkan lepaskan kau macam tu je.. aku akan pastikan kau akan melutut depan aku satu hari nanti" ugut pemuda itu. Bunga menahan geram yang teramat.

" korang jaga diri dekat sana.." pesan Zainab untuk anak dan menantunya sebelum mereka terbang ke Australia.
" Baik mak.. mak jaga diri.. kalau apak datang lagi buat kacau mak minta tolong Ziyad.. Yat tolong jaga mak aku.. sementara nak tunggu Haq balik sini" ujar Bunga
" ok... kau jangan risau lah.. kau tu jaga diri" pesan sahabatnya. Bunga hanya tersenyum
" kenapa Haqeem tak duduk sana dengan kau ngah.. " soal Zainab
" dia ada kerja dekat sini.. lagipun pameran kami dekat sini belum habis lagi" jelas Bunga.
" ohh... hah pergi lah nanti lambat pula.." suruh Zainab. Airmatanya yang mengalir diseka lembut.
" Angah pergi dulu ya mak.. jaga diri mak tau.. Tunggu ngah balik ya" pinta gadis itu. Dipeluk erat ibunya dengan deraian airmata bercucuran. Haq menarik bagasi gadis itu lalu dimasukkan ke dalam bonet teksi yang sedang menanti.

Eliza memeluk erat sahabatnya. Berat mahu melepaskan namun dia terpaksa akur.
" Jaga diri tau" pesannya. Bunga hanya tersenyum.
" pergi lah nanti lambat pula check in" ujarnya. Eliza risau. Takut jika Firash akan membuat kerja gila jika tiba sebentar nanti. Bunga dan Haq perlahan lahan hilang dari pandangan memasuki kawasan lapangan.
" Adam.. Bunga mana" soal Firash terkocoh kocoh.
" Dia dah pergi" balas Eliza marah
" hah.. takkan kot kau kata lagi sejam" soal Firash
" ye lah lagi sejam nak berlepas.. sekarang dorang dah check in la" Seloroh Eliza
" kau saja kan nak kena kan aku" marah Firash
" kau nak marah dia dah kenapa... aku yang suruh dia tipu kau.. kau kena ingat dia dah jadi isteri orang Firash.. " marah Adam.
" no.. aku takkan lepaskan Bunga macam tu je.. dia milik aku" tengking Firash. Eluza dan Adam tersentak melihat kelakuan pemuda itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience