" maaf sebab Eqal punca semua ni" pinta pemuda itu
" bukan salah abang.. bini abang tu yang biol.. gila dah agaknya.. suka hati bakar gerai orang.." geram Eliza. Bunga hanya diam. Hatinya bercampur baur.
" Abang pun tak faham kenapa dia buat macam ni.. penat explain tapi tak juga faham" ujar Rayqal.
" ceraikan je lah dia abang.. drama queen" ujar Eliza
" ish awak ni.. apa cakap macam tu.." tegur Adam
" tak lah..betul apa.. drama queen.. dia je betul orang lain salah" sinis Eliza.
" salah Bunga.. sepatutnya Bunga tak sertai korang.. dunia kita berbeza.. Bunga kasta bawahan mana boleh setingkat dengan kasta atasan.. apapun yang Bunga buat.. kasta bawahan tetap kasta bawahan." ujar Bunga.
" ish apa Bunga cakap macam tu... Jad tak pernah bezakan Bunga dengan yang lain.. Bunga istimewa buat Jad.." ujar gadis itu.
" Tak Jad.. macam Mummy cakap tempoh hari.. kalau dah terbiasa makan bangkai bangkai juga yang dicari.. kalau dah terbiasa dengan sisa sisa juga lah yang sedap" ujar Bunga
" Mummy.. mummya ada jumpa Bunga ke.. kenapa Jad tak tahu" soal Eliza.
" dua hari lepas mummy ada datang dengan Shila... macam biasalah.. dah tentu jadi tumpuan kan.. sapa yang tak suka tengok penyondol kena gasakkan.. tapi Bunga tak salahkan Mummy atau Shila.. dorang berhak pertahankan hak dorang.. " ujar Bunga.
" Bunga..." Eliza sebak. Tidak menyangka penghinaan sebegitu diterima sahabatnya.
Dua orang tu dah melampau" Marah Rayqal.
" Jangan salahkan dorang.. Jad.. Bunga minta sangat lepas ni jangan cari Bunga lagi.. Eqal pun.. Shila sayang Eqal.. mana perempuan tak cemburu bila suami dia berkepit dengan perempuan lain.. Mummy hanya mempertahankan rumah tangga anaknya.. " ujar Bunga.
" kat sini kau.. " Firash yang tiba tiba datang menyerang Rayqal yang berdiri ditingkap.Lalu dilepaskan tumbukan kewajah pemuda itu.
" Firash" tempik Adam. Bunga cuba meleraikan pergaduhan itu terdorong ke meja lalu pinggangnya tertusuk paku panjang lalu terbenam didalamnya. Bunga diam.Ditahan lukanya dengan sarung tangannya. Dia hanya berdiri disitu agar darah menitis tidak dilihat sesiapa
" kau apehal" tengking Rayqal apabila Adam memegang pemuda itu kemas.
" kau tu apa hal.. kau nak ceraikan adik aku sebab perempuan ni" tengking Firash. Bunga tersentak. Ditahan raut wajahnya agar tenang.
" apa kau merepek ni" tengking Rayqal
" Shila mengadu dekat aku dengan papa yang kau nak ceraikan dia semata mata nak hidup dengan gelandangan ni" sekali lagi gadis itu tersentak. Hatinya seakan dirobek robek. Dia tidak menyangka pemuda yang sentiasa menitipkan sayang untuknya mengeluarkan kata kata sinis kepadanya.
" bila masa aku cakap macam tu" Soal Rayqal
" habis tu.. kau nak kata Shila saja mereka cerita" soal Firash.
" mana aku tahu.. apa yang aku tahu aku marah dia sebab dia bakar booth Bunga..kau tahu" soal Rayqal kembali.
" Shila bakar booth Bunga" Dia menoleh memandang gadis yang hanya diam dari tadi.
" aku tak tahu pun.. mana kau tahu dia yang bakar" soal Firash.
" aku dengar dia cakap dalam telefon dengan seseorang.. aku tak pasti siapa.. dia mengaku dia yang bakar sebab cemburu aku dengan Eliza pergi situ.." ujar Rayqal sambil mengelap bibirnya yang berdarah. Firash terdiam
" Shila tu gila gamaknya" marah Eliza.
" korang balik la.. settle baik baik.. aku nak rehat.. aku letih.. nak tidur" ujar Bunga yang masih menahan sakit.
" Bunga.." panggil Eliza
" Jad.. Rayqal... terima kasih jadi kawan Bunga.. Bunga takkan lupa jasa kalian.. Eqal lepas ni berhenti cari Bunga.. selesaikan masalah korang baik baik.. penceraian bukan satu perkara mudah." ujarnya. Eliza mahu menghampirinya namun ditahannya. Dia tidak mahu lukanya diketahui.
" Adam.. bawa kawan kau balik aku nak rehat" ujar Bunga. Dia diam disitu melihat semuanya beredar.
" Yad.. datang bengkel.." pintanya sebelum dia terbaring lemah dimeja.
Matanya berpinar. Cahaya lampu menyilau matanya yang baru sedar dari lena. Dia melihat sekeliling, tiada siapa yang dapat dia bertanya. Dia berbaring semula. Terasa perit di pinggangnya. Diselak bajunya lukanya kini sudah berbalut.
" Bunga" Sapa Ziyad yang baru masuk ke biliknya
" Yad.. thanks bawa aku ke sini" ucapnya.
" small matter.. macam mana boleh tercucuk paku" soal Ziyad lembut.
" aku tersadung kaki meja" dalihnya
" kenapa tak call aku awal awal.. bahaya tau tak..nasib baik tak kena buah pinggang kau.. paku karat pula tu.. esok aku kemaskan bengkel.. dah macam sarang t-rex dah aku tengok" leter pemuda itu. Bunga hanya tersenyum.
" kau bagitahu mak aku ke" soal Bunga
" tak lagi.. kau nak aku bagitahu dia ke" Soal Ziyad
" tak payah... aku tak nak dia risau.. aku nak balik.. aku nak cover balik barang yang terbakar tu.. kalau tak sangkut belanja keluarga aku" ujar Bunga.
" kau baru je masuk semalam.. luka kau tu baru je doktor settelkan.. kau rehat la.. jangan fikir kerja sangat.. kau cuba fikir diri kau sama" nasihat pemuda itu.
" keluarga aku perlukan aku untuk survive bro.. nak harap kan apak.. ermm.. Long.. lagi la.. aku dah dekat sebulan tak jumpa dia.. kat ofis pun bukan boleh jumpa.. dia sibuk manjang" luah gadis itu.
" melati tak duduk situ dah ke" soal Ziyad
" tak dia duduk dekat bandar.. sewa sana dekat dengan office.. dia takde kenderaan macam aku.. aku ada ajak dia berulang dengan aku tapi dia tak nak.. dia nak duduk sendiri katanya.." cerita gadis itu
" kau faham je lah family aku sekarang ni dah jadi tunggang langggang" ujar Bunga. Ziyad hanya mengangguk.
Bunga berdiri dijendela. Mentari petang semakin melabuhkan tirainya. Silaunya memancar perit ke matanya. Bunga memejam matanya berharap sinar itu akan pergi. Perit mentari tidak terasa. Barangkali hari sudah gelap. Dibuka matanya lalu dia terperanjat melihat Firash berdiri dihadapannya menghalang mentari dari menerpa wajahnya.
" bila kau sampai" soal Bunga lalu berpaling dan berjalan menuju ke katil.
" baru je.. aku tengok kau dekat sini.. kau bangun berjalan buat apa.. kau tengok apa" soal Firash. Dipapah bahu gadis itu untuk berbaring.Bunga merentap bahunya kuat. Firash tersentak.
" kau datang buat apa" soal Bunga
" aku datang tengok kau la" jawab Firash tenang. Dihatinya tersemat rasa bersalah pada gadis itu.
" balik la.. aku tak perlu kan kau dekat sini.. " ujar Bunga.
" iye ke.. tapi aku nak juga jaga kau" seloroh pemuda itu.
" mana kau tahu aku ada dekat sini" soal Bunga
" Jad bagitahu.. Dia jumpa Ziyad tadi dekat bengkel.. Ziyad kata kau admit wad.." ujar pemuda itu.
" kau boleh balik.. nanti bakal suami aku nampak dia marah pula" ujar Bunga.
" biarlah.. " Firash duduk dikerusi disebelah katil itu. Ditatap wajah lesu itu.
" kenapa kau tahan.. kenapa kau tak bagitahu aku.. " soal Firash
" untuk apa aku bagitahu kau.. bakal suami aku ada biarlah dia uruskan" sinis gadis itu.
" kenapa kau degil sangat" nada Firash mula tinggi seoktaf.
" aku degil dengan kau je.. dengan orang lain aku ok je" Bunga memandang syiling putih. Ditatap syiling itu bagi mengelakkan mata mereka bertemu.
" kau tahu tak kau boleh bahayakan nyawa kau kalau paku tu terbenam lama" marah Firash.
" biarlah.. yang mati aku bukan kau.. lagi pun kau juga kata aku gelandangankan.. gelandangan ni tiada siapa peduli.. mati ke hidup ke.. hidup ibarat angin lalu.. adakala ibarat debu yang menyakitkan pandangan orang" ujar gadis itu. Firash diam. Malas dia bertengkar dengan gadis itu. Dia bangun dan masuk ke bilik air lalu keluar dengan sehelai tuala yang sudah dibasahkan.
" ouchh" pemuda itu mengerang sendirian. Bunga menoleh.
" kenapa dengan muka kau" Dia terkejut melihat lebam dipipi dan bibir pemuda itu.
" apa kau sibuk" perlinya
" aku tanya kenapa dengan muka kau" marah Bunga
" kau tanya lah bakal suami kau tu.. dia yang tumbuk aku" Bunga terdiam. Diambil tuala dari pemuda itu lalu disapu pada luka dibibir dan hidung pemuda itu.
" bila dia pukul kau" soal Bunga
" tadi.. dekat bawah.. aku bertembung dengan dia" ujar Firash. Bunga hanya diam.
" kau betul ke nak kawin dengan dia" soal Firash.
" urmm" balas Bunga
" sebab dia kau tolak lamaran aku" soal Firash lagi
" urmmm" balas Bunga
" kenapa" soal Firash
" kenapa apa" soal gadis itu kembali.
" kenapa kau tipu aku" Firash memegang tangan gadis itu. Bunga cuak.
" bila kau tipu kau... apa yang aku tipu kau" soal Bunga
" kau kata kau sayang aku tapi kau nak kawin dengan orang lain.." Firash memandang mata gadis itu tepat. Mata bundar itu bergetar.
" dah dia jodoh aku" balas Bunga lalu menarik tangannya dan kembali berbaring.
" habis sayang yang kau ucap selama ni.." soal Firash. Bunga yang berbaring bangun semula lalu duduk diatas katilnya. Wajah pemuda itu ditenungnya
" aku tak pernah cakap yang aku sayang kan kau.. aku tak pernah cakap yang aku cintakan kau.. tapi kau.. kau yang selalu ucap pada aku.. kau janji yang kau akan jaga aku.. sayang aku.. tapi kau sendiri yang mungkir kata kata kau.. " Firash diam. Dia hanya mendengar luahan dari gadis itu.
" kau buat aku selesa dengan kau.. kau yang mainkan perasaan aku last last kau buang aku sebab drama airmata adik kau.. sekarang kau nak salahkan aku pula" marah Bunga. Firash tersenyum.
" kau marah aku" soal Firash
" aku tak berhak marah kau sebab aku sedar siapa aku pada kau.. kau sama macam yang lain anggap aku manusia hina.. ada betul apa yang Yuna cakap.. kau anggap aku one night stand saja.. kau tak ikhlas untuk ada hubungan dengan aku.." luah gadis itu. Firash memeluk gadis itu erat. Bunga tergamam.
" lepas la" Bunga meronta minta dilepaskan.
" aku tahu kau sayang aku.. kenapa kau harus menidakkan.. kenapa kau tak nak dengar isi hati kau" soal Firash
" bila masa aku sayang kau" soal Bunga.
"tadi.. lagipun aku dah dengar semuanya dari Ziyad.. maaf aku terlalu cepat menghukum.. " ujar pemuda itu. Ditatap wajah bingung gadis itu.
" Ziyad dah ceritakan semuanya.. lamaran kau dekat dia.. tapi dia reject.. siapa nak isteri samseng macam ni melainkan aku" tawa Firash.
" Bila dia cerita dekat kau" soal Bunga
" tadi.. ni.. buah dia bagi untuk lepas geram" ujar Firash
" aku ajak dia kawin sebab mak tak akan izin kan aku pergi kalau aku belum berstatus isteri orang.. jadi aku ajak lah dia kawin... sebulan je pun lepas tu cerai la" ujar gadis itu
" senangnya.. kau ingat main pondok pondok ke.." marah Firash
" habis kau ingat aku ni pasangan pelakon drama kau ke.. kau nak marah kau hina aku.. kau sejuk kau pujuk aku.. " marah Bunga lagi
" aku minta maaf.. aku tahu aku salah.. aku bengang bila Ziyad kata korang nak bernikah" ujar pemuda itu
" yang kau tak nak datang bincang kenapa.. kan dia suruh kau datang.." marahnya lagi
" kau dah lupa macam mana kau reject aku.. kau ingat aku tak sedih.." ujar Firash. Kali ini giliran gadis itu terdiam
" Aku ikhlas mahu memperisterikan kau.. bukan sebab simpati atau apa.. tapi jujur aku katakan aku sayang kau.. aku tak nak hilang kau lagi" luah pemuda itu.
" bagi aku masa untuk fikir" pinta Bunga
" nak fikir apa lagi.. kau ada masa dua bulan je lagi sebelum kau bertolak ke Australia.. kau dah lupa syarat mak" Firash mengingatkan
" kau jangan gelojoh boleh tak" Bentak gadis itu
" ooo.. turn aku gelojoh.. yang kau lamar Ziyad tu tak gelojoh pula" Bunga diam. Dia berbaring lalu menutup wajahnya dengan selimut. Firash tertawa.
Share this novel