" kau jangan pernah jejakkan kaki kau kat rumah ni lagi.. aku tak nak tengok muka kau kat sini.. berambus.. korang semua aku haram kan korang bawa balik sial ni" tengkingan lelaki yang bergelar ayah itu terngiang ngiang ditelinganya. Terasa bagaikan baru semalam ia berlaku. Dia merenung jauh. Melihat gambaran lukisan Yang Maha Agung lalu di lakarkan ke atas kanvas. Kanvas yang putih sebelumnya kini dipenuhi dengan warna yang bercampuran.
" Hello.. Bunga sini.. siapa ya" gadis itu menjawab panggilan yang dari tadi berdering.
" esok kita jumpa boleh.. saya bawa lakaran dan katalog untuk cik tengok.. ok.. esok pukul dua ya.. saya share location nanti.. terima kasih" talian dimatikan
" alhamdulillah..terima kasih Ya Allah atas rezeki" ucapnya. Dihabiskan lakarannya.Langit yang tadi cerah kini mendung. Dia berkemas untuk beredar. Penamat lukisannya dihabiskan dirumah. Beberapa keping foto diambil untuk memudahkannya menamatkan lukisan tersebut. Motor yang ditunggangnya beredar menuruni susur berbukit itu.
Hujan lebat membasahi bumi. Gadis itu berteduh sebuah gedung perusahaan terkemuka. Disapu titisan air yang membasahi bajunya.
" Firash.. " terdengar beberapa orang gadis memanggil pemuda itu dan tidak sampai beberapa minit pemuda itu dikerumuni kumpulan gadis gadis itu. Ada yang mengambil foto dan ada yang meminta tanda tangan. Pemuda itu tersenyum namun setelah gadis gadis itu beredar raut wajah pemuda itu berubah. Diambil tisu lembap dari seorang pemuda lalu mengelap tangannya.
" ish basah. " rungut pemuda itu.
" maaf ni awak punya kan.. terjatuh tadi" ujar gadis itu. Dihulur kacamata yang terjatuh dilantai sebentar tadi kepada pemuda itu
" terima kasih" ujar pemuda yang berdiri disebelah pemuda yang bernama Firash itu.
" terima kasih.. nak bergambar ke" Soal pemuda itu.
" eh tak.. saya transit je sekejap.. hujan" ujarnya.
" owh.. terima kasih.. cikkk"
" Bunga.. call me bunga" ujar gadis itu
" kolot" sinis pemuda bernama Firash itu. Gadis itu menatap pemuda itu tajam.
" klasik la.. bunga.. sedap nama tu.. by the way.. terima kasih bunya.. saya Adam.. ni Firash" gadis itu hanya mengangguk lalu beredar setelah hujan berhenti.
" wei.. dia ignore weh.. dia tak kenal ke sapa Firash Idlan.. Mak aih.. " marah pemuda itu
" tak tengok tv kot" ujar Adam
" dia hidup century ke berapa yang tak tengok tv.. Firash Idlan pelakon popular kot.. " marah pemuda itu
" dah lah.. kalau dia tak kenal kau berlambak lagi yang kenal kau.. jom kereta dah sampai" mereka masuk kedalam perut kereta. Pertemuan mereka tidak hanya disitu. Mereka bertemu di lampu isyarat. Firash memerhati gadis itu yang menunggang motosikal berhelmet itik.
" Naik ducati.. helmet itik.. amende la" seloroh Firash
" siapa.. " Adam mencelah
" tu.. bukan awek tadi ke.. " soal Firash.
" Ha ah.. Lan depan sikit" pinta Adam. Kereta itu bergerak kehadapan dan mereka kini sejajar.
" Bunga.. " panggil Adam.Gadis itu hanya melambai.
" nak ke mana.. hari masih nak hujan ni" soal pemuda itu. Firash hanya memerhati
" nak balik.. basah" ujar gadis itu
" cantik helmet" puji Adam
" terima kasih.. hobi hobi" ujar gadis itu lalu memboncang motor itu laju apabila lampu bertukar hijau.
Bunga mengambil sebungkus makan ringan dan secawan milo lalu dibawa ke ruang tamu. Dicari cari siaran yang menambat hatinya.
" eh ni macam mamat tadi.. owh pelakon rupanya.. patut la histeria bebudak tu.. " Drama lakonan pemuda itu ditontonnya hingga habis
" ermm not bad la lakonan dia.. tapi tetap tak leh lawan Syukri Yahya aku" tawanya sendiri. Dia menuju ke ruang lukisannya. Dibuka lembaran itu lalu dicalit warna agar tampak menarik. Jarinya lembut meleret berus yang dipenuhi warna ke atas kanvas. Gerakan tangannya terhenti apabila telefonnya berdering.
" Ermm.. Rayqal.. ada apa call.. ada dekat rumah.. ok.. " dia mematikan talian lalu bangun dan menyalin pakaian lalu keluar dari bilik sewanya. Sebuah kereta menanti dihadapannya.
" Hai sayang" ujar pemuda itu.
" nak makan dekat mana ni.. " soal gadis itu
" bunga nak makan dekat mana.. Eqal ikut je.. " ujar pemuda itu.
" makan ikan bakar jom.. lama dah tak makan ikan bakar" ujar gadis itu. Pemuda itu memandu kereta menuju ke restoran yang dimaksudkan gadis itu.
" ada tempat ke tak ni.. macam ramai je" soal gadis itu.
" tu.. dekat hujung tu.. jom" dia mencapai tangan gadis itu agar gadis itu mengikutnya. Pesanan dibuat. Bunga memandang sekeliling. Suasana meriah. Anak anak kecil tertawa bersama keluarga. Hati Bunga seakan direntap. Dia inginkan kenangan seperti itu namun apakan daya dia tidak berkesempatan dan tidak berpeluang mengecap memori bersama keluarganya. Ketika usianya tiga belas tahun dia dimasukkan ke sekolah juvana kerana menikam seorang lelaki yang cuba untuk memperkosa kakaknya. Usai hukuman selesai diterimanya pulang dia ke kampung dia dihalau seperti pengemis kerana tidak seteru dengan ayahnya. Dia hidup di jalanan. Geladangan... itu nama yang sesuai dan gelaran yang sesuai baginya. Dia impikan memori bersama keluarga.. andai ditanya apa kenangan terindah dia bersama keluarga tiada apa harus dijawabnya.
" Bunga.. hei.. kenapa ni" Rayqal perasan akan airmata mula bergenang di bibir mata gadis itu.
" takde apa apa.. asap banyak.. lemas.. " dalihnya lalu di seka airmatanya.
" kenapa tak ajak shila sekali " soal gadis itu.
" ajak untuk bergaduh.. bukan Bunga tak tahu perangai dia.. jeles tak bertempat" ujar Rayqal
" kalau Bunga jadi dia pun Bunga boleh marah tau.. tunang sendiri keluar dengan perempuan lain.. lagipun Eqal dengan dia lagi tiga bulan nak kawin kan" ujarnya
" iya.. tapi entah lah.. dia semakin mengongkong Eqal... makin dekat nak nikah.. makin menjadi queen control dia" luah pemuda itu.
" dia rasa insecure la tu... perempuan.. mesti akan overthinking bila dah sayang someone.. " ujar Bunga lalu meneguk minuman yang baru tiba.
" oh dekat sini you jumpa kawan.. ni.. betina ni yang you jumpa" Bunga dan Rayqal tersentak apabila gadis yang disebut sebut mereka kini berdiri dihadapan mereka.
" Shila.. meh join sekali.. makan.. " Bunga menginjak sedikit badannya agar gadis itu dapat duduk
" aku dah sampai baru kau nak ajak aku makan.. you.. sampai hati you tipu I.. you tahu kan I tak suka dengan betina ni.. tapi you still keluar dengan dia" marah Shila menarik perhatian pelanggan disitu. Apatah lagi dilembang semua hidangan diatas meja tanda protes.
" Eqal bawa shila balik.. korang bincang baik baik" pinta Bunga. Dia mengutip pinggan dan mangkuk yang bertaburan diatas lantai
" maaf semua.. sila jamu selera.. maaf ya" ujar Bunga menghilangkan janggal yang bertapa dihatinya.
" kau kan betina.. kau dah tahu kan Rayqal ni nak kawin.. kenapa kau asyik kejar dia.. jangan gunakan alasan kau bff Eliza kau boleh suka suka hati nak keluar dengan Rayqal.. dia tunang aku" tengking Shila
" maaf shila.. kau dah salah faham ni... aku dengan..." pipinya terasa hangat tatkala dia mahu membela diri.
" Shila.. jangan melampau.. jom balik" Marah Rayqal
" terpulang lah dekat kau nak fikir apa.. tapi pada aku Rayqal tak lebih dari seorang abang" ujar Bunga.
" jom Shila" Rayqal menarik tangan tunangnya lalu beredar. Bunga malu. Dirasakan pandangan sinis dari pelanggan disitu.
Dia berjalan tanpa tujuan. Angin malam menusuk tulang belulangnya. Dingin terasa. Dia berdiri di tepi jalan hanya memerhati kenderaan yang sedang lalu lalang.Fikirannya kosong. Kejadian di restoran tadi benar benar memalukan dirinya. Lamunannya terhenti apabila kedengaran bunyi tayar bergesel dengan jalan kuat beserta hon yang bertalu. Sebuah kereta menghampirinya. Langkahnya terhenti sebelum dia rebah ke bumi. Bunga memeriksa dirinya. Lututnya berdarah begitu juga siku dan telapak tangannya.
" kau buta ke apa hah.. kau nak mati ke" marah seorang pemuda
" maafkan saya.. saya tak perasan tadi" pinta Bunga.
" gila ke apa kau ni" marah pemuda itu lagi
" saya minta maaf.. " pintanya lagi lalu meninggalkan kawasan kejadian. Perit mula terasa namun dilitupi duka dihati.
" geram aku.. boleh dia nak lintas macam tu je.. lepas tu maafkan saya.. senang cakap.. kalau jadi apa apa.. aku juga yang nak kena" rungut Firash
" tenang bro tenang... cuba cerita dari awal.. apehal sebenarnya" Adam meletakkan cawan berisi air keatas meja.
" tadi.. on the way aku nak balik.. ada minah ni tiba tiba lintas time jalan tengah sesak.. nasib baik aku drive slow sempat brek.. kalau tak dah arwah dah dia... gila ke apa" marah Firash lagi
" dah tu dia ok ke tak" soal Adam risau kalau kalau gadis itu cedera teruk. Nama Firash bakal tercemar.
" ok la kot.. dia boleh bangun buat bodo je kat aku.. geram betuk aku.. " kusyen kecil dicapainya lalu ditumbuk bertubi tubi.
" lega aku.. dah..kau jangan nak lepas geram dekat barang barang aku pula" tegur Adam. Firash tersenyum kelat.
Share this novel