" Yad.. kawin dengan aku" Pemuda itu tersentak dengan permintaan sahabatnya.
" kau gila ke apa.. kau ingat kawin ni perkara memain ke" soal Ziyad
" aku tahu.. tapi aku tak de pilihan selain kawin.. aku nak ke Australia.. aku nak kembangkan usaha aku yang selama ini tenggelam.. aku kena rebut peluang ni.. kalau tak aku masih macam ni" ujar Bunga
" tapi kenapa aku" soal Ziyad
" sebab kau sahabat aku.. kita kawin lepas tu aku ke Australia.. bila aku balik kita bercerai.. " ujar gadis itu.
" kau gila.. bagi kau perkahwinan ni apa Bunga.. " soal Ziyad
" aku tak nak ada apa apa komitmen.. kau nak hidup sendiri.. aku nak bebas dan tak di kongkong sesiapa.. aku terpaksa sebab ini kehendak mak aku.." ujar gadis itu
" bukan Firash lamar kau" Bunga terdiam
" kau terima lah dia" cadang Ziyad
" aku bukan merpati untuk aku terbang sama tinggi dengan dia.." ujar Bunga sayu.
" aku tahu kau sayang dia.. tapi kau ego" Teka Ziyad
" memang aku sayang dia.. tapi aku memang takkan berdamping dengan dia.. sebab aku bukan manusia lahir dari kalangan manusia mulia.. kau faham tak.." bentak Bunga
" habis tu kau sanggup kawin dengan aku walaupun kau tak cinta aku" ujar Ziyad
" sebab tu aku kata... lepas aku balik dari Aussie kita divorce.. apa punya benak kau ni" ujar Bunga
" kalau aku tak nak ceraikan kau macam mana." duga Ziyad. Bunga terdiam.
" Bunga.. aku tahu kau terdesak.. tapi perkahwinan bukan perkara main main.. even aku sahabat kau.. aku tak sanggup.. kau buang ego kau.. kau lihat Firash tu dari persepsi lain.. kau ingat balik cara dia layan kau.. usaha dia untuk berdamping dengan kau.. keikhlasan dia terhadap kau.. kau fikir balik.. dan aku yakin kau akn bahagia dengan dia.. siapa kau siapa dia itu tak penting.. kehidupan korang tak perlu orang lain aturkan" nasihat pemuda itu. Bunga terdiam
" aku nasihat ni sebab aku sayang kau.. aku tak nak sebab tindakan bodoh kau aku hilang seorang sahabat.. aku sayang persahabatan kita" ujar Ziyad. Dipeluk gadis itu erat. Bunga hanya membisu.
Bunga mengumpul kekuatan. Diperhati telefonnya yang diletakkan diatas meja.
" nak call ke mesej.." dia bertanya pada pemuda yang duduk dihadapannya.
" call aje lah.. kau mesej lembap sangat nampaknya" ujar Ziyad
" aku nak cakap apa" soal Bunga
" suruh di datang sini.. kau bincang dengan dia baik baik" ujar Ziyad.
" aku takut la" ujar Bunga
" takut apa.. dia makan nasi bukan makan orang" ujar Ziyad
" sebab aku tolak lamaran dia" ujar Bunga
" kau kan.. sini telefon tu" diragut telefon lalu di dail nombor pemuda yang disebut sebut. Bunga terkebil kebil.
" Hello.. kau ada dekat mana mat" soal Ziyad
" kau siapa.. macam mana telefon Bunga boleh ada dengan kau" soal Firash. Nadanya sedikit tegang.
" aku ada dengan dia.. kau datang sini.. aku ada benda nak bincang dengan kau" ujar Ziyad
" apa yang penting ku nak bincang dengan aku.. cakap sekarang.. aku sibuk" balas Firash acuh tak acuh.
" pasal Bunga" ujar Ziyad
" kenapa dengan dia" Firash berlagak tenang sedangkan hatinya bergetar apabila nama itu disebut.
" kau datang je lah.. banyak soal la kau ni" Bunga risau akan reaksi pemuda itu. Kedengarannya pemuda itu dalam amarah padanya.
" aku sibuk" balas Firash
" Bunga nak kawin" ujar Ziyad. Firash tersentak. Skrip ditangannya jatuh ke lantai. Dadanya seakan sesak dan sukar bernafas. Berita itu amat mengejutkan.
" dengan siapa" soal Firash tenang.
" dengan aku" Balas Ziyad. Dada pemuda itu berombak menahan geram dan kecewa. Digenggam telefonnya kemas. Andainya puda ditalian itu berada dihadapannya mahu saja dibelasahnya.
" Bunga... sampai hati kau" bisik hatinya yang kecewa.
" oh ya.. tahniah.. bila korang nak nikah" soal Firash
" sebelum dia berangkat ke Australia" balas Ziyad selamba.
" ermm ok.. ada apa apa lagi kau nak cakap" soal Firash
" aku nak cakap tu je.. kau tak kisah kan aku kawin dengan dia.. " uji Ziyad
" aku.. kenapa dengan aku" soal Firash kembali
" kau tak kisah kan aku kawin dengan Bunga..." uji Ziyad lagi.
" tak.. pape pun tahniah.. dah habis dah.. aku nak kena shoot.. " lalu dimati kan talian.
" Bungaaaaaa" tempik Firash didalam biliknya. Adam yang berada diruang tamu bingkas bangun dari duduknya lalu bergegas mendapatkan pemuda itu.
" kau kenapa terjerit jerit" soal Adam risau. Dilihat tangan pemuda itu berlumuran darah dan cermin solek milik pemuda itu pecah berderai ke lantai.
" Firash.. apa kau buat ni" soal Adam lagi. Firash merenung ke luar jendela. Soalan pemuda itu dibiarkan sepi tanpa jawapan.
"apa.. kawin" Eliza tersentak.
" ha ah.. tu yang Firash cerita" ujar Adam.
" Saya tak tahu pun.. nak kawin dengan siapa" soal Eliza
" dengan beach boy tu.. apa nama dia" Adam cuba mengingati.
" Ziyad" ujar Eliza
" hah... Ziyad.." Adam menyedut minuman dihadapannya.
" kenapa tiba tiba.. " soal Eliza. Adam menjungkitkan bahunya tanda tidak tahu.
" kejap saya call dia.. nak kena budak ni.." geram gadis itu.
" hah Bunga.. Jad baru nak call... eh Bunga kenapa ni.." nada gadis itu berubah apabila mendengar sebak dari suara gadis ditalian itu.
" ok ok.. Jad pergi sekarang" ujar Eliza.
" awak jom pegi booth Bunga.. sekarang.. cepat cepat" kalutnya. Adam mencapai kunci kereta disisinya lalu mengikut gadis itu ke kereta.
" Ya Allah.. Bunga.. macam mana boleh jadi macam ni" Eliza terkejut melihat gerai pameran gadis itu hancur setelah dijilat api.
" tak tahu.. organizer pun tak tahu.. dorang kata tau tau dah terbakar.. " Adu gadis itu.
" kalau kata litar pintas mesti semua tapi kenapa gerai kau je.." soal Adam
" mana aku tahu.. kalau aku tahu mesti nahas orang tu aku kerjakan." ujar Bunga.
" habis organizer kata apa" soal Eliza.
" dorang akan siasat.. dorang akan bayar ganti rugi tapi ten percent je kalau tak silap.." ujar Bunga.
" Firash.. booth Bunga terbakar" ujar Adam ditalian. Firash tersentak.
" teruk ke" soalnya risau.
" hundred percent burn" ujar Adam.
" Allah.. habis Bunga macam mana" soal Firash
" dia.. sedih la.. takkan kau nak dia ketawa pula" ujar Adam.
" siapa ada dengan dia" soal Firash lagi
" Eliza.." jawab Adam pendek
" kau tolong tengok tengokkan dia.. kejap lagi aku sampai" ujar Firash lalu dimatikan talian
" kejap lagi dia sampai" Bisik Adam ke telinga kekasihnya. Eliza hanya mengangguk. Bunga hanya mampu menatap sayu gerainya yang sudah menjadi arang dan debu.
" Puas hati Shila.. akak tahu tak memang habis terbakar gerai dia.. semua lukisan dia dan produk kayu dia jadi arang" tawa gadis itu.
" baru dia tahu langit tinggi atau randah" ujar Shila.
" apa yang you buat Shila" tengking Rayqal.
" Sayang.. bukan you dah pergi kerja" Shila segera mematikan talian.
" you bakar booth Bunga.. you dah hilang akal ke apa ni" soal Rayqal.
" memang.. sebab dia I bertindak macam ni.. sebab dia you layan I macam orang asing" marah Shila.
" Shila.. berhenti mengarut boleh tak.. " marah Rayqal
" I mengarut... you pergi booth dia.. masuk dalam live dia... tak karut" tengking gadis itu.
" I pergi untuk support dia.. lagipun I pergi dengan Eliza.. bukan I pergi sorang" ikar Rayqal geram.
" alasan... you dengan adik you sama je.. dibutakan mata oleh gelandangan tu" sinis Shila
" walaupun dia gelandangan dia lagi mulia dari you.. hati dia lagi bersih dari you.. " ujar Rayqal
" you bela dia" soal Shila
" ya I memang bela dia sebab dia tak salah.. yang salah you.. you yang terlalu overreact.. sikap you buat I bosan dan meluat" luah Rayqal.
" sekarang you dah meluat dengan I dah bosan dengan I.. kalau macam tu you pergi lah dekat gelandangan tu.. pergi kawin dengan dia" provok gadis itu.
" ok baik.. memang I nak pergi dekat dia.. sebab I tahu dia lebih perlukan I dari you.." ujar Rayqal lagi.
" ceraikan I kalau you nak kawin dengan dia... Rayqal.. Rayqal..." tempik gadis itu. Rayqal tidak mengendahkan tempikan gadis itu berjalan meninggalkan gadis itu sendiri dikamarnya.
Share this novel