Haqeem berbaring dikatil isterinya diloteng. Rindunya pada gadis itu membuak. Baru sahaja dia selesai berbual ditalian dengan gadis itu namun rindu menjengah lagi. Diperhati susun atur loteng itu. Matanya tertangkap sehelai T-shirt hitam dan seluar pendek yang tergantung. Dia mengambil pakaian itu lalu diamatinya.
" baju lelaki.. siapa punya" soalnya didalam hati. Pintu bengkel diketuk kuat. Digantung semula pakaian itu lalu dia menuruni anak tangga dan menuju ke pintu.
" Ada apa kau datang malam malam ni" soal Haq.
" aku ada perkara nak bincang dengan kau pasal Bunga" Haq tersentak. Pemuda dihadapannya kelihatan sugul dan tidak terurus.
" masuk lah" pelawa Haq. Pemuda itu masuk lalu direbahkan tubuhnya disofa. Diperhati setiap sudut bengkel itu. Rindunya pada pemilil bengkel itu.
" kau nak bincang apa" soal Haq. Firash menarik nafas dalam lalu dilepaskan perlahan lahan.
" aku kau nak ceraikan Bunga" Ujar Firash.
" aku nak dia.. aku nak jadikan dia milik aku" ujar Firash
" sorry bro.. kau dah hilang peluang yang dah kau lepaskan tiga minggu lalu... " ujar Haq
" aku rayu pada kau.. kembalikan dia pada aku.." rayunya
" apa yang kau fikir waktu kau rogol dia.. apa yang kau fikir waktu kau tinggalkan dia sendiri di hari pernikahan kau dengan dia.. dan sekarang kau datang minta aku lepaskan dia untuk kau.. heh.. aku rasa kau kena jumoa doktor otak.. wayar putus kau ni" sinis Haq.
" aku sayang dia.. aku tak nak hilang dia.. aku tahu kau tak cintakan dia.. dan dia hanya cintakan aku" ujar Firash.
" apa yang buat kau yakin dia tak cukup tak cintakan aku" soal Haq
" baju aku masih ada dalam simpanan dia.. kalau betul dia dah buang aku dari hidup dia.. dia mesti buang baju tu" ujar Firash. Haq tersentak. Tahulah dia bahawa baju itu milik pemuda dihadapannya.
" sorry Firash.. kau silap.. Bunga dah mengandungkan anak aku.. " ditunjuk mesej antara dia dan gadis itu beserta gambar ultra sound yang diterima gadis itu. Firash tergamam.
" kau.. " Firash tidak dapat menamatkan kata katanya
" ya.. aku dah bersama dia.. sekarang dia dah mengandungkan anak aku" ujar Haq
" kau pasti itu anak kau" soal Firash
" ya aku pasti.. malam pernikahan kami aku dah gauli dia... kami bersama setiap hari.. apa yang harus aku pertikaikan lagi.. kau nak ujian Dna ke" ujar Haq. Firash terdiam. Hatinya remuk redam. Cinta hatinya sudah beralih arah. Dia bangun dari duduknya dan melangkah lebih longlai keluar dari bengkel itu. Dia tidak dapat menerima hakikat bahawa gadis itu sudah punya pengganti dirinya.
Perkahwinan antara Yuna dan Firash menjadi bualan hangat. Rata rata peminat mereka menerima berita itu dengan penuh gembira. Bunga juga tidak melepaskan peluang untuk membaca berita itu. Tangannya menggigil. Sesak dadanya tiba tiba. Matanya bergenang.
" Bunga... kenapa ni" soal Haq. Bunga segera menghapus airmatanya. Haq dapat menangkap perilaku gadis itu.
" Sini.." panggil pemuda itu. Dipeluk isterinya erat lalu ditenangkan gadis itu.
" nangis lah kalau Bunga mahu" ujar pemuda itu. Tidak semena mena airmatanya mengalir laju. Haq menepuk bahu gadis itu perlahan.
"kau betul ke nak kawin dengan Yuna bro" soal Adam yang juga terkejut dengan berita itu.
" ya" balas Firash pendek
" kau dah fikir masak masak ke" soal Adam lagi
" ya" balas Firash acuh tak acuh
" kau tahu kan Yuna macam mana.. kau tak serik serik lagi ke.. cinta kau pada Bunga yang kau canangkan sebelum ni macam mana" soal Adam
" dia dah bahagia sekarang... lagipun apa pilihan yang aku ada selain kawin dengan Yuna.. aku makin tua Adam.. lagipun aku perlu lupakan Bunga.. hanya Yuna je yang dapat buat aku lupakan dia" ujar Firash.
" kau yakin ke dia bahagia.. baru sebulan beb.. " Ujar Adam
" sebulan pun.. dia tetap isteri orang.. lagi pun dia pregnant" ujar Firash. Adam tergamam.
" Bunga pregnant... kau biar betul.. " soal Adam lagi.
" ya.. aku sendiri baca mesej dia hantar dekat Haq.. dia pregnant.. " ujar Firash. Nadanya kecewa dan terluka.
" kau yakin itu anak Haq" soal Adam tidak yakin
" dia sendiri akui dia dah tidur dengan Bunga.. kau rasa.. sperm aku yang seribu takkan dapat lawan sperm Haq yang dah tertanam dekat dalam rahim tu beribu ribu ekor.. " ujar Firash. Adam terdiam.
"Bunga.. kalau kita stay sini lama sikit nak tak.." soal Haq
" Buat apa dekat sini.. lagipun apa yang Bunga boleh buat dekat sini.. " soal Bunga
" Haq macam dah seronok dekat sini.. kita tinggal lebih masa sikit.. sampai Bunga dan baby betul betul kuat baru kita balik.. sementara ni.. Bunga rest je.. Biar Haq kerja.. kebun anggur dan epal nak pakai pemetik buah.. Haq boleh kerja situ.
sambil sambil tu boleh melukis.. " ujar Haq
" kat malaysia lagi banya benda boleh buat" soal Bunga
" ya.. tapi Haq nak cuba nasib dekat sini.. lagipun Bunga pregnant.. Haq nak Bunga rest.. kalau balik Malaysia Bunga bukan nak duduk diam pun" ujar pemuda itu.
" tapi Bunga rindu bengkel" rengek gadis itu
" Haq dah minta Ziyad tengokkan.. kalau ada apa apa dia beritahu kita.. lagipun Haq ada simpan niat" ujar Haq
" Niat.. apa.. niat apa.. nak kawin satu lagi" seloroh gadis itu.
" eh boleh ke.. " usik pemuda itu
" sila lah..kalau berani" balas Bunga. Haq tertawa.
" takde lah.. Bunga sorang cukup dah buat Haq bahagia walaupun kehidupan kita tak mewah dengan wang ringgit tapi mewah dengan bahagia dan gelak tawa.." ujar pemuda itu.
" dah tu" soal Bunga
" Haq nak stay sini dalam lima or enam bulan.. then nak bawa Bunga pergi umrah" ujar Haq. Bunga tergamam.
" balik umrah kita balik sini.. time tu Bunga dah tujuh or lapan bulan..so balik Malaysia tak lama Bunga bersalin.. kan best macam tu.. " ujar Haq
" kalau dekat Malaysia pun sama kan.. kumpul duit kita pergi umrah" cadangnya
" tak sama.. kat sana Bunga buas.. tak duduk diam.. duduk sini Bunga tak panjang kaki.. please.. Haq nak anak kita ada badi mat saleh" tawa pemuda itu. Bunga hanya diam.
Zainab tersentak mendengar permintaan anak gadisnya itu.
" dah kenapa tiba tiba nak duduk dekat sana.. " soal Zainab
" Haq dapat kerja dekat sini mak... tapi tak lama.. sebelum ngah bersalin ngah balik.. ngah nak bersalin dekat sana" ujar Bunga.
" Kau macam mana ngah" soal Zainab
" angah ikut je Haq mak.. tapi mak macam mana.. mak ok ke" soal Bunga
" mak tak kisah ngah.. asalkan kau bahgia mak dah ok.. " ujar Zainab walaupun didalam hatinya berat untuk dia lepaskan anaknya terus berjauhan darinya.
" apak.. ada balik jumpa mak" soal Bunga.
" takde.. " ujar Zainab
" habis... kes Huzair" soal Bunga
" long tutup kes.. sebab takde saksi dan bukti kata apak tolak dia" Bunga mengenggam hujung bajunya kemas. Geramnya terhadap lelaki itu masih belum terhapus.
Share this novel