Terasa masih ada harapan baginya. Firash tersenyum mekar dari tadi. Dia agak bersemangat untuk ke pejabat. Disarung kemejanya dan dicapai tali leher lalu diletakkan dilehernya namun hanya sebentar. Tali leher itu diletakkan didalam begnya lalu dia turun menuju ke keretanya. Khalil dan Shila yang berada di meja makan sedang menikmati sarapan pagi hanya memerhati tingkah pemuda itu. Dia kelihatan ceria dan bersemangat.
" awalnya.. abang ada meeting ke" soal Shila
" takde pula.. biar lah dia.. dah lama papa tak tengok dia bersemangat macam ni" ujar Khalil
" papa.. suruh la abang masuk minang Yuna cepat sikit... risau pula tengok dia" cadang Shila
" papa tak nak campur urusan peribadi abang.. sama juga dengan Shila.. papa tak pernah nak campur urusan Shila.. semuanya Shila tentukan..kalau papa kata papa tak suka Shila boleh terima.. macam tu juga abang.. hal peribadi dia biar dia tentukan.. siapa isteri dia papa terima" ujar Khalil tenang.
" kalau kata abang nak kawin dengan cleaner tu.. papa setuju" nada Shila tinggi seoktaf
" Papa ok saja.. asalkan dia bahagia.. macam Shila.. walaupun papa tak berkenan dengan Rayqal tapi Shila tetap nak kan.. sekarang Shila nak sibuk hal abang.. papa tak setuju.. " ujar Khalil tegas
" Papa.. atleast Rayqal sama taraf dengan kita.. dari betina tu" marah Shila
" nama dia Bunga Shila.. jangan suka suka namakan orang macam tu.. taraf, pangkat, harta tak jamin bahagia Shila.. tengok Shila sekarang.. Shila bahagia" soal Khalil
" sebab perempuan tu la kami hidup macam ni.. sebab dia.. " marah Shila
" berhenti mengarut Shila.. perkahwinan korang dingin takde kena mengena dengan sesiapa.. tapi korang yang memang sebenarnya tak boleh bersatu.. Shila belum matang untuk jadi seorang isteri" ujar Khalil.
" papa.. " Shila kecewa apabila dirinya tidak disebelahkan bapanya.
Firash menanti di parkir. Di tunggu gadis kesayangannya datang. Diperhati jam ditangan. Diketuk jarinya pada stereng keretanya. Dia semakin tidak sabar. Kelihatan motor yang ditunggang gadis itu masuk ke kawasan parkir. Firash segera keluar dari keretanya. Bunyi alarm kunci keretanya memeranjatkan gadis itu. Bunga menoleh. Firash semakin menghampirinya. Dia kalut kalut mengunci motornya lalu berjalan menuju ke lif. Mereka kini berdua didalam lif itu.
" Hai cinta.. selamat pagi" ujar Firash. Namun tiada balasan dari gadis itu.
" dah breakfast" soal Firash. Masih bisu. Firash seakan mati kutu.
" Bunga... teman.." katanya mati apabila gadis itu menoleh kearahnya.
" awal datang.. setahu saya staff office masuk pukul sembilan sekarang baru pukul lapan.." ujar Bunga.
" saja datang awal.. nak tengok cinta" seloroh Firash. Bunga hanya mengangguk. Pintu lif terbuka dan gadis itu keluar dengan kalut kalut. Firash hanya tersenyum.
" tak boleh jadi ni" getus hati pemuda itu. Bunga menyalin pakaiannya. Disarung uniform yang ditinggalkan di loker. Di periksa trolinya.
" Bunga hari ni buat admin ya" ujar penyelianya. Bunga hanya mengangguk.
" meeting room jangan lupa ada meeting kejap lagi.. meeting awal hari ni" ujar pemyelianya
" kenapa tiba tiba awal pula selalu pukul sepuluh or sebelas" soal Bunga
" entah.. Cik Firash nak adakan meeting pukul sembilan setengah.. so kena siapkn meeting room dulu.." ujar penyelia itu.
Bunga menolak trolinya menuju ke arah bilik mesyuarat. Pintu bilik itu di tolaknya. Alangkah terkejutnya dia melihat pemuda itu sudah berada disitu.
" maaf Cik Firash.. saya nak kemaskan bilik ni.. boleh Cik Firash keluar sebentar" pintanya
" Buat aje lah.. tak ganggu saya pun" Balas Firash sambil meneliti komputer ribanya. Bunga tidak mengendahkan pemuda itu lalu dipasang vakum lalu digosok karpet bilik itu. Firash hanya melirik matanya kearah gadis itu.
" boleh cepat sikit.. bising la" ujar Firash. Bunga hanya mengangguk. Disambung semula tugasnya.
" sini tak bersih lagi" ujar Firash.
" saya buat bahagian sini dulu ya" ujar Bunga menahan geramnya.
" tapi sini paling kotor" ujar Firash. Kelihatan habuk pensil bertaburan disitu.
" pensil.. siapa guna pensil dekat sini" rungut Bunga. Matanya tertancap pada pensik yang dipegang pemuda itu dan sebuah pengasah pensil disisinya. Bunga makin geram. Disedut segala habuk itu kasar. Firash hanya tersenyum dan tertawa kecil.
" cik Firash nak saya ambilkan bakul sampah ke" soal Bunga.
" tu" di tunjuk sebuah bakul kecil di bawah meja. Bunga makin geram.
" dah sharp pensil buang dalam ni ya" ujar Bunga.
" tak nak" Firash mengasah lagi pensilnya dan dibuang habuk itu ke lantai.
" cik Firash.. saya banyak kerja lagi nak buat" Ujar Bunga.
" owh ya.. saya ada kerja untuk awak" ujar Firash
" kerja.." Bungs kehairanan. Firash menyeluk poket seluarnya. Bunga gugup. Risau akan tindakan tidak diduga pemuda itu.
" Cik Firash nak buat apa ni" Soal Bunga gugup. Firash bangun dari duduknya dan berdiri dihadapan gadis itu.
" tolong pakaikan saya tali leher" Bunga menarik nafas lega.
" kenapa awak ingat saya nak buat apa" bisik Firash ditelinga gadis itu. Bunga kaku.
" tolong.. saya tak pandai" ujar Firash
" sebelum ni boleh je.." balas Bunga dingin.
"sebelum ni ada isteri saya buatkan.. saya hanya pakai yang dia buatkan.. tapi sekarang isteri saya hilang tak tahu pergi mana.. awak tahu dia kemana" soal Firash. Bunga mengimbas semula hari hari sebelumnya. Ya pemuda itu tidak menukar tali lehernya. Dia memakai tali leher yang sama setiap harinya dan tali leher itu dipakaikannya pada pemuda itu ketika mereka bergelar suami isteri.
" pleasee" rengek pemuda itu. Bungs mengambil tali leher itu lalu diletakkan dileher pemuda itu. Diikat dengan cermat agar tampak kemas. Tiba tiba pinggangnya dirangkul pemuda itu dan menolaknya menghampiri pemuda itu yang duduk diatas meja. Wajah mereka berjarak hanya beberapa inci. Bunga resah. Tatapan pemuda itu mencairkan hatinya yang keras seperti batu.
" I miss you" bisik Firash. Bunga tertarik tali leher itu kemas dan hampir menjerut leher pemuda itu.
" maaf cik firash.. maafkan saya.. saya tak sengaja" Firash mencari nafas apabila cengkaman tali leher itu direnggangkannya
" kau nak bunuh aku ke apa" ujar Firash.
" maaf Cik Firash.." Bunga berkali kali menundukan badannya tanda minta maaf.
" kalau aku mati macam mana tadi" ujar Firash. Bunga hanya terdiam. Dia cuak melihat wajah itu yang merah padam akibat terjerut.
" saya minta maaf cik Firash" tubuhnya seakan melayang apabila pemuda itu menarik lengannya. Bunga kaku apabila dia kini benar benar didalam dakapan pemuda itu. Firash merangkul gadis itu kemas.
" Cik Firash lepaskan saya boleh.. nanti staff nampak.." pinta Bunga.
" sekejap je.. aku rindu kau.. rindu sangat.. " Dikucup bahu itu berkali kali.
" lepas la nanti orang nampak" Bunga meronta mahu dilepaskan.
" bagi aku lima minit.. biarkan aku macam ni.. aku perlukan kekuatan untuk tempuh kehidupan aku hari ni" ujar pemuda itu lembut. Bunga terdiam Nada pemuda itu lain.
" kau ada masalah ke" soal Bunga. Firash hanya menggeleng.
" habis tu" soal Bunga
" aku tak kuat untuk tempuh kehidupan aku tanpa kau.. aku perlukan kekuatan kau untuk aku hidup hari ini" ujar Firash. Dikucup leher gadis itu lembut. Lagi sekali Bunga kaku.
" Bagi aku peluk kau sebentar saja.. aku perlukan keberanian kau.." pinta Firash. Bunga seakan hanyut didalam dakapan itu. Ditepuk bahu pemuda itu lembut.
Suasan bising memenuhi ruang pejabat. Firash melepaskan dakapannya. Dipandang wajah gadis dihadapannya lalu di kucup ubun ubun gadis itu lembut.
" aku sayang kau" ujar Firash
" saya pergi dulu Cik Firash.." Bunga gelabah dengan perilaku pemuda itu. Didorong trolinya keluar.
Firash turun ke parkir dengan niat mahu bertemu gadis itu disitu namun hampa sepertinya gadis itu sudah pulang kerana motor gadis itu tidak kelihatan. Bunga pulang ke keluarganya. Di letakkan barangan dapur yang dibelinya di atas meja. Rumah itu sunyi tanpa sesiapa. Direbahkan tubuhnya di atas sofa bagi menghilangkn lelah sebelum dia ke restoran untuk menyambung kerja disebelah malamnya. Dia terlena. Tiba tiba dirasakan nafas seseorang mendengus ditelinganya. Bunga mendorong tubuh yang cuba menindihnya ke lantai.
" apak" tengkingnya. Kemeja yang disarungnya terbuka menampakkan sebahagian dadanya. Bunga cepat cepat membutangkannya semula.
" apak... apa apak buat ni.." Tengkingna gugup apabila lelaki itu cuba merogolnya.
" alah apa salahnya.. kau pin dah jadi bekas orang kan" ujar lelaki itu
" apak.. " tengkingnya lalu keluar dari rumah itu. Airmatanya bercucuran mengalir. Dia pulang ke bengkel dan melepaskan amarahnya. Dia tidak menyangka lelaki itu sanggup melakukannya sebegitu.
" Jad... " tangisnya ditalian
" Bunga kenapa ni" soal Eliza risau apabila mendengar tangisan dari gadis itu
" apak.. apak nak rogol Bunga" ujar gadis itu dalam tangisan
" Ya Allah.. Bunga dekat mana sekarang.. Jad pergi dekat Bunga." ujar gadis itu
" dekat bengkel" balas gadis itu lagi. Lalu talian dimatikan. Bunga masih dalam esakkan tangisnya.
Eliza memeluk erat sahabatnya. Dia cuba menenangkan gadis itu.
" apak tu dah gila ke " marah Eliza
" tergamak dia buat macam ni dekat Bunga" luah gadis itu.
" Bunga ok.. apak ada pukul ke" soal Eliza
" takde.. Bunga sempat lari" ujar gadis itu.
" yang kau balik rumah tu buat apa" marah Firash yang berdiri disitu dari tadi
" Nak hantar barang dapur.. barang dapur mak dah habis" jelas gadis itu.
" dah jantar kenapa tak balik terus" marah pemuda itu lagi.
" Bunga letih... Bunga tertidur" jawabnya gugup.
" balik tidur dekar sini tak boleh.. dah tahu rumah tu macam neraka nak juga tidur situ" marah pemuda itu makin membuak.
" Firash.. kasar sangat tu " tegur Adam
" walaulun rumah tu macam neraka tapi itu lah rumah dimana syurga aku berada... walaupun umpama neraka tapi tenang bagi aku sebab apa.. sebab alu tak pernah rasa bagaimana hidup dengan keluarga..hidup dirumah bersama orang yang aku sayang.. kau faham tak.." tengking Bunga
" syurga lah sangat... kalau dorang sayang kau takkan dorang buat kau macam ni atau kau memang minta diperlakukan begitu.. kau sendiri yang nak jual tubuh kau" tengking Firash
" Firash.. aku rasa berat sangat dah tuduhan kau ni.. jom kita balik.. Biar Eliza yang teman kan Bunga" nasihat Adam. Bunga yang mendengar hinaan itu tiba tiba membara. Dia berjalan menuju kearah pemuda itu.
" jadi selama ni itu pandangan kau terhadap aku.. kau anggap aku perempuan murahan" marah Bunga. Direnung mata pemuda itu tepat.
" Kau dah tahu jantan tak guna tu akan balik ke situ kau masih lagi nak bertenggek.." ujar Firash geram.
" kau ingat aku suka suka ke nak balik sana.. kalau tak sebab mak aku pun tak ingin.." marah gadis itu
" ye ke.. tapi aku tak rasa kau macam tu" provok Firash
" kenapa.. kau sakit hati ada jantan lain sentuh aku sebelum kau.." ujar Bunga. Firash terdiam. Bunga membuka butang bajunya lalu merangkul pinggang pemuda itu. Diletakkan tangan pemuda itu ke pinggangnya yang tiada dilapik baju. Firash terkedu. Adam dan Eliza tergamam dengan tindakan berani gadis itu.
" kau nak sentuh aku kan.. sentuh lah.. kau nak aku kan.. aku beri.. alang alang aku perempuan tiada maruah dimata kau.. apa kata kau ratah terus aku" Bunga mencium bibir itu kasar. Firash terperanjat lalu mendorong gadis itu ketepi. Dikesat bibirnya kasar.
" kenapa jijik atau kau malu nak sentuh aku yang jijik ni depan kawan kawan kau" ujar Bunga sinis. Firash membetulkan baju gadis itu lalu beredar tanpa kata. Bunga hanya memerhati tajam. Kering sudah air matanya akibat dek amarahnya. Bunga menggenggam bajunya kemas. Eliza termangu terkejut.
Share this novel