Kepalanya terasa berat dan berdenyut. Malas dia untuk bangun dari baringnya. Sinar mentari yng menerpa wajahnya terasa perit. Ditarik bantal lalu ditutup wajahnya. Pandangannya kembali kelam. Tapi sayang lenanya diganggu tidak lama kemudian. Pintu bengkel diketuk dari luar. Bunga bangun dah tak perbaringannya walaupun terasa lemah. Langkahnya perlukan sokongan.
" siapa" soalnya. Dia membuka kunci pintu namun tersembam ke lantai apabila pintu ditolak dari luar. Seorang lelaki menerpa masuk ke dalam bengkel. Bunga memegang luka didahinya yang masih terasa sakit.
" Bunga.. bagi aku duit.. " pinta lelaki itu.
" apak nak buat apa dengan duit" soal Bunga.
" kau bagi je lah... " lelaki itu kelihatan seakan kurang siuman. Barang kerja gadis itu kini berselerakan diatas lantai. Bunga gagah bangun dari duduknya lalu berdiri walaupun kakinya terasa seakan tidak menapak dibumi.
" Ngah takde cash... apak nak buat apa dengan duit.. kelmarin baru ngah baru bagi seribu takkan dah habis" soalnya
" itu kelmarin.. aku nak hari ni" tengking Fuad. Digeledah beg dan almari gadis itu. Bunga tidak mahu melawan dalam keadaannya yang tidak berapa stabil. Dia hanya mampu melihat bengkel itu berselerakan.
" kalau kau takde cash bagi aku geran rumah.. aku biar aku gadai" pinta Fuad.
" apak nak buat apa.. jawab pertanyaan ngah.. apak berjudi lagi ke?" soal Bunga. Tangannya mencengkam meja menahan dirinya dari tumbang ke bumi. Kepalanya berpinar namun ditahan agar tidak rebah.
" tolong apak ngah.. Ahlong cari apak" rayu Fuad
" apak... maaf kali ni Bunga tak boleh tolong" balas Bunga tegas.
" kalau kau tak nak tolong.. aku jual Melati.. " ugut Fuad. Bunga cuak.
" apak jangan buat kerja gila... " marahnya.
" kalau kau tak nak long dijadikan perempuan lorong macam mak kau.. bagi aku geran rumah.. " ugut Fuad lagi. Bunga berfikiran.
Azah risau. Telefon ditangannya diketuk ketuk. Sudah beberapa kali dia menghubungi Bunga namun tidak berjawab. Risau dia akan gadis itu bertindak diluar kewarasan. Jarinya laju mendail nombor seseorang untuk bantuan.
" Hello.. Cik Firash.. saya Azah.. staff kak Bunga" ujar gadis itu.
" maaf Azah.. Firash tengah shooting.. saya Adam.. PA Firash.. ada apa ya" soal Adam ditalian. Azah menceritakan akan kerunsingannya terhadap Bunga kepada pemuda itu.
" ok ok.. nanti saya bagitahu Firash" Kini risau si gadis sudah menular kepadanya. Adam mundar mandir. Terasa lambat waktu berjalan. Ditunggu hingga pemuda itu menamatkan babaknya.
" kau kenapa.. macam beruk kena belacan je" soal Firash.
" Tadi Azah.. staf Bunga call" Adam gugup. Firash meneguk air mineral yang diberi pemuda itu kepadanya. Matanya tertancap tepat pada pemuda itu kerana mahu mendengar berita sepanjutnya.
" Bunga tak datang kerja hari ni.. tak sihat katanya" jelas Adam
" so" Firash masih tampak tenang walaupun dihatinya mula risau akan gadis itu.
" tapi tadi ada someone datang cari Bunga.. perempuan" ujar Adam.
" client dia la tu" Firash cuba berprasangka baik.
" Azah kata bukan.. dia tak pernah tengok perempuan tu.. tapi yang peliknya perempuan tu tahu alamat bengkel. Azah cuba call Bunga nak bagitahu tapi tak angkat. Dah berbelas kali dia call tapi tak berjawab" ujar Adam. Kali ini Firash sudah tidak dapat mengawal emosinya. Risaunya sudah kelihatan jelas.
" shila ke.. " soal Firash
"bukan kata Azah.. " Adam cuba meyakinkan.
" Adam.. bagitahu pengarah.. aku gerak dulu.. kau bagi je lah alasan papepun.. aku nak pergi dekat Bunga" ujar Firash lalu bergegas meninggalkan set penggambarannya. Keretanya dipandu laju. Jarinya tidak berhenti mendail nombor gadis itu namun gagal dihubungi. Firash makin tidak keruan.
Bunga duduk disatu sudut sambil menangis. Dicapai telefonnya lalu di telefon Melati.
" Hello Long.. kau ada dekat mana" soal Bunga.
" aku ada dekat ofis.. kenapa.. kau menangis ke Ngah.. kau kenapa.. tak sihat ke.. ke Fateh buat hal" soal Melati.
" kau ada jumpa apak tak" soal Bunga
" takde kenapa" soal Melati ingin tahu
" long... aku minta maaf Long.. aku terpaksa bagi geran rumah mak dekat apak" ujar Bunga
" hah.. kenapa kau bagi" soal Melati.
" apak datang bengkel minta duit.. aku takde cash.. dia minta geran katanya Ahlong cari dia.. kalau dia tak bayar kau akan jadi cagaran" jelas Bunga. Airmatanya bercucuran.
" kau percaya cakap setan tu.. " marah Melati lagi
" tadi orang Ahlong datang bengkel.. habis bengkel aku kena pecah.. Aku... aku hampir dirogol Long.. apak tak kisah pun.. aku takde pilihan lain selain bagi geran tu" Kata katanya terhenti apabila melihat ada seseorang sedang berdiri dihadapannya.
" Awak... " panggilnya.
" Bunga.. maaf Firash lambat sampai" pemuda itu memeluk erat gadis yang didalam ketakutan itu.
" ngah...ngah.. kau kenapa.. weiii.. ngah" Suara nyaring kedengaran dari dalam telefon.
" long.. Firash ni.. nanti Firash call balik ya.. Bunga masih blur.. apa apa nanti Firash call ya" ujar Firash
" hah ok ok.. apa apa call long.. jaga ngah elok elok.. kejap lagi long habis kerja long pergi sana" ujar Melati lalu ditamatkan talian. Bunga yang sedang menggigil memeluk erat pemuda itu.
" Bunga.. tenang.. tenang.. Firash ada ni.. " Firash memeluk gadis itu erat.
" Ya Allah panasnya.. Bunga.. Bunga.. " panggilnya apabila Bunga mulai longlai didalam dakapannya.
Lena Bunga terganggu. Bunyi mesin menangkap hawa telinganya. Bunga memerhati sekeliling.
" hospital.. " bisik hatinya.
" ngah.. " Melati menghampiri adiknya yang terbaring lemah.
" long.. apak mana" soal Bunga ketakutan.
" apak.. mana aku tahu.. kau ok tak ni.. apak buat apa dekat kau" Soal Melati. Direnung wajah gusar gadis itu. Pucat.
" aku tanya apak buat apa dekat kau" nadanya sedikit tinggi.
" apak amik geran rumah.. dia nak cagar tubuh aku kalau aku tak bagi" Bunga menutup telinganya. Dipejam matanya kemas. Peristiwa semalam mula membayanginya. Dua lelaki bertubuh sasa menghampirinya. Direntap pakaiannya hingga menampakkan sebahagian dari dadanya. Tubuhnya disentuh rakus. Fuad hanya memerhati dengan senyuman sinis. Dia merayu minta dilepaskan namun permintaannya akan ditunaikan dengan bersyarat. Bunga terpaksa akur untuk kehormatan dirinya. Sampul coklat didalam almarinya diambil Fuad.
" Macam ni lah... kalau kau bagi dari awal takkan aku nak berkasar dengan kau.. " ujar Fuad sinis.
" melepas lah.. air aku tengah mendidih ni" ujar seorang lelaki.
" sabar... ada masanya nanti.. " sinis Fuad. Sampul surat itu diketuk dibahunya berkali kali. Bunga menggigil ketakutan.
" hurmmm ah... aku tunggu masa itu akan terjadi tiba.. kau akan jadi hidangan aku" rambut dihidu lelaki bertubuh sasa itu. Bunga terkedu.
" ngah.. kenapa ni.. angah.. " Melati ralat melihat kelakuan Bunga yang meronta minta dilepaskan. Di cakar tubuhnya kuat.
Share this novel
update pleasee