" Eqal.. Bunga rasa Eqal berhenti lah datang jumpa Bunga.. Eqal masih dalam Iddah.. tak manis orang tengok... kalau ayah Shila nampak.. apa dia fikir nanti" nasihat Bunga. Air tasik yang beralun lembut membuatkan jiwanya tenang.
" Biarlah apa orang nak fikir... malas dah Eqal nak layan.. Eqal nak buat apa yang Eqal nak buat selama ni yang terbatas.. lagipun Eqal hanya ada Bunga je tempat untuk Eqal bersembang.. Jad.. sibuk sangat dia sampai tak sempat jumpa abang dia langsung" luah pemuda itu
" Eqal kan orang lelaki.. kena kuat... takkan nak merengek twenty four hours.. tak jantan lah" seloroh Bunga.
" lelaki pun.. aku tetap manusia.. punya perasaan.. punya hati.. " ujar Rayqal. Bunga terdiam. Dia tahu akan keterlanjuran kata katanya.
" Eqal sayang dia Bunga.. Sayang sangat sangat" ujar Rayqal
" kalau dah sayang kenapa ceraikan dia" soal Bunga.
" Don't say sebab Bunga" ujar Bunga. Rayqal mengangguk. Bunga tersentak
" Eqal... aku Eqal tahu tak apa yang Eqal dah buat ni" marah Bunga.
" Tahu.. tapi Eqal dah tak boleh tahan dengan perangai dia yang suka cari pasal dengan Bunga.. apa yang dia buat dah terlalu melampau" ujar Rayqal.
" tapi itu bukan the best way untuk selesaikan.. lagipun ini hal dan urusan Bunga dengan dia.. Eqal tak perlu campur. " marah Bunga
" I know.. Tapi itu hanya reason untuk Eqal ceraikan dia.. Eqal dah tak tahan dengan perangai dia.. Eqal dah penat" Ujar Rayqal. Dagunya ditongkat dengan ibu jarinya. Pandangannya dilemparkan ke tasik yang luas.
" tapi effect dia.. see.. what happened to me and Fateh.. unfair tau tak" marah Bunga.
" sorry Bunga.. Eqal minta maaf.. Eqal tahu Eqal salah Eqal.. I'm really sorry " Kesalnya. Keterlanjuran sikapnya telah menyusahkan gadis itu. Dia benar benar sesal dengan tindakannya.Tanpa mereka sedari, gerak geri mereka diperhatikan oleh Firash dan Adam yang berada diparkir yang tidak jauh dari mereka.
" Fateh mana.. dari tadi aku tak nampak" soal Adam. Firash baru menyadari bahawa anaknya tidak berada disitu. Dia dan Adam saling berpandangan. Firash membuka keretanya dengan melulu lalu berjalan kearah pasangan itu.
" Firash.. wei Firash" panggil Adam melalui tingkap kereta namun tidak diendahkan pemuda itu. Firash menghampiri pasangan itu lalu berdiri dihadapan gadis yang dicintainya. Bunga terkedu melihat pemuda itu. Wajahnya yang agak tegang membuatkan dia sedikit takut.
" Firash" panggil Bunga
" eh kenal lagi ke.. ingat dah lupa" Sinisnya
" buat apa dekat sini" soal Bunga kehairanan.
" Aku yang patut tanya kau buat apa dekat sini.. Fateh mana" soal Firash tegang. Bunga cuak. Nada pemuda itu keras dan penggunaan kata ganti namanya juga sudah berubah.
" kau dengar tak.. Fateh mana" nadanya sedikit tinggi
" kau apahal nak marah marah ni" Sampuk Rayqal yang tidak senang dengan kelakuan pemuda itu
" kau diam.. ini urusan aku dengan Bunga.. kau tak perlu campur" tengking Firash
" tapi dia dengan aku sekarang.. apa apa yang berkaitan dengan dia ada kaitan juga dengan aku" ujar Rayqal.
" tapi urusan aku sekarang takde kena mengena dengan kau.. Fateh anak aku bukan anak kau" balas Firash geram.
" Tapi aku bakal ayah Fateh yang baru" ujar Rayqal. Bunga tersentak kaku apatah lagi lengan pemuda itu melingkari pinggangnya. Firash yang menyaksikan kelakuan pemuda itu tidak dapat mengawal marahnya. Di tarik pemuda itu ke tanah lalu ditumbuk wajah pemuda itu berkali kali. Bunga meleraikan pergaduhan itu namun Firash secara tidak sengaja menepis gadis itu lalu terjatuh dan terhantuk pada batu. Dahinya berdarah akibat luka yang dalam.
" Sayang... " panggil Firash. Dia cuak melihat wajah gadis itu diliputi darah.
" Bunga.. " Rayqal mendapatkan Bunga begitu juga Firash namun bantuannya di tolak gadis itu. Bunga bangun dengan bantuan Rayqal.
" sayang.. saya tak sengaja.. maafkan saya" pinta Firash.
" Still the same person.. " bentak gadis itu
" awak saya betul betul tak sengaja.. saya minta maaf" rayunya
" setiap kali awak marah ini akan terjadi.. tak boleh ke awak kawal baran awak Firash Idlan.. " ujar Bunga. Ditutup lukanya dengan lengan bajunya
" Awak saya minta maaf.. " Firash mahu melihat luka gadis itu namun di tepis gadis itu.
" saya yang disakiti Firash... too easy bagi awak untuk minta maaf tapi tiada apa yang berubah masih tetap sama.. " ujat Bunga
" tolong.. biarkan saya dengan hidup saya" ujar Bunga.
" Bunga... please give me one more chance.. untuk Fateh demi Fateh" rayu Firash
" kau ingat aku tunggul kayu ke.. " sampuk Rayqal. Mereka menoleh memandang Rayqal yang diam dari tadi
" kau tak perlu risau.. aku akan jaga Bunga lebih baik dari kau.. Fateh aku akan layan dia sama macam mana zuriat aku" ujar Rayqal lagi. Mahu sahaja dilayangkan lagi penumbuknya namun terhenti kerana dihalang Bunga
" Stop it both of you... apa yang korang karut ni.. korang ingat aku ni bahan dagangan ke.. nak jual beli taruh harga" tengking Bunga.
" korang berdua jangan muncul lagi depan muka aku.. aku tak nak tengok or jumpa korang lagi.. tolong jangan ganggu aku dengan Fateh lagi" ujar Bunga.
" Bunga.. Eqal.. " langkah gadis itu terhenti lalu dia menoleh.
" enough Eqal.. kita hanya kawan dan sampai bila bila kita akan tetap jadi kawan dan takkan lebih dari itu. " ujar Bunga sebelum di sambung langkahnya menuju ke kereta. Firash mengejar gadis itu apa bila dia memahami bait bait kata gadis itu. Di ketuk tingkap kereta gadis itu namun kereta itu menderu laju keluar dari perkarangan tasik itu. Bunga menangis semahunya. Berat rasanya beban yang ditanggungnya.
" Adam jom" ujar Firash kalut. Adam yang dari tadi hanya menyaksikan adengan cinta tiga segi itu hanya menurut. Rayqal kelihatan masih termangu di bangku. Sukar baginya menerima kata kata gadis itu.
" kita nak ke mana ni" soal Adam
" kau diam lah.. ikut je aku" Firash memandu keretanya laju mengekori kereta dihadapannnya.
" Hello.. Jad.. Bunga nak minta tolong.. Jad tolong jaga Fateh malam ni boleh.. Bunga ada hal sikit nak settle" pinta Bunga didalam talian. Nadanya sebak.
" Bunga.. kenapa ni.. Bunga okay ke tak ni" Eliza risau. Dia tahu gadis itu dalam keadaan yang tegang.
" Jad please.. not now.. Bunga akan story tapi bukan sekarang... please.. jagakan Fateh malam ni untuk Bunga" esakannya masih laju.
" ok ok.. pape bagitahu Jad ya" pesan Eliza lalu dimatikan talian oleh gadis itu.
" Adam.. apa pula yang kawan baik awak buat dekat Bunga kali ni.. " marah Eliza ditalian.
" mana ada.. kenapa" soal Adam sambil memandang Firash yang berwajah kelat.
" Bunga minta saya jagakan Fateh untuk dia.. dia macam menangis je.. apa lagi yang dia nak.. tak cukup ke dia dah sakitkan Bunga sebelum ni.. sekarang bagi Bunga tenang dan hidup dengan cara dia" ujar Eliza tegas.
" dorang bergaduh.. Rayqal sekali" cerita Adam
" abang.. apa makhluk tu buat pula kali ni.. adoi la.. korang ni kan.. ishhh... " rungut gadis itu.
" Jangan risau.. kami tengah follow Bunga dari belakang.. " ujar Adam
" lagi... boleh tak biarkan dia sendiri.. dia dah terlalu tertekan dengan semua ni.. mana dengan waris berhentikan anak dorang dari amik art class... dia kena blackmail lagi.. kafe dia kena sabotaj.. ni korang pula nak tambah lagi masalah dia.. " marah Eliza.
" what.. kafe dia kena sabotaj.. kenapa kau tak bagitahu aku.. " marah Firash
" kalau aku bagitahu kau apa kau boleh buat.. tambah masalah dia lagi adalah.. " marah Eliza
" Dam.. kau drive balik aku naik dengan Bunga" pinta Firash apabila kelihatan kereta itu berhenti dibahu jalan dihadapan sebuah farmasi. Bunga keluar dari keretanya lalu masuk ke dalam farmasi.
" apa kau nak buat dekat Bunga hah" marah Eliza
" dahi dia luka.. sebab aku.. " ujar Firash kesal
" Dam kau balik dulu pape aku call kau" ujar Firash lalu bergegas farmasi
" Firash... aduhhh.. dia ni kan gila tak pernah habis" rungut Adam
" awak.. cerita sekarang kenapa dengan Bunga" marah Eliza
" Ye ye nanti saya cerita tapi bukan sekarang.. saya nak balik dulu.. letih dah layan gila si Firash" pinta Adam
" awak jangan nak mengelat.. " marah Eliza
" ya nanti saya cerita.. bagi saya balik dulu" rayu Adam
" ok saya tunggu tapi kalau awak tipu siap awak saya kerjakan" ugut Eliza.
Share this novel