18

Romance Completed 109150

Munir termenung di anjung. Tiada sepatah kata keluar dari mulut pemuda itu. Bunga hanya memerhati pemuda itu dari belakang. Harus di panggil apa pemuda itu.
" kau ok.." soal Firash
" entah.. aku tak tahu.. serabut.." ujar Bunga lembut. Firash mahu memeluknya namun dielak gadis itu.
" kenapa" soal Firash.
" kau tak jijik dengan aku" soal Bunga
" buat apa aku nak jijik dengan kau.. kau kan isteri aku" ujar Firash
" aku bukan isteri kau... perkahwinan kita tidak sah.. Munir tidak boleh jadi wali aku.. kita harus bubar perkahwinan kita" ujar Bunga. Firash tersentak.
" Munir.. aku pun tak tahu status dia.. anak saudara aku atau adik aku.. " ujar Bunga.
" tapi kita kan kawin dengan kadi..ada saksi bagai" ujar Firash
" ya.. sebab dorang tak tahu status kami.. mak rahsiakan." Firash diam. Dia seakan tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia harus berpisah dengan gadis itu.

" mak.. mak tahu tak tindakan mak merahsiakan semua ni dari kami dah buatkan perkawinan angah dengan Firash tidak sah.. mak tahu tak.. " marah Bunga. Zainab yang baru pulang dari hospital terdiam
" mak nasib baik kami belum bersama mak tahu tak.. dan nasib angah belum mengandung.. kalau tak.. Allah.. kami berzina mak" tangisnya berderai. Bunga duduk disofa. Bahunya terhenjut henjut kerana esakan.
" mak hanya fikir nak selamatkan Bunga dari apak.. sebab mak ada dengar apak suruh orang pergi bengkel Bunga untuk selesaikan hutang dia.. mak yang suruh orang report dekat masjid bila mak tahu Firash ada dengan Bunga malam tu.. mak minta maaf nak" rayu Zainab
" mak nak selamatkan Bunga tapi kenapa mak gadaikan Long pada apak.. Long pun anak mak.. " tengkingnya.
" apak ugut mak.. dia akan beritahu orang kampung siapa mak sebenarnya.. mak bekas perempuan lorong.. mak pelacur ngah" Bunga hanya mampu terdiam. Diraup wajahnya. Dia melepaskan keluhan berat.
" mak tak adil dengan long.. mak tak adil dengan kami..mak tak jujur dengan kami..mak gadai kan long hanya kerana maruah mak.. mak sanggup biarkan angah jadi gelandangan semata mata nak jaga nama mak.. kalau mak boleh gadaikan long untuk nama baik mak kenapa mesti mak selamatkan angah.. jangan sebab long anak luar nikah mak buat long macam ni" Melati yang sebelum ini hanya menurut kini bersuara. Bunga hanya diam. Dia sudah kehabisan kata.
" long.. mak minta maaf.. mak tahu mak salah. mak tak fikir panjang.." rayu Zainab.
" angah tak tahu nak cakap apa.. semua dah jadi lumpur.. maaf mak jika angah cakap angah tak boleh nak maafkan mak sekarang.. angah perlukan masa dan ruang untuk angah tenang.. dan jika angah maafkan mak angah tetap takkan lupa apa yang mak dah buat pada kami.. long... angah minta maaf.. angah minta kau tolong jaga mak.. Munir.. apapun jadi kau tetap adik angah yang paling angah sayang... " ujar gadis itu sambil memeluk pemuda itu erat.
" aku hanya ada korang berdua untu aku terus kuat... aku perlukan korang dan aku akan bantu korang.. ingat apa apa jadi aku sayang korang" mereka bertiga berpelukan bersama linangan airmata. Bunga bangun dan berlalu pergi tanpa menoleh kepada ibunya. Hatinya benar benar terluka.

Lakaran lukisannya tidak menjadi seperti yang diinginkan. Sekeping demi sekeping kertas dikeronyoknya. Fikirannya bercelaru. Firash.. nama itu tiba tiba bermain dibenaknya.
" sihat kah dia.. ok tak dia" ujarnya sendiri. Dipegang telefonnya. Dia berfikiran mahu dihubungi pemuda itu tapi malu bersarang dihati. Kehidupannya lebih hina dari yang disangka namun rindu mula bersarang dihati.
" kenapa susah sangat aku nak bahagia" ujarnya. Airmatanya membasahi kertas lukisan yang dipegangnya menitis satu persatu.
" Halluuu" Eliza menyapa sahabatnya. Bunga menyeka airmatanya. Di lirik senyuman buat gadis itu.
" Jad.. ada apa datang sini" soal Bunga
" taraa... Daging harimau menangis untuk orang yang baru menangis" seloroh gadis itu. Bunga tertawa. Eliza memeluk gadis itu erat.
" Sabar ya.. Jad tahu Bunga kuat.. Jad ada dengan Bunga" tiba tiba tangisan gadis itu berderai.
" la tadi kata kat Bunga ni dia pula yang menangis" usik Bunga.
" Jad tak sangka macam ni jadinya.." ujar gadis itu.
" apa" soal Bunga
" firash dah ceritakan semuanya pada Jad... dia yang suruh Jad datang sini tengok tengok kan Bunga.." ujar gadis itu.
" maaf Jad" ujar Bunga lembut.
" maaf kenapa" soal Eliza
" sebab terkawin dengan Firash" ujar gadis itu
" mula mula dapat tahu yang korang dah kawin memang Jad marah.. rasa kena betray.. tapi bila dengar korang dah berpisah.. urmmm ok masih ada chance" seloroh gadis itu. Bunga memandang sahabatnya.
" apa tak boleh.. best women win.. lawan secara sihat" seloroh Bunga
" ingat ni pertandingan cari jantan" soal Bunga. Eliza tertawa
" cari jodoh.. kenapa tak boleh" Bunga terdiam. Bibirnya berkerut kerut. Eliza tertawa melihat keletah gadis itu.
" Bunga.. Jad nak Bunga jujur dengan Jad.. Bunga sayang dia" Bunga tersentak mendengar soalan dari sahabatnya. Sudu ditangan gadis itu terjatuh.
" dah takde maknanya sekarang... kami dah berpisah" balas Bunga
" jawab soalan Jad dulu... Bunga sayang Firash tak" soal Eliza.
" Tipu kalau Bunga kata tak.. enam bulan usia perkahwinan kami.. Bunga selesa dengan dia.. Bunga suka dengan cara dia.." jujur gadis itu.
" Kalau diberi peluang... andai kata dia melamar Bunga.. Bunga terima" soal Eliza lagi.
" tak mungkin dia mahu peristerikan orang macam Bunga.. anak seorang pelacur.. anak seorang perogol dan seorang bekas gelandangan" hatinya yang tenang kini kembali sebak
" kalau Bunga tak nak... Jad sebat.. Jad takkan lepaskan Firash pada Yuna gedik tu.. Jad hanya lulus kalau Firash dengan Bunga walaupun sakit hati ini" gadis itu menepuk nepuk dadanya. Mereka tertawa.

Firash mendengar rakaman suara gadis itu dari corong telefon Eliza. Firash terdiam.
" dia trauma dengan apa yang dah jadi.. aku rasa kau patut beri dia ruang untuk dia bertenang" nasihat Eliza.
" aku tak paksa dia.. cukup dengan jawab call aku.. balas mesej aku.. itu je" rungut pemuda itu.
" ya aku tahu.. tapi kau dengar sendiri kan dia dah mula sayangkan kau.. tapi tiba tiba semua ni jadi.. sedangkan orang hanya tahu dia gelandangan dia dicemuh dan dimalukan macam tu.. apatah lagi kalau orang tahu hal keluarga dia.. kau rasa.. dia pasti akan dimalukan bahkan lebih teruk dari sebelumnya.. tambahan pula kau seorang selebriti.. kau faham maksud aku" ujar Eliza
" tapi aku sayang dia.. aku taknak kehilangan dia" jujur pemuda itu
" bagi dia tenang dulu.. bagi dia betu betul kuat baru lah kau buat apa yang patut.. jangan tambah kusut dekat otak dia.. lagipun Bunga bukan jenis manusia yang mudah jatuh cinta.. " ujar Eliza
" maksud kau" soal Firash
" kalau dia jenis mudah jatuh cinta.. dah lama rasanya dia jadi kakak ipar aku.. tapi kau tengok bertahun abang aku ayat dia .. apa pun tadak.. dulu masa study berapa ramai mamat nak kan dia semua dia reject.. dan kau la satu satunya lelaki yang berjaya tawan hati dia.." ujar Eliza
" mana kau tahu" soal pemuda itu lagi
" sebab aku kawan dia lah ngok... apa punya soalan la" rengus gadis itu. Firash tersenyum
" memang patut korang jadi bff mulut korang sama je.. lancang" ujar Firash
" of course.. bff kan" seloroh Eliza
" tapi aku nak minta kau tolong aku boleh" pinta pemuda itu
" apa dia" soal Eliza
" kau tolong tengok tengokkan dia untuk aku" pinta pemuda itu.
" ermmm ok.. aku buat ni untuk korang.. dengan harapan korang boleh get back balik.. tapi kalau kau tipu dia.. nahas kau aku kerjakan.." ugut Eliza
" wah samseng kau kan.. kau sekarang ni dah lain ek.. dulu I you I you dengan aku sekarang kau alu erk.." seloroh pemuda itu
" kenapa kau rasa menyesal ke reject aku" usik Eliza
" mak aih.. takdelah.. kalau dari dulu lagi kau macam ni kan bagus.. mungkinlah aku akan masukkan kau dalam senarai menunggu" seloroh pemuda itu.
" kau ingat ni urusan kerajaan ada tempoh menunggu.. ini soal hati dan perasaan tau.. aku terima kau reject aku sebab Bunga.. aku nak dia bahagia dan gembira.. aku nak derita dia berakhir... tapi kalau kau reject aku sebab si Yuna gedik tu... memang tak lah aku nak mengalah" ujar gadis itu.
" kau tak nak masuk waiting list aku" usik Firash sambil tertawa
" hoi cik selebriti.. kau ingat aku ni tak laku.. Cik Adam aku tu aku nak letak mana" Ujar Eliza.
" Adam..adam mana ni" Firash ingin tahu
" Adam PA kau la.. Adam mana lagi yang kau kenal" Firash melongo. Dia tidak tahu bahawa pemuda itu sudah berpunya.

Share this novel

Hashim
2023-03-01 08:30:25 

next please...best sangat novel ni...tq...


NovelPlus Premium

The best ads free experience