Firash menangis sendirian. Cahaya bulan yang menembusi tirai biliknya menyuluh wajahnya yang kesamaran. Berita yang disampaikan Adam petang tadi benar benar merobek hatinya.
" Kenapa kau sanggup tipu aku Bunga.. kenapa kau harus mengelak dari aku.." soalnya didalam hati. Diraup wajahnya yang dilitupi rambut.
" Bunga sebenarnya dah sembuh.. tapi dia megelak untuk berterus terang dengan kita..aku tahu pun sebab doktor yang rawat dia tu aku kenal.. aku tanya Bunga dan dia mengaku yang dia sebenarnya tak hilang ingatan.. tapi dia mahu mengelak dari kita.. aku tak tahu kenapa" jelas Adam. Eliza yang terkejut seakan mahu rebah mendengar kata kata teman lelakinya itu.
" tapi kenapa" soal Firash
" aku tak tahu.. dia kata sampai masanya nanti dia akan bagitahu kenapa dia mengelak dari kita semua" ujar Adam.
" kenapa saya pun dia nak mengelak..apa salah saya" soal Eliza yang mula berlinangan airmata. Dia seakan berkecil hati dengan tindakan sahabatnya yang cuba menjauhkan diri.
" awak.. saya yakin mesti ada sebab kenapa dia buat macam ni.. kita hanya perlu tunggu je..sampai masanya Bunga pasti akan beritahu sebabnya" pujuk Adam.
" bermaksud.. dia tipu aku lah selama ni.. dia salahkan aku dengan apa yang dah terjadi dia tuduh aku macam macam..dia sengaja sakitkan hati aku.. sebab dia memang nak jauhkan diri dia dari aku.. dia memang nak aku lepaskan dia ke" soal Firash yang mula bermonolog.
" Bro..kau lek la.. aku tak rasa Bunga benci kau..kalau dia benci kau takkan dia selalu ikut kau dan Fateh.. ni kau tengok ni" Adam menunjukkan foto dimana Bunga sedang mengekori pemuda itu dan Fateh di sebuah mall.
" habis kenapa dia meroyan kalau aku bersama dia.. " Soal Firash
" macam aku katalah.. mesti ada sebab kenapa tapi itu hanya Bunga yang boleh ceritakan aku memang tak tahu." Jelas Adam lagi.
" Kalau betul dia nak aku lepaskan dia.. aku rela andai itu yang buat dia gembira dan bahagia..tapi Fateh aku jaga.. Bukan dia.. dia ah buang Fateh dari hidup dia" tegas Firash.
" wei.. apa kau ni..tak perlu kot buat andaian sendiri.. sabar la..nanti dia akan explain semua" pujuk Adam.
" aku tak rasa dia masih punya perasaan dekat aku..aku je bro.. yang terhegeh hegeh..." ujar Firash. Adam kehabisan kata. Firash benar benar merajuk.
Adam mengetuk pintu bilik sahabatnya berkali kali namun tiada reaksi.
" Firash.. Mira datang.. kau ada janji dengan dia ke" soal Adam. Tidak lama kemudian pintu itu dibuka dari dalam.
" aku ada dinner malam ni..majlis YS" ujar Firash.
" merah mata kau..kau nak pergi macam ni ke.. wait.. kau bagitahu alamat kita.. kau dah kenapa dho" Adam tidak suka berkongsi alamat kediaman mereka kerana tidak mahu masa peribadi mereka terganggu.
" aku suruh dia datang pick up aku..aku malas la nak drive" alasannya. Dia mula bersiap.
" aku kan ada.. sejak bila kau rapat dengan si mira tu" soa Adam seperti polis sedang menyiasat.
" kau kan baru balik dating..lagipun dorang jemput aku dengan Mira sebab drama tu..kami kan baru menang award.." jelas Firash.
" ah kau...macam aku baru kenal kau sehari dua... kau betul betul nak lupakan Bunga" soal Adam.
" Dia dah mati bagi aku" Adam tergamam. Ternyata pemuda itu bermaksudkannya.
" Aku pergi dulu.. kau tak payah tunggu aku..aku balik dengan Mira" pesan Firash sebelum beredar. Adam hanya mampu berdiam.
Suasana glamor menyinari setiap ruang dewan itu. Firash yang mengenakan jaket kulit berona coklat seakan sedondon dengan pasangannya yang mengenakan blaus berona oak menjadi tarikan lensa kamera yang mula memancarkan cahaya lensa kearah mereka. Mereka menjawab setiap wartawan dengan tenang.
" ada gosip mengatakan yang you ada seorang anak lelaki.. betul ke" soal wartawan. Firash terdiam. Dia mencari kata.
" Ya.. anak saya dengan ex wife saya.. dua tahun nak masuk tiga" ujar Firash tenang. Mira tergamam. Malah wartawan juga terkejut akan hal itu.
" itu cerita lama dan saya rasa tak perlu lah dibahaskan lagi.. cukup lah kalau saya katakan itu adalah anak saya dan darah daging saya.." tegas Firash sebelum mereka beredar.
"you.. serius la you pernah married" soal Mira
" ya.. why.. tak percaya" soal Firash
" of course lah.. Firash Idlan..pernah berkahwin.. kenapa orang tak tahu pelakon terkenal malaysia kawin" Mira seakan tidak yakin dengan jawapan pemuda itu
" perkahwinan kami rahsia dan penceraian iami pun rahsia.. tapi anak I bukan lagi rahsia" ujar Firash. Mira menarik wajah muram. Jejaka idamannya pernah menjadi milik seseorang.
" you masih sayang dia" Firash tersentak dengan pertanyaan gadis itu.
" I tanya..you masih sayangkan ex wife you" soal Mira lagi.
" patut ke I jawab soalan you.. lagipun kami dah bercerai lama dah..waktu tu dia tengah pregnantkan anak I dua minggu then I tak tahu.. sampai lah anak kami dilahirkan kamu tak pernah rujuk" ceritanya. Walaulun hanya rekaan ianya harus nyata. Dia tidak mahu status anaknya menjadi bahan bualan.
" you tak jawab soalan I firash" Nada gadis itu tegang. Firash memberhentikan langkahnya.
" you dah kenapa.. bagi I satu sebab kenapa I nak kena jawab soalan tu.." soal Firash semula.
" Firash... I thought you love me like I love you" nada gadis itu kedengaran kesal.
" wait... bila I kata I cintakan you" soal Firash.
" you dah lupa ke.. dekat kelab.. malam party designer Zhen Vic.. you peluk I.. you yang cakap you cintakan I.. you cium I.. jenny saksi semua luahan you" Firash cuba mengingati kejadian itu. Dia meraup wajahnya kesal.
"sorry Mira.. I tak bermaksud macam tu.. I'm so sorry ok..Malam tu I drunk you drunk... I serabut tengah ada masalah.. then luahan tu bukan untuk you" jelasnya.
" bullshit Firash Idlan.. you ingat I ni apa hah.." Marah gadis itu.
" sorry Mira.. I didn't mean it" pintanya. Pipinya ditampar tiba tiba oleh gadis itu. Banyak mata memerhati aksi mereka. Mira meninggalkan Firash yang berada dalam kekusutan.
Media sosial, media eletronik dan hiburan juga akhbar mula berbicara tentang pertelingkahan mereka. Firash hanya diam dan tiada sebarang kenyataan dari pihaknya. Hanya kenyataan dari pihak Mira yang menyekat spekulasi dari terus berpanjangan.
" habis apa kau nak buat Firash" soal Adam.
" aku akan purpose Mira untuk jadi tunang aku" ujar Firash.
"wei.. habis Bunga" soal Adam
" tak habis habis Bunga Bunga Bunga.. kalau kau nak sangat dia kau amik la" Firash tiba tiba menyinga.
" aku tahu kau masih sayang dia.. cuba kau beri dia peluang untuk dia jelaskan semua ni.. mesti ada sebab kenapa dia bertindak macam ni dan aku tak rasa dia ada pengganti kau" ujar Adam.
" mana kau tahu.. dah tiga minggu dia diam tanpa berita.. ke mana dia.. dengan siapa.. Fateh.. langsung dia tak jenguk.. dia tipu aku kinon dia masih trauma tapi hakikatnya.. " Ditepuk bingkai tingkap berkali kali bagi melepaskan amarahnya.
" dah kau tahu dia hilang ada kau cuba cari dia.. takkan.. kau pun takde tunjuk kesungguhan kau untuk tambat semula hati dia" nasihat Adam.
" untuk apa aku cari dia kalau dia sememangnya dah tak nak aku dalam hidup dia" ujar Firash. Diluahkan segala yang terbuku dihati.
" ikut kau lah.. aku cuma boleh beri nasihat tapi kalau kau nekad dengan keputusan kau.. terpulang aku tak nak bila kebenaran terbongkar.. kau menyesal.. Bunga satu dalam seribu tau" nasihat Adam lagi. Firash merenung diluar jendela. Dia berfikir sejenak akan kata kata sahabatnya itu.
Share this novel