63

Romance Completed 109150

Bunga memandang sekeliling. Tempat itu amat dikenalinya. Bunga turun dari kereta yang dipandu pemuda itu lalu berjalan menuju sebuah rumah. Diselak pintu kayu yang berhabuk itu lalu dia melangkah masuk ke dalam. Dia rindu suasana didalamnya. Bengkel yang lama ditinggalkannya kini semuanya seakan kusam. Berdebu dan berhabuk. Dipegang setiap peralatan dipegangnya. Lukisannya yang ditutupi kain putih dibukanya. Airmatanya menitis lagi. Firash membuka tingkap agar udaranya berubah. Dipasang semua lampu agar lebih jelas pandangan gadis itu. Bunga mencapai bingkai gambar yang meletakkan dirinya bersama fateh yang baru berusia beberapa bulan dan arwah suaminya. Haqeem. Di sapu bingkai itu ditiup debu halus lalu menampakkan jelas gambar didalamnya. Hatinya menjadi hiba tatkala wajah lelaki yang pernah menjadi teman sebantalnya itu ditatapnya.
" awak... saya rindu awak.. saya tak kuat awak.. " rayunya lalu diletakkan gambar itu didadanya dan digenggam kemas. Firash hanya membiarkan gadis itu melepaskan segala kenangannya.
" Haqeem.. saya betul betul tak kuat" rayunya lagi. Kedengaran esakan tangis gadis itu.

Deruan ombak memecah sunyi. Bunga melemparkan pandangan ke laut luas yang gelap. Masih kedengaran baki esakkannya. Firash hanya duduk di belakang gadis itu. Tidak mahu dia mengganggu ketenangan gadis itu.
" awak nak apa dari saya Firash.. saya rasa antara kita dah tamat" ujar Bunga lembut tanpa menoleh. Firash diam. Dia cuba mencari jawapan untuk soalan itu.
" awak balik la.. Mira lebih berhak keatas diri awak.. bukan saya" ujar Bunga lagi. Firash menghampiri gadis itu lalu dipeluk gadis yang amat dirinduinya dari belakang. Bunga hanya membiarkan sahaja. Pelukan itu terasa hangat. Dia amat rindukan kehangatan itu. Bunga menunduk. Sebak. Kerana selepas ini dia tidak dapat merasakan lagi kehangatan itu.
" aku rindu kau.. rindu sangat sangat" ujar Firash.
" awak dah tak perlu rindukan saya.. ada insan yang lebih berhak keatas rindu awak.. dan orang tu bukan saya Firash.. awak dah jadi tunangan orang Firash" ujar Bunga lembut.
" aku tak sayang dia.. aku terpaksa.. pertunangan sekadar menutup cerita buruk tentang kami.. lagipun pertunangan kami atas urusan perniagaan.. aku sayang kau.. aku hanya untuk kau Bunga" ujar Firash. Dikucup ubun ubun gadis itu berkali kali. Bunga terasa tenang.
" kenapa sampai perlu berpura.. awak tak rasa bersalah ke dengan perbuatan awak.. awak dah mainkan hati dia Firash.. " ujar Bunga. Dia menoleh lalu menatap wajah sugul pemuda dihadapannya. Wajah itu diusap lembut.
" Lupakan saya ya.. saya tahu dia akan bahagiakan awak" pujuk Bunga.
" No.. kami dah berjanji hanya setahun.. cukup setahun kami akan umumkan putus.. kami akan berpisah... kau tunggu ya.. " kali ini giliran Firash pula merayu.
" saya tak nak bagi awak harapan dan tak nak mengharap pada sesuatu yang tak pasti. Berhenti mengharap pada saya" pinta Bunga.
" kenapa.. kau dah ada jantan lain ke" soal Firash yang mula berang.
" tak.. saya takde siapa siapa selain awak.. tapi saya tak rasa kita akan bersama.. Mira nampak sangat dia sayang awak lebih dari saya sayangkan awak" jujur Bunga walaupun hatinya remuk. firash meraup wajahnya kasar. Dia sudah membara dengan kenyataan Bunga.
" awak.. awak balik la.. Mira mesti cari awak" pinta Bunga.
" kau kenapa eh.. kau kalau dah ada jantan lain bagitahu aku.. kau tak payah berbasi basi dengan aku.. " marah Firash. Dinding batu itu ditumbuknya kuat hingga mengalirkan cecair merah ditangannya. Bunga meluru turun kebawah lalu dicapai peti kecemasan. Dibalut tangan pemuda itu.
"awak.. jangan jadi budak budak.. awak tak perlu cemburu kalau saya dengan lelaki lain sebab awak dah ada Mira.. itu realitinya yang perlu kita terima.. apapun alasan awak.. dia tunang awak.. dan saya hanya someone yang akan jadi sejarah.. end.. tamat.. full stop.. faham tak" Bunga menahan sebaknya. Dia harus kuat dan dia harus menamatkan semua sandiwara.
" kenapa.. kenapa kau buat aku macam ni Bunga.. " Firash sudah hilang akal. Dia tidak mahu kehilangan gadis dihadapannya sekali lagi. Dia mahu bersama gadis itu namun dia tahu dia sudah tersilap langkah. Dia mahu pertahankan cintanya namun dia sudah terikat. Andai ditahan gadis itu.. dia seakan menyiksa gadis itu.. andai dilepaskan dia akan kecewa.
" tamak kah aku" soalnya pada dirinya sendiri.
" sebab itu yang dah ditakdirka untuk kita. " balas Bunga tenang walaupun hatinya sudah meraung. Dia cuma tidak mahu merosakkan suasana. Dan dia juga tahu bahawa Firash bisa bertindak diluar kotak pemikiran. Bunga tidak mahu itu terjadi.
" habis Fateh... kau tak rindu dia.. lau tak sayang dia" soal Firash.
" ibu mana tak sayang anak.. tak rindu anak bia berjauhan.. tapi buat masa sekarang saya tak boleh jumpa dia.. saya perlu selesaikan apa yang patut saya selesaikan lepas tu baru saya jumpa dia... " ujar Bunga. Airmatanya mula bergenang namun ditahan dari pecah.
" kau memang selfish Bunga" herdik Firash. Bunga terdiam.
" dari awal lagi kau memang dah buang aku dan Fateh dari hidup kau kan.. so sekarang kau nak tunding jari dekat aku pula.. kau memang perempuan hipokrit. " marah Firash.
" ya saya selfish.. saya hipokrit.. saya perempuan sundal dan murahan yang memang tak layak berdamping dengan manusia suci seperti awak.. puas hati" Bicara Bunga tenang dalam tangis dihati. Matanya tidak dapat memandang pemuda yang berdiri dihadapannya. Dia mengalihkan pandangannya ke laut. Telefonnya berdering.
" hello... I ada dekat rumah.. baru sampai.. kenapa Rais.. oh ok ok.. nanti I bagitahu Melati ya.. ok bye" talian itu ditamatkan. Firash merenung gadis itu tajam. Amarahnya semakin meluap luap.
" awak pergi balik.. saya nak rehat.. esok saya ada kerja" pinta Bunga. Ditutup peti kecemasan lalu diletakkan diatas meja. Bunga berdiri dihadapan pintu biliknya.
" kerja apa.. berkepit denga si tua tu... itu kerja kau" marah Firash.
" awak balik ya.. saya letih.. " alasan yang sama diberi Bunga.
" kau jawab dulu pertanyaan aku.. urusan apa" tengking Firash.
" ya saya ada urusan dengan Rais.. saya kena layan kemahuan dia.. puas hati awak" Tengking Bunga. Firash semakin membara.
" awak boleh keluar.. " pinta Bunga. Firash berjalan menghampiri pintu. Bunga melangkah ke dalam biliknya. Tidak mahu dia berselisih bahu dengan pemuda itu.

KETAAAKKK

Bunyi tombol pintu dikunci dari dalam. Bunga menoleh. Firash masih disitu.
" awak buat apa ni.. pergi balik.. saya nak tidur.. saya letih.." ujar Bunga. Dia mula cuak.
" kau ingat aku akan lepaskan kau pada jantan lain.. kau milik aku Bunga Iris.. selamanya milik aku... " ujar Firash bengis.
"Awak.. tenang.. tenang.. awak balik dulu.. esok kita bincang" pinta Bunga gugup. Dia ketakutan.
" baru sekarang kau nak bincang.. dari tadi kau menidakkan perasaan aku.. dah terlambat Bunga.. " didorong tubuh gadis itu ke katil. Gaun pendek yang dipakai Bunga menampakkan pahanya yang gebu.
" Awak.. jangan macam ni.. jangan ulang kesilapan yang sama" rayu Bunga apabila Firash sudah meratah batang tubuhnya rakus.
" menyesal.. aku lagi menyesal lepaskan kau pada jantan tu.. kau milik aku.. aku tak suka berkongsi. " leher Bunga dicium kasar. Dicium bauan rambut gadis itu. Bunga mahu melawan tapi takut Firash akan bertindak lebih kasar.
" awak.. saya bukan milik siapa siapa.. " Firash tidak mengendahkan rayuan Bunga. Baju Bunga direntap menampakkan seluruh tubuh gebu kemerahan milik gadis genit itu. Nafsu Firash semakin membuak. Dari amarah bertukar rakus.
"awak kata awak sayang saya" Bunga mencuba.
" ya aku sayangkan kau tapi kau dah mainkan perasaan aku.. kau serahkan diri kau pada si tua tu.. kau mainkan hati aku.. kau nak aku buat macam mana lagi supaya kau faham yang aku sayangkan kau... separuh nyawa aku hidup aku hanya ada kau dan Fateh" ujar Firash.
" awak jangan buat saya macam ni" rayu Bunga. Firash menatap wajah gadis yang sudah dibasahi airmata. Peluh didahi gadis itu di sapunya lembut.
" tapi kenapa kau buat aku macam ni.. kenapa kau tolak cinta aku.. aku sayang kau.. Firash menerkup wajahnya ke leher gadis yang berbaring dibawahnya. Bunga kaku. Kedengaran esakkan dari pemuda itu.
" saya sayang awak... saya tak pernah terlintas untuk cari pengganti awak.. dan hanya awak sorang je lelaki yang dah tengok tubuh saya.. tiada yang lain.. Rais.. saya hanya teman dia ke acara dan tak lebih dari itu.." jelas Bunga.
" saya bukan pelacur.. saya bukan call girl... saya tak suka pekerjaan saya sekarang tapi sebab saya terpaksa.. saya buat untuk lindungi orang yang saya sayang.. " Firash masih dalam tangisan.
" awak dan fateh.. dua insan kesayangan saya" ujar Bunga lagi. Firash mengangkat wajahnya. Ditatap wajah Bunga tepat. Bunga mengukir senyuman walaupun dia masih takut akan tindakan Firash yang sukar dijangka.
" Kau tak tipu aku kan.. " soal Firash.
" ya.. awak dan Fateh.. kesayangan saya" Bunga menarik selimut perlahan lahan lalu menutup tubuhnya yang terdedah.
" jom ikut aku" ajak Firash.
" ke mana" soal Bunga.
" jom lah.. nanti kau tahu sendiri. Firash menghulurkan sepasang pinjama kepada Bunga yang masih terkulat kulat.

Share this novel

Rohani Hussin
2023-08-19 23:29:51 

update pleasee


NovelPlus Premium

The best ads free experience