Firash membuka plastik yang berisi ubat ubatan itu lalu di letakkan di atas meja. Dia menanti Bunga yang sedang menyalin pakaian. Deruan ombak yang memecah sunyi diamatinya.
" awak buat apa lagi dekat sini" soal Bunga. Diangkat ubat pencuci luka lalu di goncangkan perlahan.
" saya boleh buat sendiri" diragut ubat itu dari pemuda itu namun pinggangnya dirangkul oleh pemuda itu menyebabkan dia jatuh diribaan pemuda itu. Bunga cuba untuk bangun namun kakiny dikepit kemas.
" stay.. jangan gerak.. nanti tercucuk pula" ujar Firash. Dicuci luka gadis itu lalu disapu iodin pada luka gadid itu. Mata Bunga tidak lari walau sesaat dari memandang pemuda itu. Gerakan halkum pemuda itu seakan menggodanya. Bunga berdehem apabila mata mereka bertembung. Ada sebaris senyuman terukir dibibir pemuda itu. Bunga mengalihkan pandangannya. Hatinya mula bergetar. Tipu andainya dia tidak tergugat dengan panahan mata pemuda itu namun dia perlu melawan perasaannya yang disimpan begitu lama untuk pemuda itu. Dia tidak mahu tersilap langkah lagi
" Ok dah" ujar Firash. Bunga mahu bangun namun dihalang pemuda itu. Dipeluk gadis itu erat. Bunga tergamam. Sesungguhnya dia merindui pelukan itu tapi apakan daya mereka tidak sealiran kasta.
" sekejap je.. Bagi Firash lepas rindu.. Rindu sangat" Diletakkan mukanya ke bahu gadis itu. Jari jemari mereka bersilang dan digenggam erat. Bunga terkedu. Dia seakan tugu peringatan. Kaku.
" Rindunya pada bau ni.. tenang.. " ujar Firash. Bunga mula gelabah. Terasa hangat secara tiba tiba walaupun semua tingkap dibuka luas.
" saya tahu saya salah.. saya minta maaf.. saya tahu saya tak berhak dapat peluang kedua dari awak tapi saya tak sanggup lepaskan awak untuk kali kedua... saya sayang awak Bunga.. Sayang sangat sangat" ujar Firash. Terasa sebak dihatinya. Bunga diam.
" saya tahu silap dan salah saya pada awak terlalu besar tapi saya masih berharap kemaafan dari awak Bunga" ujar pemuda itu lagi. Kali ini bahunya terasa hangat. Bunga menundukkan wajahnya sedikit. Kelihatan airmata pemuda itu mengalir.
" Saya takkan berhenti dari terus mencintai awak dan takkan berhenti berharap yang kita akan kembali seperti dulu.. " ujar Firash lagi. Bunga seakan kematian kata. Dibiarkan tangan pemuda itu merangkul lehernya lalu dikucup lehernya lembut sebelum dilepaskan semua rangkulannya dan pemuda itu bangun dari duduknya dan beredar tanpa menoleh kearahnya. Bunga tergamam. Dipegang bekas kucupan itu. Jantungnya semakin berdegup kencang. Dia berlari mahu mendapatkan pemuda itu namun terlambat apabila pemuda itu sudah beredar bersama Adam yang datang menjemputnya.
" so.. apa cerita" soal Adam. Dari tadi Firash hanya diam seribu bahasa.
" aku takkan berhenti sayang dan cinta dia tapi aku akan berhenti merayu dia.. aku taknak paksa dia.. aku serahkan semuanya pada Allah" ujar Firash.
" hah.. kau tak takut ke Rayqal masuk daun" uji Adam
" Rayqal bukan saingan aku" balas Firash yakin
" amboiii.. " seloroh Adam.
" depan aku dia reject Rayqal... aku yakin Rayqal bukan pilihan dia" ujar Firash tenang walaupun sebak dihatinya masih berbaki.
" kalau tak dia.. mana tahu kot kot ada mamat lain nak take over.. hah.. macam mana" soal Adam lagi. Dia seakan tidak percaya bahawa pemuda itu akan mengalah dengan begitu mudah.
" kalau dia bukan jodoh aku.. aku redha" ujar Firash. Adam terkedu. Firash masih mengingatkan diari gadis itu yang dibacanya secara curi curi. Luahan hati gadis itu memerangkap perasaannya. Setiap saat rindu gadis itu padanya tertera disitu tetapi disaat akhir hati itu sudah mula beralih kepada nama yang sudah tidak lagi bernyawa. Kasih dan sayang gadis pada pemuda bernama Haqeem itu terkubur begitu sahaja. Baginya dia seakan mash punya harapan namun apabila dilihat wallpaper telefon itu ketika mereka berpelukan terasa seakan hilang harapannya. Cantuman beberapa gambar Bunga dan Haq dijadikan penghias skrin telefon gadis itu dan tertulis MY BELOVED merosakkan sekaligus memusnahkan harapannya. Ternyata hati gadis itu sudah bukan miliknya. Firash hanya diam. Di perhati bulan yang mengekori geraknya.
Bunga termenung di tingkap. Kelakuan Firash masih bermain diingatannya. Dipegang dadanya. Terasa sesak. Degupan yang sukar ditafsirnya.
" sungguh aku rindu.. " ujarnya. Detik mesej masuk menganggu lamunannya. Mesej dari Eliza dibacanya. Di dail nombor gadis itu.
"Bunga ok tak" soal Eliza risau.
" Bunga ok.. Fateh buat apa.. dia meragam tak" soal Bunga.
" dia ok.. mummy dengan daddy Jad suka melayan dia.. habis Jad kena leter tanya bila nak bagi cucu" tawa gadis itu berderai. Bunga tertawa kecil.
" sorry... babe Bunga dah menyusahkan Jad" ujar Bunga sebak
" weh.. apa cakap macam tu.. Jad suka Fateh ada.. berseri rumah ni... pinjam seminggu boleh" pinta Eliza.
" amboi... habis Bunga.. sunyi lah.." rungut Bunga. Kedengaran suara gelak dari pemanggil.
" Bunga settle dulu hal Bunga.. Kesian Jad tengok Bunga.. bila semua dah ok ambil balik Fateh... Kesian dia juga.. takut terkesan dengan situasi sekarang... walaupun dia baby tapi instict dia kuat tau.. " nasihat Eliza.
" tapi Jad.. " Kata katanya dipintas Eliza
" No tapi tapi.. for Fateh sake.. lagipun apak ada dekat rumah mak kan.. buatnya mereng dia datang dirembatnya Fateh dijualnya macam mana" nasihat Eliza
" apak takkan buat macam tu" tolak Bunga.
" Bunga dah lupa apa dia buat pada Huzair.. " Bunga tersentak. Ya lelaki itu tidak punya belas kasihan jika ianya berkaitan dengan wang. Hatinya mula tak keruan. Risau mula menjengah.
" Bagi Bunga seminggu untuk selesaikan semua ni ya.. " akhirnya dia terpaksa akur. Demi keselamatan anaknya dia terpaksa berpisah untuk sementara waktu.
" ya.. jangan risau la... Jad yakin Fateh akan ok punya.. Bunga tu jaga diri..." nasihat Eliza. Talian dimatikan. Bunga kembali melihat laut lepas yang kelam. Sunyi. Bingkai gambar Haq dicapainya lalu di tatap sayu.
" Haq... kenapa Haq tinggalkan Bunga macam ni.. Apa yang patut Bunga buat sekarang Haq.. Bunga tak kuat Haq.. Bunga perlukan Haq.. Bunga perlukan Mak. " Bingkai itu dipeluk kemas. Bunga asyik dalam esakannya hingga ketiduran.
Azah memulakan kerjanya seperti biasa. Dibuka lampu dan disusun atur kelengkapan kafe dan kelas. Mesej dari Bunga dibacanya. Gadis itu tidak masuk kerja hari itu. Mahu di telefon gadis itu namun dia tidak mahu mengganggu. Pagi pintu kafe dibuka. Seorang gadis yang berpakain daring memasuki kafe.
" Bunga ada" soal gadis itu
" maaf.. Cik Bunga tak masuk kerja hari ni... dia tak sihat. " Balas Azah. Gadis itu kemudian keluar dan menghilang.
Share this novel