38

Romance Completed 109150

Bunga menyediakan makan malam untuk suaminya yang akan pulang pada bila bila masa. Diatur semuanya agar tampak sempurna. Jalannya sedikit perlahan memandangkan perutnya semakin menampakkan bentuknya. Dia termengah mengah. Dia duduk di kerusi bagi menghilangkan lelah. Kandungan berusia enam bulan itu perlu dijaga dengan baik agar tiada berlaku perkara yang tidak diingini. Diusap perutnya lembut. Terasa pergerakan didalamnya. Bunga tertawa sendiri.
" Assalamualaikum..." Ucap Haq yang baru pulang dari kerjanya. Bunga menoleh. Dia bangun dan perlahan lahan mendapatkan lelaki itu. Dia ambil beg plastik yang berisi buah itu lalu diletakkan ke meja.
" Tak sihat ke... pucat je muka" soal Bunga.
" entah lah.. rasa macam nak demam pun ada" ujar pemuda itu. Bunga meletakkan tangannya ke dahi pemuda itu.
" Ya Allah.. kenapa baru balik.. kenapa tak amik half day je" soal Bunga.
" ada staff tak datang.. lagipun demam sikit je ni.. makan ubat rehat.. ok la nanti" balas pemuda itu. Dia bersandar disofa lalu dipejamkan matanya.
" kejap Bunga ambilkan ubat" ujar gadis itu. Langkahnya tergesa gesa. Tubuhnya dirangkul dari belakang. Bunga tersentak.
" tak pe.. Haq dah makan ubat tadi.. Bunga dah makan.. " soal pemuda itu. Wajahnya merah menahan sakit.
" tunggu Haq.. tapi takpelah.. kita makan kejap lagi.. Haq rehat dulu" Dipapah pemuda itu ke sofa semula namun langkah mereka terhenti di meja makan.
" Jom makan.. Haq lapar" ujarnya. Bunga tergamam melihat kelakuan pemuda itu.
" Jom la.. Haq lapar ni" rengeknya. Bunga meletakkan nasi dipinggan pemuda itu. Mereka makan bersama. Bunga memerhati tingkah suaminya yang kelihatan begitu berselera.

Usai mengemas meja, Bunga menuju ke ruang tamu bagi melihat keadaan suaminya namun pemuda itu tergamam tiada disitu. Dia cuba mencari diluar. Risau andainya pemuda itu keluar dalam keadaannya tidak sihat memandangkan sekarang musim salji. Di intai intai diluar.
" kereta ada.. kat atas kot" Bisik hatinya. Dia meniti satu persatu anak tangga dengan penuh hati hati. Dia ke kamarnya namun pemuda itu masih tiada. Bunga cuak. Risaunya mula menebar. Bunga menghampiri bilik air apabila kedengaran suara erangan seseorang.
" Ya Allah.. Haq" tempik Bunga. Pemuda itu terbaring dilantai bilik air dan kepalanya berlumuran darah. Bunga menangis semahunya. Ditarik pemuda itu keluar lalu dia menelefon ambulans memohon bantuan.

Bunga menggenggam erat jari pemuda itu. Airmatanya menitis satu persatu. Ambulans yang membawa mereka terasa lambat. Haq tidak sedarkan diri.
" Haq sabar kita dah nak sampai" ujarnya. Tiba di hospital, Haq didorong masuk ke bilik kecemasan. Bunga mundar mandir disitu. Dia tidak tahu mahu berbuat apa apa. Ditelefon sahabatnya yang berada di Malaysia. Hanya Eliza yang terlintas difikirannya.
" Bunga macam mana.. Bunga ok ke tak " soal Eliza ditalian
" Bunga ok.. cuma Bunga takut apa apa jadi dekat Haq.. Jad.. Bunga nak apa sekarang ni" soal Bunga. Tangisannya kedengaran dihujung talian.
" Ok.. tenang.. Bunga tenang.. tunggu doktor dan dengar doktor kata apa.. Jad cuba dapatkan flight terawal.. Jad pergi sana dengan Adam" Ujar gadis itu. Bunga hanya terdiam. Bunga bangun dari duduknya apabila nama suaminya disebut. Bunga yang berdiri seakan mahu rebah apabila doktor menerangkan keadaan suaminya. Airmatanya bercucuran. Terasa seakan dirinya dihempap batu besar.

Eliza dan Adam bergegas mendapatkan sahabatnya sebaik saja tiba dari Malaysia.
" Haq macam mana" soal Eliza.
" dia masih belum sedar.. dia mengalami pendarahan yang banyak" ujar Bunga. Matanya membengkak dek kerana tangisan. Eliza memeluk sahabatnya erat.
" Kau kena rehat.. kesian baby" ujar Adam. Bunga hanya tersenyum.
" sorry ganggu korang.. sepatutnya korang kena ada dengan Firash.. hari ni kan wedding dia" ujar Bunga.
" tak ingin Jad pergi.. nak pergi buat apa.. tengok betina gedik tu.. tak payah" marah Eliza. Bunga hanya tersenyum.
" Bunga balik dulu dengan Jad.. biar Adam stay sini.. nanti kalau ada apa apa Adam call" ujar Adam
" tapi Bunga nak tunggu sampai Haq sedar" ujar Bunga
" kita balik dulu... ni tengok baju ni.. kesan darah ada lagi ni.. balik salin baju dulu then kitq datqng balik" pujuk Eliza.

"makan la sikit.. perut tu nanti sakit..." tegur Eliza apabila melihat sahabatnya hanya mengacau sup cendawan yang dimasaknya.
" Jad rasa Haq akan sihat balik ke" soal Bunga
" InsyaAllah dia akan sihat.. dah makan" pinta Eliza
" macam mana kalau dia tak bangun bangun" soal Bunga
" ish apa cakap macam tu.. kita kena positif.. dah tak nak cakap macam tu" ujar Eliza.
" Bunga takut kalau Bunga akan hilang dia.. " ujar Bunga. Airmatanya menitis satu persatu.
" sabar ya.. Bunga kena banyakkan doa.. baby doakan untuk papa baby ya" ujar Eliza. Dilurut rambut gadis itu lembut.

Bunga dan Eliza bergegas ke hospital apabila mendapat panggilan bahawa Haq telah sedar.
"Kenapa nangis ni" ujar Haq lembut. Jarinya menyeka airmata gadis itu lembut.
" Bunga dah makan.. baby macam mana.. ada ganggu ibu tak" selorohnya. Bunga tersenyum.
" Ya Allah cantiknya isteri Haq bila senyum" pujinya lagi.
"Haq kita balik Malaysia ya.. " cadangnya.
" ya tapi lepas kita pergi umrah... Haq dah uruskan semuanya.. minggu depan kita pergi.. barang barang Haq dah upah orang untuk kemaskan dan pos balik ke Malaysia. " Bunga hanya mengangguk.
" tak suka ke.. " soal Haq lagi
" suka.. " balas Bunga pendek
" Habis tu... nangis tu" selorohnya. Bunga menggigit lengan pemuda itu
" Adoi... habis la baby nanti suka menggigit" usiknya.
" Haq... " rengek Bunga.
" ok ok.. " lalu dipeluk gadis itu erat.
" rindunya Haq dekat Bunga" bisiknya.
" Bunga pun" pelukkan pemuda itu dibelas erat. Adam dan Eliza hanya tersenyum menumpang kegembiraan itu.

" Adam, kau janji dengan aku tolong tengok tengokkan Bunga ya... " pesan Haq
" ya aku janji.. tapi kenapa kau tak nak bagitahu dia" soal Adam
" aku taknak dia risau.. lagipun aku taknak susahkan dia.. hidup dia dah terlalu perit untuk tanggung beban. " ujar pemuda itu
" ya aku tahu.. tapi macam mana kau boleh buat Firash batal wedding dia" soal Haq.
" sebab aku tahu Bunga masih sayangkan Haq.. dan dia pun sayangkan Bunga.. lagipun anak itu perlukan bapanya" Adam tersentak.
" maksud kau" Adam kehairanan
" anak tu anak Firash.. bukan anak aku.. aku dengan Bunga tak pernah bersama.. macam mana aku nak bersama sedangkan aku tak boleh dan tak mampu beri dia zuriat.. " ujar Haq.
" aku hanya menjaga dia supaya dia tidak di aibkan lagi.. kau tahu kan.. beribu mata memandang dia hanya untuk mencari salah dan aib Bunga" ujar Haq
" tapi kenapa kau perlu rahsiakan dari Firash.. kenapa kau tak terus terang je" soal Adam
" aku hanya ikut permintaan Bunga.. lagipun sekarang bukan masa sesuai untuk reveal semunya.. Bunga perlu sihat.. dia perlu tenang.. aku taknak emosi dia terganggu.. " ujar Haq.
" aku tak tahu nak cakap apa tapi aku akan pegang amanah kau.. " ujar Adam
" andai dorang berdua berjodoh kau tolong satukan mereka ya.. dorang berhak bahagia" terasa sebak dihatinya untuk melepaskan gadis itu namun dia tahu satu har nanti dia pasti akan melepaskan gadis itu pada yang berhak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience