8

Romance Completed 109150

" maaf cik Firash.. malu makcik dengan cik Firash" ujar Zainab usai semuanya reda. Bunga duduk dibangku diluar. Remuk hatinya dengan tindakan ibunya.
" panggil saya Firash je makcik" Firash berbahasa.
"tak payah nak malu dengan orang lah mak.. mak yang buat keputusan yang bodoh.. mak angah nak tahu.. apa yang fikir sampai mak sanggup bertahan.. mak ada fikir tak tentang kami anak anak mak.. mak dia nak jual Long tau.. anak mak.. bukan anak lembu atau anjing" marah Bunga
"ngah.. kau bercakap dengan mak ngah.. " Zainab mengingatkan
" angah tahu.. tapi mak juga kena tahu istilah derhaka bukan untuk anak saja.. tapi juga untuk ibu bapa.. contohnya macam mak dan apak.. " ujar Bunga. Zainab diam. Bunga melangkah keluar dari rumah itu. Dia perlukan ketenangan.
" saya minta diri dulu makcik.. saya nak hantar Bunga balik" ujar Firash.
" tolong jaga dia.. tolong tengok tengokkan dia ya.. " pinta Zainab. Firash mengangguk.

Dibunyikan hon keretanya berkali kali namun tidak diendahkan gadis itu. Di berhentikan keretanya bagi menyekat langkah gadis itu.
" kau nak apa" marah Bunga
" masuk.. aku hantar kau balik" suruh Firash.
" tak payah susah susah.. aku boleh jalan balik" tolak Bunga
" masuk aku kata" nada Firash tinggi seoktaf. Bunga masih tidak mengendahkan pemuda itu. Firash keluar dari keretanya lalu dirangkul pinggang gadis itu dan didorong tubuh itu ke dalam kereta.
" kau duduk diam diam sebelum aku cincang kau lumat" ugut Firash. Bunga terdiam. Dia membungkam dari tadi. Tiada sepatah kata keluar dari mulut gadis itu. Tiba dibengkel dia melangkah perlahan menuju ke bengkel. Firash hanya memerhati dari dalam kereta. Dia tidak mahu menganggu gadis itu takut akan mengeruhkan lagi keadaan. Bunga masuk ke dalam bengkel lalu direbahkan tubuhnya disofa. Dia menerkup mukanya dengan bantal lalu dijerit sekuat hati. Tangisnya kedengaran di celahan dinding kayu itu. Firash yang berdiri diluar bengkel hanya mampu bersimpati.

Adam cuba mencari alasan untuk mengelakkan pelakon jagaannya itu dimarahi penerbit. Dia mundar mandir menunggu akan kehadiran pemuda itu.
" Dam pengarah tanya mana Firash" tanya salah seorang krew.
" di on the way.. tadi kereta dia buat hal" dalihnya.
" mana kau Firashhh... kenapa la yang kau tak balik malam tadi.. " rungutnya. Diperhatikan telefonnya, tiada panggilan masuk dari pemuda itu.
" Adam.. mana Firash.. takkan tak sampai sampai lagi" tanya seorang krew lagi
" sorry aku lambat.. " ujar Firash yang baru tiba.
" kenapa kau lambat.. produser dah nak naik angin dah tadi..." ujar Adam
" sorry sorry.. " Firash segera bersiap untuk memulakan penggambaran.

Sesi penggambaran berjalan dengan lancar. Firash duduk sebentar melepaskan lelahnya yang memandu dari subuh tadi lalu berterusan dengan penggambaran
" dia dah buka balutan tangan dia ke" soal Adam
" siapa" soal Firash
" bunga.. " Adam menunjukkan video yang di buat secara langsung dari bengkel itu. Mata Firash hampir terbeliak.
" baru semalam kena bantai.. dia ni degil betul" rengus Firash
" kau cakap apa.. aku tak faham" soal Adam
" semalam dia kena bantai teruk dengan ayah dia... tangan dengan kaki dia berbalut lagi la semalam" ujar Firash
" habis ni... dia melukis ni.. live tau ni bukan rekod" ujar ada. Firash terdiam. Hatinya mula membara.
" Dam.. aku takde apa apa aktivitikan lepas ni" soal Firash
" kau brake tiga hari lepas wedding Shila kau ada fotoshoot dengan bual bicara dekat stesen radio... apasal" soal Adam
" aku nak pergi jumpa Bunga" Adam tergamam. Benarkah apa yang didengarnya.
" kau buat muka cam tu apasal.. " soal Firash
" kau aku tengok lately ni sibuk dengan dia.. kau suka dia erkk" usik Adam
" huh... aku suka dia.. soalan kbat apa kau bagi ni.. " soal Firash lagi
" ye lah.. aku compare cara kau layan Yuna dan Eliza tu tak sama dengan cara kau layan si Bunga ni.. " Adam membuat rumusan
" Sama je.. lagipun Eliza tu aku anggap macam adik aku.. Yuna.. hermmm.. kisah lama yang menyakitkan.. si Bunga ni sebab aku punca dia jadi macam tu" jelas pemuda itu. Adam memandang pemuda itu tepat.
" eh kau ni kenapa.. " Firash risau apabila Adam mendekatkan wajah mereka.
"tapi aku tak rasa tindakan kau ni atas sebab rasa bersalah.. ermmmm.... nampak mata bercahaya.. ada sinar... bibir nampak manis macam ada gula bila senyum.. tapi semua tentang Bunga reaksi ni.. apakah ini tandanya cinta" ujar Adam. Firash menolak tubuh itu kebelakang.
" kau karut apa ni" Firash membetul kan duduknya. Dibaiki bajunya lalu diminum air mineral dihadapannya.
" yang kau gelabah kenapa" tawa Adam. Kali ini Firash tidak berdiam. Dirangkul pinggang pemuda itu. Dilirik jarinya ke pipi pemuda itu. Wajah mereka hanya jarak beberapa inci.
" sebab kau buat aku tergoda.. bernafsu" Dia seolah mahu mengucup bibir itu. Adam menolak tubuh itu kebelakang..
" eeeiiii geli aku.. kau ingat aku kunyit.. aku tiang lampu tau.. eiii.. ampun kan aku Ya Allah" Firash tertawa besar.

Bengkel yang dihuni gadis itu sunyi. Tiada tanda tanda gadis itu melakukan sebarang kerja. Firash berjalan perlahan lahan lalu masuk ke dalam bengkel yang kelihatan kemas dari sebelumnya. Semua peralatan disusun rapi. Firash seakan teruja melihat keadaan bengkel itu.
" tough" bisik hatinya. Matanya menangkap sekujur badan yang berbaring dikatil. Lengan yang sebelum ini berbalut kini dipenuhi pelekat berubat. Firash menghampiri gadis itu yang sedang lena. Langkahnya terhenti apabila melihat batang kaki gadis itu yang gebu. Gadis itu memakai seluar pendek paras paha membuatkan Firash tidak keruan.

PRANGGG

Bunga terjaga. Siapa. Suaranya serak serak. Rambutnya kusut masai menutupi sebahagian wajahnya. Firash masih berdiri disitu. Bunga menijat mijat matanya.
" eh kau... buat apa dekat sini" Bunga mengambil bantal lalu menutup dadanya.
" kau ni.. nak tidur pun tutup la pintu.
bahaya tau.. kalau perogol masuk macam mana" marah Firash. Bunga diam. Dia bangun lalu masuk kebilik air untuk mencuci muka dan keluar sejurus selesai.
" kenapa kau buka simen tu.. siapa suruh.. siapa izinkan. " soalnya lagi
" aku perlu survive.. berbalut.. payah aku nak buat kerja" balas Bunga.
" bukan kau kata kau boleh makan apa je" sinisnya.
" aku bukan survive untuk aku.. tapi untuk keluarga aku.. aku kena lunaskan hutang ayah aku supaya si gila tu tak buat hal" ujarnya.
" aku nak tolong bayarkan semalam kau tak bagi" ujar Firash
" aku tak nak dia terbiasa meminta macam tu.. lagipun ayah aku tu bukan boleh beri muka.. sekali kau bagi dia akan terus cari kau untuk duit.. nak pula kau dikenali orang.. dia akan cari salah kau walau sebesar zarah untuk dia ugut kau.. " Firash terasa bangga dengan kata kata gadis itu.
" maksudnya aku ni femes la" seloroh pemuda itu
" entah... mana aku tahu.. " balas Bunga
" heisshh" dia memandang gadis itu geram.
" terima kasih tolong aku semalam dan aku minta maaf sebab susahkan kau" ujar Bunga. Dicapai berus lalu dicalit calit warna pada kanvas itu. Firash hanya memerhati. Firash terpana. Gadis itu tampak cantik dimatanya. Rambut ikal paras bahu itu di kepit kemas menampakkan leher jinjang gadis itu. Apron yang disarung gadis itu membuatkan dia tampak seperti seorang pelukis profesional.
" cantik tak" soal Bunga memecah sunyi. Firash tersedar dari lamunannya.
" eerrmm cantik.. ada tempahan ke" soal Firash.
" ini untuk jualan. Aku join pasar seni sabtu ni.. Hope ada pembeli" ujar Bunga. Firash bangun dari duduknya. Di perhati satu persatu lukisan gadis itu.
" ni semua hasil lukisan kau" soal Firash.
" ha ah.. kalau dihujung tu ada tanda ni.. bermaksud ini lukisan aku" ditunjuk hujung kanan lukisan itu terdapat goresan berbentuk bunga kecil dihujungnya. Firash mengangguk.
" kau memang kerja buat ni je ke.. " soal Firash
" tak.. ni.. aku buat tempahan kayu.. perabot.. cenderamata.. perkakasan rumah macam papan potong ni.. ni " ditunjukkan contoh beberapa barang yang telah siap.
" ni... " papan potong dan perkakasan dapur bergores nama shila dan Rayqal dipegangnya.
" aku buat khas untuk dia.. tanda aku minta maaf.. lagi pun Rayqal aku anggap macam abang aku.. so aku nak hadiahkan untuk dia sempena wedding dia" nada gadis itu berubah. Firash terdiam. Dicapai kotak kayu yang berukir dan didalamnya diletakkan batu batu kecil yang dilukis bunga diatasnya.
" cantik.. ini kau nak jual" soal Firash.
" tak itu aku buat untuk Jad..hadiah hari jadi dia yang aku tak dapat berikan sampai sekarang. " ujarnya. Dadanya sebak apabila mengingatkan hadiah itu dibuatnya semalaman untuk diberikan kepada sahabatnya namun tidak kesampaian apabila gadis itu bertindak menjauhkan diri darinya
" untuk aku takde.. " pinta Firash memecah canggung.
" sebab apa aku nak bagi kau hadiah pula" selorohnya.
" ye lah..aku dah tolong kau kot semalam" ujar Firash.
" baru tolong sikit dah minta habuan..tak ikhlas" perlinya.
" biarlah.." Firash duduk disofa. Pandangannya di lepaskan ke tingkap yang terbuka.Pemandangan laut dalam yang membiru itu tampak indah dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience