47

Romance Completed 109150

Shila menghempas segala barangannya ke lantai. Kaca bertaburan hingga mengenai kakinya hingga menyebabkan luka.
" Cik Shila.. kenapa kaki Shila" soal wanita indonesia itu. Shila masih dia. Dia renung keluar jendela melepaskan geram dan amarah. Bengang dihatinya apabila lelaki yang sebelum ini menjadi teman sekatilnya kini memihak pada musuh ketatnya. Bertambah sakit hatinya apabila pemuda itu memaut erat bahu gadis itu dan membawa gadis itu untuk di rawat lukanya. Katq kata pemuda itu berbekas dihatinya.
" you takde hak nak tentukan dengan siapa I nak hidup bersama sekarang Shila. You dengan I dah bercerai..kita dah takde apa apa ikatan lagi Shila.. you tak perlu campur urusan I dan hal itu hak you terpulang you nak buat apa pun" ujar Rayqal. Dipaut bahu Bunga erat. Dibaiki rambut gadis itu yang berkecamuk.
" You ceraikan I sebab betina ni kan.. apa yang you nampak pada dia anak perempuan lorong ni.. budak geladangan" sinis Shila. Rayqal tiba tiba menampar gadis itu. Semua tersentak.
" siapa pun dia dimata you dia tetap mulia dihati I.. apa pun tanggapan orang dekat dia.. I tetap akan kawin dengan dia.. " Bunga tersentak sekali lagi. Dia tidak menyangka bahawa pemuda itu akan berkata sebegitu. Diambil kesempatan yang sudah mengenai jaring. Dirangkul lengan Rayqal mesra. Diukir sebaris senyuman sinis dibibirnya.
" loser... " bibirnya digerakkan perlahan tanpa suara.
" sialllll" Shila semakin hilang kewarasan.
" kalau you ganggu Bunga or Fateh.. I tak teragak agak untuk ambil tindakan terhadap you dan I akan pastikan you akan terima akibat yang lagi buruk dari itu" Rayqal memberi amaran. Bunga terasa kemenangan berpihak padanya. Mereka beredar meninggalkan Shila yang masih melepaskan amarahnya.Bunga berpaling dan melemparkan senyuman sinis sekali kepada gadis itu.
" Kau tunggu nasib kau Bunga.. Aku takkan mengalah.. aku akan ambil semula hak aku" tempik Shila. Bunga menyandarkan kepalanya kebahu Rayqal. Shila makin geram.

" Shila papa tak suka Shila buat perangai macam ni.. aku bukan hanya nama papa je yang buruk.. reputasi syarikat pun terganggu" marah Khalil..
" habis papa nak Shila buat apa.. nak Shila hanya tengok Bunga rampas Rayqal dari Shila" dia masih tidak mahu mengalah.
" Shila kena ingat.. korang dah bercerai.. Shila juga yang minta dilepaskan.. terima lah hakikat tu.." ujar Khalil tegas
" no.. Shila takkan lepaskan Rayqal macam tu je pa.. Shila sayang Rayqal papa.. I love him so much pa.. " tangis gadis itu mula memenuhi benteng matanya.
" Shila mengarut apa ni.. shila yang minta dilepaskan sekarang Shila kata Shila sayang Rayqal.. Shila tahu tak kalau papa ditempat Rayqal dah lama papa tinggalkan Shila jangan katakan nikah.. bertunang pun tak akan.. you know why.. sebab atitude shila... ego dan sombong.. " ujar Khalil. Shila terkedu dan tergamam mendengar kata kata ayahnya.
" pa.. " ujar Shila perlahan
" ya... jujur papa katakan Shila masih tidak layak untuk bergelar seorang isteri apatah lagi seorang ibu.. sikap Shila yang terlalu mendongak langit tu buatkan Shila tidak mahu menunduk ke bumi.. ya dalam hal ni.. papa juga bersalah kerana terlalu manjakan Shila hingga Shila bersikap macam ni.. papa terlalu sayangkan Shila sehinggakan tidak sedar tindakan papa buat Shila jadi macam ni" Luah Khalil penuh kesal.
" Rayqal lelaki yang baik.. terlalu baik.. dia tidak pernah sesekali bantah cakap Shila.. tak pernah sekali dia tangankan Shila walaupun sikap Shila sudah melampaui batasan.. Rayqal tak oernah curang dengan Shila walaupun ramai yang cuba mendekati.. tapi Shila masih terus menuduh dia.. Papa akui.. Rayqal terlalu baik untuk anak papa yang tak semenggah ni.. papa betul betul malu dengan Shila. " luahan lelaki itu diamati satu persatu. Shila mengesat airmatanya. Luahan jujut dari insan yang berkongsi darah yang sama dengannya. Lelaki yang pertama yang menyayanginya sepenuh hati. Lelaki yang tidak pernah merungut dengan karenahnya dari kecil hingga dia meningkat dewasa. Lelaki yang sentiasa melindunginya dan sentiasa berada dengannya disaat suka dan duka. Hatinya menangkap rasa bersalah terhadap lelaki yang bergelar ayah.

Bunga menghempaskan tubuhnya ke atas kerusi di kelasnya. Diterkup wajahnya ke meja. Seluar yang disarungnya basah dek deraian airmatanya yang laju turun membasahi pipinya. Majoriti waris pelajarnya membatalkan anak mereka dari mengikuti kelas seninya hanya kerana berita mengenai pertelingkahan antara dia dan Shila. Beberapa video sudah tersebar di media sosial. Rata rata netizen menyalahkan dirinya dan dilabelkan dia sebagai perosak rumah tangga dan orang ketiga. Lebih menyakitkan hatinya apabila anaknya juga turut dikaitkan didalam hal itu. Disaat itu terasa hilang separuh hidupnya. Fateh yang dihantar ke rumah asuhan diharap menerima layanan yang baik. Esakannya kedengaran sayup sayup didalam kelas. Azah menghampiri gadis itu.
" akak.. Azah tahu akak tak bersalah.. akak sabar ya.. akak kena kuat.. Azah akan support akak dari belakang.. " ujar gadis itu. Bunga mendongak. Matanya yang merah dan sembam akibat menangis yang terlalu lama memandang gadis genit yang berdiri dihadapannya.
" Azah akan sentiasa ada dengan akak.. " gadis itu mengukirkan senyuman agar Bunga tidak merasa keseorangan.
" Azah" panggilnya lembut. Azah memeluk Bunga erat. Gadis itu turut menangis bersamanya
" akak jangan la nangis.. tengok kan dah berjangkit dengan Azah.. " seloroh Azah. Bunga tertawa kecil.

Firash hanya memerhati gadis itu dari jauh. Rindunya pada gadis itu menggunung namun dalam keadaan yang sukar itu dia tidak mampu berbuat apa apa. Risau akan mengeruhkan lagi keadaan. Dia tidak mahu menambah beban lagi pada gadis itu. Baginya gadis itu sudah cukup menderita.
" kau tak call dia ke" Soal Adam
" dah.. tapi dia tak jawab" ujar Firash kecewa.
" Jad sibuk dengan projek ternakan dia.. so dia tak boleh ada dengan Bunga kerap.. " ujar Adam.
" it's okay.." balas Firash. Matanya tetap menantap gadis yang berada di cermin kelasnya sedang melukis sesuatu di kanvas.
" tapi aku rasa ini harus kau risaukan" ujar Adam. Firash menoleh kearah pemuda itu.
" tu... pesaing kau" bibirnya dimuncungkan kearah seorang pemuda yang berjalan menuju ke kafe milik Bunga.
" Rayqal" ujar Firash. Matanya melirik kepada pemuda itu. Stereng keretanya di ketuk kuat.
" tak habis habis la mamat ni" marah Firash. Mata mereka memerhati kearah Bungs yang sedang melukis. Mereka melihat aksi gadis dan pemuda itu. Mesra.
" macam ok je Bunga tu.. tak terkesan ke" soal Adam. Firash tergelak kecil. Sinis.
" senang sangat ada pengganti" geram Firash. Stereng keretanya digenggam kemas. Geram dihatinya membuak buak melihat kemesraan pasangan itu.
" sepatutnya aku disitu.. bukan kau Rayqal" bisik hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience