" saya dah kata ada benda yang tak kena dengan Bunga.. awak tahu tak location yang Bunga bagi dekat Timah tu rumah lama Melati" jelas Eliza
" mana awak tahu" soal Adam.
" saya pergi sana.. jiran dia bagitahu Melati dah pindah sebulan yang lalu." cerita gadis itu lagi
" awak bahaya tau tak.. kenapa tak ajak saya" marah Adam. Risau akan kekasihnya diapa apakan.
" awak tu sibuk manjang... nyawa sahabat saya dalam bahaya" ujar Eliza.
" ye lah..tapi tak boeh ke bagitahu saya..kalau jadi apa apa macam mana" ujar Adam dalam rajuknya.
" yelah.. lain kali saya tak buat dah" seloroh gadis itu. Adam hanya menjeling.
" dah tu Firash macam mana" soal Eliza.
" macam mana apa..macam tu lah.. tetap nak diteruskan pertunangan dorang" Eliza mula menyirap darahnya.
" kawan awak tu bangang ke apa.. dia tahu tak Bunga dalam bahaya" marah Eliza. Adam hanya diam.
" ni confirm surat Bunga dia buang.. tak baca" ujar Eliza geram.
" ha ah surat... lupa pula saya pasal surat tu" Adam mengaduh sakit apabila bahunya digigit Eliza bagi melepaskan geram.
Firash tersenyum melayam karenah Fateh yang manja. Anak kecil yang berlari lari dihadapannya ditatapnya tenang. Dalam pada dia meluangkan masa untuk anaknya, Mira yang datang entah dari mana menghampiri mereka.
" kenapa tak ajak I.. kata tak nak keluar" rungut Mira. Senyuman yang terukir dibibirnya sebentar tadi menghilang secara tiba tiba.
" I nak keluar dengan anak I je" ujar Firash acuh tak acuh.
" Ini anak you.. nama apa" soal Mira lalu mendekati anak kecil itu. Namun Fateh yang tidak mengenali gadis itu berlari mendapatkan ayahnya yang duduk dibangku berhampiran.
" so comel... apa nama dia" tanya gadis itu sekali lagi
" Fateh.." balas Firash.Terasa rimas dengan reaksi manja tidak kena tempat gadis itu.
" Fateh.. meh sini dekat akak.. ala comelnya.. macam you" Puji Mira
" ni he likes his mother.. mata.. hidung.. bibir.. semua ibu dia.. gen I hanya skin ton and rambut" ujar Firash lalu terukir senyuman dibibirnya. Wajah fateh saling tidak tumpah seperti Bunga membuatkan dia terbayang akan kehadiran gadis itu dihadapannya. Reaksi spontan Firash tidak disenangi Mira.
" You masih sayang dia" soal Mira.Tegang.
" perlu ke I jawab" soal Firash kembali
" of course.. you bakal tunang I.. I perlu tahu" ujar Mira tegas.
" tapi bagi I kalau soalan you nak jadikan punca pergaduhan kita better I tutup mulut" balaa Firash
" I perlu tahu.. sebab I tak rasa you dah lupakan dia.. tadi pun bila you cakap pasal anak you.. you nampak teruja.. senyuman tu.. I tak pernah nampak sebelum ni.. " Mira mula menyinga
" you tu yang ovethinking.. I dengan ex I dah lama divorce.. kami dah ada kehidupan masing masing.. I dah ada you.." jelas Firash.
" I know.. tapi I tak rasa you memang sincere dengan I.. I rasa I je yang terhegeh hegeh dengan you tapi you.." Mira merengus geram
" you jangan jadi budak budak boleh tak.. annoying.." Firash merangkul tangan kecil anaknya lalu beredar.
" I annoying... Firash... Firash.. I belum habis cakap lagi" tempik gadis itu dan Firash terus menjauh dan hilang ditelan kereta yang lalu lintas.
Bunga merenung rembulan yang terang menerangi langit malam. Sayu hati merindui anaknya terluah dari renungan yang mula dilinangi air mata yang menitis satu persatu.
" Fateh.. ibu rindu" bisiknya. Melati yang melintasi balkoni memandang perilaku adiknya lalu didekatinya.
"kau dah kenapa" soal Melati
" aku rindu mak" dalih Bunga. Segera diseka airmatanya yang menitis.
" kau beruntung disayangi tak macam aku.." ujar Melati lalu berdiri seiring gadis itu.
"mak sayang kau.. mak tak pernah beza bezakan anak dia kau tu yang bersangka buruk" Bunga seakan melenting dengan tanggapan gadis itu.
" mak.. sayang aku.. heh.. kau buat lawak ke" sinis melati. Bunga memandang gadis itu kehairanan. Diperhati kelakuan gadis itu.
" kalau mak sayang aku takkan mak sanggup gadaikan aku untuk jadi pelepas nafsu si tua kutuk tu.. sebab aku ni anak hasil pemyundalan dia dan si tua kutuk tu hanya jadi pak sanggup" Bunga tersentak. Dia tidak mengetahui akan hal itu.
" apa yang kau merepek ni long" marah Bunga. Dahinya berkerut. Marahnya bukan main main. Kali ini dia tidak akan berteloransi lagi.
" aku bukan anak Fuad tapi aku anak dari hasil pelacuran mak.. kononnya cinta dia tapi jantan tu tinggalkan mak bila dapat tahu mak mengandungkan aku.. lepas tu fuad setuju jadi pak sanggup kononnya kesian dekat mak tapi aku jadi cagaran" luah Melati. Wajahnya tampak tegang. Bunga tergamam. Dia seakan tidak percaya.
" kau mesti terkejutkan.. kau mesti tertanya tanya macam mana aku tahukan " soal Melati. Bunga tanpa bersoal hanya mengangguk tanda mengiyakan.
" aku dengar mak bertengkar dengan Fuad hari mak meninggal.. aku pun tak percaya apa yang fuad kata tapi mak mengiyakan.. kau tahu tak perasaan aku waktu tu.. " nadanya mula sebak. Ada aliran jernih mengalir dipipinya. Bunga hanya diam. Dia tidak tahu berkata apa
" aku tak sangka hidup aku sehina ini.. patut la mak nak selamatkan kau sangat sebab kau anak dia dan fuad.. aku.. aku.." Bahu gadis itu terhinjut hinjut kerana tangisan.
" long" panggil Bunga lembut lalu dipeluk gadis itu erat.
" maaf long aku tak tahu.. kau jangan risau aku tetap akan ada dengan kau long" pujuk Bunga dalam pelukan erat beserta tangisan.
Firash terdiam tatkala membaca surat dari Bunga yang disimpan rapi di lacinya. Jika tidak Adam yang mengingatkannya sudah tentu dia lupa akan warkah itu.
" kenapa kau perlu bahayakan diri kau untuk aku Bunga" ujarnya lalu menangisi kekesalannya. Dia mendail nombor gadis itu namun hampa. Telefon gadis itu tidak berjawab. Firash mula risau akan nasib gadis itu. Dia mundar mandir.
" Adam" tempiknya sehaya mencapai kunci keretanya. Adam yang sedang menonton televisyen menoleh.
" jom ikut aku pergi balai.." surat dari Bunga digoyang goyangkan.
" kau nak buat apa" soal Adam
" aku nak main main kat dalam lokap" sindir Firash. Adam terkedu dengan sindiran itu.
" cepatla" bentak Firash. Adam kalut kalut mengekori pemuda itu.
Bunga mengekori lelaki yang telah menempahnya. Lelaki yang dikenali sebagai vip terhormat itu kerap menempahnya untuk ke majlis atau acara bersama orang kenamaan. Dari situ dia juga mengenali beberapa orang lelaki si hidung belang dan dari situ juga dia lebih mengenali akan erti kehidupan. Rais memaut pinggangnya erat. Bunga hanya mengikit setiap perilaku lelaki itu.
" kat sini ramai buaya darat.. I nak you stay dengan I ok.." ujar Rais. Bunga hanya tersenyum. Dia sudah sebati dengan dunia koperat. Dia tidak sekelok dulu.
" Hello guys.. next week I nak jemput you all datang ke majlis pertunangan anak I.. see tou there ya" ujar Rais. Kumpulan lelaki itu hanya menganggung dan mengucapkan tahniah kepada pemuda itu.
" babe.. you pun datang tau.. I dah bagitahu Melati.. both of you kena hadir dan wajib hadir" ujar Rais.
" ok.. bu the way thanks for inviting me" ucap Bunga
Share this novel