Bunga tidak tenang. Sejak akhir akhir ini Firash sering berkunjung ke kafe galerinya. Dia kurang senang dengan kunjungan pemuda itu. Takut kalau kalau berlaku perkara yang tidak diingini.
" Azah.. kalau mamat tu datang lagi hari ni awak cakap saya takde ya" pintanya.
" mamat mana Kak" soal gadis itu
" mamat perasan hot tu" ujarnya
" Oh.. Cik Firash... Ya Allah kak.. memang hot dia tu.. semua drama dia saya dah tengok.. untung akak.. " ujar gadis itu
" untung kenapa pula.. sakit jiwa adalah" ujar Bunga.
" ye lah.. pelakon terkenal suka dekat akak.. macam saya ni hanya boleh suka dia je.. tapi dipandang pun tak.. " kecewa gadis itu.
" kalau awak nak awak amik la.. saya sedekah" seloroh Bunga.
" amboi.. senang hati nampak nak sedekah saya dekat orang lain" mereka terperanjat apabila pemuda itu tiba tiba muncul. Bunga meminta pekerjanya menyambung semula kerjanya. Bunga tidak mengendahkan pemuda itu. Firash tidak berpuas hati. Di ikut setiap langkah gadis itu.
" Awak nak apa " marah Bunga. Firash berdiri dan tersenyum.
" Saya nak awak.. boleh" ujarnya. Bunga geram. Dia beredar meninggalkan pemuda itu.
" Bunga.. Bunga" Firash merapati gadis yang sedang berjalan laju itu.
" apa.. awak nak makan sila duduk sana.. nak beli lukisan dekat galeri sana.. " ujar Bunga acuh tidak acuh.
" saya nak Fateh" Mata Bunga seakan membulat.
" tak boleh" ujar Bunga gugup
" kenapa tak boleh" soal Firash
" Sebab dia tidur.. hah dia tidur" alasannya. Firash tersenyum sinis.
" ok saya tunggu" Firash melabuhkan punggungnya ke atas kerusi bersebelahan meja gadis itu.
" awak keluar boleh tak.. ini kelas saya.. saya nak mengajar" pintanya.
" mengajar la.. saya tengok je.. tak kacau" ujar Firash
" student saya masuk kejap lagi.. awak balik la.. " pintanya
" alah budak budak apa lah sangat kalau saya dekat sini" ujar Firash lagi. Diperhati setiap tatarias kelas gadis itu.
" petang ni kelas dewasa.. lebih kepada student secondary and College.. awak balik la.. nanti apa pula dorang kata" rayu Bunga.
" kenapa.. awak takut kita kena gossip berdua" Firash bangun lalu menghampiri gadis itu. Bunga gugup.
" Bukan.. saya tak selesa.. gossip takde sebab dorang nak sebar gossip" Ujar Bunga. Nadanya bergetar menahan gugup.
" kalau macam tu biarlah saya duduk sini" Firash kembali duduk dikerusinya.
" Awak.. keluar la.. " pinta gadis itu. Firash menggelengkan kepalanya.
" saya call polis" ugutnya
" call la.. awak call polis saya kata curi barang saya" ujar Firash
"saya.. curi barang awak.. bila saya mencuri.. apa yang saya curi.. " nada gadis itu tinggi seoktaf.
" ada.. awak curi barang berharga saya" ujar Firash.
" apa.. apa yang saya curi.. awak jangan nak main tuduh tuduh" marah Bunga. Firash bangun dan merapati gadis itu. Dihalakan wajahnya ke telinga gadis itu lalu berbisik.
" awak curi hati saya sayang" Bunga terkesima. Airliurnya terasa pahit. Terasa hangat pipinya. Dia mendorong pemuda itu kebelakang.
" jangan nak mengarut.. pergi balik.. " pintanya. Sehaya itu kedengaran suara Fateh menangis. Bunga mendapatkan anaknya.
" Ya Allah.. panasnya" Terasa badan anak kecil itu hangat. Bunga kelam kabut mengambil begnya lalu keluar. Firash yang terkejut dengan reaksi gadis itu mengikut gadis itu dari belakang.
" Azah.. inform student.. kelas cancel hari ni.. saya tukar hari lain.. Fateh demam.. saya nak kena pergi klinik" ujarnya.
" Jom saya hantarkan" Firash menawarkan diri. Bunga tidak berfikir panjang. Baginya anaknya adalah keutamaan.
Bunga mengesat airmatanya apabila melihat tangan anaknya berbalut dengan kain untuk mengelakkan jarum yang dipasang ditangannya tercabut.
" Awak nak saya tolong apa apa tak" soal Firash
" tolong ambilkan barang Fateh dekat bengkel.. pampers dia dengan baju.. Susu jangan lupa.. " pesannya
" Bukan dia menyusu badan ke" soal Firash
" Sulam.. senang nak buat kerja" ujar Bunga.
" ok.. awak nak makan apa apa tak" soal Firash. Bunga hanya menggeleng. Firash meninggalkan gadis itu bersama anaknya yang sudah ketiduran kesan dari ubat yang diambilnya. Bunga termangu sendiri. Dibelai jari kecil itu. Ditatap anak kecil itu sayu.
Firash mengemas beg pakaian gadis itu beserta beberapa helai pakaian anak kecil itu beserta kelengkapannya dimasukkan ke dalam beg yang diletakkan diatas katil. Matanya tertangkap sekeping kertas. Sijil pendaftaran Fateh ditatapnya. Dia teresak dengan tiba tiba.
" sayang maafkan ayah.." ujarnya. Hatinya tersentuh apabila diruang bapa kertas itu kosong dan anak kecil itu berbin kan Abdullah. Firash rebah ke lantai dengan tangisan. Rasa bersalah pada anak itu mula menebar kesegenap hatinya.
" maaf mak.. angah tak boleh balik sebab Fateh masuk wad.. demam panas." ujar Bunga di hujung talian.
" Ya Allah.. habis tu dia macam mana.. " risau Zainab.
" Dia tengah tidur.. baru lepas masuk ubat tadi" ujarnya.
" ermm.. takpelah kalau macam tu.. " ujar Zainab.
" mak nak jumpa angah kenapa" soal Bunga
" tak de apa lah.. saja lah.. dah lama tak jumpa Fateh.. rindu pula dekat dia" ujar Zainab. Kedengaran suaranya resah.
" Nanti Fateh dah boleh balik angah balik rumah mak ya" ujar Bunga lembut.
" ngah.. " Nada Zainab lembut namun kedengaran sebak.
" ya mak" Bunga cuba mendengar dengan teliti.
" mak sayang kau.. mak minta maaf sebab mak tak dapat jadi emak yang baik pada kau dengan Long" Bunga terdiam. Matanya tiba tiba berkaca.
" apa mak ni.. kenapa cakap macam tu" soal Bunga
" mak bukan mak yang baik.. mak gagal jalankan tanggungjawab mak pada korang.. mak tak layak untuk dihormati.. maaf kan mak ngah.. " mata Bunga mula berkaca.
" mak" panggil Bunga sebak.
" mak nak kau tahu mak sayang kau ngah.. apa pun jadi kau tetap anak mak.. mak nak minta kau tolong jagakan Amir ya.. bantu dia.. dia tak salah.. yang salah mak.. mak yang punca hidup korang tunggang langgang" ujar Zainab.
" mak.. kenapa mak cakap macam ni.. mak mengarut apa ni" marah Bunga
" tak pe lah ngah mak nak solat kejap.. nanti mak telefon lagi ya.. jaga diri kau dan Fateh" pinta Zainab lalu dimatikan talian. Bunga mengesat airmatanya yang mengalir. Hatinya tidak senang. Risau mula menjengah hatinya.
" Ya Allah aku mohon.. lindungi mak.. jauhkan dia dari segala musibah. Semoga mak baik baik saja" doanya didalam hati.
Share this novel