2

Romance Completed 109150

Bunyi mesin pertukangan membingitkan suasana. Bunga asyik dengan kerjanya. Bengkelnya yang terletak disebuah tanah terbiar dipersisir pantai itu tidak menganggu sesiapa. Disitu lah tempat dia mencari rezeki dan disitu juga tempat penyimpanan lakarannya sementara menunggu pembeli. Bengkel kecil itu diusahanya sendiri.
" Bunga.. " panggil Rayqal. Bunga mematikan suis mesin dan membuka sarung tangannya lalu menghampiri pemuda itu
" Eqal nak apa lagi.. stop datang jumpa Bunga boleh.. " pintanya
" Eqal nak minta maaf pasal semalam" ujar pemuda itu
" tak perlu minta maaf... memang patut pun Shila mengamuk.. Eqal tu.. berhenti jumpa Bunga kalau takde urusan apa apa" ujarnya
" Eqal sayang Bunga.. Eqal nak jaga Bunga" ujar pemuda itu
" Eqal.. Bunga tak ada perasaan dekat Eqal.. Bunga hanya anggap Eqal sebagai abang.. tak lebih dari tu.. Bunga boleh jaga diri.. Eqal dah lupa yang Bunga ni seorang gelandangan sebelum Eliza jumpa Bunga.. " ujarnya
" Eqal tahu.. tapi... " Pemuda itu mati kata. Tubuhnya didorong gadis itu lalu ditutup pintu bengkel itu sebelum bunyi mesin mula kedengaran semula. Dia bertemu Elizad secara tiba tiba ketika gadis itu diganggu oleh beberapa orang pemuda. Bunga yang kebetulan lalu disitu untuk mengutip tin dan botol bertemu dengan gadis itu lalu membantu dan bermula dari situ mereka berteman rapat sehingga lah dia berpindah masuk ke rumah gadis itu kerana dia meminta bantuan gadis itu apabila dia ditahan polis atas tuduhan mencuri. Eliza membawanya ke rumahnya dan dipersetujui oleh ibu dan ayahnya. Dia juga menyambung pelajarannya atas bantuan keluarga sahabatnya itu namun pelangi terbit hanya seketika.. langit yang awalnya cerah kini mendung apabila hubungannya dengan Eliza mula renggang kerana seorang lelaki. Di kampus Eliza menyukai seorang pemuda namun pemuda itu memainkan perasaannya kerana pada hakikatnya pemuda itu menggunakan Eliza untuk mendekatinya tambahan pula keputusannya jauh lebih baik dari Eliza menimbulkan rasa ketidak puasan hati ibu gadis itu. Ditambah pula hubungannya dengan Rayqal yang rapat disalah erti. Eliza dihantar keluar negara bagi menyambung pelajarannya dan dia dihalau dari rumah itu sehelai sepinggang. Dia kembali ke dunia gelandangan. Di bekerja dimana saja yang dapat menawarkannya pekerjaan dan dengan wang itu lah dia menyambung pelajarannya dan hasil jualan lakaran potret di kaki jalan yang membolehkannya meneruskan bengkel yang diberi oleh seorang lelaki tua yang sudah meninggal dunia namun tiada pewaris kerana tidak pernah berkahwin. Dari lelaki yang dianggap ayah itu dia belajar seni pertukangan dan kini makin berkembang. Dia bersyukur dengan hasil titik peluhnya kini dia berada ditahap yang selesa. Walaupun begitu dia tidak pernah lupa akan keluarganya dikampung. Tiap bulan ada saja titipan darinya bahkan wang ringgit tidak pernah diabainya. Cuma dia masih berharap satu hari dia dapat berkumpul dengan ahli keluarga yang lain. Dia rindu pada bondanya,kakak serta adik lelakinya dan juga anak saudaranya.

" Firash... hari ni scene dating kita" getis Yuna, pelakon wanita yang meningkat naik yang kini menjadi gossip hangat media akan kisahnya dengan Firash Idlan.
" urhmmm... " balas pemuda itu pendek. Dia menatap skrip sebagai persediaan.
" I akan buat moment indah untuk penonton dan you" bisik gadis itu.
" Yuna.. kisah kita dah lama berkubur.. ni hanya shooting aku taknak kau terbawa bawa cerita lepas ok" ujar pemuda itu lalu bangun dari duduknya dan bersedia untuk berlakon. Gadis itu mengikutinya. Lakonannya di lakukan dengan baik. Babak berpaut mesra dan adegan romantis memuaskan hati pengarah.
" ok wrap.. " ujar pengarah. Firash kembali ke khemah dan duduk sambil meneguk mineral water yang diberi Adam padanya.
" You.. tadi waktu shoot i teringat kenangan kita dekat UK dulu.. sweet kan" ujar gadis itu
" puihhh... pahit" ujar Firash tiba tiba. Adam yang berdiri berhampiran pemuda itu tertawa kecil.
" Adam jom.. balik.. aku letih..nak rehat.. esok wake up call pagi.." ujarnya. Mereka beriringan menuju ke kereta setelah mengucapkan selamat tinggal kepada semua krew.
" ada ekspo seni.. kau nak pergi tak.. " ajak Adam
" malas la" tolak Firash lembut
" ok kalau macam tu.. aku singgah kejap dekat situ nak ambil barang aku tempah" ujar Adam
" barang.. kau beli apa lagi" soal Firash
" aku beli meja sisi.. custome made tau.. " jelas Adam
" Kau kan.. dah banyak meja dekat dalam rumah tu apa lagi yang tak cukup.. kau nak letak apa " tegur Firash
" meja aku letak minion anime aku tu patah.. bukan kau dengan Lan ke yang bergusti hari tu sampai patah kaki dia.. ini aku yang reka dia buat je tau.. perempuan buat weh.. aku pesan potret sama.. " cerita Adam lagi.
" sebab perempuan kan tu yang beria kau nak beli.. cuba kalau lelaki... harammmm... mana kau jumpa page dia" soal Firash ingin tahu. Dia takut kalau kalau sahabatnya itu ditipu.
" dekat tik tok mula mula aku tengok lepas tu aku pergi IG dia.. @bungaLarangan.. kau tengok page dia.. cantik cantik ooo.. " puji Adam. Firash membelek akaun yang dikatakan Adam. Kelihatan pemuda itu terangguk angguk seakan laman itu menarik minatnya.
" kreatif... lukisan dia pun cantik... aku tak rasa dia ni perempuan.. tough sangat" pendapatnya
" kau tengok la nama dia.. ada ke lelaki nak letak nama ni.. kau scroll bawah lagi.. ada gambar dia bertukang tapi tak nampak muka.. aku nak tengok sangat siapa dia.. mesti cantikkan" seloroh Adam
" kau semua cantik...sekali darai baru kau tahu.. " tawanya berderai.
" aku yakin dia perempuan.. kita betting.. kalau dia perempuan.. kau date dengan dia sehari.. kalau dia darai aku date dengan darai tu sehari.. " ujar Adam tidak mahu mengalah.
" ok.. bet.. aku yakin aku betul" Firash tersenyum yakin. Dilirik lagi laman itu. Dia tersenyum sendiri.

Mereka masuk ke tapak expo yang dikatakan. Mereka mencari kelibat pemilik akaun tersebut.
" mana.. dah lama dah kita melilau dalam ni.. kau call dah ke dia" rungut Firash
" dah dia kata dia dekat dengan pentas.. ada nama pada booth kita cari la" ujar Adam
" tanya la staff.. aku dah tak berapa nak mesra alam dah ni.. " Firash takut akan dikerumuni peminatnya lagi.
" kau kan pakai mask.. pakai cap.. mana ada manusia nak perasan" ujar Adam. Firash terdiam
" tumpang tanya booth bunga larangan dekat mana" soal Adam.
" sana tu.. nombor empat dari hujung" ujar gadis itu
" terima kasih" mereka menuju ke khemah yang disebutkan gadis tadi.
" bunga larangan... ok.. jumpa" Adam gembira apabila jumpa apa yang dicari. Firash berdiri dihadapan booth itu. Matanya menatap setiap lukisan yang dipamerkan. Dia seakan tertarik. Barangan dari kayu juga ditelitinya
" kemas" bisik hatinya
" boleh saya bantu" soal seorang pemuda
" saya ada buat tempahan meja sisi dekat page bunga larangan... dia suruh pick up dekat sini" ujar Adam
" oh kejap ya.. saya tanya tuan dia ya.. " pemuda itu hilang ke belakang khemah.
" angah.. ada orang nak amik meja sisi.. " ujar pemuda itu lalu dia keluar beriringan dengan pemilik booth itu.
" siapa yang nak amik meja sisi tu" Soal pemilik itu
" saya... eh awak... " Adam dan Firash tergamam
" saya Bunga... pemilik akaun Bunga Larangan.. " ujar gadis itu.
" ya Bunga.. saya Adam... manager Firash Idlan" ujar Adam. Dahi Bunga kelihatan berkerut. Dia cuba mencari tahu siapa dua pemuda itu.
" spek yang jatuh tu.. hujan.. " Adam cuba mengingatkan gadis itu. Bunga masih cuba mengingatkan. Adam menarik Firash agar berdiri disebelahnya lalu dibuka pelitup muka pemuda itu sedikit.
" hah owh... awak ke yang tempah... kejap saya amik" Bunga kebelakang semula untuk mengambil barangan yang ditempah pemuda itu.
Firash segera memakai semula pelitup mukanya takut akan ada yang perasan kelibatnya.
" ok ni yang awak pesan.. boleh periksa dulu.. kalau ada yang tak kena saya akan buat dekat sini juga" ujar Bunga
" awak buat ke ni" soal Adam. Firash turut meneliti hasil kerja gadis itu
" ha ah... oh ya.. ni adik saya Munir.. macam mana ok tak" soal Bunga. Adam memandang Firash. Firash mengangguk. Dia berpuas hati dengan hasil kerja gadis itu.
" ok cun... cantik.. saya puas hati.. lukisan ni pun cantik.. " puji Adam.
" Alhamdulillah..." syukur gadis itu. Hasil kerjanya diterima pelanggan.
" ni bakinya.. saya beli ya.. "beberapa keping wang bernot lima puluh bertukar tangan.
" awak buat ke ni... macam tak percaya" soal Adam lagi.
" iye...saya yang buat... saya ada bengkel sendiri... nak tengok.. " pelawa Bunga
" boleh juga" balas Adam
" ni kad saya.. bila awak free.. awak nak pergi mesej saya.. saya bawa awak tengok bengkel.. " ujar Bunga.
" ada orang nak date ni" usik Adam. Firash pasrah dia sudah kalah dalam taruhannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience