Bunga cuak. Takut akan bertemu dengan pemuda itu. Walaupun sudah seminggu perkara gila yang dilakukannya itu berlalu namun dia tidak boleh berasa selamat. Dalam tempoh seminggu itu juga dia tidak bertemu dengsn pemuda itu kerana dia tidak masuk ke pejabatnya. Bunga tidak harus berasa selesa kerana hari harinya tidak setenang dulu lagi.
BUKKK
Bunga tersentak apabila bungkusan makanan kosong dilempar ke wajahnya. Beberapa orang pekerja wanita yang juga peminat tegar pemuda itu tersenyum sinis kepadanya.
" ni la gelandangan yang berangan nak jadi cinderella.. patut la kena cerai anak perempuan lorong rupanya" Bunga tersentak.
" kenapa tak betul ke apa yang aku cakap" ujar gadis itu.
" mana kau tahu.." soal Bunga gugup.
" kau hidup tahun berapa ni.. sekarang semua informasi dihujung jari je.. takkan itupun kau tak tahu" ujar gadis itu. Bunga terdiam. Dia membuka telefonnya. Berita akan kisah hidupnya kini menjadi perhatian semula. Foto dimana rumah ibunya juga ditunjukkan. Bunga berlari keluar dan meminta izin kepada penyelianya untuk pulang. Dia membonceng motornya laju.
" mak.. mak.." panggilnya. Pintu rumahnya ditolak kasar.
"mak.." dia mendapatkan wanita yang duduk disofa dan kelihatan sugul.
" ngah dorang datang pasal kau ngah.. mak tak tahu nak jawab apa" ujar Zainab
" long mana.. Munir... Huzair" soalnya
" long bukan dengan kau ke.. dari semalam dia tak balik..dia kata dia nak tidur dengan kau.. Munir dengan Huzair mak suruh dorang keluar ikut belakang tadi.. kejap lagi balik la dorang.. wartawan nak apa dengan mak " soal Zainab
" mak jangan risau... Ngah akan settle kan semua ni..." ujarnya.
" angah.. maafkan mak.." pinta wanita itu. Bunga memeluk wanita itu erat. Fikirannya ligat memikirkan akan keberadaan kakaknya dan jugs cara untuk menyelesaikan permasalahan ini.
Firash duduknya tidak senang. Dia di kerumuni wartawan yang mahu bertanyakan hal itu. Set penggambaran mula kecoh dengan kehadiran wartawan. Firash menelefon Bunga namun taliannya di matikan. Dia bertambah risau.
" Adam.. Bunga tak on fon.." bisik Firash.
" aku minta Eliza cari dia dekat bengkel lepas dorang kata Bunga minta balik awal... tapi bengkel pun takde" ujar Adam
" aku pergi cari dekat rumah dia.." Firash meninggalkan set penggambaran itu lalu memandu ke rumah gadis itu. Bunga menemani ibunya yang terkejut dengan kejadian itu. Diserbu wartawan dan ditanya soalan bertalu talu bukanlah perkara biasa baginya. Bunyi kecoh di laman rumahnya. Bunga yang sedang memasak bergegas ke lamannya. Dilihat Munir dan Huzair dikerumuni wartawan dari tadi bertapak disitu.
" Munir.. masuk" panggil Bunga. Bunga menarik pemuda itu agar berdiri dibelakangnya.
" Bunga betul ke penceraian Bunga dengan Firash disebabkam rumor yang tersebar sekarang" Bunga terdiam. Dia tidak tahu mahu berkata apa. Banyak hati yang perlu dijaga. Pandangannya dihalang oleh seseorang.
" saya minta kerjasama agar tidak diganggu isteri saya dan keluarga mertua saya" Bunga tersentak dengan kenyataan Firash
" Bukan ke korang dah bercerai" soal salah seorang wartawan
" ya kami dah bercerai tapi dia tetap isteri saya dan saya akan bernikah semula dengan Bunga dalam masa terdekat. Jadi saya harap diberi ruang privacy untuk kami" ujarnya lalu memeluk bahu gadis itu lalu masuk ke dalam rumah.
" awak buang tebiat ke.." marah Bunga.
" apa.." soal Firash
" kau suka suka hati je bagi statement macam tu" marahnya
" sebab aku tak main main.. aku memang nak halalkan kau.. dengan apa yang jadi kau rasa aku boleh duduk tenang... aku sampai tak boleh tidur fikirkan kau tahu tak" ujar Firash
" aku tak perlukan kau untuk jaga aku.. aku boleh jaga diri aku sendiri.." tegas Bunga
" kenapa kau keras kepala sangat" marah Firash
" angah... mak tahu semua ni silap mak.. tapi kali ni mak yakin keputusan mak tak salah... mak nak angah kawin semula dengan Firash.. Mak tahu dia boleh jaga angah.. dia akan bebaskan angah dengan dari semua masalah ni" ujar Zainab yang dari tadi berdiam
" mak, kawin bukan benda main main.. jangan bagi alasan masalah kita ni sebagai tiket untuk kami kawin.. masalah ni akan selesai.. lama mana sangat orang nak bercakap.. ada gossip lain nanti diam la dorang" ujar Bunga
" itu orang lain.. tapi apak.. Bunga ingat dia akan lepaskan Bunga macam tu je" Zainab mengingatkan.
" mak.. masalah kita jangan libatkan orang lain" marahnya.
" kita bincang dekat tempat lain" ujar Bunga lalu menarik tangan pemuda itu dan masuk ke dalam kereta pemuda itu yang berada dilaman rumahnya.
" kita nak ke mana ni" soal Firash
" balik bengkel.. situ je tempat paling selamat untuk berbincang" ujar Bunga tegas.
Pintu bengkel dibuka luas begitu juga dengan tingkap. Bunga berdiri ditepi meja kerjanya sambil mencekak pinggang.
" apa yang kau nak dari aku sebenarnya" soal Bunga
" aku nak kau" ujar Firash tenang. Di belek ukiran kucing yang dibuat gadis itu.
" boleh tak jangan merapu... aku serius ni" nada gadis itu tinggi seoktaf.
" aku pun serius.. aku tak main main... aku dah upah orang untuk carikan apak.. aku nak dia benarkan wali hakim untuk kau.." ujar Firash. Bunga tergamam. Dihampiri gadis itu lalu diangkat gadis itu lalu diletakkan ke atas meja.
" kau sabar sekejap je.. aku akan urusan semua.. dapat saja kebenaran wali hakim kita nikah ya.." ujar Firash.
" kau kenapa buat apa apa tanpa bincang dengan aku.. " ujar Bunga gugup apabila pemuda itu merapatkan wajah mereka.
" sebab aku tahu kau akan menolak.. aku takde cara lain selain paksa kau.. dan aku akan pastikan kau akan jatuh cinta dengan aku" ujar Firash. Dijentik dahi gadis itu sebelum dia beredar meninggalkan gadis itu tertanya tanya.
" esok aku datang amik kau..jangan pandai pandai nak pergi sendiri" ujar Firash melalui tingkap. Bunga tersentak dengan tempikan itu. Dia mati kata.
"papa hanya ikut je.. terpulang lah dekat Firash.. apa yang terbaik untuk Firash papa setuju.." ujar Khalil.
" Shila tak setuju" tempik gadis itu.
" ini hal abang.. adik tak perlu campur" tegur Khalil.
" tapi pa.. dia tu eeuuwww" sinis Shila
" adik.. sepatutnya adik bersyukur tau abang nak kawin dengan dia.. adik tak perlu risau dah Rayqal tu dah takde yang nak ganggu" perli Firash. Rayqal merenung Firash tajam. Geram hatinya apabila dirinya disindir.
" kenapa nak libatkan Rayqal dalam hal abang pula.. Perempuan tu yang tak tahu malu" ujar Shila masih tidak berpuas hati
" Shila.. kehidupan abang biar abang tentukan.. tak perlu adik masuk campur seperti mana urusan adik kami biarkan adik buat keputusan sendiri.. bagi papa apa salahnya Bunga.. kisah hidup dia tak bermakna dia bukan gadis baik.. papa suka dia.. tinggi budi pekerti." puji Khalil. Firash terasa bangga.
" tak kira.. adik takkan terima dia dalam keluarga kita" ujar Shila lalu duduk di sofa memeluk tubuh.
Bunga tidak ke pejabat. Dia diberi cuti oleh majikannya kerana tidak mahu suasana kecoh memenuhi segenap ruang pejabat itu kerana hari itu mesyuarat penting akan berlangsung. Bunga mengemas bengkelnya yang agak lama tidak berusik. Lukisannya yang sudah siap lakarannya disusun kemas didinding. Dihirup secawan kopi panas perlahan lahan. Di lihat laut luas. Dia memikirkan percaturan hidupnya.
" angahh" sapa Melati
" Long.. kau ke mana.. kenapa tak balik rumah" soal Bunga
" Long tidur rumah kawan.. Ngah.. Long dapat kerja tau" ujar Melati gembira
" iya.. kerja apa dekat mana.." soal gadis itu
" kerani.. dekat Panca" Bunga tersentak
" bila kau pergi interviu" soal Bunga
" tiga hari lepas.. Shila offer aku kerja.." ujarnya
" macam mana kau kenal Shila" soal Bunga
" owh.. hari tu dia kena ragut aku tolong.. lepas tu dia tanya aku nak minta kerja ke sebab dia tengok aku bawa resume aku iyakan je.. dia bagi aku kad dia.. dia suruh aku pergi minta.. katanya nak pakai kerani" ujar gadis itu. Bunga terdiam. Gusar dihatinya mula tertanam. Apakah benar dia ingin membantu atau punya niat tersembunyi.
Share this novel