Mereka tiba dirumah penginapan yang disewa khas untuk mereka. Bunga menjelajah ke setiap pelusuk rumah itu. Cottage yang terletak di kawasan pergunungan itu menenangkan jiwanya. Perjalanan dari tempat penginapan dengan galeri hanya empat puluh lima minit. Sebuah kereta diberikan kepada ku untuk memudahkan urusan ku disana.
" Bilik satu.. macam mana nak tidur ni" bisik hatinya. Bilik dibahagian loteng itu agak kecil untuk di letakkan sebiji lagi tilam.
" Haq boleh tidur dekat ruang tamu" ujar pemuda itu seakan memahami fikiran gadis itu. Bunga terkedu.
" so.. jom kemas kemas dulu then beli barang.. lapar" seloroh Haq menghilangkan gugup Bunga akur. Haq menyusun baju yang baru saja dikeluarkan dari bagasi mereka ke dalam almari. Bunga melihat pakaian dalamnya dipegang pemuda itu lalu dirampasnya dan disimpan semula ke dalam bagasi. Dia malu. Pemuda itu hanya tertawa. Usai mengemas, Haq kembali ke bilik. Didapati gadis itu ketiduran. Haq turun semula dan berbaring disofa. Makanan yang sudah siap dimasak disimpan. Ditahan perutnya yang kelaparan. Mahunya dia makan bersama gadis itu.
"urgghhhh" Bunga meregangkan tubuhnya. Dia terjaga dari lena. Hari yang tadinya pagi kini bertukar senja. Cahaya senja menarik perhatiannya. Dia turun ke bawah. Belum sempat habis anak tangga itu dituruninya, langkahnya terhenti. Diperhati suaminya yang tertidur disofa. Diperlahankan langkahnya agar tidak menganggu lena pemuda itu. Dia menuju ke dapur. Dibuka bekas bekas yang berisi makanan yang tersusun dimeja.
" sedapnya" ujar gadis itu perlahan. Dicuba setiap hidangan. Gadis itu terjerit kecil. Girang hatinya apabila merasa hidangan itu.
" maakkk" Bunga terkejut melihat pemuda itu duduk disofa sambil memerhati tingkahnya.
" dah bangun tak bagi tahu.. terkejut tau tak" marahnya. Pemuda itu tertawa. Dia bamgun lalu menarik kerusi di meja dan menongkat dagunya.
" lapar" rengek pemuda itu
" Haq tak makan lagi ke" soalnya. Pemuda itu menjuihkan bibirnya lalu menggeleng.
" la kenapa tak makan lagi" soal Bunga
" Haq tunggu Bunga" ujarnya.
" aishh... yang pegi tahan perut tu buat apa" leter gadis itu kecil. Haq hanya tertawa kecil. Di panaskan semula hidangan itu lalu mereka santap bersama. Cahaya senja memenuhi setiap ruang rumah itu. Mereka dibawa emosi tenang.
Pemandangan malam kota itu mereka nikmati. Cahaya lampu yang berbagai warna itu menarik perhatian mereka. Mereka tidak lupa untuk mengabdikan kenangan bersama. Bunga menggosok tubuhnya yang kesejukkan. Haq menghampiri gadis itu lalu disarungkan skaf yang dipakainya dileher ke leher gadis itu. Bunga terdiam. Terasa hangat apa bila pemuda itu memeluknya dari belakang. Bunga hanya membiarkan. Dinikmati pemandangan malam dalam hangat dan kedinginan.
" Haq balik lusa ya.. Bunga ok kan" soal pemuda itu memecah sepi.
" ok.. Haq tolong tengokkan mak ya.. Bunga risau takut apak cari mak lagi" ujar gadis itu.
" insyaAllah.. tapi Bunga ok ke sorang sorang dekat sini.. " soal Haq lagi. Dia risau mahu meninggalkan gadis itu sendiri.
" nak tak nak Bunga kena hadap juga.. " balasnya berat. Hatinya juga risau sendirian ditempat orang tanpa bantuan sesiapa.
" Haq balik seminggu lepas tu Haq datang teman Bunga ya.. " cadang pemuda itu
" tapi pameran dekat sana tak habis lagi kan" ujar Bunga
" takpe.. semua dah siap pamer.. dorang kan ada jaga.. kalau jadi apa apa mesti dorang call punya. " balas pemuda itu.
" tak susahkan Haq ke" soal gadis itu lagi. Terasa terbeban dengan keikhlasan pemuda itu.
" apa pula susah dah isteri dekat sini. takkan nak biar isteri sorang sorang dekat sini.. mana boleh.. kalau rindu macam mana" seloroh pemuda itu. Bunga berpaling lalu menatap wajah pemuda itu. Tingkah pemuda itu sukar difahami. Berkata manis tapi tindakannya tenang seribu erti.
"Firash... papa tak tahu nak cakap apa dah dengan kamu.. tengok kehidupan kamu sekarang.. tak terurus.. " tegur Khalil
" apa yang kamu dapat dengan bersikap begini.. apa yang kamu nak sebenarnya" nadanya tinggi seoktaf
" Firash nak Bunga papa.. Firash tak sanggup hilang dia.. Firash sayang dia" ujar pemuda itu.
" habis kalau sayang kenapa buat dia macam tu.. sekarang tengok apa jadi.. she's already married.. apa Firash boleh buat lagi. " ujar Khalil.
" Firash kena bertanggungjawab dengan apa yang Firash dah buat dekat dia.. bukan jantan tu" marahnya
" Apa yang Firash dah buat.. tell me.. apa yabg Firash dah buat" nada khalil tinggi seoktaf.
" Firash rogol dia" jujurnya. Khalil tersentak.
" what... Are you insane Firash Idlan" marah Khalil. Tiba tiba pipi pemuda itu ditampar Eliza yang baru tiba di rumah itu untuk bertemu dengannya. Namun perbualan dua beranak itu sempat didengarinya.
" kau memang setan Firash.. tergamak kau rogol dia.. then kau lari dari pernikahan kau.. apa yang kau mahu sebenarnya dari Bunga Firash.. " marah Eliza
" Jad.. aku terlalu ikutkan perasaan masa tu.. aku tengah marah" ujar Firash seakan orang bodoh.
" bull shit.. kau manusia yang tak layak berdamping dengan puteri... Aku tak tahu la apa yang kau fikir pasal dia sampai tergamak kau rogol dia.. kau kan.. ikutkan hati aku aku bunuh kau Firash" Marah Eliza.
" Jad.. aku minta maaf aku menyesal.. aku betul betul menyesal.. Jad tolong aku dapatkan Bunga semula" rayu pemuda itu
" kau patut minta maaf dengan Bunga bukan dengan aku.. aku rasa kau patut terima hakikat yang Bunga bukan jodoh kau.. kau lupakan dia.. dia dah ada pemilik yang lebih berhak" ujar Eliza. Firash menerkup wajahnya dengan tangan. Bahunya terhenjut henjut dek tangisnya. Adam dan Eliza hanya mampu melihat kelakuan pemuda yang sudah tidak terurus itu.
"Long mak tak suka kau buat perangai macam ni.. kau jangan nak ganggu Angah.. biarkan dia.. kau ada kehidupan kau sendiri.. tak perlu ganggu dia" marah Zainab
" mak.. long bukannya nak ganggu dia... long cuma nak minta tolong dia.. lagipun bengkel tu kosongkan... biarlah long guna.. mak nak tengok long tidur tidur tepi jalan ke" tengking Melati
" kau balik sini.. kau tidur sini.. aku takkan benarkan kau ganggu dia.. lagipun Haqeem ada dekat bengkel tu.. kau jangan nak memandai pergi sana.. moto ngah tu kau jangan sesuka hati nak jual.. aku tak benarkan.. kau jangan sesekali telefon dia minta duit.. kau kerja mana pergi duit kau" soal Zainab
" mak.. mak faham tak orang buat bisnes tapi modal tak dapat rolling.. long nak minta tolong angah sikit je pun.. mak kan kalau angah mak simpan rapi ye.. " ujar Melati tidak puas hati
" bukan aku simpan rapi tapi aku tak nak dia terbeban lagi.. kau dah ada kehidupan kau.yang kau kata elok sangat sekarang mana pergi kehidupan kau.. kalau kau takde tempat tinggal kau balik tinggal dekat sini.. kau takde kerja.. kerja dekat sini berlambak tak payah kerja dekat kota sana.. " cadang Zainab.
" tak pun mak bagi geran rumah ni dekat long.. nanti bisnes long dah ok long tebus balik" pinta Melati.
" akal kau makin panjang sekarang ya.. takde geran ada pada ngah aku dah serah dekat dia.. " ujar Zainab.
" mak... ish la orang tua ni.. kusut betul la" Melati mengetap bibirnya geram. Melati menyimpan hasrat untuk mempunyai perniagaan sendiri. Dia dan Shila sudah berpakat untuk membuka butik pakaian dan cafe disebuah gedung terkemuka namun modalnya belum mencukupi. Makin kecewa kerana hasratnya dibantah ibunya. Melati mencari jalan untuk merialisasikan hasratnya.
Share this novel